Abd Malek Kt2008

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abd Malek Kt2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,999
  • Pages: 32
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

Pembiayaan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan

Meningkatkan Kemahiran Mencerakin Isi Dan Huraian Dalam Penulisan Esei Dengan Menggunakan Teknik TKEM Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am

Oleh: Abd Malek Bin Selamat

SMK Khir Johari, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Julai 2008

PENGHARGAAN

‫رﺤﻴم‬‫ﺮﺣﻤن اﻟ‬‫ﻢ ﺁﷲ ﺁﻠ‬‫ﺒﺴ‬ ‫اﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ‬

S

etinggi kesyukuran saya rafa’kan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian ini dapat disempurnakan walaupun melalui proses ‘dingin beku’ yang agak panjang.. Penghasilan Kajian Tindakan ini merupakan sebahagian sumbangan pendidik dalam merealisasian slogan guru adalah seorang penyelidik di sekolah.

Setinggi terima kasih kepada Pn.Hajah Noraini binti Haji Yeub Sidi, Tuan Pengetua SMK Khir Johari, Tanjong Malim kerana memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. ‘Hutang budi dibawa mati’. Terima kasih juga kepada Pengerusi Unit Kajian Tindakan Sekolah terutamanya En. Sivanesan a/l Palaniapa Pillai (juga Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Perak) kerana tidak jemu-jemu ‘meniupkan’ semangat kepada saya untuk menyudahkan kajian ini kerana adakalanya semangat saya terlalu malap dan hampir padam. Terima kasih juga kepada anak-anak didik tingkatan 6 Atas Waja kerana sudi memberi kerjasama yang sangat tinggi sebagai sampel kajian ini. . Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Sesungguhnya tiada apa yang mampu dihulurkan melainkan ucapan terima kasih semoga ia akan mendapat setinggi-tinggi ganjaran di sisi Tuhan.

Terima kasih

‫ﻮاﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ‬ ABD.MALEK BIN SELAMAT SMK Khir Johari, 35900 Tanjong Malim. 25 JUN 2008

i

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah para pelajar tingkatan 6 Atas Waja yang didapati tidak dapat menghasilkan esei yang baik dalam mata pelajaran Pengajian Am lantaran kesukaran untuk membezakan antara isi dan huraian. Dalam kebanyakan kes para pelajar meletakkan isi bercampur dengan huraian.Justeru, teknik Konstruk Efektif Minda (TKEM) yang menggunakan prinsip-prinsip asas kaedah pembelajaran konstruktivisme digunakan dalam menangani masalah tersebut. Teknik tersebut melibatkan dua aktiviti utama; iaitu perbincangan dalam kumpulan secara konstruktivisme serta penggunaan borang TKEM pada penghujung sesi perbincangan tersebut. Kajan ini mendapati, melalui TKEM didapati para pelajar dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk memisahkan isi dengan huraian dengan baik. Selain daripada itu ia juga dapat mengasah daya pemikira para pelajar agar lebih kritis dan analitis.

ii

KANDUNGAN

Muka Surat

Penghargaan

i

Abstrak

ii

Kandungan

iii

Senarai Rajah, Jadual dan Gambar

v

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

1

2.0 FOKUS KAJIAN

3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus

4 4

4.0 KUMPULAN SASAR

5

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Perhatian/ Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 I. Pemerhatian II Refleksi

6 6 6 7 11 11 11 13

5.4.2

Pelaksanaan Aktiviti 2 I. Pemerhatian II. Refleksi 5.5 Refleksi Kajian I. Penilaian Pencapaian Murid II. Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan III. Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Dijalankan Secara Keseluruhan

15 15 17 20 20 21 23

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

24

BIBLIOGRAFI

25

LAMPIRAN

iii

SENARAI JADUAL, RAJAH DAN GAMBAR

SENARAI JADUAL Jadual 1 Skema Pemarkahan Kertas Pengajian Am 900/2 Jadual 2 Data Bilangan Pencapaian Para Pelajar Semasa Aktiviti 1 Jadual 3 Data Pencapaian Para Pelajar Semasa Aktiviti 2 Jadual 4 Data Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Aktiviti 1 Dan Aktiviti 2

