KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN
Pembiayaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULIS ESEI DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM MENGGUNAKAN TEKNIK “IN-OUT PROCESS” DAN “OUT-IN ENVIRONMENT”
Oleh: ABD MALEK BIN SELAMAT, SMK KHIR JOHARI, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
PENGHARGAAN
رﺤﻴمﺮﺣﻤن اﻟﻢ ﺁﷲ ﺁﻠﺒﺴ اﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ
S
etinggi kesyukuran saya rafa’kan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian ini dapat disempurnakan walaupun melalui proses ‘dingin beku’ yang agak panjang.. Penghasilan Kajian Tindakan ini merupakan sebahagian sumbangan pendidik dalam merealisasian slogan guru adalah seorang penyelidik di sekolah.
Setinggi terima kasih kepada Pn.Hajah Noraini binti Haji Yeub Sidi, Tuan Pengetua SMK Khir Johari, Tanjong Malim serta pihak pentadbir yang lain kerana memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. ‘Hutang budi dibawa mati’. Terima kasih juga kepada Pengerusi Unit Kajian Tindakan Sekolah terutamanya En. Sivanesan a/l Palaniapa Pillai (juga Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Perak) kerana tidak jemu-jemu ‘meniupkan’ semangat kepada saya untuk menyudahkan kajian ini kerana adakalanya semangat saya terlalu malap dan hampir padam. Terima kasih juga kepada anak-anak didik tingkatan 6 Atas Waja kerana sudi memberi kerjasama yang sangat tinggi sebagai sampel kajian ini. . Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Sesungguhnya tiada apa yang mampu dihulurkan melainkan ucapan terima kasih semoga ia akan mendapat setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah S.W.T.
Terima kasih
ﻮاﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ ABD.MALEK BIN SELAMAT SMK Khir Johari, 35900 Tanjong Malim. 25 JULAI 2009
i
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penulisan esei laras sastera dan sains dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 (900/2) STPM. Para pelajar dilihat sukar membezakan antara isi-isi laras sastera dan sains. Kajian ini melibatkan seramai 41 orang pelajar tingkatan Enam Atas Waja. Tinjauan awal mendapati para pelajar ramai yang gagal mendapat markah yang baik kerana silap dalam memilih isi. Hal ini lebih kelihatan dalam esei laras sains. Ramai yang menulis isi laras sastera dalam esei laras sains. Justeru, kajian ini memberikan fokus terhadap bagaimana untuk membezakan isi-isi laras sastera dan sains. Untuk itu teknik “In-Out Process” dan “Out-In Environment” telah diperkenalkan. Kajian ini melibatkan tiga tahap pusingan. Secara umumnya melalui teknik ini para pelajar dilihat dapat meningkatkan penguasaan teknik penulisan esei laras sastera dan sains.
ii
KANDUNGAN
Muka Surat
Penghargaan
i
Abstrak
ii
Kandungan
iii
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
1
2.0 ISU KEPRIHATINAN
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus
2 3
4.0 KUMPULAN SASAR
3
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan yang Dijalankan 5.3.1 Konsep “Out-In Environment” 5.3.2 Konsep “In-Out Process” 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian Serta Penilaian 5.4.1 Aktiviti 1 a. Pelaksanaan b. Pemerhatian c. Penilaian d. Refleksi 5.4.2 Aktiviti 2 a. Pelaksanaan b. Pemerhatian c. Penilaian d. Refleksi 5.4.3 Aktiviti 3 a. Pelaksanaan b. Pemerhatian c. Penilaian d. Refleksi 6.0 REFLEKSI KAJIAN 6.1 Penilaian Pencapaian Pelajar 6.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti yang Dijalankan
3 3 4 5 5 6 7 7 7 8 9 10 10 10 11 11 12 13 13 13 14 15 15 15 16 iii
6.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan 7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
BIBLIOGRAFI
17 17 18
LAMPIRAN
iv
