Adat

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Adat as PDF for free.

More details

  • Words: 2,383
  • Pages: 16
Institusi Perkahwinan turut melibatkan pertukaran.Berdasar contoh,bincangkan.

unsur

unsur

ekonomi

dan

Pengenalan

Perkahwinan merupakan asas kepada wujudnya sistem persanakan.Ini kerana perkahwinan sudah dianggap sebagai satu institusi yang wujud dalam semua budaya dalam seluruh masyarakat di dunia. Institusi perkahwinan bermakna satu penerimaan masyarakat keatas hak dan hubungan yang dijalinkan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan samada melalui undang undang ataupun hukum adat yang boleh mengesahkan status hubungan pasangan suami isteri. Pelbagai pendapat telah dinyatakan oleh para sarjana berkenaan perkahwinan. Fisher mengatakan bahawa

perkahwinan

ialah penyatuan antara lelaki dengan

perempuan Anak hasil daripada hubungan ini dianggap sebagai anak pasangan yang sah dan diiktiraf masyarakat. Perkahwinan merupakan penyatuan diantara dua keluarga, bukan hanya sematamata pembentukan hubungan antara dua individu sahaja. Dalam memilih pasangan pengantin, ibubapa akan mengambil kira latarbelakang keluarga, kedudukan ekonomi, reputasi keluarga dan lain lain. Manakala Leach pula melihat perkahwinan itu sebagai satu bentuk gagasan hakhak seperti hak suami kepada isteri, hak isteri kepada suami, hak ibubapa kepada anak dan hak anak kepada ibubapa. Gagasan hak-hak ini juga mengambil kira terhadap harta

yang dicari bersama

sepanjang tempoh perkahwinan. Hak ini jika dilangkaui akan

mengakibatkat keretakan rumah tangga dan penceraian. Oleh hal itu , perkahwinan ini sudah tentu memberikan satu pengiktirafan kepada pasangan yang terlibat.Pengiktirafan ini pun sering dilihat dalam dua aspek iaitu a) pengiktirafan dalam perhubungan seksual ( tingal bersama ) . Proses ini membentuk petempatan selepas perkahwinan seperti neolokal dan matrilokal. b ) Pengiktirafan terhadap status zuriat yang dilahirkan. Zuriat ini dihubungkan dengan nisab yang ditentu dahulu oleh nenek moyang, contohnya patrilineal. C ) Pengiktirafan terhadap sumber sumber ekonomi dan harta sepencarian.

Aspek ekonomi adalah salah satu daripada unsur- unsur dalam perkahwinan. Apa yang dimaksudkan disini ialah penglibatan pertukaran ekonomi melalui institusi perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Bentuk-bentuk ekonomi dan pertukaran dalam institusi perkahwinan adalah 1. mas kahwin 2. dowry 3. pertukaran hadiah 4. pemberian khidmat tenaga 5. pertukaran perempuan

Bentuk bentuk pertukaran dan ekonomi ini akan dibincangkan seterusnya.

Pembayaran ( Mas Kahwin )

Dalam kebanyakan masyarakat unsur ekonomi menjadi pendorong untuk berkahwin. Bentuk ekonomi yang dapat dilihat seperti pertambahan tenaga kerja.dan keluasan tanah pertanian dan sebagainya. Banyak anggota masyarakat yang berkahwin bukan semata- mata kerana seks tetapi untuk memperolehi tenaga kerja. Pembayaran satu bentuk pertukaran ekonomi sebelum atau semasa perkahwinan. Bayaran dibuat menggunakan wang atau barang- barang tertentu seperti binatang ternakan. Dalam masyarakat Melayu, bayaran ini dikenali sebagai mas kahwin. Ini merupakan satu syarat yang perlu dipenuhi dan ditunaikan kepada keluarga perempuan atau perempuan itu sendiri. Ia dikatakan satu tanda tanggungjawab pihak lelaki

demi kesediaannya

mengahwini perempuan tersebut. Menurut kajian yang dibuat oleh Murdock dalam World Ethnoghrafic Sample (1957), mendapati bahawa 60% masyarakat yang dikajinya melaksanakan sistem pembayaran jenis ini misalnya masyarakat melayu, orang Ifugao di Filipina dan masyarakat Swazi di Afrika. Orang Melayu biasanya mengenakan mas kahwin dan hantaran kepada pihak perempuan. Jumlah mas kahwin yang dikenakan telah ditetapkan oleh pihak perempuan dengan persetujuan pihak lelaki semasa perminangan dahulu. Mas kahwin juga ditentukan oleh majlis agama negeri, contohnya RM 32. Manakala wang yang dirunding dalam pertunangan dahulu dikenali sebagai wang belanja contohnya RM7000. Wang belanja inilah digunakan untuk hantaran dan persediaan kenduri.Mengikut ajaran Islam yang dianuti oleh majoriti orang Melayu, mas kahwin diakad dalam lafaz pernikahan yang disebut oleh pengantin lelaki dihadapan saksi- saksi.