3 13 17 20

SENARAI RAJAH Rajah 1 Konsep Teknik Kontruk Efektif Minda

10

SENARAI GAMBAR Gambar 1 Contoh Jawapan Aktiviti 1 Gambar 2 Contoh Kerja Pelajar Menggunakan Borang TKEM Gambar 3 Contoh Jawapan Pelajar Dalam Aktiviti 2

14 19 19

iv

1.0

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Mata pelajaran Pengajian Am merupakan nadi kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)! Hakikat tersebut telah diketahui oleh para pelajar tingkatan enam. Mata pelajaran tersebut berstatus wajib dipelajari dan diambil dalam peperiksaan STPM. Malah kelulusan pada peringkat prinsipal atau Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 2.0 diperlukan bagi melayakkan seseorang calon memohon memasuki institusi pengajian tinggi yang menggunakan STPM. Hal ini bermaksud sekiranya seseorang calon itu tidak mencapai kelulusan tersebut, maka mereka tidak layak memohon ke pusat pengajian tinggi walaupun pencapaian mata-mata pelajaran lain berada pada tahap cemerlang! Ada kalanya status-quo mata pelajaran tersebut berperanan sebagai ‘ancaman’ kepada

mereka

mempersembahkan

yang

kelihatan

jawapan

yang

lalai terbaik

atau

kurang

dalam

berkemampuan

peperiksaan,

ataupun

sebaliknya sebagai penggerak atau pendorong agar jangan lalai atau leka apatah lagi menidakkan kepentingan mata pelajaran tersebut. Para pelajar perlu sedar bahawa mereka berhadapan dengan misi ’hidup atau mati’ untuk memastikan bahawa matlamat mereka ke menara gading tidak dihalang dengan kegagalan mereka mendapat keputusan yang sepatutnya dalam mata pelajaran Pengajian Am. Walau bagaimanapun, kesedaran sahaja tidak memadai untuk memastikan para pelajr

beroleh

kejayaan

dalam

peperiksaan.

Justeru,

kemahiran

yang

1

secukupnya perlu dikuasai bagi membolehkan jawapan yang mantap dihasilkan sewaktu menjawab soalan dalam peperiksaan. Sepanjang lima tahun mengajar mata pelajaran Pengajian Am (Kertas 2, 900/2), saya melihat para pelajar sangat bermasalah dalam menjawab Bahagian A dan B. Bahagian A ialah esei laras sastera, manakala bahagian B ialah laras sains. Apa

yang

sangat

menggusarkan

saya

ialah,

kedua-dua

bahagian

ini

memperuntukkan sejumlah 50 markah! (25 markah untuk setiap bahagian). Seandainya para pelajar tidak dapat menguasai teknik menjawab dengan baik untuk kedua-dua bahagian ini maka peluangnya untuk memperoleh kelulusan yang baik dalam Pengajian Am secara keseluruhannya sangatlah tipis. Melalui pengamatan saya, kelemahan para pelajar yang paling ketara ialah ketidakupayaan para pelajar menentukan dan membezakan antara isi dan huraian sewaktu menulis esei. Sebagai contoh, dalam sesuatu perenggan ada kalanya tiada isi diutarakan oleh para pelajar. Apa yang ditulis hanyalah huraian semata-mata. Hal yang sedimikian sudah pasti akan merugikan para pelajar. Darjah kerisauan saya kian meningkat apabila memikirkan bahawa untuk memperoleh markah yang baik seseorang pelajar mesti mengemukakan empat isi yang membawa 4 markah. Jika seseorang relajar hanya mampu mengemukakan huraian semata-mata maka sia-sia sahajalah segala-galanya. Meraka hanya memperoleh satu markah bahasa sahaja.