1. Refleksi Pembelajaran Lalu Setelah menjalankan kajian tindakan dengan menggunakan Teknik Konstruk Efektif Minda (TKEM) pada tahun 2008, saya mendapati ada satu lagi masalah yang perlu ditangani bagi meningkatkan mutu penghasilan esei para pelajar. Masalah tersebut berhubung kait dengan bagaimana hendak membezakan teknik penulisan esei laras sastera dan sains dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2. Setelah sekian lama memerhati pola jawapan pelajar, masalah ini lebih ketara dalam penghasilan esei laras sains. Apa yang kera berlaku ialah, teknik menjawab esei laras sastera digunakan dalam menjawab esei laras sains. Hal ini menyebabkan pelajar akan mendapat markah yang rendah atau esei tersebut diklasifikasi sebagai menyeleweng sepenuhnya. Bukannya saya tidak pernah memberitahu kepada para pelajar bagaimana hendak membezakan teknik penghasilan esei laras sastera dan sains. Malah, hampir setiap kali pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan esei, saya akan menegaskan kepada mereka apa yang sepatutnya mereka lakukan. Walau bagaiamnapun apa yang sering terjadi mereka masih melakukan kesilapan tersebut. Biarpun tidak seserius pada peringkat awal, namun dalam beberapa keadaan kekeliruan masih lagi berlaku. Justeru, saya berfikir perlunya satu konsep yang senang diingat bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya berlaku terutama sewaktu peperiksaan.
1
2. Isu Keprihatinan Untuk mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi oleh para pelajar memerlukan suatu teknik yang bersifat konkrit. Oleh yang demikian para pelajar akan lebih mudah mengingatinya dan mengaplikasi teknik tersebut dalam latihan atau peperiksaan. Ia sekali gus jawapan kepada mengapa arahan serta maklumat yang saya berikan sewaktu pengajaran dan pembelajaran seolah-olah tidak menampakkan kesan yang jelas. Teknik yang saya perkenalkan ini merupakan dalam bentuk kad grafik. Setiap orang pelajar diberikan dua keping kad. Sekeping berkaitan dengan teknik menulis esei laras sains dan sekeping lagi merupakan kad bagi teknik menulis laras sains. Pada peringkat awal para pelajar diminta menggunakan kedua-dua kad tersebut apabila menghasilakn sama ada laras sastera atau sains. Sesudah itu para pelajar diminta membuat visualisasi terhadap kedua-dua kad tersebut sebelum menjawab soalan-soalan esei aras sastera dan sains. Teknik ini dilihat mampu menangani masalah kekeliruan antara isi-isi untuk laras sastera dan laras sains dalam kalangan pelajar. 3. Objektif Kajian 3.1. Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penghasilan esei laras sastera dan sains dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 dalam peperiksaan STPM.
2
3.2. Objektif Khusus Pada akhir kajian ini diharap para pelajar akan dapat; 3.2.1. Menggunakan teknik ”In-Out-Process” dan ”Out-In-Environment” semasa menghasilkan esei laras sains dan sastera. 3.2.2. Membezakan antara teknik menghasilkan esei laras sains dan sastera dengan baik dan berkesan. 3.2.3. Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam penghasilan esei laras sains dan sastera dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2. 4. Kumpulan Sasar Kajian ini melibatkan seramai 41 orang pelajar tingkatan 6 Atas Waja. Mereka terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan 5. Pelaksanaan Kajian 5.1. Tinjauan Masalah Daripada pemerhatian saya sejak para pelajar ini berada di tingkatan enam rendah, mereka terlalu sukar untuk menentukan ciri-ciri isi laras sastera dan sains. Walaupun sudah diberitahu berulang-ulang kali, kesilapan yang sama akan berulang sewaktu dalam membuat latihan dan juga peperiksaan. Seterusnya masalah tersebut terbawabawa sehingga ke tingkatan enam atas.
