Pembudayaan Akhlak Dalam Kehidupan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembudayaan Akhlak Dalam Kehidupan as PDF for free.

More details

  • Words: 751
  • Pages: 3
Nama

: Abdul Hafidz Adam

No Kad Pengenalan

: 82073-04-5385

Sekolah

: Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara, 77000, Jasin, Melaka

Kursus Induksi Siri I 2009 (16 April – 30 April 2009) Tajuk Pengucapan Awam: Membudayakan Akhlak dalam Kehidupan (5 minit)

PEMBUDAYAAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam perpaduan. Yang dihormati penceramah pada hari ini iaitu, Tuan Pengerusi Majlis, Penghulu dan penghuluwati, ketua-ketua kumpulan dan seterusnya rakan guru sekalian. Pergi mengail si ikan keli, Keli dijual di Padang Temu, Berdiri bukan sebarang berdiri, Berdiri disini memberi ilmu. Tajuk pengucapan awam yang akan saya ucapkan ialah ‘Pembudayaan Akhlak Dalam Kehidupan’. Para hadirin, Sebelum saya kupas isu ini, terlebih dahulu saya mendefinisikan maksud pembudayaan dan akhlak. Jika kita lihat perkataan ‘pembudayaan’ itu wujud dari kata akarnya iaitu ‘budaya’. Budaya didefinisikan sebagai kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman. Jika dirujuk pada Kamus Dewan Edisi Empat pembudayaan adalah merupakan proses atau cara membudayakan sesuatu perkara. Saya suka mengambil contoh Jepun dalam menerangkan lagi maksud pembudayaan ini. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun merupakan kuasa perindustrian yang terulung di benua Asia dan antara beberapa negara yang termasyhur dalam sektor perindustrian di peringkat dunia. Bagaimana ini boleh berlaku kepada negara yang tidak mempunyai bahan mineral? Jepun tidak mempunyai minyak, bijih timah dan lain-lain bahan galian tetapi; dengan pembudayaan yang mereka lakukan seawal 1862 melalui ‘Pemulihan Meiji’. Hari ini mereka bukan sahaja mengubah gaya hidup, ekonomi, malahan genetik. Semua ini tidak mungkin berlaku jika tanpa proses pembudayaan. Disini saya akan menerangkan definisi akhlak dari pelbagai sudut iaitu;

Mengikut Kamus Dewan; ia bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Seterusnya mengikut Istilah; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup. Menurut Islam pula ia beerti “satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“. Para hadirin yng dihormati, Hari ini kita sering didatangi dengan pelbagai persoalan mengapakah keruntuhan akhlak semakin meruncing di negara kita sedangkan sepatutnya rakyat Malaysia amnya sememangnya terkenal dengan sopan santun sejak zaman-berzaman. Saban hari ada sahaja yang akan didengari dan dilihat tidak kiralah melalui media massa ataupun melalui pengalaman sendiri. Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh budaya akhlak yang kian

merosot. Faktor-faktor seperti media massa, kerajaan, sekolah dan lain-lain pihak berwajib seakan-akan dilihat tidak berfungsi dalam memainkan peranan ‘mengubati’ penyakit ini walaupun hakikatnya, berbagai langkah telah diambil. Isu ini bukanlah suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Namun apa yang diharapkan adalah kepekaan dan usaha bersungguh-sungguh pada diri individu dan masyarakat dalam menangani masalah khususnya. Langkah yang perlu kita lakukan adalah berusaha mencari penawar kepada penyakit sosial untuk memulihkan sindrom yang menyerang generasi pada zaman ini. Dan antara cara terbaik adalah tidak lain dan tidak bukan; pembudayaan akhlak dalam kehidupan seharian. Apabila disebut pembudayaan akhlak dalam kehidupan, persoalan seperti “bagaimana ia dapat dilakukan dengan efektif dan efisien?” dan “Apa implikasi pembudayaan akhlak dalam kehidupan jika ia dapat dilaksanakan?” akan dikaitkan. Pembudayaan akhlak dapat laksanakan jika semua faktor-faktor pembudayaan seperti ibu-bapa, masyarakat, sekolah, media massa dan juga kerajaan mencapai satu misi. Iaitu mencapai kesepakatan dalam menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam kehidupan. Ibu-bapa perlu menerapkan nilainilai terpuji kepada anak-anak dalam cara tidak formal dalam memainkan peranan ini. Sebagai contoh, setiap kali masuk ke rumah haruslah memberi salam. Walaupun ianya kelihatan mudah dan enteng tetapi jika dapat diterapkan ia membawa kepada pematuhan disiplin yang tinggi dan juga mengajar mereka bagaimana menghormati golongan yang lebih tua dari mereka. Masyarakat juga perlu mengamalkan tolak ansur dalam segala perkara sesama anggotanya kerana dengan ini dapat mengaplikasikan nilai-nilai kerjasama diperingkat masyarakat. Di sekolah pula, penekanan terhadap amalan nilai-nilai ini perlu ditekankan. Guru-guru perlu menjadi contoh terbaik bagi menggalakkan pelajar mengamalkan nilai-nilai murni. Media massa boleh menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam iklan atau paparan sebagai “Public Announcement” kepada masyarakat. Kerajaan pula perlulah memantau dan sentiasa memberikan pengukuhan melalui badan-badan berwajib terhadap semua faktorfaktor ini dan memandu arah dalam membudayakan akhlak dalam setiap kehidupan rakyat. Jika pembudayaan akhlak ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya, ia akan menutup segala peluang dan ruang bagi potensi masalah keruntuhan nilai moral hari ini. Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu bekerja sama memainkan peranan masing-masing dalam membudayakan akhlak kerana dengan akhlak yang mulia, setiap rakyat Malaysia akan berintegriti, berakauntibiliti dan seterusnya gagah mencapai objektif Negara dalam membentuk Malaysia yang gemilang, cemerlang dan terbilang.

Related Documents