2

Perkara Markah Isi (4 x 1 markah) 4 Huraian (4 x 3 markah) 12 Bahasa 5 Impak 4 JUMLAH 25 Jadual 1: Skema pemarkahan Kertas Pengajian Am 900/2

2.0

Fokus Kajian

Fokus utama Kajian ini adalah untuk membimbing para pelajar saya untuk membina isi yang berkualiti bagi menghasilan sebuah esei yang baik dalam mata pelajaran Pengajian Am tingkatan enam. Namun begitu bukanlah pula bermakna para pelajar didedahkan teknik baru dalam penghasilan esei. Apa yang sebenarnya dijalankan adalah pengubahsuaian huraian yang telah dikemukakan oleh para pelajar. Para pelajar perlu sedar bahawa apa yang mereka fikir semasa mula menulis esei sebenarnya bukan isi. Mereka perlu melakukan satu lagi tindakan lain untuk mengolah huraian tersebut bagi menghasilkan sebuah isi. Fokus kedua (sebenarnya langkah pertama) pula ialah untuk melaksanakan satu aktiviti membina isi melalui teknik berfikir yang didasarkan kepada pendekatan konstruktivisme. Proses ini berlaku semasa para pelajar cuba melakukan mengubahsuaian huraian yang telah dikemukakan bagi menghasilkan isi yang diperlukan.

3

Teknik tersebut saya namakan sebagai Teknik Konstruksi Efektif Minda (TKEM). Teknik ini menekankan aspek pemikiran secara konstruktif dalam mencerakinkan antara isi dan huraian.

3.0

Objektif Kajian 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam penghasilan esei bagi mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 (900/2). Hal ini sekali gus diharap akan meningkatkan keputusan bagi mata

pelajaran

Pengajian

Am

secara

keseluruhannya

dalam

peperiksaan STPM.

3.2 Objektif Khusus Pada akhir kajian diharapkan; I. Saya dapat mengenal pasti punca kelemahan para pelajar dalam proses membina esei dalam mata pelajaran Pengajian Am. II. Para pelajar dapat mengenal prinsip-prinsip asas pembinaan isi dan huraian,

4

III. Para pelajar dapat mengenal pasti isi dan huraian dalam sesebuah perenggan esei, IV. Para

pelajar

menghasilkan

esei

yang

mantap

dalam

persembahan isi dan huraiannya V. Saya dapat melaksanakan satu kajian berasaskan konsep Teknik Kunstruk Efektif Minda (TKEM) dalam proses penghasilan esei

4.0

Kumpulan Sasaran 4.1 Untuk tujuan kajian ini, seramai 32 orang pelajar tingkatan 6 Atas Waja dipilih. Mereka terdiri daripada sembilan orang pelajar lelaki dan dua puluh tiga pelajar perempuan. 4.2 Saya mempunyai akses yang mudah kepada para pelajar kerana saya mengajar mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 (900/2) dalam kelas tersebut. Saya mengajar sebanyak empat kali seminggu yang merangkumi sebanyak 140 minit seminggu. 4.3 Bilangan sampel seramai 32 orang sangat penting bagi menjadikan data yang diperoleh akan lebih berwibawa. Lebih-lebih lagi kajian ini turut

melibatkan

paradigma

kajian

secara

kuantitatif

yang

menekankan N=30.

5

5.0

Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Masalah kegagalan para pelajar menghasilkan sebuah esei yang baik, cukup isi-isinya serta dihuraikan dengan baik telah lama dilihat. Ia bermula sejak para pelajar berada dalam tingkatan enam rendah lagi. Namun, tidak pula dijalankan sebarang kajian secara serius pada masa itu. Umpamanya dalam latihan-latihan esei yang saya berikan turut menyerlahkan lagi permasalahan ini. Sebahagian besar pelajar hanya memperoleh satu dan dua isi sahaja. Selebihnya hanya huraian sematamata! Fenomena tersebut semakin jelas dalam peperiksaan akhir tahun 2007, pencapaian

mereka

kurang

memberangsangkan.

Rata-ratanya

memperoleh markah yang rendah dalam bahagaian A (laras sastera) dan B (laras sains).