3
Ada ketikanya, mereka seperti tidak sedar akan kesilapan itu sehinggalah selepas dibincangkan dalam kelas. Oleh yang demikian markah yang mereka perolehi dalam ujian dan peperiksaan sangat tidak memuaskan hati. Apa sangat merisaukan saya ialah kedua-dua bahagian tersebut menyumbang sebanyak 50 markah daripada markah keseluruhannya 100 markah. Iaitu Bahagian A (Laras Sastera) (25 markah) dan Bahagian B (Laras Sains) (25 markah). 5.2. Analisis Tinjauan Masalah Dalam peperiksaan akhir tahun 2008, markah para pelajar untuk bahagian A (Laras Sastera) dan bahagian B (Laras Sains) sangat rendah. Senario pencapaian itu dapat dilihat melalui data berikut. TIADA JUMLAH ISI (Bahagian A) 3 5 10 20 4 421 Laras Sastera (7.14) (11.90) (23.81) (47.62) (9.52) (Bahagian B) 2 7 24 9 42 Laras Sains (4.76) (16.68) (57.14) (21.43) Jadual 1: Pencapaian Pelajar 6 Rendah Waja Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2008 LARAS
4 ISI
3 ISI
2 ISI
1 ISI
Berdasarkan jadual di atas, dalam penulisan laras sastera seramai 19.05% sahaja atau 8 orang yang mendapat empat dan tiga isi. Manakala 34 orang pelajar hanya dapat dua isi , satu isi dan langsung tiada isi iaitu bersamaan 80.95%. Masalah tersebut semakin ketara dalam laras sains. Tiada seorang pelajar pun yang mendapat empat isi manakala seramai 2 orang atau sebanyak 4.76% mendapat 3 isi, 7 1
Seorang pelajar tidak melanjutkan diri ke tingkatan enam atas.
4
orang mendapat 2 isi atau sebanyak 16.68%, manakala sebahagian besar pelajar sama ada hanya dapat satu isi atau langsung tiada isi iaitu sebanyak 33 orang atau 78.57%. Fenomena tersebut sememangnya merisaukan sesiapa sahaja. Apatah lagi saya, sebagai guru yang mengajar kelas tersebut. Justeru, atas justifikasi itulah saya melaksanakan kajian bagi meningkat pengusaan para pelajar dalam penulisan esei laras sastera dan sains. 5.3. Tindakan yang Dijalankan Saya memperkenalkan teknik “In-Out Process” dan “Out-In Environment” bagi memudahkan para pelajar mengingat konsep yang betul dalam penghasilan esei bagi kedua-dua laras. Para pelajar diberikan dua keping kad untuk disimpan dan digunakan semasa menghasilkan esei. dan Kad 1 (“Out-In Environment”) untuk laras sastera dan Kad 2 (“In-Out Process”) untuk esei laras sains. Mereka dikehendaki membuat visualisasi minda terhadap kedua-dua kad tersebut sehinggalah pada satu ketika mereka tidak perlu lagi merujuk kedua-dua kad tersebut sewaktu menghasilkan esei. 5.3.1. Konsep “Out-In Environment” Dalam laras sastera isi berdasarkan kepada aspek luaran. Antara aspek tersebut ialah, politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, faktor gejala gangsterisme di sekolah. Faktor-faktor yang mendorong munculnya aktiviti gangsterisme di sekolah ialah faktor media massa elektronik, tiada kawalan ibu bapa dan rakan
5
sebaya. Kesemua faktor tersebut merupakan aspek yang melingkungi konsep gangsterisme.
Rajah 1: Konsep Out-In Environment Justeru dalam menentukan isi laras sastera, ia melibatkan proses dari luar ke dalam dan persekitaran. 5.3.2. Konsep “In-Out Process” Manakala dalam laras sains, pemilihan isinya berdasarkan kepada proses sains yang berlaku. Sebagai contoh, fenomena jerebu. Apakah faktor yang menyebabkan jerebu? Isi-isinya berkaitan dengan
pembakaran terbuka,
pengeluaran asap kenderaan dan fenomena El-Nino. Kita ambil contoh pembakaran terbuka. Dalam konteks esei laras sains, pembentukan jerebu disebabkan gas karboin monoksida serta karboin dioksida akan terbebas ke etmosfera dan akan membentuk partikel-partikel yang akan terampai di etmosfera. Ia melibatkan proses sains yang berlaku bukan faktor persekitaran seperti sikap manusia yang suka melakukan pembakaran terbuka.