Satu perkara yang menarik disini adalah berlaku balas membalas hantaran iaitu pihak perempuan biasanya akan membalas hantaran yang dibuat oleh pihak lelaki. Ini bergantung kepada status ekonomi keluarga berkenaan. Manakala Orang Swazi di Afrika, proses pembayaran ini dibuat dengan memberikan binatang ternakan kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini. Misalnya lembu. Pemberian ini berdasarkan status sosial keluarga wanita tersebut. Biasanya 12 ekor lembu diberikan kepada pihak wanita yang berketurunan kebanyakkan, tetapi keluarga diraja pula diberi 15 ekor lembu atau lebih. Pemberian binatang ternakan ini berlaku kerana orang Swazi ialah masyarakat penternak. Dalam kes lain, pemberian makanan juga dianggap sebagai pembayaran. Ini dilakukan oleh masyarakat Ifugao di Filipina .Babi diberikan kepada keluarga perempuan sebagai menandakan penerimaan perempuan tersebut sebagai isteri dan juga sebagai ahli baru dalam kelompok suaminya. Sesetengah masyarakat menjelaskan pembayaran dalam tempoh masa yang lebih lama .Ia bergantung kepada jumlah pembayaran, samada kecil atau besar sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Subanun di Filipina dan juga orang Manus. Jika dinilai akan situasi yang berlaku dalam masyarakat Subanun dan Manus ini, kita dapati wujud beberapa perbezaan dan persamaan. Misalnya pembayaran itu dibuat oleh keluarga perempuan kepada keluarga lelaki. Bentuk pembayaran mengikut

keadaan masyarakat seperti masyarakat industri

pula dibuat

tentulah dengan

menggunakan wang, manakala masyarakat berternak menggunakan binatang ternakan .Begitu juga dengan tempoh pembayaran.,ada masyarakat yang menyelesaikan secara terus dan ada yang memakan masa bertahun-tahun selepas berkahwin.

Pertukaran Hadiah

Pertukaran hadiah adalah salah satu daripada bentuk pertukaran ekonomi yang selalu dilakukan dalam masyarakat. Dalam kajian Murdock, beliau mendapati bahawa 3% daripada masyarakat yang dikajinya melakukan pertukaran hadiah. Dalam institusi perkahwinan, hal ini dilakukan oleh dua buah keluarga yang terlibat iaitu keluarga perempuan dan lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan. Kedua- dua pihak ini akan saling bertukar hadiah yang mana nilainya dikatakan hampir sama. Ia berlaku dikalangan masyarakat di Pulau Andaman. Dalam masyarakat ini .sebaik sahaja seorang lelaki itu mahu mengahwini seorang perempuan , kedua- dua keluarga akan bertemu dan bertukar-tukar hadiah. Ia berupa barang- barang makanan dan sebagainya. Adat ini berterusan sehingga perkahwinan berlangsung. Dalam masyarakat Melayu, pertukaran hadiah juga turut berlaku. Aturan ini memastikan keluarga pihak perempuan mendapat hadiah hantaran yang setimpal. Ia berlaku semasa majlis pertunangan dan perkahwinan. Pertukaran hadiah menpunyai fungsi tertentu dalam masyarakat tersebut. Antaranya ia mampu merapatkan hubungan kedua- dua pihak melalui pertukaran tersebut. Dalam masyarakat tani dan meramu pula, bentuk pertukaran ini amat penting untuk menambahkan sumber ekonomi bagi keperluan hidup mereka. Justeru itu, perkahwinan dianggap sangat penting bagi keperluan sumber ekonomi bukan kerana semata- mata hubungan seks.