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Sememangnya tiada data yang konkrit bagi menyokong dakwaan saya ini melainkan

pemerhatian

saya

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

6

Pada pandangan dan pengamatan saya, fenomena tersebut bukan masalah individu. Malah, berani saya tegaskan di sini ia sebenarnya masalah kelas. Buktinya apabila mereka dibenarkan berbincang dalam kumpulan dan selepas sesi perbincangan tersebut mereka diarahkan pula menghasilkan sebuah perenggan esei berdasarkan isi yang mereka perolehi. Mereka akan memulakan ayat dengan aspek huraian terlebih dahulu. Sebenarnya mereka tidak sedari, bahawa isi yang sebenar berada dalam huraian tersebut. Pernah juga saya bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut. Secara sambil lewa mereka mengatakan bahawa fenomena tersebut berlaku kerana terlalu banyak yang mereka ingin sampaikan tetapi tidak tahu yang mana isi dan huraian. Jadi, mereka terus menulis apa yang mereka fikirkan tersebut. Kesimpulannya, mereka tidak pernah secara sedar dan secara sistematik dibimbing untuk mencari isi; mengenal pasti ciri-ciri sebuah isi yang baik dan membezakan isi dengan huraian.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan Permasalahan yang berlaku pada hujung tahun 2007 itu telah mendorong minat saya untuk membuat sedikit kajian pada tahun 2008, iaitu sewaktu mereka berada dalam tingkatan enam atas.

7

I. Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran bagi melihat keberkesanan Teknik Konstruktif Efektif Minda (TKEM) dalam mencerakin isi dan huraian dalam penulisan sebuah esei bagi mata pelajaran Pengajian Am. a) Aktiviti petama, saya meminta para pelajar menghasilkan sebuah esei laras sains yang panjangnya lebih kurang 250 patah perkataan. Tajuknya “Penyumbang utama penyakit kardiovaskular

ialah

arteriosklerosis

iaitu

gumpalan

lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca berlaku penyakit kardiovaskular dan cadangkan langkah pencegahan yang efektif” b) Aktiviti kedua saya meminta para pelajar menghasilkan sebuah esei laras sains yang panjangnya lebih kurang 250 patah perkataan. Tajuknya “Kawasan perindustrian yang pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai keasidan air hujan yang tinggi disebabkan ruang udara yang mengandungi gas beracun. Bincangkan kesan hujan asid terhadap kehidupan dan alam sekitar” II. Bahan-bahan yang digunakan: a) Aktiviti 1: •

Sehelai kertas jawapan esei

8



Soalan latihan ditulis di atas papan putih.

b) Aktiviti 2: •

Sehelai kertas jawapan esei



Sehelai Borang TKEM



Soalan latihan ditulis di atas papan putih.

III. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian Instrumen

utama

kajian

ialah

berdasarkan

model

Teknik

Konstruksi Efektif Minda (TKEM). Instrumen ini mencakupi dua aspek. Pertama,

kaedah

konstruktivisme

yang

diaplikasi

dalam

perbincanagn dalam kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar yang terdiri daripada empat orang akan sama-sama menghasilkan idea secara kolektif. Penggunaan pengetahuan sedia ada secara optimum turut diplikasi dalam perbincangan. Kedua, borang TKEM yang digunakan oleh para pelajar sebagai panduan dalam menyisihkan isi daripada huraian sewaktu menghasilkan esei. Aktiviti ini

merupakan langkah susulan

selepas

menghasilkan

para

pelajar

berjaya

idea

secara

konstruktivisme. Para pelajar akan melakukan berbincang juga pada tahap ini. 9

Isi

Huraian

Umum

Khusus

Ringkas

Panjang/ Detail

Teknik Konstruk Efektif Minda

Rajah 1: Konsep Teknik Konstruk Efektif Minda Kajian ini melibatkan teknik pemerolehan data secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui dokumen penulisan esei yang pelajar hasilkan semasa aktiviti 1 dan aktiviti 2. Selain daripada itu catatan jurnal penyelidikan yang saya lakukan turut menjadi sebahagian daripada data kualitatif. Catatan jurnal tersebut merupakan menifestasi refleksi perasaan, pemerhatian serta pengamatan saya sepanjang dua sesi ujian tersebut. Manakala data kuantitatif diperoleh melalui analisis isi kandungan esei dengan mengambil kira bilangan isi yang hadir dalam setiap esei para pelajar semasa aktiviti penulisan esei pada peringkat pra dan pasca ujian. Data kualitatif dianalisis menggunakan teknik analisis dokumen. Teknik ini digunakan dalam menganalisis kehadiran isi-isi serta huraian-huraian penting yang dibuat oleh pelajar dalam esei mereka.