6
Rajah 2: Konsep In-Out Process 5.4.Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian Serta Penilaian 5.4.1. Aktiviti 1 a Pelaksanaan Aktiviti pertama dilakukan pada 3 Februari 2009 (Selasa) iaitu pada pukul 8.40 sehingga 9.50 pagi. Aktiviti dimulakan dengan mengedarkan dua keping kad kepada para pelajar. Kad 1 (“Out-In Environment”) untuk laras sastera dan Kad 2 (“In-Out Process”) untuk esei laras sains. Saya menerangkan kepada kelas tentang kegunaan kedua-dua kad tersebut. sekitar sepuluh minit. Perbincangan tersebut menyentuh bagaimana proses “Out-In Environment” dan “In-Out Process” itu berlaku. Bagaimana untuk membezakan antara kedua-dua konsep tersebut. Selepas itu saya mengedarkan dua keping kertas A4 kepada setiap orang pelajar. Saya meminta mereka menhasilkan dua buah esei, sebuah esei laras sastera dan sebuah lagi laras sains. Walau bagaimanapun mereka
7
tidak perlu menghasilkan esei sepenuhnya. Pada setiap esei, mereka dikehendaki menulis bahagian pendahuluan serta dua isi dan penutup. Format penulisan esei sebenar ialah empat isi. Hal ini kerana mereka hanya diperuntukkan masa selama 60 minit bagi menghasilkan dua buah esei. Esei pertama (laras sastera) bertajuk ”Meningkatkan mutu sukan negara ke peringkkat antarabangsa dikatakan sukar untuk direalisasikan. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.” Esei kedua (laras sains) bertajuk ”Penyakit bawaan virus sejak akhirakhir ini sangat membimbangkan kita. Walau bagaimanapun langkahlangkah pencegahan wajar didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya ia tidak mudah tersebar. Bincangkan” LARAS MASA BILANGAN ISI Sastera 30 minit 2 Sains 30 minit 2 Jadual 2: Peruntukan Masa dan Bilangan Isi Yang Ditetapkan b Pemerhatian Pada peringkat awal penulisan esei, para pelajar dilihat agak kurang faham apa kegunaan kad tersebut. Mungkin mereka telah terbiasa dengan teknik penulisan esei sebelum-sebelum itu. Saya juga mendapati tidak ramai yang menggunakan kad tersebut sewaktu mencari isi. Malah sebahagian daripada mereka tidak merujuk sama sekali kad tersebut.
8
Saya mengambil pendirian tidak akan memberi tahu kepada para pelajar supaya menggunakan kad tersebut. Hal ini kerana, saya ingin melihat sejauh manakah para pelajar faham serta sedar bahawa kedua-dua kad tersebut boleh membantu mereka dalam memastikan isi yang mereka dapat itu menepati setiap laras penulisan. c Penilaian Esei yang dihasilkan dianalisis secara meneliti aspek isi kandungannya. Iaitu melihat kepada aspek kehadiran isi serta huraian yang relevan. Kewujudan isi yang tidak menepati kehendak penulisan esei laras sastera dianggap tidak betul sebagaimana format pemeriksaan kertas Pengajian Am 2 (900/2). TIADA JUMLAH ISI 26 11 4 Laras Sastera 41 (63.41) (26.83) (9.76) 21 13 7 Laras Sains 41 (51.22) (31.71) (17.07) Jadual 3: Pencapaian Pelajar Berdasarkan Aktivtiti 1 LARAS
2 ISI
1 ISI
Berdasarkan jadual 3, saya mendapati perkembangan yang sangat memberangskan dalam penghasilan isi untuk kedua-dua laras. Sebanyak 63.41% (26 orang) berjaya menghasilkan isi maksimum untuk laras sastera. Manakala sebanyak 51.22% atau sebanyak 21 orang berjaya menghasilkan esei secara maksimum.
