Amalan Memudahkan Solat Malam

  • Uploaded by: Detective
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalan Memudahkan Solat Malam as PDF for free.

More details

  • Words: 371
  • Pages: 2
Amalan Untuk Memudahkan Bangun Solat Malam 1. Jangan banyak makan dan minum Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar, seterusnya kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!” Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita daripada solat malam. Mari kita lakukan dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan! 2. Jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang Janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga pada waktu siang semasa bekerja. Anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata-kata yang sangat ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. Pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. Dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!” Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat. Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor-faktor penolong ini dan mulailah berusaha merealisasikannya. 3. Hindari maksiat Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. Salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.” Sufyan Ats-Tsauri Rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya!’ ”. Sesungguhnya dosa itu umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istighfar, dan taubat. 4. Lakukan dengan bertahap Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. Mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi. Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (HR. Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra) (dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Related Documents


More Documents from ""

Pilih Sahabat
May 2020 43
Maulidur Rasul
May 2020 33
Israk Mikraj
May 2020 39