10

Manakala data kuantitatif hanya melibatkan nilai peratus pada bilangan isi yang hadir dalam aktiviti penulisan esei pada peringkat pra dan pasca kajian.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 I. Pemerhatian Aktiviti pertama dijalankan pada 25 Februari 2008 (Isnin). Timgkatan 6 Atas Wira. Dua waktu pengajaran (70 minit). Bilangan pelajar seramai 32 orang. Set Induksi (3 minit). Ia bolehlah dianggap sebagai tahap kesediaan mental para pelajar. Saya memaklumkan kepada mereka bahawa selain daripada aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang biasa dilakukan, namun selebihnya ia akan digunakan dalam kajian tindakan saya. Langkah 1 (1 minit). Pada peringkat ini saya meminta para pelajar berpecah mengikut kumpulan empat orang. Sebanyak lapan kumpulan dibentuk. Saya terus mengedarkan sehelai kertas jawapan esei setiap seorang, berbeza dengan latihan biasa iaitu mereka akan menggunakan kertas jawapan mereka sendiri. Apa

11

yang saya ingin mereka rasa ialah, semangat untuk menghasilkan sebuah esei yang terbaik

berbanding dengan esei-esei mereka

sebelum ini. Langkah 2 (1 minit). Selepas itu saya menulis di papan putih tajuk esei yang perlu mereka jawab. Soalannya ialah “Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan

punca

berlaku

penyakit

kardiovaskular

dan

cadangkan langkah pencegahan yang efektif” Langkah 3 (10 minit). Seterusnya saya mengarahkan mereka berbincang dalam kumpulan selama sepuluh minit bagi mengenal pasti isi-isi penting bagi esei tersebut. Teknik TKEM digunakan dalam aktiviti perbincangan tersebut. Iaitu, tanpa bantuan sebarang bahan dan tanpa bantuan idea daripada guru, mereka melakukan perbincangan. Mereka menggunakan seratus peratus maklumat sedia ada dalam ahli kumpulan. Isi yang telah dikumpulkan ditulis dalam kertas kosong untuk dibentangkan. Langkah 4 (10 minit). Sesi pembentangan dan soal jawab. Dalam sesi ini setiap kumpulan akan membentangkan dapatan dengan menyatakan isi dan huraian. Tidak semua kumpulan terlibat kerana kekangan masa. Mana-mana kumpulan yang mendapati isinya

12

sama

dengan

isi

kumpulan

yang

terdahulu

tidak

perlu

membentangkan hasil dapatan mereka. Langkah 5 (40 minit). Dalam tahap ini para pelajar diminta menghasilkan sebuah esei secara individu. Rasionalnya mengapa mereka berbincang dalam kumpulan, tetapi menghasilkan esei secara individu kerana saya ingin melihat sama ada masalah yang saya lihat sebelum ini iaitu masalah kesukaran mencerakinkan isi dan huraian itu bersifat individu atau sebenarnya masalah para pelajar dalam kelas tersebut. Penutup (5 minit). Saya mengumpulkan hasil penulisan tersebut untuk dianalisis.

II. Refleksi Setelah esei pelajar dalam aktiviti 1 dianalisis, hasilnya adalah seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah. Bilangan Isi Jumlah % 4 4 12.50 3 1 3.13 2 19 59.38 1 8 25.00 JUMLAH 32 100 Jadual 2: Data Bilangan Pencapaian Para Pelajar Semasa Aktiviti 1

13

Kerisauan saya ada asasnya apabila sebanyak 84.38% pelajar hanya mampu menghasilkan satu dan dua isi. Manakala hanya 15.62% pelajar yang mampu memperoleh tiga dan empat isi. Berdasarkan data di atas, taburan isi yang paling banyak ialah pada dua isi iaitu sebanyak 59.38%. Manakala bilangan tiga dan empat isi hanya mewakili 15.63%. Hal ini mencerminkan prestasi yang kurang memberangsangkan.

Gambar 1: Contoh Jawapan Aktiviti 1 Berdasarkan contoh di atas, jelas sekali pelajar tersebut

tidak

dapat menyatakan isi dengan baik.