Pertukaran Perempuan

Pertukaran perempuan bermaksud satu sistem bertukar- tukar kaum perempuan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat .Saudara perempuan dari pihak lelaki ( adik perempuan atau kakak) akan ditukar dengan seorang lelaki dari pihak keluarga perempuan yang bakal dikahwini. Oleh demikian itu, seorang lelaki dari pihak bakal isteri akan masuk ke dalam keluarga pihak suami, manakala seorang perempuam dari pihak bakal suami akan masuk ke dalam keluarga bakal isteri. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku pada peringkat keluarga tetapi pada peringkat kelompok..Antara masyarakat yang mempraktikkan amalan ini masyarakat Tiv di Afrika Selatan. Dalam masyarakat Tiv, suami akan membawa isteri tinggal bersama dalam perumahan kelompok bapanya dan membentuk keluarga luas yang bersifat patrilocal. Dalam kes ini, keluarga perempuan atau isteri akan kehilangan seorang perempuan sebagai sumber buruh. Ini kerana isteri akan berkhidmat sebagai tenaga kerja dalam keluarga suaminya. Oleh hal yang demikian, mereka mengadakan pertukaran wanita untuk mengimbangi tenaga kerja wanita dalam sesebuah kelompok atau keluarga. Dalam kes tenaga kerja,perempuan yang gagal melakukan kerja dengan baik akan dipulangkan balik kepada keluarga asalnya dan diganti dengan wanita lain yang berada dalam keluarga atau kelompok yang sama. Dalam kajian Murdock didapati hanya 3% daripada masyarakat yang dikaji mengamalkan sistem pertukaran perempuan.

Pemberian Khidmat

Pemberian khidmat merupakan salah satu

daripada komponen pertukaran

ekonomi melalui perkahwinan. Pemberian khidmat merujuk kepada khidmat atau pekerjaan yang bakal dilakukan oleh lelaki dalam kelompok keluarga isterinya. Murdock mengatakan 13% daripada 565 masyarakat yang dikajinya mengamalkan sistem pemberian khidmat ini. Di kalangan masyarakat Eskimo, seorang lelaki yang berkahwin dimestikan bekerja untuk bapa mertuanya. Misalnya sebagai pemburu singa laut. Ia dilakukan sebaik sahaja lelaki itu melangsungkan perkahwinanya. Ia dianggap sebagai lambang penyempurnaan tanggungjawab seorang lelaki, bukan sahaja terhadap isterinya bahkan juga kepada kelompok isteri. Demikian kita melihat bahawa khidmat yang diberikan itu berbeza diantara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tempoh melaksanakannya juga berbeza bergantung kepada sesetengah masyarakat, ada yang melaksanakannya dalam tempoh beberapa bulan malah memakan masa sehingga bertahun-tahun. Bagi masyarakat Kachin di Assam, Utara Burma, mereka biasanya ‘membayar’ perkahwinan dengan binatang ternak seperti lembu. Namun begitu kadangkala bayaran kahwin itu juga dianggap sebagai sewa (rent). Sewa ini dibayar juga dengan khidmat kepada ketua (chief) misalnya berladang atau memberikan hasil buruan ataupun memberi sumbangan dalam pembinaan rumah chief. Satu hal yang nyata ialah seorang lelaki itu dikehendaki berkhidmat kepada bapa mertuanya dengan bekerja dalam beberapa tahun sebagai bayaran perkahwinan. Selepas menyempurnakan tugas itu; secara teorinya, ia

boleh membawa isterinya pulang ke kelompok asal, kerana asal petempatan masyarakat Kachin berasaskan patrilokal.

Dowry.

Hanya sebahagian kecil daripada masyarakat yang mengamalkan sistem pembayaran gantirugi kepada keluarga pihak lelaki. Dalam hal ini boleh dikatakan semua bentuk hadiah diberi oleh pihak perempuan, dimana ia berbeza daripada masyarakat lain yang biasanya menghendaki kaum lelaki berusaha membayar atau memberi khidmat bagi memenuhi syarat perkahwinan. Inilah yang dikatakan sebagai dowri. Ia diamalkan oleh penganut-penganut Hindu di Sri Lanka dan India. Dowri merupakan satu institusi yang besar ertinya dalam masyarakat Hindu, sebagaimana ia dikatakan diamal sejak abad 13 atau 14 lagi. Secara tradisionalnya golongan keluarga bangsawan atau keluarga kaya akan memberikan satu pemberian tertentu dalam bentuk wang tunai ataupun barang perhiasan bersama-sama dowri. Budaya dowri ini telah tersebar ke seluruh kasta dan menjadi suatu isu yang berprestij pada penghujung abad ke 19. Jumlah bayaran ditentukan secara serius oleh masyarakat yang menyokong adat ini- yang biasanya mahal; ada yang melebihi Rp 15000. Dikalangan masyarakat Rajput di India ia dibayar oleh perempuan dalam bentuk yang rendah sedikit jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Eropah pada zaman Renaissance. Barang-barang seperti emas, barang dapur, pakaian dan juga tempat tidur antara bahan yang boleh dihadiahkan. Mas kahwin ini sebenarnya dipamerkan untuk kepentingan kaum saudara perempuan

