ﺃﻛﺎﺩﻳﻤﻴﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ AKADEMI IMAM SYAFI’E
ﺖ ﺘﺒﻧﺔ ﹶﺃ ﺣﺒ ﻤﹶﺜ ﹺﻞ ﻪ ﹶﻛ ﺳﺒﹺﻴ ﹺﻞ ﺍﻟﻠﱠ ﻲﻢ ﻓ ﻬ ﺍﹶﻟﻣﻮ ﻔﻘﹸﻮ ﹶﻥ ﹶﺃ ﻨ ﻳ ﻦ ﻳﻣﹶﺜ ﹸﻞ ﺍﻟﱠﺬ ﺎ ُﺀﻳﺸ ﻦ ﻤ ﻟ ﻒ ﻋ ﺎﻳﻀ ﻪ ﺍﻟﻠﱠﺔ ﻭ ﺣﺒ ﺎﹶﺋ ﹸﺔﺔ ﻣ ﺒ ﹶﻠﻨ ﺳ ﻲ ﹸﻛﻞﱢﺎﹺﺑ ﹶﻞ ﻓﺳﻨ ﻊ ﺒ ﺳ ﻢ ﻴﻋﻠ ﻊ ﺳ ﺍﻪ ﻭ ﺍﻟﻠﱠﻭ 261:ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiaptiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah al-Baqarah : 261)
2
PENGENALAN
AKADEMI IMAM SYAFI’E (AIS)
adalah sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) yang bukan bermatlamatkan keuntungan yang ditubuhkan sebagai sebuah ikatan Amanah pada Zulqaedah 1429H bersamaan Disember 2008.
Tujuan-tujuan utama penubuhan AIS adalah seperti berikut: (a)
Menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan pendidikan bagi kepentingan
umat Islam, khususnya anak-anak
yatim, anak-anak ibu tunggal dan anak-anak faqir miskin. (b)
Melaksanakan komuniti
kegiatan
untuk
da'wah
memberi
dan
khidmat
pembangunan kebajikan
dan
penyebaran Islam kepada masyarakat terutamanya golongan kurang bernasib baik. (d)
Menjadi wadah bagi menggembleng usaha dan tenaga rakyat Malaysia untuk meningkatkan kapasiti umat Islam dalam membina dayasaing dengan bangsa-bangsa lain di negara ini.
(f)
Mewujudkan
kerjasama
dengan
badan-badan
di
peringkat nasional dan internasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.
3
:ﻣﺎ ﻣﻦ ﻳﻮﻡ ﻳﺼﺒﺢ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﻓﻴﻪ ﺇﻻ ﻣﻠﻜﺎﻥ ﻳﱰﻻﻥ ﻓﻴﻘﻮﻝ ﺃﺣﺪﳘﺎ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﻋﻂ ﳑﺴﻜﹰﺎ ﺗﻠﻔﹰﺎ: ﻭﻳﻘﻮﻝ ﺍﻵﺧﺮ،ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﻋﻂ ﻣﻨﻔﻘﹰﺎ ﺧﻠﻔﺎﹰ () ﺍﻟﺼﺤﻴﺤﲔ Terdapat dua Malaikat yang akan berdoa pada setiap pagi untuk seseorang hamba dengan doanya : Ya Allah kurniakanlah kepada mereka yang infaq (sedekah) gantian dan seorang lagi akan derdoa : Ya Allah hilangkanlah daripada mereka yang menahan dari infaq. (Riwayat Bukhari & Muslim)
4
PROJEK
Bagi merealisasikan matlamat penubuhan AIS, beberapa projek jangka pendek dan jangka panjang telah dirancang untuk dilaksanakan. Projek-projek ini akan dilaksanakan dalam beberapa fasa bergantung kepada kemampuan kewangan yang dimiliki.
KOMPLEKS PENDIDIKAN AKADEMI IMAM SYAFI’E
Dalam fasa pertama AIS akan mengorak langkah menubuhkan Kompleks Pendidikan AIS yang akan merangkumi Masjid dan Asrama anak-anak yatim dan miskin.
