1
KATA-KATA ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Negeri Kedah, khususnya Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pendidikan Kedah atas usaha gigih untuk menerbitkan Buku Mesej Lima Minit PPDa. Semoga dengan penerbitan buku ini akan menjadi panduan kepada warga sekolah untuk memartabatkan PPDa dan mencapai Sekolah Bebas Dadah seperti yang kita disasarkan. Kementerian Pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju modal insan negara pada masa hadapan. Setiap rakyat di negara ini tentunya mahukan sistem pendidikan terbaik demi menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di peringkat global, namun masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan identiti nasional. Bagi merealisasikan objektif tersebut, pelbagai pihak yang mencakupi Kementerian Pendidikan, warga sekolah, ibu bapa dan pelbagai agensi luar perlulah menggemblengkan tenaga bagi memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah. Dalam menghadapi alaf baru untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita perlulah memastikan agar usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah akan terlaksana. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidikan yang telah berusaha gigih untuk memastikan nama negara bersinar di peringkat global.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara, sekali gus mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Panel Penulis serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus bagi merealisasikan penerbitan Buku Mesej Lima Minit PPDa.
DATO’ HAJAH AZUYAH HASSAN
2
KATA-KATA ALUAN KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN DAN KEMANUSIAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Sekalung penghargaan diucapkan kepada panel penulis dan Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah kerana dapat menyempurnakan tugas dalam menghasilkan Buku Mesej 5 Minit PPDa.
Berkat usaha dan sumbangan idea oleh warga pendidikan khususnya panel penulis
yang dipilih mencerminkan kesepaduan dan semangat juang yang tinggi dalam usaha membanteras penularan virus Dadah, Alkohol, rokok, inhalan dan HIV/Aids atau D.A.R.I.H. Adalah diharapkan usaha ini dapat menjana idea kreatif dan kritis dalam pelaksanaan info 5 minit PPDa di sekolah. Sesesungguhnya kerjasama ini memperlihatkan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Seharusnya kesepaduan jalinan kerjasama dan iltizam warga sekolah dalam merealisasikan hasrat sekolah bebas dadah turut dirasai oleh semua peringkat.
Warga sekolah perlu lebih
perihatin dengan perkembangan semasa juga percambahan idea yang terhasil daripadanya dijadikan renungan dan iktibar dalam merangsang minda murid serta komuniti.
Para pendidik
perlu bijak melaksanakan tugas dan peranan tanpa mengabaikan pemupukan nilai-nilai dan peradaban timur. Semoga dengan penghasilan buku ini dapat menjadi panduan kepada guru dan murid di samping
memberi
peluang kepada murid memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu.
Semoga usaha gigih ini akan memartabatkan lagi Tranfomasi
Pendidikan Negara kita.
HAJI HALIM BIN MANSOR
3
DADA H 4
AKTIVITI 1
APAKAH ITU DADAH ?
Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan
kepada
kesihatan
seseorang
pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku. Dadah digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. “Penyalahgunaan” dadah bermaksud dadah
itu
disalahguna
bukan
untuk
tujuan
perubatan.
CIRI-CIRI DADAH a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). b. Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaannya adalah dilarang. c. Diperolehi secara haram. d. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah. e. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
5
AKTIVITI 2 JENIS –JENIS DADAH
OPIAT
Diperolehi dari tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi dan dikeringkan seterusnya diproses menjadi dadah seperti candu, morfin dan heroin.
STIMULAN
Merupakan bahan kimia psikoaktif yang meransang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu amfetamin dan kokain.
GANJA/ KANABIS
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok ‘cannabis sativa’. Terdapat beberapa jenis ganja/kanabis seperti Kanabis Herba, Hashish dan Minyak Hashish,
HALUSINOGEN
DEPRESEN
UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA
Merupakan dadah jenis asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi.
Termasuk juga ubat-ubat ‘sedative’ dan ‘transquilizer’. Ianya bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
1.Steroid 2.Gam, petrol dan inhalan yang lain 3. Air Ketum
6
AKTIVITI 3
SAJAK : SENGSARANYA DIRI INI
Najis dadah, Jika kau suntik ditubuhmu, Pelbagai penyakit akan menghinggap, Meningtis memberi kesan jangkitan otak, Tetanus bisa menyebabkan kancing gigi, Pabila Endokarditis menyerang jantungmu, Muncul pula AIDS, Hepatitis B, C, dan D, Maka, Bisul, kudis, kurap mula menjadi raja di kulitmu.
Oh rakan, Seksa sungguh azab dadah itu, Sekali kau mencuba, Selamanya kan sengsara.
Najis Dadah, Kesan secara makan melalui mulut, Peparu dan hati mula merosak, Buah pinggang tidak dapat berfungsi, Otot-otot mula mengecut, Tubuh mu mula lesu tidak bermaya, Berat badan mula menyusut, Lama-kelamaan kau mula rebah..lumpuh!
Justeru rakan-rakan, Jauhi dadah musuh Negara, Kitalah penggerak ke arah …. generasi bebas dadah!
7
AKTIVITI 4
PANTUN : KESAN-KESAN DADAH
Jelapang padi diberi nama, Negeri makmur dalam negara, Hindarilah dadah musuh utama, Tanpa dadah keluarga sejahtera.
Pergi memancing di Kuala Kedah, Makan siakap tiga rasa, Jika hidup berabdi dadah, Diri menderita keluarga terseksa.
Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara, Singgah sebentar di Kampung Sena, Hilang keluarga hilang saudara, Kerana dadah jiwa merana.
Pohon jati dahannya rendah, Tempat berteduh si anak dara, Sekolah dijulang tanpa dadah, Terbilang bangsa maju negara.
Sayangkan ibu sayangkan ayah, Hidup selamat sentiasa berkat, Tanpa dadah sifar jenayah, Komuniti sihat hidup muafakat.
8
AKTIVITI 5
TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah:
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja , mutu kerja , disiplin dan hasil kerja . Meradang tidak tentu sebab , selalu menguap dan tidak bermaya . Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyi apa - apa yang dilakukan atau yang dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca - kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam wang daripada kawan - kawan atau mencuri barang - barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja , saudara - mara atau kaum keluarga Selalu mengunjungi tempat - tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah .
9
AKTIVITI 6
CERITA :PERANGKAP DADAH
Fuad
merupakan seorang pelajar yang pintar tetapi
nakal. Dia selalu ponteng sekolah dan melepak di cyber cafe. Puncanya, Fuad tertekan kerana ibu dan ayahnya sering bertengkar di rumah. Fuad mula mengenali Zack di cyber café tersebut dan mereka pun mulai rapat. Zack sangat baik hati dan mengambil berat terhadap Fuad. Fuad
mula
menyenangi
Zack
kerana
selalu
membelanjanya makan dan memberikan wang saku kepadanya. Zack juga selalu memberikan sejenis pil yang dikatakannya mampu membantu Fuad melupakan masalah keluarga yang dihadapinya. Fuad memberikan sepenuh kepercayaan kepada Zack dan menganggap Zack
sebagai
abang
kandungnya
sendiri.
Lama-
kelamaan Fuad terlalu bergantung kepada pil tersebut dan selalu meminta kepada Zack. Zack meminta bayaran dengan alasan pil tersebut hampir kehabisan stok. Malangnya semakin lama, harga pil tersebut semakin tinggi. Setelah ketagihan, Fuad sanggup menipu dan mencuri bagi mendapatkan bekalan pil tersebut. Akhirnya, Fuad menyedari pil tersebut adalah sejenis dadah.
RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN CEKAP!
10
AKTIVITI 7 LAGU : DADAH … BOLEH BLAH (Melodi lagu Boleh Blah oleh Nana Sheme)
Engkau cuba buatku merana, Tapi sayangnya ku keras kepala, Engkau cuba buatku terpana, Dari asmara …khayal dan gila.
Ku lepaskan, Semua yang terkena, Di dalam diam, Dadah yang kudamba.
Ulang korus : Kau fikir kau siapa, Fikir kau siapa, Fikir kau siapa, Boleh blah.
Aku cuba bukan tak mencuba, Hapuskan dadah, kau tetap bersama, Di merata kau penuh agenda, Serlahlah makna kau fikir ku siapa.
Ku lepaskan, Semua yang terpendam, Di dalam jiwa, Sakit yang tak didamba.
Kau fikir aku siapa, Kau fikir aku siapa, Lemas Lemas dengan dirimu.(2X) 11
AKTIVITI 8
BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?
Panduan untuk mengelakkan diri daripada dadah.
1.
Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat penggunaan dadah. Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang mendalam dan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhi dadah.
2.
Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah.
3.
Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui bahawa dadah bukanlah jalan penyelesaiannya.
4.
Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama rakan dan masyarakat.
5.
Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan.
6.
Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak terhadap sesuatu permintaan/tawaran yang membahayakan diri.
7.
Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu membantu anda untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat.
8.
Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda memilih jalan mudah untuk mencuba dadah.
12
AKTIVITI 9
PANTUN DUA KERAT : GENERASI BEBAS DADAH
Bunga emas si bunga suasa, Dadah itu perosak bangsa.
Sungguh harum si bunga cina, Kerana dadah hidup merana.
Jebat derhaka berpaling tadah, Ayuh kita membanteras dadah.
Jadilah kita generasi berwawasan, Jangan terikut perangai syaitan.
Mari kita membenci dadah, Membawa malang tak sudah-sudah.
Ganja bukan teman sejati, Bermacam penyakit sedia menanti.
Tersalah langkah buruk padahnya, Sesal kemudian tiada gunanya.
AIDS penyakit berbahaya, Angkara najis dadah durjana.
Virus HIV tiada ubatnya, Sekali terkena sengsara selamanya.
Oleh itu marilah kawan-kawan, kita perangi dadah habis-habisan.