sebelah pengantin lelaki. Saudara perempuan ini kemudiannya akan memeriksa pengantin perempuan. Dowri telah dianggap sebagai satu perkara yang sukarela secara teorinya,dan bukanlah memberi beban atau menghalang kepada perkahwinan. Namun begitu secara praktikalnya, menurut V.V Prakash Rao (1980) sebagai melampau. Ia kemudiannya bukan sahaja menjadi satu budaya rigid yang melekat dalam semua kasta bahkan sesetengah keluarga dalm keluarga telah mempergunakan sistem dowri untuk menaikkan taraf sosial dan ekonomi mereka. V.V Prakash Rao menulis bahawa wujudnya disfungsi dalam masyarakat Hindu dalam mempraktikkan sistem dowri sehingga mewujudkan beberapa masalah sosial seperti bunuh diri. Kes bunuh diri berlaku kepada gadis-gadis yang dipaksa berkahwin dengan orang-orang tua (pemberi hutang) dengan tujuan membolehkan ibubapa mereka melangsaikan hutang. Ini keraa perkahwinan gadis-gadis tersebut tanpa menggunakan dowri. Dalam sesetengah kes di India pada hari ini, ramai wanita yang berpendidikan terpaksa menyimpan wang untuk dowri perkahwinan mereka. Dalam kes yang sama juga ramai diantara wanita itu berhadapan semata-mata kerana keperluan dowri.

dengan situasi andartu (spinsterhood) kerana

Fungsi Pertukaran Ekonomi dalam Perkahwinan

Pertukaran ekonomi dalam institusi perkahwinan bukanlah semata-mata untuk tujuan ekonomi sahaja, bahkan jika ditinjau dari segi sosiologinya, ternyata ia memberi beberapa kelebihan tertentu. Faedah-faedah ini sememangnya boleh dinilai dalam banyak masyarakat khususnya yang mengamalkan sistem pembayaran, khidmat ataupun melalui pertukaran-pertukaran tertentu. Tidaklah dianggap wanita itu sebagai hamba malah jauh pula untuk dikatakan sebagai dijualbeli. Bahkan hal ini sebenarnya mengangkat dan memberikn satu martabat kepada golongan wanita yang bakal dikahwini, termasuk juga keluarganya. Ini kerana ia menunjukkan betapa wanita itu dihargai atas kesudiannya menjadi isteri; dengan memberikan bayaran tertentu atau perkhidmatan. Lebih daripada itu, ia menggambarkan tanggungjawab seorang lelaki yang perlu dilangsaikan sebelum ia menjadikan seseorang wanita itu sebagai isteri. Ini kerana permulaan (dalam sesetengah masyarakat) penyempurnaan tanggungjawab seseorang dapat dilihat melalui pembayaran ‘yuran’ perkahwinannya. Sekiranya lelaki tersebut gagal menyempurnakan perkara syarat ini, maka disangsikan ia dapat memenuhi peranannya sebagai suami, seperti menyediakan keperluan asas berkeluarga misalnya tempat tinggal, makan minum dan sebagainya. Nilaian pembayaran ini penting dalam menetukan pengiktirafan dalam sesebuah perkahwinan. Misalnya; dalam masyarakat Kachin, anak yang lahir dari seorang ibu (isteri) yang tidak dibayar ‘brideprice’nya dianggap sebagai ‘n-ji’ atau anak haram. Ini boleh memberi kesan negatif kepada zuriat, ibu dan juga kelompok wanita itu sendiri.

