Muzik tradisional Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu Indonesia dan Thailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti Portugis, Filipina dan China (Munan, 175). Kaum peribumi Semenanjung Tanah Melayu bermain dalam ensembel kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan yang cepat dan berirama. Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala Lumpur dan Johor, melahirkan bintang tekrenal seperti Kamariah Noor. Di Melaka, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional yang paling laris dimainkan, dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong. Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang. Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi. Muzik pop Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mual-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India. Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan sebarian balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai. Pop yeh-yeh Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia,
Singapura dan Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istulah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she loves you, yeah-yeah-yeah".) Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini – dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" – terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian. Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan oleh DJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama Daud Abdul Rahman. "Kugiran" teridri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang pemain dram. Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuk M Osman, A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim "Jandaku", Afidah Es, J. Kamisah, Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, J. Kamisah, Fatimah M. Amin, Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M. Rahmat, A. Karim Jais, M Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O., A. Halim, Azizah Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), Siglap Boys, Les Kafilas, Cliffters yang menampilkan
Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan persembahan a capellanya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah etc, The Swallows yang terkenal dengan La Aube, Angkut-angkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis mereka Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman. Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, epnulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah. Perubahan citarasa muzik DJ Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruh Hindustan pada 1970-an. Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan and artiste amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpualn-kumpulan seperti Alleycats, Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan. Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia. M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat menjadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara. Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjadi tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional danberpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan
Jenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu. Pengaruh agama Islam Pada 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan Zainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benua Asia. Sekitar waktu ini muzik pop nasyid iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh Raihan, Rabbani dan Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya. Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza dari pekan Temerloh, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di negara. 1990-an sehingga kini Mnejelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahan Internet, muat turun MP3 menjadi cara yang temudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman. Cakera padat cetak rompak juga didapati di pasar malam dengan harga kira-kira satu suku daripada harga cakera padat asli, hasil daripada pengedar sah dan syarikat rakaman utama tidak mampu menyaingi pencetak rompak ini. Pasaran muzik makin merosot dengan kehadiran pemain MP3 dan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang serupa. Ketika awal 2000-an, kemunculan bentuk hiburan yang baru iaitu rancangan realiti mampu mengembalikan minat orang awam terhadap hiburan muzik. Rancangan seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol membolehkan orang awam memilih bintang pujaan mereka dengan menghantar SMS. Yang menarik orang awam adalah penglibatan mereka dalam membentuk selebriti dan bahawa mereka boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bukannya membiarkan syarikat rakaman membentuk artis. Kajian menunjukan bahawa berbanding dekad-dekad lalu banyak bentuk
hiburan yang lain seperti DVD, televisyen berbayar, program radio yang makin bertambah bilangannya serta perubahan dalam gaya hidup telah mempengaruhi minat orang awam terhadap pemuzik tempatan. Namun, ini masih tidak menggambarkan litar muzik live yang aktif di mana para penghibur menggubah dan mempersembahkan karya sendiri. Pertumbuhan komersialisasi dan penempatan produk yang menggunakan pemuzik dan artis popular banyak menenggelami kehadiran persada muzik independent (atau bawah tanah) lalu memberikan "persepsi yang tersimpang" mengenai apa yang dibentukkan sebagai industri tempatan. Hasil rancangan realiti seperti Vincent Chong, Jaclyn Victor, Daniel Lee Chee Hun dan Mawi mampu menjual bilangan CD yang lebih berbanding artis bukan hasil rancangan ini. Kepelbagaian ini mempersonifikasikan barisan muzik popular yang meluas di Malaysia dan ketidaktentuan citarasa pengguna Malaysia terhadap keluaran budaya popular.
dCrook Lord
#21 Besar Sederhana Kecil Use Kirim pada 24-1-2008 02:34 AM Profil Ruang Peribadi P.M. Sahabat Reply #21 migdal_bavel's post Tujuan utamanya bukanlah kita hendak mengagung-agungkan hiduisme ataubuddhisme.. tetapi lebih kepada nilai sejarah. Bagaimana kita hendakmemandang kehadapan kalau yang dibelakang masih kabur dan kalau bolehhendak dilupakan terus. Ini adalah tugas kita untuk mengkaji sejarahbangsa kita sendiri. Kalau boleh, kita nak tahu mane pangkalnya yangsebenar.. kalau tidak boleh kata kita buta sejarah atau menidakkansejarah. Islam adalah satu hadiah tak ternilai bagi orang melayu.. tapiorang melayu tak patot lupakan masa silam mereka.
