Maulidur Rasul

  • Uploaded by: Detective
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Maulidur Rasul as PDF for free.

More details

  • Words: 751
  • Pages: 3
Oleh: Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin, Presiden BAKDIS ”Aku cinta, rindu dan kasih padamu. Aku harap cinta kita akan berkekalan buat selama-lamanya. Tidak akan pernah pudar dan luntur dek anasir luar yang cuba menghancurkan cinta kita. Akan ku sanggup berkorban segalagalanya asalkan mendapat cintamu” Begitulah ungkapan yang selalu kedengaran daripada bicara sang kekasih yang sedang mabuk dalam dunia mereka sendiri. Mereka terlalu sibuk melayan perasaan masing-masing sehingga alpa akan segala-galanya. Apabila seseorang itu terlalu mencintai kekasihnya, segala hal-hal yang berkaitan kekasihnya diketahui dengan mendalam seperti nama penuh hingga ke moyangnya, warna pakaian yang dipakai selalu, selipar yang selalu digunakan, kedudukan tahi lalat, perkara yang disuka dan dibenci hatta perkara remeh temeh pun diketahui, kalah keluarga kekasihnya! Malah kedatangan kekasihnya diketahui hanya dengan mendengar bunyi berjalan dan baubauan yang dipakai tanpa melihat wajahnya. ”Datang pun ’gewe’ aku”. Subhanallah! Belum bertentang mata sudah mengetahui akan kehadiran kekasihya. Alangkah mulianya jika kita mencintai Rasulullah SAW sedemikian rupa. Segala perilaku, sifat mulia baginda, cara berpakaian, tidur, makan, qada’ hajat, kita mengerti akan segala-

galanya. Tetapi kini, hanya segelintir sahaja yang masih mengamalkan sunnah baginda. Barangsiapa yang mengamal sunnah nabi pada akhir zaman ( di mana orang membenci dan mengabaikan sunnah nabi), maka Allah akan beri pahala 100 mati syahid. Subhanallah! Maha Pemurah pemberian-Mu Ya Allah. Sedikit amalan, banyak pahala. Kita singkap kembali sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang begitu kuat cintanya kepada umat sendiri. Bagaimana pula dengan umatnya? Apakah kita mencintai Rasulullah sebagaimana baginda men-cintai kita? Apakah kita pernah mengalirkan air mata tatkala nama baginda disebut? Sepatutnya apabila mendengar atau menyebut nama ba-ginda, kita harus faham bagaimana sukarnya baginda menyebarkan Islam. Baginda dicaci, dihina, hinggakan ada yang sanggup merancang untuk mem-bunuh Rasulullah. Cuba kita bayangkan jika kita berada bersama Rasulullah ketika dipulau keluarga baginda oleh kaum Quraisy? Apakah kita akan berusaha untuk menentang kafir Quraisy? Tika Rasulullah menghampiri ajalnya, baginda masih lagi memikirkan soal umatnya. Rasulullah sedang ter-baring lemah dengan keningnya yang berkeringat

dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidur di rumah baginda. Tiba-tiba kedengaran seseorang mengucapkan salam dari luar pintu. ”Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Fatimah tidak mengizinkannya masuk. ”Maaflah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membukan mata dan bertanya kepada Fatimah, ”Siapakah itu wahai anakku?” ”Tidak tahu tahu lah ayahku, nampaknya seperti baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap wajah puteri nya itu dengan pandangan yang menggetarkan. ”Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun tidak tertahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa malaikat Jibrail tidak ikut menyertainya. Kemudian, dipanggil Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap untuk mengambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. ”Jibrail, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. ”Pintupintu langit telah terbuka, para malaikat menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” jawab Jibrail. Ternyata jawapan itu tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kerisauan. ”Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibrail lagi. ”Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” ”Jangan khuatir Ya Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ”Ku haram-kan syurga kepada sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh , urat-

urat leher menegang. ”Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka. ”Jijikkah kau me-lihatku, sehingga kau palingkan wajahmu Jibrail?” tanya Rasulullah. ”Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah sedang kritis sakaratul maut?” kata Jibrail. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. ”Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan sahaja semua seksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan ombak dadanya sudah tidak beralun lagi. Bibir baginda bergetar seakan-akan hendak mengatakan sesuatu lalu Ali mendekatkan telinganya.” Pelihara solat dan orang yang lemah di antara kamu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekat-kan telinganya ke bibir Rasulullah. ”Umatku, umatku, umatku”. Maka, berakhirlah hidup seorang insan mulia yang memberi sinar kebenaran dalam kehidupan kita. Baginda wafat dalam keadaan wajah berseri-seri dan bibir manis bagaikan hendak tersenyum. Apakah kita mampu mencintainya sebagaimana baginda mencintai kita? Allahumma salli ’ala Muhammad wa ’ala ali Muhammad. Aku cinta padamu Ya Rasulullah. Terimalah aku sebagai kekasihmu dan nantikanlah aku di taman syurga!

”Sekiranya dunia ini boleh kekal untuk seseorang, sesungguhnya Rasulullah

SAW adalah penghuninya yang abadi”

Related Documents


More Documents from ""

Pilih Sahabat
May 2020 43
Maulidur Rasul
May 2020 33
Israk Mikraj
May 2020 39