Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (kertas 2)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (kertas 2) as PDF for free.

More details

  • Words: 563
  • Pages: 5
KERTAS 2 Dua Jam BAHAGIAN A (i) : Ringkasan [ Masa yang dicadangkan : 40 minit ] ( 20 markah )

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang punca kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa faktor manusia menjadi penyumbang besar kes kemalangan jalan raya. Namun, hakikatnya mereka yang terlibat dalam kemalangan sentiasa mencari alasan lain jika ditanya punca kemalangan tersebut. Pemandu di negara ini mempunyai sikap yang buruk semasa di jalan raya. Mereka selalu menyalahkan orang lain atau memberikan pelbagai alasan apabila berlaku kemalangan. Mengantuk semasa memandu menjadi punca utama kemalangan. Pemandu yang membuat perjalanan jauh sering mengalami kurang tidur. Hutang tidur menyebabkan prestasi mereka menurun, mood tidak baik, letih dan tidak mampu memberikan tumpuan semasa memandu. Kajian mendapati bahawa kira-kira 65 hingga 70 peratus penunggang motosikal tidak akur kepada lampu isyarat, terutama jika tiada kenderaan. Sikap mereka yang cuai ini membuktikan tiada kesedaran untuk mengelakkan kemalangan di kalangan pengguna jalan raya. Pemandu di negara ini amat mudah untuk mendapatkan lesen memandu berbanding di negara-negara maju. Prosedur untuk mendapatkan lesen yang begitu mudah menyebabkan pemandu tidak menghargainya dan kurang kesedaran untuk mematuhi peraturan jalan raya. Justeru, tidak hairan jika wujud tabiat pemandu yang suka memandu laju, berlumba-lumba dan memaki hamun pemandu lain. Keadaan ini juga menjadi penyumbang kemalangan jalan raya di negara ini. (Diubahsuaikan daripada “Punca Nahas Jalan Raya”, Berita Harian, 25 Julai 2003)

1

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN ( 10 markah )

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata wujud tabiat?

( 2 markah )

2. Apakah sikap buruk pemandu di negara ini? ( 4 markah )

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah langkah-langkah untuk mengubah sikap buruk pemandu di jalan raya? ( 4 markah )

2

BAHAGIAN B [ Masa yang dicadangkan : 25 minit ] ( 20 markah )

Kaji gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar rajah tersebut tentang faedah membaca buku. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

FAEDAH MEMBACA BUKU

Menambah ilmu pengetahuan

Meningkatkan penguasaan bahasa

3

Mengisi masa lapang

BAHAGIAN C [ Masa yang dicadangkan : 45 minit ] ( 40 markah ) Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan tersebut hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. (a) Pada masa sekarang, penyakit demam denggi hangat dibicarakan dalam media massa. Huraikan langkah-langkah pencegahan penyakit demam denggi.

(b) Anda berpeluang untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di

tempat anda. Gambarkan suasana sambutan pada hari tersebut.

(c) Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang

guru yang akan berpindah kerana kenaikan pangkat. Dalam majlis tersebut anda diminta untuk menyampaikan ucapan. Tulis teks ucapan anda itu. 4

(d) Anda sebagai seorang wartawan telah ditugaskan untuk mewawancara seorang tokoh

perniagaan. Tulis wawancara anda selengkapnya.

(e) Hidup tolong-menolong dapat digambarkan dalam peribahasa “ringan sama dijinjing,

berat sama dipikul.” Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

BAHAGIAN D [ Masa dicadangkan : 40 minit ] (10 markah) Berdasarkan novel Meniti Kaca yang telah anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. ----------------------------------------KERTAS SOALAN TAMAT----------------------------------Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

(Cik Seri Rahayu

(Pn. Rossidah Abdul Wahab)

(Pn. Komathi A/P

Mohd Said)

Ketua Panitia Bahasa Malaysia

Krisnarajoo) Ketua Bidang Bahasa

5

Related Documents