* * Akhlak dari segi bahasa * -berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.
* Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran."
* Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
* Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua
sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sepotong hadis yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."
* Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."
* Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak
ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.“
* Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang
yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."
* Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.
* Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lainlain.
* Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.
* Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.
* * Tempatnya Hati * Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan
bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
* أال وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله أال وهى القلب
*“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul
daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”
* Kembali kepada sifat Mahmudah dan
Mahmudah. Imam Ghazali telah memudahkan kita di mana beliau telah menggariskan sepuluh sifat-sifat ini di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin'
ZIKRULMAUT (Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)
REDHA (Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)
TAWAKAL (Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)
TAUBAT (Membersihkan Hati) KHAUF (Takut kepada Allah)
Sifat Mahmudah
IKHLAS (Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )
SYUKUR (Memuji setiap nikmat daripada Allah)
MUHABBAH (Kasih Sayang sentiasa ingat kepada Allah)
ZUHUD (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)
SABAR (Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)
*
* Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
* Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud : “ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah
kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “. ( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
* Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
* Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
* Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah
diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.
Banyak Makan
Riya' (Menunjuknunjuk)
Banyak Bercakap
Ujub (Hairan Diri)
Marah
Sifat Mazmumah
Bangga Diri
Hasad
Cinta Dunia
Bakhil Cintakan Kemegahan
* Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. ·
* Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan
lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. ·
* Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa
kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
*
* * * *
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai. · Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut: 1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
*
2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
*
3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah. ·
*
Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama. ·
*
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya
adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
*
* 1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
* 2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang
dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
* 3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : · * Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. ·
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
* Redha Menerima hukum Allah s.w.t. : Redha menerima
hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturanperaturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
* Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada
bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )