Adakah Anda Seorang Usahawa1

  • Uploaded by: Khairi A.Rahman
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Adakah Anda Seorang Usahawa1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,033
  • Pages: 8
Adakah Anda Seorang Usahawan? Walaupun keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Willian E. Jennings, (“A Profile of the Entrepreneur”) telah menjalankan kajian mengenai sikap yang berkaitan dengan usahawan yang menyenaraikan sifat-sifat penting yang dimiliki oleh usahawan iaitu: • • • • • • •

Sabar Sanggup menghadapi cabaran Sedia bersaing Berdikari Kesungguhan untuk mencapai matlamat Yakin pada diri sendiri Sihat

Usahawan hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk orang-orang yang inginkan pertandingan dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa. Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan? Tanya diri anda soalan-soalan berikut: • •

• •

Adakah anda sanggup bekerja keras dan sacrifice untuk mempastikan perniagaan yang anda bangunkan berjaya? Adakah anda sanggup bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan dan tanggungjawab berkaitan dengan urusan perniagaan? Adakah anda berfikiran terbuka, berdisiplin dan komited terhadap keusahawanan? Adakah anda bersedia menjadi pekerja “multi-roles” iaitu anda adalah pekerja dan anda juga adalah ketua dalam organisasi anda?

Bagaimana Memulakannya 1

Pertama anda harus mempunyai idea atau bidang yang akan anda ceburi. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berhubung dengan idea anda itu. Jalankan penyelidikan berkaitan perkhidmatan, produk atau industri yang berkenaan, cara menghasilkan produk, persaingan dan halangan yang mungkin timbul. Dapatkan nasihat dari usahawan yang telah menceburi bidang tersebut. Baca jurnal, majalah, buku dan penerbitan berkaitan. Hadiri perjumpaan dengan persatuan atau pelanggan industri tersebut. Anda harus memiliki maklumat terkini dengan bidang yang dipilih ini. Sediakan pelan perniagaan yang lengkap. Sediakan matlamat untuk perniagaan anda tersebut. Pelan perniagaan yang baik membolehkan anda memberi fokus dalam membangun kejayaan. Mulakan jalinan hubungan atau “networking” sebaik sahaja anda memulakan perniagaan. Jadilah ahli dalam persatuan professional. Ingat, jalinan hubungan yang berkesan akan membentuk persahabatan yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Pelajarilah cara mendapatkan pembiayaan – dari kawan, keluarga, pinjaman bank, atau dana-dana Kerajaan. Anda harus mengetahui jumlah yang anda ada, jumlah yang anda ingin pohon untuk menggerakkan perniagaan anda dan jumlah yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda . Tenaga pekerja adalah aset penting untuk berjaya. Anda hanya perlu menggaji pekerja yang anda fikirkan perlu sahaja. Jika anda tiada mempunyai masa untuk menyedia kira-kira syarikat, gajilah seorang akauntan. Dapatkan seorang pembantu untuk membuat kerja-kerja pengkeranian. Dengan ini anda akan mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada mengembangkan perniagaan.Memulakan perniagaan perlu keyakinan dan mengambil masa. Anda perlu pandai mengagihkan masa untuk kawan, keluarga dan bergembira. Anda harus pandai mengenal batas-batas dunia perniagaan dan dunia peribadi. Keusahawanan bukan untuk orang-orang yang mudah kecewa. Tiada formula azimat. Tetapi kepada yang sanggup bekerja kuat dan sanggup mencuba, mimpi anda akan menjadi kenyataan. Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk membantu merealisasikan mimpi anda.