UID 70173 Catatan Ringkasan 3 Kredit 752 Kirim 545 Capaian Bacaan 4 Berdaftar 15-6Sebagaipenambahan : Utk pengatahuan saudara, yang pasal orang iran 2006 tuh, Xerxisyang dalam cerita 300 tuh sebenarnya adalah raja kesayangan Lokasi orang parsisehingga sekarang kerana waktu itu empayar parsi Ampang tersangatlah luas danaman.. Sehingga ada yang mengatakan bahawa beliau lah IskandarZulkarnain yang sebenarnya dan bukannya Alexander of Macedionia. KeranaAlexander of Macedonia ni mengaku tuhan sedangkan Xerxis tidak. MalahZulkarnain bermaksud 3 tanduk (ke 2?) dan Xerxis mempunyai mahkota 3tanduk dimakamnya. [ Last edited by dCrook at 24-1-2008 02:37 AM ]
[Iklan] Malam ni nak makan apa? Lapar ni!
ijad_adiputera King
#22 Besar Sederhana Kecil Use Kirim pada 24-1-2008 04:37 AM Profil Ruang Peribadi P.M. Sahabat
QUOTE: Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM kepada ijad dan urusha, ak hanya expresskan ak punya syukur yg nenek moyang ak lebih ramai yg islam...alhamdulillah
UID 100187 Catatan Ringkasan 3 Kredit 1521 QUOTE: Kirim 861 Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM Capaian Bacaan 6 nk belajar psl hindu-buddha di tanah melayu pun jgnla smp hina Berdaftar 3-4org laen sbagai ada masalah mentaliti disebabkan die rs gembira kalo 2007 seluruh nenek moyangnya di tanah melayu dah islam.. Lokasi Th3 gR3aT $uB@nG JaY@ Kenyataan saudara tu sebenarnya telah membuatkan orang Melayu yang mana nenek-moyang mereka asalnya beragama Hindu terasa terhina. Mungkin saudara rasa kenyataan saudara tersebut hanya kenyataan biasa tetapi bagi orang lain yang membacanya, ia membuatkan kami rasa betapa rendah dan hinanya kami kerana berasal dari keturunan penganut Hindu dan Buddha.. Tak apalah. Mungkin saudara tidak pernah berniat untuk menghina sesiapa, tetapi diharap selepas ini saudara lebih berhati-hati… QUOTE: Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM boleh pulak ko rs x kesah nenek moyang ko hindu? Sejujurnya, aku tak kisah. Aku bangga bila nenek-moyang aku sudah menganut agama Hindu-Buddha. Malah, aku semakin bersyukur kerana nenek-moyang aku sudah menganut Islam. Selepas orang Melayu menganut agama Hindu-Buddha, mereka mula berfikiran terbuka dan tidak lagi tinggal di dalam hutan belantara. Mereka berjaya membina empayar yang luas dan kuat di Asia Tenggara. Orang Melayu juga menjadi bangsa pelayar yang unggul.. Kedatangan Islam di Nusantara kemudiannya menjadikan Tamadun Melayu semakin menyerlah dan maju… QUOTE: Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM
ijad_adiputera King
#23 Besar Sederhana Kecil Use Kirim pada 24-1-2008 04:56 AM Profil Ruang Peribadi P.M. Sahabat Okey.. kita sambung semula topik ini. Aku ada jumpa beberapa fakta menarik iaitu kepercayaan karut masyarakat Melayu. Mungkin ada di antaranya yang berasal atau diwarisi dari ajaran animisme Melayu dahulu kala...
UID 100187 Catatan Ringkasan 3 Kredit 1521 Kirim 861 Capaian Bacaan 6 Berdaftar 3-42007 Lokasi Th3 gR3aT $uB@nG JaY@
Kepercayaan Karut Masyarakat Melayu
•
Anak gadis dilarang memakai bedak sejuk ketika hendak tidur kerana bimbang roh tersesat tidak jumpa tuan empunya badan.
•
Jika hendak membuang air kecil di dalam hutan, perlu meminta izin dari Datuk (Penjaga Hutan) dengan berkata “Datuk oh Datuk!! Cucu nak buang air kecil. Minta Datuk beri izin”.