14

“Demi mengatasi isu keganasan terhadap wanita, pelbagai langkah harus diambil. Antaranya langkah-langkah yang wajar dilaksanakan adalah mengadakan program yang menjurus kepada persediaan sebelum berkahwin,… Sepatutnya jawapan pelajar sebegini; “Untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga, pihak berkuasa perlu mengadakan kursus-kursus pra perkahwinan secara berkesan… Bertitik tolak daripada keadaan tersebut sesuatu usaha perlu saya lakukan.

Semasa

dalam

proses

pencarian

tersebut,

saya

berpendapat perlunya satu teknik pencerakinan isi dan huraian yang lebih sistematik dan konkrit dihasilkan.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 I. Pemerhatian Aktiviti kedua dijalankan pada 17 Mac 2008 (Isnin). Tingkatan 6 Atas Wira. Dua waktu pengajaran (70 minit). Bilangan pelajar seramai 25 orang (seramai empat orang tidak hadir dan tiga orang tidak menghantar esei mereka) Set Induksi (3 minit). Ia bolehlah dianggap sebagai tahap kesediaan mental para pelajar. Seperti dalam aktiviti 1, saya memaklumkan kepada mereka bahawa selain daripada aktiviti tersebut

merupakan

aktiviti

yang

biasa

dilakukan,

namun

selebihnya ia akan digunakan dalam kajian tindakan saya. 15

Langkah 1 (1 minit). Pada peringkat ini saya meminta para pelajar berpecah mengikut kumpulan empat orang. Sebanyak enam kumpulan dibentuk. Pada aktiviti kali ini saya mengedarkan sehelai borang yang saya namakan ”Borang TKEM” untuk setiap kumpulan dan sehelai kertas jawapan esei setiap seorang, berbeza dengan aktiviti sebelum ini yang hanya dibekalkan kertas jawapan esei. Langkah 2 (1 minit). Selepas itu saya menulis di papan putih tajuk esei yang perlu mereka jawab. Soalannya ialah “Kawasan perindustrian yang pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai keasidan air hujan yang tinggi disebabkan ruang udara yang mengandungi gas beracun. Bincangkan kesan hujan asid terhadap kehidupan dan alam sekitar” Langkah 3 (10 minit). Seterusnya saya mengarahkan mereka berbincang dalam kumpulan selama sepuluh minit bagi mengenal pasti isi-isi penting bagi esei tersebut. Sama dalam aktiviti 1, teknik TKEM digunakan dalam aktiviti perbincangan tersebut. Iaitu, tanpa bantuan sebarang bahan dan tanpa bantuan idea daripada guru, mereka melakukan perbincangan. Mereka menggunakan seratus peratus maklumat sedia ada dalam ahli kumpulan. Tetapi pada kali ini mereka dikehendaki memindahkan hasil perbincangan tersebut ke dalam Borang TKEM.

16

Langkah 4 (10 minit). Sesi pembentangan dan soal jawab. Dalam sesi ini setiap kumpulan akan membentangkan dapatan dengan menyatakan isi dan huraian. Tidak semua kumpulan terlibat kerana kekangan masa. Mana-mana kumpulan yang mendapati isinya sama

dengan

isi

kumpulan

yang

terdahulu

tidak

perlu

membentangkan hasil dapatan mereka. Langkah 5 (40 minit). Dalam tahap ini para pelajar diminta menghasilkan sebuah esei secara individu. Rasionalnya mengapa mereka berbincang dalam kumpulan, tetapi menghasilkan esei secara individu kerana saya ingin melihat sama ada masalah yang saya lihat dalam aktiviti 1 iaitu masalah kesukaran mencerakinkan isi dan huraian dapat diatasi. Penutup (5 minit). Saya mengumpulkan hasil penulisan tersebut untuk dianalisis.

II. Refleksi Setelah esei pelajar dalam aktiviti 2 dianalisis, hasilnya adalah seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah.

