Adat-adat Perkhawinan Di Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Adat-adat Perkhawinan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 314
  • Pages: 2
Assalamualaikum, yang saya hormati tuan pengerusi majlis, guruguru serta sahabat-sahabat seperjuangan yang saya hormati. Berdirinya saya di sini adalah untuk berkongsi maklumat tentang adat-adat perkhawinan di Malaysia. Bagi kaum melayu, sebelum sesuatu perkahwinan dilansungkan, wakil bagi pihak keluarga lelaki akan pergi ke rumah pihak keluarga wanita untuk bertanya khabar atau merisik. Tujuan merisik ini adalah untuk bertanya adakah si wanita berpunya atau tidak sekiranya si wanita ini belum berpunya lagi pihak keluarga lelaki akan merisik si wanita. Ada yang merisik menggunakan pantun dan ada pula yang tarus bertanya, tetapi kebanyakan nya mereka akan berpantun antara pantun yang popular ialah: “Beli motokar dikedai Pak Man, Nampak kak siti membeli betik, Sungguh cantik bunga di taman, Hajat di hati ingin memetik.” Selepas itu sekiranya pihak wanita menerima risikan itu bermakna si wanita itu sudah ditanda/ berpunya kepada pihak lelaki. Selepas risikan majlis pertunangan pula diadakan, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menetapkanjumlah wang hantaran, bilangan dulang hantaran, tarikh pernikahan dan hari persandingan, pada kebiasaannya tarikh pernikahan ditetapkan selama setahun, tujuan dijarakkan tarikh pernikahan itu adalah untuk memberi masa kepada pihak lelaki untuk menyediakan hantaran. Pada hari pernikahan majlis biasanya diadakan di masjid pada sebelah pagi sebelum majlis persandingan dan disertai oleh bakal pengantin lelaki dan perempuan, wali, imam (juru nikah), dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki daripada pihak wanita. Semasa majlis persandingan, pengantin diarak ke rumah dengan paluan kompang selepas itu pengantin dibawa ke pelamin untuk bersanding dan kemudian majlis tepung tawar dan sesi bergambar bersama pengantin pun bermula.

Selesai majlis tepung tawar dan sesi bergambar, pengantin lelaki dan wanita bersama keluarga masing-masing berangkat untuk makan beradap. Tujuan makan beradap ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak wanita. Selepas itu keluarga pihak lelaki bersalam-salaman dengan keluarga pihak perempuan Sekian saja maklumat yang dapat saya kongsi bersama saya akhirri kalimah saya dengan lafaz yang mulia, assalamualaikum waroh matullah hiwabarokatuh, sekian.

Related Documents