Selain daripada itu sistem ini juga berupaya memberikan satu bentuk ganti rugi kepada keluarga pihak wanita. Dalam kebanyakkan masyarakat ,golongan wanita memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga atau kelompok.Misalnya dalam masyarakat tani berperanan di tanah pertanian dan di ladang.Oleh itu terbukti bahawa golongan wanita merupakan sumber tenaga buruh yang sangat penting dalam sesebuah kelompok keluarga. Kehilangan seorang wanita akibat daripada perkahwinan dalam masyarakat yang khususnya mengamalkan sistem patrilokal ini hanya dapat digantikan dengan bayaran tertentu seperti sepuluh ekor lembu atau pertukaran perempuan sebagaimana yng dilakukan oleh masyarakat Tiv. ‘Brideprice’ juga dapat dilihat kepentingannya dalam mengelakkan berlaku kecurangan /masalah yang dilakukan oleh seseorang isteri itu. Ini kerana pembayaran akan diminta balik oleh pihak lelaki jika berlaku masalah dalam perkahwinan. Hal ini dapat menjaga tingkahlaku seorang perempuan itu serta dapat melaksanakan fungsinya sebagai isteri dengan baik. Misalnya dalam sesetengah masyarakat sekiranya perkahwinan yang dilangsungkan itu gagal atas sebab wanita maka ‘brideprice’ itu akan ditebus balik dan perempuan tersebut akan pulang ke kelompok asalnya. Hal ini tentu sukar kerana sebahagian besar daripada belanja kahwin itu mugkin sudah habis dan ternyata ia boleh memberi masalah kepada keluarga isteri. Bagi orang Tiv pula, jika seseorang perempuan yang menjadi tukaran itu memberikan masalah, maka ia akan dipulangkan ke kelompok asal- kemudian diminta perempuan baru daripada kelompok yang sama sebagai ganti. Dari segi pertukaran pula hal ini dapat dilihat dalam usaha untuk merapatkan hubungan sosial dan ekonomi antara keluarga atau kelompok bakal suami isteri itu.

Misalnya dalam sistem pertukaran hadiah yang diamalkan oleh orang-orang di Kepulauan Andaman. Apabila membincangkn masalah dowri, maka jelas ia tidak begitu memberi perkaitan dalam hal ini kerana wujudnya perbezaan fungsi lelaki dan wanita melalui sistem dowri berbanding dengan ekonomi pertukaran yang lain. Dowri berfungsi sebagai menaikkan status sosial dan ekonomi sesebuah keluarga dalam kasta- memandangkan bayarannya yang agak tinggi. Ia juga dianggap sebagai penghormatan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

Bibliografi

1. Abdullah Taib, Asas-Asas Antropologi, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985. 2. E.R. Leach, Rethinking Anthropology, The Athlone Press, University Of London, 1961. 3. V.V Prakash Rao & V. Nandini Rao, Marriage, The Family And Women In India, Heritage Publisher, New Delhi, 1982.

INSTITUSI PERKAHWINAN TURUT MELIBATKAN UNSURUNSUR EKONOMI DAN PERTUKARAN. BERDASARKAN CONTOH, BINCANGKAN.

ALEA 1103 KEKELUARGAAN

NAMA

: MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

NO. MATRIK: NO. I.C

:

TUTOR

: PUAN ROSILA

KELAS

: ISNIN (11.00-12.00 AM)

NAMA:

WAN MOHD DASUKI BIN WAN HASBULLAH

NO. MATRIK: AEA010711 NO.I.C

: 800617035357

TUTOR

: PUAN ROSILA

KELAS

: ISNIN (11.00-12.00 AM)

Kesimpulan

Berdasarkan contoh-contoh yang telah diutarakan ternyata bahawa institusi perkahwinan memainkan peranan penting dalam menjana sistem ekonomi dan pertukaran masyarakat. Oleh hal yang demikian kita tidak boleh menganggap bahawa konsep perkahwinan itu hanya sebagai untuk memenuhi keperluan seksual semata-mata bahkan lebih daripada itu. Selain itu, wanita merupakan satu aset penting dalam sesebuah keluarga atau kelompok.Wanita adalah sumber tenaga kerja yang boleh meningkatkan dan taraf hidup keluarga.

pendapatan

Related Documents

Adat
December 2019 37
Pantun Adat
October 2019 35
Adat Sempi.docx
April 2020 17
Adat Indo.docx
April 2020 25
Adat Sumbawa.docx
December 2019 28