Acara Lompat Kijang.pptx

  • Uploaded by: debbystanis
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Acara Lompat Kijang.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 802
  • Pages: 10
Acara Lompat Kijang Debby Stanis

Peraturan • Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula. • Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya.

• Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian ,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menetukan peserta kelapan terbaik,tiga lompatan tambahan diberikan .Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang. Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa batal dikira pemenang.

• Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira batal. • Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal. • Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan

• Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta. • Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak. • Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan. • Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan oleh pegawai pertandingan. • Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang ,kecuali kasut atau spikes

Kesalahan Peserta • 1. Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan menyentuh kawasan di luar pelepas. • Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama. • Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan. • Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan. • Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat lompatan. • Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke kawasan pendaratan tanpa melakukan lompatan.

Peralatan • 1. LORONG LARIAN • Lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang. Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja. Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat. • 2. PAPAN LONJAKAN • Papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupun kecil dari segi saiz. Papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan.

• 3. KAWASAN PENDARATAN • Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratan selepas melakukan lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap peserta .Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan ini diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan.Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendaratan peserta sebelumnya . • 4. PITA PENGUKUR • Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur . Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa , pita pengukur secara manual digantikan dengan yang lebih mudah ,pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuattidak tepat.

• 5. BENDERA ISYARAT • Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang,tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan. Bendara berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.

Teknik Lompatan • GAYA POLISH / GAYA LOMPATAN MENDATAR (FLAT STYLE OF JUMPING • Gaya Polish telah diperkenalkan oleh seorang peserta dari Poland yang bernama Josef Schimdt. Perkataan Polish yang bermaksud ‘orang Poland ‘ digunakan kerana Josef Schimdt telah menggunakan gaya ini untuk menjuarai acara lompat kijang di Sukan Olimpik pada 1960 dan 1964. Jarak lompatan terbaiknya ialah 16.85 meter. Beberapa cirri khusus yang terdapat dalam gaya ini menekankan kepada kelajuan lari landas dan membuat lonjakan yang rendah sahaja. Jarak lompatan pertama tidak mencapai jarak yang maksimum dan hanya seakan – akan seperti jarak lompatan yang terakhir . Fasa yang paling kecil jarak lompatannya ialah fasa lonjakan yang kedua. Kadar peratusan lonjakan adalah dengan nisbah 35: 30: 35

Related Documents


More Documents from "Wahyudin"

Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Intuisionis.docx
November 2019 13
Acara Lompat Kijang.pptx
November 2019 19