9
d Refleksi Daripada tinjauan umum mendapati para pelajar dapat mengaplikasi kedua-dua kad dalam penghasilan esei tersebut. Ertinya, sewaktu mereka menghasilkan kedua-dua esei, mereka menggunakan lakran bahan grafik tersebut secara optimum. Walaupun perkembangan yang sangat memberangsangkan berlaku untuk kedua-dua esei, tetapi saya melihat masih ada lagi yang masih tidak dapat menghasilkan esei mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Malah seramai empat orang (9.46%) untuk laras sastera dan tujuh orang (17.07%) gagal menghasilkan sebarang isi. Justeru saya ingin melihat bagaimanakah pencapaian para pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi melihat ketekalan pencapaian para pelajar yang dianggap cemerlang tersebut di samping ingin melihat pencapaian pelajar-pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. 5.4.2. Aktiviti 2 a Pelaksanaan Aktiviti kedua dilakukan pada 25 Mei 2009 (Isnin) iaitu pada pukul 10.30 sehingga 1.30 petang iaitu selama 3 jam. Aktiviti ini merupakan Peperiksaan Pertengaha Tahun.
10
Sebelum kertas Pengajian Am 2 diuji, saya meminta para pelajar merujuk dan mengingat kembali proses membezakan antara esei laras sastera dan sains menggunakan kedua-dua kad. b Pemerhatian Sepanjang peperiksaan berlangsung, saya tidak berada di dalam bilik peperiksaan kerana saya tidak terlibat dalam sesi pengawasan. Dalam konteks kajian ini, ia dilihat memberi lebih kesahan kerana saya tiada peluang untuk menyampaikan sebarang maklumat terutamaya meminta mereka merujuk kad-kad yang mereka gunakan dalam menjawab soalan esei laras sastera dan sains. Berdasarkan laporan guru yang mengawas peperiksaan tersebut, tiada sebarang elemen peniruan berlaku. Tiada seorang pun yang membawa kedua-dua kad dalam peperiksaan untuk dijadikan sebagi panduan semasa menghasilkan esei laras sastera dan sains. c Penilaian ISI JUM CALON 4 3 2 1 0 Laras 23 12 3 2 402 Sastera (57.50) (30.00) (7.50) (5.00) Laras 18 10 5 5 2 40 Sains (45.00) (25.00) (12.50) (12.50) (5.00) Jadual 4: Pencapaian Pelajar Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
LARAS
2
Dua orang pelajar telah berpindah manakala seorang pelajar baru masuk.
11
Berdasarkan jadual 4, beberpa perkara dapat dijelaskan. Secara umumnya, prestasi pelajar dalam esei laras sastera yang mendapat empat isi atau ”isi sempurna” merosot sebanyak 9.32%. Begitu juga dengan prestasi dalam esei laras sains mengalami kemerosotan sebanyak 12.14% berbanding dalam aktiviti pertama. Walau
bagaimanapun
pencapaian
pelajar
yang
lemah
semakin
berkurangan. Sebagai contoh pelajar yang tidak dapat memperoleh sebarang isi telah sifar berbanding dengan aktivti satu iaitu seramai empat orang (9.76%) untuk laras sastera. Manakala untuk laras sains pula peningkatan sebanyak 71.43%. d Refleksi Berdasarkan aktiviti 2, prestasi pelajar dalam penghasilan esei laras sastera dan sains semakin menunjukkan peningkatan. Walaupun berlaku ”turun naik” dalam pencapaian ”isi sempurna”, namun dalam konteks pelajar berprestasi rendah semakin berkurangan. Malah apa yang sangat memberangsangkan dalam esei laras sastera pelajar yang gagal mendapat isi telah menjadi sifar Walau bagaimanapun saya mendapati ada sesuatu yang kurang memberangsangkan. Ada dalam kalangan pelajar yang masih bermasalah dalam menentukan antara isi dan huraian. Iaitu masalah yang saya hadapi dalam kajian tindakan pada tahun lepas. Oleh itu saya bercadang untuk mengadakan satu lagi kajian susulan dalam gelung yang ketiga.
