solat malam untuk hapus dosa
rasulullah bersabda yang bermaksud : �ramadan, bulan diwajibkan allah puasa dan aku memberi contoh kepada kamu supaya solat malam. siapa berpuasa dan solat malam benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada allah akan keluar dosa bagaikan keadaannya ketika dilahirkan dari perut ibu.� sesungguhnya antara amalan yang dituntut pada ramadan ialah qiamullail iaitu bangun beribadat pada waktu malam untuk menghambakan diri kepada allah serta mengharapkan keredaan-nya. qiamullail juga adalah amalan nabi dan rasul, orang salih serta alim ulama. ibadat ini boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah. antara pengisiannya termasuk solat tahajud, bertasbih, bertahmid, berzikir dan membaca al-quran. waktu yang dianjurkan qiamullail ialah sepertiga akhir malam. rasulullah sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh seperti digambarkan dalam hadis daripada aisyah yang bermaksud: �bahawa rasulullah bangun sebahagian daripada malam untuk mengerjakan solat hingga bengkak kedua-dua kakinya. �lalu aku berkata kepada baginda : �mengapa rasulullah melakukan semua ini, bukankah dosa baginda sudah diampunkan allah sama ada yang terdahulu atau terkemudian?' rasulullah menjawab: �salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?� dalam menjelaskan kelebihan sembahyang malam, allah berfirman yang bermaksud: �dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. mudah-mudahan tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.� (surah alisra, ayat 79) firman allah dalam surah as-sajdah ayat ke-16 dan 17, bermaksud: �lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka. �seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacammacam nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.