Usahawan tempatan digalak teroka pasaran global

2

Oleh Magendran Rajagopal LANGKAH kerajaan meningkatkan hasil pertanian negara dan industri asas tani menyaksikan ramai usahawan tumbuh mendadak bagai cendawan selepas hujan tetapi malangnya, sebahagian besar hanya bertumpu terhadap pasaran tempatan sedangkan peluang global terbuka luas. Tidak dinafikan banyak hasil kampung kita, tidak kira pertanian, kraf tangan atau kudapan, kini mendapat sambutan meluas di kalangan rakyat tempatan, malah sudah ada pasar raya menyediakan ruang khusus bagi memperagakan hasil tempatan ini. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri berulang kali menekankan keperluan usahawan tempatan berfikiran global dan jangan hanya membataskan potensi memasarkan hasil keluaran masing-masing di dalam negara saja. Pada masa yang sama, kerajaan negeri semakin rancak mempromosi perkembangan industri kampung bagi membantu memberi pendapatan yang lebih kepada golongan pengusaha kecil dan sejak kebelakangan, ini lebih ramai usahawan makanan tempatan berjaya memasarkan produk keluaran masing-masing di dalam negara, malah tidak kurang pula yang mengintai pasaran antarabangsa walaupun jumlahnya masih kecil. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kini sudah memperkenalkan kaedah pembungkusan yang menepati cita rasa pasaran antarabangsa selain menguruskan pemasaran produk tetapi produk tempatan masih kurang daya saing. Jika mahu mempunyai kelebihan daya saing ini, usahawan tempatan harus memberi keyakinan kepada pembeli bahawa produk mereka selamat dan adalah hasil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan memiliki persijilan Titik Kawalan Kritikal dan Analisis Bahaya (HACCP) atau ISO (Pertubuhan Antarabangsa Penetapan Standard). Kedua-dua pengiktirafan ini memberi nilai tambah kepada sesuatu produk dan boleh diguna pakai bagi sebarang industri, termasuk sektor pertanian, perikanan dan penternakan atau pengeluaran produk makanan seperti seperti kerepek ubi, keropok lekor, satar, otak-otak, pais ikan tenggiri, lemang, sate dan roti canai yang diusahakan secara komersil. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ng Lip Yong, berkata masih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) belum memanfaatkan skim bantuan yang disediakan kerajaan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan, termasuk memperluaskan pasaran ke luar negara. “Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) misalnya, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM463 juta untuk sektor berkenaan. “Kerajaan menerusi Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec)

3

turut menawarkan Skim Pinjaman Mudah bagi menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan PKS. “Selain itu, Geran Berpadanan bagi Pembangunan Produk dan Pemprosesan dapat membantu PKS memperbaiki serta menaik taraf rekaan dan produk sedia ada, termasuk bantuan pembelian mesin serta peralatan selain mendapatkan persijilan ISO atau HACCP,” katanya. Di bawah skim itu, bantuan diberi dalam bentuk geran berpadanan dengan peruntukan maksimum RM500,000 untuk setiap permohonan dan Ng berkata sejak beliau menyertai kementerian itu kira-kira lapan bulan lalu, pelbagai perubahan daripada segi jumlah skim dan pinjaman mudah dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan PKS. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, PKS merangkumi 99.2 peratus atau 518,996 daripada sejumlah 523,132 pertubuhan di negara ini. Daripada jumlah itu, 449,004 PKS (86.5 peratus) dalam sektor perkhidmatan, 37,866 (7.3 peratus) daripada sektor pembuatan manakala bakinya membabitkan sektor pertanian. Pengarah Urusan TQS Management Sdn Bhd (TQS), R Narendranath, yang menyediakan khidmat perundingan dan latihan untuk semua jenis perniagaan bagi mencapai pensijilan kualiti antarabangsa, berkata pengiktirafan itu amat penting bagi meraih keyakinan pelanggan terhadap sesuatu produk. “Masih ramai yang tidak sedar bahawa kerajaan menyediakan geran 50 peratus bagi syarikat yang mahu mendapatkan pengiktirafan atau persijilan ini yang terbukti dapat melipat gandakan potensi pemasaran sesuatu produk. “Mana-mana syarikat perunding seperti TQS boleh membantu menyelaras kursus latihan dan garis panduan bagi PKS yang berminat mendapat pengiktirafan ini,” katanya. TQS juga adalah syarikat tempatan pertama yang didaftarkan sebagai juru audit Konsortium Runcit British (BRC), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi penilaian makanan berjenama selain telah berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat. Narendranath berkata pengiktirafan BRC memperkukuhkan sesuatu jenama makanan untuk mendapat tempat di pasaran antarabangsa, sama seperti HACCP yang dikeluarkan pihak berkuasa makanan Amerika Syarikat. Sebenarnya, PKS tempatan boleh memohon bantuan daripada tabung Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) atau Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) manakala Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) pula menyediakan geran bersamaan untuk membantu mereka mendapatkan persijilan itu. Namun, tidak banyak pengusaha yang memberi perhatian terhadap pengurusan dan operasi, sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna mengenai