12
5.4.3. Aktiviti 3 a Pelaksanaan Aktiviti ketiga dijalankan pada 22 Julai 2009 (Rabu). Dari pukul 11.25 hingga 12.35 (55 minit) tengah hari. Semasa dalam pengajaran dan pembelajaran biasa. Dalam aktiviti ini saya menggunakan kembali borang Teknik Konstruk Efektif Minda (TKEM) yang saya gunakan dalam kajian tindakan lepas bagi menangani masalah pelajar yang tidak dapat membezakan antara isi dan huraian dalam penghasilan esei untuk mata pelajaran Pengajian Am. Pada kali ini saya memilih esei laras sains kerana berdasarkan aktiviti dua, para pelajar lebih bermasalah dalam esei laras sains. Para pelajar diminta mengahasikan sekurang-kurangnya dua isi memandangkan masa yang sangat suntuk. Para pelajar perlu menulis semua idea yang mereka ada dalam ruang huraian sehingga selesai. Selepas itu daripada huraian tersebut para pelajar diminta untuk mengenal pasti isinya. b Pemerhatian Saya mengambil pendekatan induktif bagi menjelaskan apakah kegunaan borang TKEM itu. Sepatutnya penggunaan borang tersebut tidak perlu dikenakan kepada semua pelajar memandangkan bukan semua pelajar
13
menghadapi masalah yang sama. Walau bagaimanapun sekurangkurangnya borang itu menjadi satu panduan kepada para pelajar yang tidak bermasalah. Sepanjang aktiviti tersebut, saya mendapati para pelajar dilihat secara santai mengisi borang tersebut. Justeru saya hanya perlu memberi fokus kepada para pelajar yang bermasalah sahaja. Teknik-teknik penting dalam membina isi turut ditekankan. c Penilaian Berikut adalah dapatan daripada aktiviti 3.
LARAS
2 ISI
1 ISI
TIADA ISI
25 16 (60.98) (39.02) Jadual 4: Pencapaian Pelajar dalam Aktiviti 3
Laras Sains
JUMLAH 41
Berdasarkan jadual 4, perkembangan para pelajar sangat memberangsangkan. Biarpun bilangan pelajar yang mendapat isi sempurna tidak banyak berubah, tetapi apa yhang lebih penting bagi saya ialah bilangan pelajar yang tidak mendapat sebarang isi telah sifar. Itu menandakan penguasaan pelajar terhadap teknik mengenal pasti isi dan huraian melalui TKEM secara umumnya dapat membantu megatasai masalah pelajar.
14
d Refleksi Pada peringkat ini, teknik “Out-In Environment” dan “In-Out Process” sebenarnya perlu kepada satu lagi teknik yang lain iaitu Teknik Konstruk Efektif Minda (TKEM) bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar yang sukar untuk membezakan antara isi dan huraian. Kedua-dua teknik itu perlu dilaksanakan serentak kerana kemahiran membezakan antara isi dan huraian merupakan aspek prima dalam proses penghasilan esei manakala kemahiran mengenal pasti antara isi laras sastera dan sains pula merupakan aspek sekunder dalam proses tersebut. 6. Refleksi Kajian 6.1. Penilaian Pencapaian Pelajar Setalah melalui tiga fasa aktiviti, saya mendapati prestasi pelajar dalam penghasilan esei laras sastera dan sains berdasarkan format penulisan esei di peringkat peperiksaan STPM nampak semakin baik. Mereka memberikan respon yang positif terhadap teknik pembelajaran yang diperkenalkan kepada mereka. Cuma kadang-kadang mereka sedikit keliru dalam mengingat kombinasi antara “Out-In Environment” dan “In-Out Process”. Hal itu menyebabkan mereka sering tertukar. Walau bagaimanapun akhirnya kesilapan itu dapat dikesan apabila mereka mula mencari isi untuk setiap laras.