Peranan utama Kompleks ini ialah menguruskan penempatan serta pendidikan pelajar-pelajarnya. Kurikulum pendidikan AIS adalah gabungan diantara pengetahuan akademi dan agama melalui kurikulum pendidikan Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Islam Negeri dan kurikulum AIS. Gabungan ketiga-tiga kurikulum ini bertujuan
melahirkan
anak-anak
bangsa
yang
mempunyai
latarbelakang pendidikan agama, tahfiz dan sains demi memenuhi keperluan Ummah di masa hadapan.
5
ﺃﻭ، ﺻﺪﻗﺔ ﺟﺎﺭﻳﺔ:ﺇﺫﺍ ﻣﺎﺕ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ ﺍﻧﻘﻄﻊ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻﹼ ﻣﻦ ﺛﻼﺙ ﺃﻭ ﻭﻟﺪ ﺻﺎﱀ ﻳﺪﻋﻮ ﻟﻪ،ﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ ()ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ Apabila matinya insan, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat darinya, anak yang soleh yang mendoakanya. (Riwayat Muslim)
6
KONSEP
AIS akan membangunkan Kompleks Pendidikan yang terdiri dari sebuah masjid dan asrama anak-anak yatim atau miskin di tapak tanah wakaf persendirian Hj Abdul Razak Daud di Kg Kuau, Bachok, Kelantan. AIS akan menguruskan pengendalian masjid, asrama dan semua urusan berkaitan pendidikan anak didiknya. AIS akan mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu badan yang mengendalikan pendidikan agama menengah di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk menempatkan pelajar-pelajar AIS di sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK. Aliran pendidikan yang dipilih hanyalah gabungan Pendidikan Islam dan Sains sahaja.
Pelaksanaan kurikulum tambahan pula akan diuruskan oleh AIS meliputi komponen, Tahfiz al-Quran, Pengajian Tafaqquh dan Kemahiran Insaniah. Kesemua kos pendidikan pelajar-pelajar tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh AIS.
MATLAMAT
Penubuhan Kompleks Pendidikan AIS adalah bertujuan untuk menyediakan sistem penjagaan dan pendidikan komprehensif berteraskan konsep kesepaduan ilmu dalam sistem pendidikan Islam bagi anak-anak yatim dan miskin. Ini sejajar dengan usahausaha meningkatkan kualiti hidup dikalangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya anak-anak yatim serta miskin.
7
ﻭﺍﻣﺴﺢ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺱ،ﺇﺫﺍ ﺇﺭﺩﺕ ﺗﻠﻴﲔ ﻗﻠﺒﻚ ﻓﺄﻃﻌﻢ ﺍﳌﺴﻜﲔ (ﺍﻟﻴﺘﻴﻢ )ﺭﻭﺍﻩ ﺃﲪﺪ Apabila kamu mahukan ketenangan hati maka berilah makan kepada orang-orang miskin dan usapkanlah kepala anak yatim (Riwayat Ahmad)
8
Hasrat dan cita-cita ini dirancang untuk merealisasikan perkaraperkara berikut: Mendidik anak-anak yatim atau miskin dengan pendidikan Islam dan akademik Menyediakan
keperluan
jagaan
dan
pendidikan
yang
sempurna bagi anak-anak yatim atau miskin. Menyelia dan menyelaras kurikulum tambahan seperti: o Tahfiz al-Quran o Pengajian Tafaqquh o Kemahiran Insaniah Menjadi pusat pergembangan Syiar Islam dengan konsep pusat pendidikan terbuka serta pusat khidmat masyarakat bagi penduduk setempat.