4

keselamatan atau kebersihan sesuatu produk selain kemusykilan sama ada GMP sihat dipatuhi dalam pengeluarannya. GMP boleh menjadi satu panduan buat syarikat bagi memperbaiki kelemahan dan masalah yang wujud, sekali gus menjadi asas penting sekiranya sesuatu pasaran itu mahu menembusi pasaran antarabangsa. GMP merangkumi sistem pengurusan operasi dan pengeluaran yang praktikal kerana ia berperanan menghapuskan semua permasalahan bagi membolehkan seseorang usahawan menumpukan perhatian untuk peningkatan pengeluaran dan pemasaran untuk kemajuan syarikat. Selain itu, amalan itu turut membantu syarikat mencapai tahap pengiktirafan pensijilan bertaraf antarabangsa seperti HACCP, ISO 9000, ISO 14000, ISO/TS 16949, ISO 22000 dan OHSAS 18000 yang wajib bagi syarikat pemprosesan dan pengeluar makanan untuk memasarkan produk mereka ke luar negara. Usahawan tempatan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah mendapatkan pengiktirafan HACCP, persijilan ISO dan BRC dengan melayari laman web www.smidec.gov.my, www.npc.org.my serta www.tqsmgt.com atau menerusi talian 0371181005 dan 03-71181032.

Masyarakat berfikir aset berharga Cetusan idea inovatif mampu lonjak pembangunan negara, bangsa RATUSAN ribu graduan dan profesional Melayu memperoleh peluang pendidikan di dalam dan luar negara hasil titik peluh dan pengorbanan pejuang kemerdekaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Berbekalkan ilmu, kepakaran dan pengalaman, golongan cerdik pandai itu mahir berhujah dan berkarya untuk menyatakan pandangan dan pendapat mengenai sesuatu isu dan situasi. Wujudnya masyarakat sedemikian yang dikenali sebagai masyarakat berfikir (learning society) adalah satu aset berharga kepada negara. Kalangan individu dan kelompok masyarakat berfikir itu pasti ada yang mencetuskan idea kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada kepesatan kemajuan ekonomi negara, peningkatan kecekapan khidmat awam, pengurangan pembaziran, penjimatan kos serta penyelesaian terhadap kekusutan dan masalah sosioekonomi yang dihadapi negara membangun seperti Malaysia. Di dalam Islam, pentingnya amalan berfikir ditekankan umpamanya di dalam Surah Ali 5

Imran ayat 190-191. Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya tentang penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang terdapat tanda keagungan Allah bagi ulul al bab. Mereka ialah golongan yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata wahai Tuhan kami kamu tidak menciptakan ini dengan sia sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka”. Bahkan keunggulan daya fikir masyarakat Islam pada zaman silam terserlah apabila wujud ramai tokoh yang menyumbang kepada perkembangan ilmu ekonomi Islam walaupun mereka bukanlah berpendidikan ekonomi umpamanya: Ibnu Hazam (384-456H) / (994-1064M): Konsep keperluan asas, pembasmian kemiskinan, kecemerlangan zakat, sistem percukaian, dan sistem pajakan tanah. Nizam al-Mulk at-Tusi (408-485H) / (1017-1093M): Konsep kepentingan ramai, pentadbiran negara, kebajikan nasional, daya pengeluaran, kecekapan ekonomi, keperluan asas, perancangan negara, ukuran pekerjaan optimum, persamaan sosioekonomi, sistem percukaian yang adil, dasar pentadbiran tanah, ciri-ciri pemimpin ekonomi mithali, perkhidmatan awam, dan mahkamah aduan rakyat. Al-Ghazali (450-505H) / (1058-1111M): Konsep kepentingan ramai, kerajaan adil dan kegemilangan ekonomi, pengagihan tenaga buruh, pengkhususan dalam aktiviti ekonomi, sistem zakat, aspek pendapatan, perdagangan, kepenggunaan dan aspek-aspek halal haram, kekayaan, riba’, pertanggungjawapan pemimpin dalam pengurusan harta, aspekaspek pemilikan, pembasmian kemiskinan, dan nilai-nilai etik dalam kegiatan ekonomi. At-Turtushi (lahir 450H): Kekayaan, pembangunan tanah, isu percukaian dan kewangan negara, kebajikan sosial, rasuah dan kesan atas amanah kuasa ekonomi, status dan Asy-Syizari (meninggal 589H)/ (1193M): Institusi hisbah, konsep kesatuan pekerja, dan dewan perniagaan. Fakhruddin al-Razi (543-606H)/ (1149-1209M): Kekayaan, keperluan manusia, kesan aktiviti sorok atas ekonomi, pembasmian kemiskinan, dan analisis perbelanjaan. Ibnul Ukhuwwah (meninggal 729H) / (1329M): Institusi hisbah, peranan muhtasib, dan isu-isu pengurusan pasaran. Asy-Syatibi (meninggal 790H)/(1329M): Kepentingan ramai dan fungsi kebajikan sosial Islami, perundangan sosioekonomi, dan isu-isu hartanah, cukai dan akad. Al-Maqrizi (767-846H) / (1364-1442M): Tawaran wang dan kuasa membeli sebenar, sistem kewangan, pengurusan belanjawan, beban cukai, dan analisis pasaran. Ibnu Tufayl (493-581)H/(1100-1185M): Tasawwur ekonomi, pembangunan insan, dan pembangunan sumber negara.