15
Kerisauan mereka terhadap penghasilan esei laras sains juga dilihat semakin menurun. Isi-isi yang boleh menyebabkan diklasifikasi sebagai menyeleweng sepenuhnya telah dikenal pasti. Daripada kad yang diperkenalkan, akhirnya mereka hanya ingat dua perkara, iaitu untuk laras sastera adalah persekitaran manakala untuk laras sains mereka hanya ingat proses. Manakala penggunaan borang Teknik Efektif Minda (TKEM) pula dilihat sebagai pelengkap kepada teknik “Out-In Environment” dan “In-Out Process”, khususnya kepada pelajar yang berprestasi rendah. 6.2. Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan Aktiviti yang dilakukan dalam kajian ini agak mudah. Aktiviti tersebut hanya melibatkan para pelajar merujuk kepada dua keping kad.
Pada peringkat awal,
mereka hanya perlu memahami proses yang berlaku dalam kad-kad tersebut sebelum mereka menjadikannya sebagai panduan dalam penulisan esei. Selepas itu para pelajar dikehendaki membuat visualisasi terhadap kedua-dua keping kad tersebut. Hal itu sangat penting terutamnya sewaktu para pelajar menduduki peperiksaan. Para pelajar dilarang sama sekali membawa sebarang nota atau apa-apa bahan yang dianggap boleh membantu calon. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan lebih bersifat individu atau berpasangan. Hal yang demikian kerana dalam konteks peperiksaan, semua aktiviti dijalankan secara individu. Walau bagaimanapun dalam konteks pra peperiksaan, aktiviti perbincangan secara berpasangan dibenarkan.
16
6.3.Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang telah Dijalankan Secara Keseluruhan Secara keseluruhannya, teknik “Out-In Environment” dan “In-Out Process”. Dan TKEM bukanlah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa. Ia merupakan teknik yang lebih ke arah menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Justeru, jika kita hendak melihat rasa seronok terpancar dari wajah pelajar-pelajar sewaktu melaksanakan setiap aktiviti agak sukar didapati. Cuma, perasaan lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan menjadi satu salah satu indikator penting dalam menentukan berjaya atau tidaknya kajian ini. 7. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Satu masalah lain yang perlu diatasi ialah masalah ketandusan idea dalam minda para pelajar. Hal ini sangat ketara dalam proses penghasilan esei laras sains. Sungguhpun para pelajar tahu bahawa esei laras sains lebih mementingkan aspek proses sains, tetapi tanpa maklumat yang tepat tentang sesuatu proses sains tersebut tentunya ia tidak mendatangkan apa-apa. Kajian seterusnya yang dicadangkan di sini ialah, teknik bagaimana untuk meningkatkan maklumat bidang sains dalam minda para pelajar.
17
BIBLIOGRAFI Abd Malek Selamat (2008). Meningkatkan Kemahiran Mencerakin Isi Dan Huraian Menggunakan Teknik TKEM Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am. Kajian Tindakan yang dibentang di perinkat daerah Batang Padanng pada 9 Ogos 2008.
Majlis Peperiksaan Malaysia. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pengajian Am Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh.
Rory O’Brien (1988). An Overview of the Methodological Approach of Action Research. University of Toronto: Faculty of Information Studies, Diambil dari http://www.web.net/~robrien/papers/arfinal.html pada 24 Julai 2009
Sharon Parsons TEACHER RESEARCH. San Jose State University. Dambil daripada http://www.accessexcellence.org/LC/TL/AR/ pada 24 Julai 2009
18
LAMPIRAN A PELAKSANAAN AKTIVITI 3 MENGGUNAKAN BORANG TEKNIK KONSTRUK EFEKTIF MINDA (TKEM)
Para pelajar sedang tekun menggunakan borang Teknik Konstruk Efektif Minda Ketika menghasilkan esei.
Proses menentukan isi dan hurian sedang dijalankan.
LAMPIRAN B BORANG TEKNIK KONSTRUK EFEKTIF MINDA (TKEM) Pendahuluan
ISI A1
A2
B1
B2
Penutup
HURAIAN