•
Dilarang bercakap besar di dalam hutan. Nanti disakat dan disorok hantu bunian.
•
Jika mahu melihat hantu, ketika mayat sedang dimandikan, cuba kita intai di bawah rumah. Kita akan dapat lihat dua tiga ekor hantu sedang minum air mayat tersebut.
•
Jika kita pakukan di belakang leher pontianak, ia akan bertukar menjadi gadis cantik
•
Jangan perah air limau di kawasan kemalangan, nanti kawasan tu berhantu.
•
Jika ingin membela hantu raya, pukul bayang sendiri dengan pelepah kelapa ketika waktu matahari sedang terpacak di kepala sehinggalah bayang tersebut menangis.
•
Jika terjumpa hantu bungkus, selak seluar dan tayang punggung kepadanya.
•
Kalau tercium bau wangi terutama bunga melur pada waktu malam di sebelah kiri dan belakang. Jangan berpaling!!!!! Itu tandanya pontianak ada disebelah kita.
•
Jika ternampak sesuatu dalam keadaan gelap, jangan tegur.
*Orseas_Urusha #24 Forum Legend Besar Sederhana Kecil Use Kirim pada 24-1-2008 01:58 PM Profil Ruang Peribadi P.M. Sahabat
QUOTE: Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM
UID 7511 Catatan Ringkasan 5 Kredit 6712 Kirim 5118 Capaian Bacaan 8 Berdaftar 16-52003
kepada ijad dan urusha, ak hanya expresskan ak punya syukur yg nenek moyang ak lebih ramai yg islam...alhamdulillah diorg (nenek moyang kita) pun manusia atau makhluk yg diberi tanggungjaw ... Sorry dCrook aku terpaksa off-topic jap. Huh. Nampaknya ko telah buat satu generalization yang bahaya dan mmg tidak boleh diterima - macam la semua org Syiah memuja kubur pembunuh Saidina Umar tu? Seolah2 macam diorang tu sesat sangat (berdasarkan ayat ko). Pada saat genting akhir zaman macam ni, boleh tak kita ketepikan benda remeh-temeh pasal perbezaan antara mazhab. Tgk jerr la apa yg berlaku kat Pakistan dan Iraq, Syiah dan Sunnah bergaduh macam anjing liar dgn kucing hutan. Itu ke yg kita nak? Org Syiah yg Melayu selalu kutuk tu la yg berjasa halau Yahudi keluar daripada bumi Lubnan, have you ever heard Hizbullah? Ko tau kan skrg ni Iran negara Islam yg paling US takut? Get a grip. Aku dah malas nak layan ko.
[Iklan] Introducing
Cari New Friends Community
Service"SNOWFLAKE"
*Orseas_Urusha #25 Forum Legend Besar Sederhana Kecil Use Kirim pada 24-1-2008 02:12 PM Profil Ruang Peribadi P.M. Sahabat
QUOTE: Originally posted by ijad_adiputera at 23-1-2008 03:59 PM
UID 7511 Catatan Ringkasan 5 Kredit 6712 Kirim 5118 Capaian Bacaan 8 Berdaftar 16-52003
Aku tak pernah kata sikit atau banyak, tapi aku gunakan istilah ‘sedikitsebanyak’.. Hehehe.. Faham-faham sendirilah yerr… Sebenarnya, itu bukan pendapat aku tapi aku baca dari b ... Kota Gelanggi tak ditemui sebab apa? Lokasinya terlalu tersorok dlm hutan belantara ke? Sorry aku tak tau sangat pasal kota tu. Hai, ruginya kalo tak jumpa sampai bila2 selak.
Dah ada kan thread dia? Nanti aku
ijad, ko tau tak org Bali walaupun beragama Hindu, mereka takde sembah berhala pun. Patung2 yg kita selalu tgk tu (selalu dipakaikan dgn kain kotak2) hanyalah pengawal pura dan bukan utk disembah. Mereka percaya kepada Ciwa, Bisnu, Brahma, Ganesha dan lain2 tapi mmg takde pun patungnya. Mereka sembahyang dgn hanya letak barang2 offerings yg terdiri daripada pelbagai jenis bunga, colok, rokok dan mengangkat tangan utk berdoa macam biasa, itu je