17

Bilangan Isi Jumlah % 4 12 48.00 3 5 20.00 2 3 12.00 1 5 20.00 JUMLAH 25 100 Jadual 3: Data Pencapaian relajar dalam aktiviti 2

Berdasarkan jadual di atas, seramai 12 orang atau 68% memperoleh empat dan tiga isi dalam esei mereka. Ia merupakan angka yang sangat besar. Manakala hanya lapan orang relajar sahaja yang memperoleh satu dan dua isi iaitu mewakili sejumlah 32% sahaja. Sudah pasti ia menggambarkan status yang sangat membanggakan. Pada hemat saya, hal tersebut berlaku disebabkan penggunaan borang TKEM. Ia dilihat sangat efektif kerana para pelajar telah ’dipaksa’ untuk mengikut satau peraturan baru iaitu mengisi borang TKEM pada waktu akhir perbincangan bagi memastikan isi dan huraian dicerakinkan secara sedar oleh para pelajar. Oleh yang demikian, tiada sebab para pelajar terlupa atau tidak tahu mana satu isi dan huraian. Hal ini kerana dalam borang tersebut sememangnya dengan jelas mengasingkan antara isi dan huraian.

18

Gambar 2: Contoh Kerja Pelajar Menggunakan Borang TKEM

Gambar 3: Contoh Jawapan Pelajar Dalam Aktiviti 2

19

Berdasarkan contoh jawapan pelajar di atas, jelas bahawa para pelajar telah berupaya menetapkan isi alam jawapan mereka. Ayat pertama bagi setiap perenggan merupakan isi. Contohnya “Hujan asid membawa kesan buruk kepada ekosistem..” Manakala contoh yang lain, “Gangguan kesihatan juga merupakan kesan daripada hujan asid”

5.5 Refleksi Kajian I. Penilaian Pencapaian Murid Melalui dua aktiviti yang dijalankan, secara umumnya pencapaian para pelajar amat memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat melalui data berikut.

Perbezaan

Bilangan Isi

25/02/2008

17/03/2008

Bil

%

Bil

%

%

4

4

12.50

12

48.00

284.00

3

1

3.13

5

20.00

538.00

2

19

59.38

3

12.00

-79.79

1

8

25.00

5

20.00

-20.00

JUMLAH

32

100

25

100

0.00

Jadual 4: Data Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Aktiviti 1 Dan Aktiviti 2 20

Berdasarkan jadual di atas apa yang sangat jelas ialah bilangan pelajar yang berjaya mendapat 3 dan 4 isi mencakupi sejumlah 68% orang. Iaitu peningkatan sebanyak 284.00% (4 isi) dan bagi 3 isi meningkat sebanyak 538.00%.

Ia

merupakan

suatu

peningkatan

yang

sangat-sangat

menggalakkan. Manakala jumlah yang mendapat 1 dan 2 isi telah menurun dengan ketara. Bilangan pelajar yang mendapat 2 isi menurun 79.79% manakala 1 isi pula menurun 20.00%.

II.Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Apa yang saya lakukan dalam aktiviti 1, sebenarnya tidak banyak membantu para pelajar dalam proses mencerakinkan isi dan huraian walaupun dengan menggunakan aktiviti perbincangan secara TKEM. Berdasarkan kepada skrip jawapan, para pelajar masih lagi memulakan sesuatu perenggan jawapan dengan menggunakan ayat-ayat huraian. Masih belum lagi ketara dalam kalangan pelajar memulakan ayat pertama dengan ringkas dan padat kerana itu adalah sifat utama sesebuah isi. Berbanding dengan aktiviti 2, pelajar kelihatan lebih serius melakukan perbincangan. Hal ini terjadi kerana, para pelajar terpaksa melakukan perbincangan sesama mereka sahaja. Mereka sudah faham bahawa saya tidak campur tangan langsung dalam perbincangan tersebut. Walaupun