6

Al-Muhasibi (165-243H) / (781-857M): Pengawalan kepentingan diri, konsep keseimbangan, insan ekonomi yang berjiwa Islam, harta, dan pengurusan pendapatan. Namun, kekuatan individu dalam masyarakat berfikir saja tidak mencukupi seandainya tidak diikuti dengan proses dan strategi tersusun ke arah melaksanakan dan mengambil tindakan merealisasikan idea dan buah fikiran masing-masing. Lazimnya, menurut kaedah Islam, ia akan membabitkan proses yang berperingkat termasuk; At-Ta'rif atau Pengenalan yang memerlukan sikap terbuka untuk melapangkan dada untuk terus menimba ilmu; At-Tafahum atau pemahaman yang memerlukan kita memperdalamkan ilmu yang dipelajari; At-Takwim atau pembentukan yang memerlukan kepada persiapan diri dari segi kekuatan rohani, jasmani akli dan emosi; At-Tanfidz atau pelaksanaan iaitu tahap penguatkuasaan yang tegas dan berhikmah ke atas pelaksanaan dasar pemikiran kita supaya budaya yang baik dapat l At-Tabayyun atau pemantauan dengan berpandukan Indeks Prestasi Pencapaian untuk mengenal pasti elemen kelemahan yang perlu diatasi serta memanfaatkan elemen kekuatan yang perlu dioptimumkan; At-Taqyin atau penilaian supaya kita dapat membuat keputusan mengenai apa yang perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik pengurusan terkini umpamanya Analisis SWOT, Teknik, Pengurusan Kekangan (Constraint Management), Kaedah ‘Strategi Laut Biru’ (Blue Ocean Strategy), Kaedah ‘Balanced Scorecard’ ataupun mana-mana kaedah penilaian yang diyakini; At-Tahsin atau pembaikan supaya kita memperbetulkan dan memperbaiki keadaan dengan penuh hikmah supaya hasilnya membawa nilai tambah serta dapat memacu prestasi kita ke tahap yang lebih tinggi. Berfikir dan bertindak untuk membangun Bangsa Melayu Unggul atau yang dikenali sebagai khaira ummah (umat terbaik) bukanlah suatu isu remeh. Jika ia dianggap remeh, maka remehlah tempat kita dalam sejarah. Yang akan rugi bukan kita pada zaman ini, tetapi yang mungkin akan memikul beban malu dan terpaksa bermula semula untuk memperbaiki keadaan adalah anak cucu kita. Bukan saja kita harus pandai melahirkan mereka di dunia, tetapi kita juga harus bijak menjadikan mereka sebagai penerus kemuliaan dan bukan pewaris kehinaan. Soalannya bukan sama ada kita mampu atau tidak bagi memanfaatkan kekuatan masyarakat berfikir yang sememangnya sudah wujud di kalangan Bangsa Melayu, tetapi sama kita mahu dan bersedia atau tidak.

7

Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif adalah Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM)

8

Related Documents


More Documents from ""