KURIKULUM PENDIDIKAN AIS
Pendidikan Formal: Mengikuti pengajian aliran sains agama di sekolah agama kelolaan YIK. Program Tahfiz o 6 Juzu’ setahun. (30 Juzu’ dalam tempoh 5 tahun) Pengajian Tafaqquh. o Empat kali seminggu melibatkan: ‘Aqidah Tafsir Hadis Feqh Kemahiran Insaniah: o Kemahiran Keusahawan. o Kemahiran Vokasional 9
ﻣﻦ ﺑﲎ ﷲ ﻣﺴﺠﺪﺍ ﻭﻟﻮ ﻛﻤﻔﺤﺺ ﻗﻄﺎﺓ ﻟﺒﻴﻀﻬﺎ ﺑﲎ ﺍﷲ ﻟﻪ ﺑﻴﺘﺎ (ﰲ ﺍﳉﻨﺔ ) ﺭﻭﺍﻩ ﺃﲪﺪ Sesiapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun seluas tempat burung mengerang telurnya nescaya Allah akan bina rumah untuknya di syurga (Riwayat Ahmad)
10
o Kemahiran Komunikasi.
BAHASA PENGANTAR
Pelajar-pelajar akan ditekankan untuk menguasai: B.Malaysia,B.Arab dan B.Inggeris.
YURAN
Ditaja sepenuhnya oleh AIS
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Beragama Islam Anak-Anak Yatim Anak-Anak Miskin Minimun 3A UPSR atau; Lulus Ujian Kemasukan AIS
JUMLAH PELAJAR PADA SETIAP KEMASUKAN
20 Pelajar setiap pengambilan dengan jumlah maksima seramai 100 penuntut.
LOKASI:
Lot 291, Kampung Kuau, Bachok, Kelantan. Waqaf keluarga Hj Ab.Razak Daud.
11
()ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ....ﻣﺎ ﻧﻘﺼﺖ ﺻﺪﻗﺔ ﻣﻦ ﻣﺎﻝ Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan… (Riwayat al-Tirmizi)
12
WARGA KERJA
JAWATAN
KELAYAKAN MINIMUN
Pengetua
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
dan
mengurus
pengalaman
pusat
pendidikan
Islam tidak kurang dari setahun. Setiausaha
Diploma dalam bidang berkaitan
Guru Tahfiz
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dan al-Hafiz.
Tukang Masak
Pengalaman tidak kurang dari setahun
Pembantu Am
SPM dan berperibadi muslim.
Pemandu
Lesen memandu yang berkaitan dan berperibadi muslim.
JADUAL HARIAN
5.00 AM
Siapkan diri
6.00 AM
Solat Subuh
6.10-7.00 AM
Tilawah Quran
7.00 - 7.20 AM
Sarapan
7.45 - 1.30 PM
Sessi Pengajian di Sekolah Agama YIK
1.30 - 3.00 PM
Solat Zohor, Makan Tengahari & Siapkan Diri
3.00 - 5.00 PM
Kelas Tahfiz & Solat Asar
5.30 - 6.00 PM
Riadhah
6.00 - 10.30 PM Siapkan Diri & Makan Malam. Solat Maghrib, Kelas Tafaqquh, Solat Isya’ Ulangkaji Pelajaran & Hafalan 11.00 PM
Tidur. 13
ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺗﻄﻔﻰﺀ ﺍﳋﻄﻴﺌﺔ ﻛﻤﺎ:ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ (ﺗﻄﻔﻰﺀ ﺍﳌﺎﺀ ﺍﻟﻨﺎﺭ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ Sedekah itu akan menghapuskan kesalahan (dosa) sepertimana air memadamkan api.
14
KEWANGAN
AIS memerlukan sumber kewangan secara tajaan atau sumbangan untuk membiayai kos perbelanjaan menyiapkan infrastruktur dan kos perbelanjaan bulanan. Berikut adalah anggaran kos yang diperlukan:
ANGGARAN KOS INFRASTRUKTUR:
PERKARA
JUMLAH
Masjid
RM400,000.00
Asrama
RM400,000.00
Bas Sekolah
RM80,000.00
Kelengkapan masjid & asrama
RM120,000.00
JUMLAH
RM1,000,000.00
CADANGAN BANGUNAN
Kompleks AIS ini dirancang supaya dapat menampung seramai 100 pelajar pada satu-satu masa. Kompleks ini mengandungi komponen berikut : Sebuah Masjid tiga tingkat berukuran 40’ X 65’ iaitu; dua dewan solat, pejabat AIS dan perpustakaan. Sebuah bangunan asrama tiga tingkat berukuran 25’ X 85’ iaitu; 6 bilik asrama yang besar dan tiga unit kediaman guru/warden.