21

ada kalanya para pelajar cuba juga meminta ’talian hayat’ kepada saya bagi membantu mereka tetapi saya menolaknya. Sebaliknya saya hanya memberikan

dorongan

kepada

mereka

agar

terus

berusaha

berbincangandengan rakan-rakan serta gunakan pengetahuan sedia ada yang masing-masing ada. Selain daripada itu, perbincangan nampak lebih fokus kerana mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan bagi melengkapkan sesi perbincangan tersebut iaitu dengan melengkapkan borang TKEM. Justeru, mereka bersama-sama mengenal pasti isi-isi penting daripada maklumat yang mereka peroleh semasa perbincangan tersebut. Sesi pembentangan sememangnya perlu dilaksanakan kerana mereka telah merasakan ada beberapa perbezaan ditemui semasa proses perbincangan tersebut. Justeru semasa sesi pembentangan menjadi lebih menarik dalam proses pengubahsuaian tersebut. Saya sangat gembira apabila melihat hasil analisis esei yang saya lakukan. 68.00% para pelajar saya telah mendapat tiga dan empat isi dalam esei masing-masing. Hal ini menunjukkan teknik TKEM yang saya laksanakan tersebut telah menghasilkan sesuatu yang sangat signifikan dalam kajian ini. Berdasarkan Borang TKEM pula ia sangat jelas memberi manfaat kepada para pelajar. Melalui borang tersebut, para pelajar dikehendaki mengisi ruang bahagian huraian terlebih dahulu. Selepas itu para pelajar diminta 22

mengenal pasti apakah maklumat yang sesuai untuk dijadikan sebagai isi. Justeru melalui borang tersebut ada aktiviti yang konkrit untuk mereka lakukan malah mereka berpeluang untuk menyemak huraian yang mereka biasa kemukakan bagi mencerakinkan antara isi dan huraian. Cuma apa yang saya agak sedih ialah bilangan plajar yang hadir pada hari tersebut tidak seramai sebelumnya. Hanya 25 orang sahaja yang menjawab esei pada fasa pasca ujian tersebut. Setelah disiasat, seramai empat orang tidak hadir dan tiga orang lagi tidak menghantar esei mereka. Seperkara lagi yang tidak menggembirakan saya ialah, prestasi penghasilan isi yang baik tidak menyumbang kepada pencapaian markah yang tinggi dalam ujian tersebut. Hal ini kerana para pelajar gagal memahami kehendak soalan yang sebenar.

III.Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang telah Dijalankan Secara Keseluruhan Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan kajian ini. Sebenarnya saya tidak menjangka begitu tinggi sekali pencapaian para pelajar dalam konteks kajian saya ini.

23

Ia sekali gus menjelskan telahan yang saya luahkan pada akhir tahun lepas sewaktu para pelajar masih berada di tingkatan enam rendah sememangnya ada asasnya. Mereka sememangnya memerlukan satu aktiviti yang konkrit bagi membolehkan mereka secara sedar mencerakinkan isi dan huraian.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Kajian penggunaan TKEM dalam mata pelajaran Pengajian Am ini dilihat dapat membantu para pelajar dalam menghasilkan esei yang baik dalam mata pelajaran Pengajian Am. Walaupun tiada jaminan yang tuntas tentang keberkesanan teknik ini, namun saya berasa yakin ia sangat bermanfaat kepada sebilangan pelajar yang memerlukannya. Semasa melaksanakan kajian, ada beberapa cadangan yang timbul. Umpamanya satu kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah teknik menganalisis soalan. Hal ini kerana ada di kalangan pelajar yang bermasalah dalam menganalisis soalan. Maksudnya, ada para pelajar yang tidak tahu mengenal pasti kehendak soalan. Kesimpulannya, teknik TKEM ini secara umumnya dapat menjadikan para pelajar kritis tentang apa yang mereka fikir. Selain daripada itu para pelajar juga dapat mengenal pasti dengan jelas bagaimana hendak membezakan antara isi dan huraian dalam penulisan sesebuah esei. 24

BIBLIOGRAFI

Abd

Malek Selamat (2004). Pembelajaran Untuk Kefahaman: Kajian Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Menggunakan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majlis Peperiksaan Malaysia .Pekeliling JPA.(SULIT) 324/1/1-3/(49). Diperoleh daripada: http://www.mpm.gov.my pada 25 Jun 2008

25

LAMPIRAN

Para pelajar sedang melakukan perbincangan

Sesi pembentangan TKEM

Related Documents

Abd Malek Kt2008
June 2020 3
Abd Malek Selamat 2009
June 2020 24
Imam Abd Malek
May 2020 5
Abd
May 2020 16
Sold Abd
November 2019 26