15
ﻭﻟﻮ ﺑﺸﻖ ﲤﺮﺓ،ﺎﺭ ﻓﺎﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻨ:ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ()ﻣﺘﻔﻖ ﻋﻠﻴﻪ Hindarilah api neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebelah biji tamar
16
ANGGARAN KOS BULANAN: PERKARA
JUMLAH
Pengetua1
RM2000.00
Pembantu Tadbir2
RM1,200.00
Guru Tahfiz merangkap Imam3 (2*1700)
RM3,400.00
Tukang Masak
RM1,000.00
Pemandu & Pembantu Am
RM1,000.00
Letrik4
RM3,000.00
Air5
RM2,000.00
Elaun Guru Tafaqquh (4*4*150)
RM2,400.00
Makan & Minum6
RM6,000.00
JUMLAH
RM23,000.00
SUMBANGAN
Sebarang sumbangan dan tajaan dari semua pihak amatlah dialualukan. Para Penyumbang & Penaja boleh menyalurkan sumbangan ke akaun AKADEMI IMAM SYAFI’E :
1 2 3 4 5 6
MAYBANK CAWANGAN BACHOK
553083022164
(Perbankan Islam)
(Akademi Imam Syafi’e)
Jawatan ini akan diwujudkan apabila AIS beroperasi sepenuhnya. Jawatan ini akan diwujudkan apabila AIS beroperasi sepenuhnya. Guru untuk pelajar seramai 20 orang & bertugas mengikut syif. Kos untuk keseluruhan kompleks AIS. Kos untuk keseluruhan kompleks AIS. Kos makan & minum sebulan untuk jumlah 20 pelajar sahaja(300*20).
17
ﻪ ﻋ ﹶﻔ ﺎﻴﻀﻨﹰﺎ ﹶﻓﺣﺴ ﺿﹰﺎﻪ ﹶﻗﺮ ﺽ ﺍﻟﻠﹼ ﻳ ﹾﻘ ﹺﺮ ﻱﻦ ﺫﹶﺍ ﺍﻟﱠﺬ ﻣ:ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻮ ﹶﻥﺟﻌ ﺮ ﺗ ﻪ ﻴ ﻭﹺﺇﹶﻟ ﻂ ﺴﹸ ﺒ ﻳﻭ ﺾ ﻳ ﹾﻘﹺﺒ ﻪ ﺍﻟﻠﹼﲑ ﹰﺓ ﻭ ﺜﺎﻓﹰﺎ ﹶﻛﺿﻌ ﻪ ﹶﺃ ﹶﻟ :ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺒﻘﺮ
245
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al-Baqarah:245)
18
atau menghubungi Pengerusi, Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa Kompleks Pendidikan Akademi Imam Syafi’e seperti berikut:
NAMA
JAWATAN
EMAIL
TELEFON
Mohd Zamerey Bin
Pengerusi
[email protected]
+60122942574
Abdul Razak
zamerey@asianfinanceba nk.com
Norziha Bt Abdul
Setiausaha
[email protected]
+60123515617
AJK
[email protected]
+60192269567
AJK
[email protected]
+60126706655
[email protected]
+60132444343
AJK
[email protected]
+60199824579
AJK
[email protected]
+60129403246
Razak Dr. Muhamad Zahiri Bin Awang Mat Rahimi Bin Md Saad
Mohamad Zalami Bin Abdul Razak Mohd Abikarami Bin Abul Razak
PROFILE JAWATANKUASA: Sila rujuk lampiran A
TARIKH PENTING:
PERKARA
JANGKAAN BEROPERASI
Masjid
Ramadhan 1430 (Ogos 2009)
Asrama
Januari 2010
Bas Sekolah
Januari 2010
19
:ﻗﺎﻝ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ ﻢ ﻫ ﺎﺯ ﹾﻗﻨ ﺭ ﺎﻣﻤ ﻔﻘﹸﻮﹾﺍ ﻨﻭﻳ ﻼ ﹶﺓ ﹶﻮﹾﺍ ﺍﻟﺼﻴﻤﻳﻘ ﻮﹾﺍﻣﻨ ﻦ ﺁ ﻳﻱ ﺍﻟﱠﺬ ﺩ ﺎﻌﺒ ﻗﹸﻞ ﻟﱢ ﻼ ﹲﻝ ﺧ ﹶ ﻭ ﹶﻻ ﻪ ﻴﻊ ﻓ ﻴ ﺑ ﻡ ﻻﱠ ﻮ ﻳ ﻲ ﺗﻳ ﹾﺄ ﺒ ﹺﻞ ﺃﹶﻥ ﻦ ﹶﻗﻴ ﹰﺔ ﻣﻼﹺﻧﻋﹰﺍ ﻭﺳﺮ (31 :)ﺳﻮﺭﺓ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). (Surah Ibrahim:31)
20
RUMUSAN
Harapan
dan
perancangan
penubuhan
Kompleks
Pendidikan
Akademi Imam Syafi’e ini disokong dan dibantu oleh setiap lapisan masyarakat demi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak yatim, anak-anak miskin khasnya dan ummah amnya.
21
Lampiran A:
PROFILE JAWATANKUASA KOMPLEKS PENDIDIKAN AKADEMI IMAM SYAFI’E MOHD ZAMEREY BIN ABDUL RAZAK ( Pengerusi) Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah-Feqh & Usul Feqh (Kepujian) dari Yarmouk University, Irbid,Jordan, (1997). Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2002. Sekarang ini beliau menyambung pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah (Syariah & Undang-undang) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru di Maahad Kiblah, Bangi (1999). Pengurus Operasi (2002) Mulex Centric Sdn Bhd. Ketua Jabatan Syariah, Takaful IKHLAS Sdn Bhd (2003). Sekarang ini beliau menjawat jawatan Ketua Jabatan Syariah merangkap Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank Berhad, Kuala Lumpur.(Kumpulan Qatar Islamic Bank)
NORZIHA BINTI ABDUL RAZAK (Setiausaha) Mendapat Ijazah Diploma Usuluddin dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu 2000. Kemudian menyambung ke peringkat Sarjana Muda Dakwah Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia 2003 (USIM), sedang menyiapkan tesis Sarjana Dakwah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2, Kuala Lumpur.
DR.MUHAMAD ZAHIRI BIN AWANG MAT (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons), dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari al-Azhar Universiti, Kaherah(1992). Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996). Kemudian melanjut pengajian di peringkat Doktor Falsafah Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum (2005). Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej Anjung Selatan, Sepang pada 1997 seterusnya sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia. 22
RAHIMI BIN MD SAAD (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1997). Kemudian melanjut pendidikan diperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999) dan memperolehi Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pelancongan Pendidikan di ASH-HAR Travel & Tour Sdn Bhd (1997) seterusnya sebagai Pendaftar di Kuliah Pondok Darulnaim (1998). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
MOHD ZALAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia (1994). Memulakan kerjaya sebagai pengurus syarikat keluarga. Sekarang ini, beliau mengusahakan HRD Industries, sebuah syarikat yang mengeluarkan air minuman dan air R.O. Beliau juga telah mengasaskan sebuah syarikat yang berasaskan pertanian iaitu Sepakat Global Venture Sdn Bhd, di Kota Bharu Kelantan yang menjuruskan kepada perniagaan berasaskan serai.
MOHD ABIKARAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK) Mendapat pendidikan awal di SMU (A) Yaakubiah, Nipah. Kemudian melanjutkan pendidikan ke Institut Latihan Perindustrian, Pedas, Negeri Sembilan (2001). Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Operasi syarikat keluarga dan sekarang menjawat jawatan Pengurus HRD Industries, sebuah syarikat pengeluar air minuman dan RO di Bachok, Kelantan.
23