13
AKTIVITI 10 LAGU TEMA PPDa
Usah biarkan masa berlalu pergi Dalam meniti ranjau berduri Wawasan negara Kekal waja bina bersama Harapan semua Anak-anak bangsa Kami sihat Kami hebat Kami kuat Kami tekad Tanpa mu Diri bebas merdeka Tanpa mu Hidup riang cemerlang Tanpa mu Nusa bangsa gemilang Tanpa mu Negara pasti terbilang Kita bersatu Kita berpadu Katakan…….laungkan “KAMI BEBAS DARI DADAH” MESEJ : Dibawah Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1983) seseorang akan dihukum mati mandatori seksyen 39B jika didapati mengedar dadah. Menurut Akta Dadah Berbahaya(1952), tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. 14
15
AKTIVITI 1
APA ITU ALKOHOL?
Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?
Alkohol adalah sejenis bahan kompoun organik yang terhasil daripada proses pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin. Alkohol juga merupakan minuman yang mengandungi lebih daripada 2% ethanol serta merangkumi minuman alkohol yang diambil bagi tujuan perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan dan pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “moods”.
Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia dapat memberi kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia dapat memberi kesan terhadap badan peminumnya. Seorang yang ketagih pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meninggal dunia 15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.
Rakan-rakan semua,
Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991, Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berlebihan seperti kanser semakin meningkat.
16
AKTIVITI 2
Sajak : Tangisan Kecil Alkohol
Terhempas ke sudut ruang tanpa mata Dibatasi penghalang besar tembok kaca
Satu malam bercumbu gonggongan serigala Terhanyut sungai air mata jauh bersama
Buta mencari nasi sesal menelan bubur Aku, ular gurun fanatik penyedot lumpur
Membakar diri berbotol-botol tak peduli Dingin, panas, tercekik benak gelap awani
Waktu seperti musuh, detik layaknya candu Ke mana minit-minit cinta bersembunyi? Berlalu?
Melihat cermin terpantul lagi tembok kotor Tangisan kecil bias alkohol, senyuman fana botol
17
AKTIVITI 3
PANTUN ALKOHOL
Berlayar ke negeri bambu Dapat kipas berbulu domba Tegak alkohol timbulkan candu Belenggu diri dalam sengsara
Bunga teratai, bunga kenanga Mekar di tepi sungai Tuan, jangan jual asa Biarkan alkohol hancurkan hati
Berburu ke Pulau Duri Tinggalkan kampung halaman Bahaya alkohol siap mengintai Generasi muda penuh harapan
Piring plastik dari Palu Terbang terbawa badai Jika tuan tak ingin malu Jauhkan alkohol dari diri
Ada kertas dalam botol Terombang-ambing di tengah lautan Wahai pemuda hindari alkohol Kerana merosak masa depan
Bernyanyi di kebun jeruk Dapat mangga berwarna biru Alkohol buatmu mabuk Fetal Alcohol Syndrome siap jangkitimu
18
AKTIVITI 4
JENIS-JENIS ALKOHOL
Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih daripada 5%. Berikut adalah antara jenis-jenis alkohol : Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian memlalui Anggur (Wine)
proses pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan anggur yang matang. Jumlah kandungan alcohol antara 8% hingga 14%. Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada empat: a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah anggur putih ditambah aroma tertentu dan ditinggikan jumlah alkohol dengan menambahkan minumam spirit seperti red martini rossi. b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang baru dipetik. c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan gula pada pemeraman kedua sehingga terdapat gelembung udara. Contoh champagne. d. Fortified
Wine
–
hasil
pemeraman
dengan
menambahkan gula dan spirit. Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui Spirit
proses pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alcohol yang tinggi iaitu antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada dua iaitu : a. Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya tinggi dan tidak berasa manis. Contoh liqours seperti brendi, cognac, tequila, vodka, rum dan wiski. b. Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan ditambah perasa seperti Tia Maria atau kah lua.
19
Merupakan minuman yang diperoleh dari hasil peragian malt dan Bir
hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%.
Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol antara 16% Arak dan Sake
30%.
Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman Tuak
nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza.
20
AKTIVITI 5
KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN
Kesan jangka pendek Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar, hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.
Kesan jangka panjang i.
Ketagihan -
Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan yang sama.
-
Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara tanda-tanda sindrom tarikan adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila, sawan dan meracau.
ii.
Kesan pada sistem saraf -
Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan dan kebas.
iii. Kesan-kesan pada sistem penghadaman i)
Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
ii)
Muntah darah
iii) Radang kelenjar pankreas iv) Anemia v) Kekurangan zat makanan iv. Kesan pada sistem kardiovaskular i)
Tekanan darah tinggi
ii)
Strok
iii) Kerosakan otot jantung v.
Kesan psiko-sosial i)
Cemburu buta
ii)
Murung
iii) Bunuh diri iv) Penderaan terhadap keluarga
21
AKTIVITI 6
SAJAK : BAHAGIA TANPA ARAK
Bangkitlah kawan-kawanku... Asahlah ilmu...hidupkan sumbu... Halakan matlamat nan satu dengan penuh jitu Arus kesengsaraan biarkan berlalu... Gapai impian ...ciptalah kejayaan Inilah tapak permulaan Anjakkan semangat penuh keyakinan Tataplah wajah ibu bapa kita Adakah kegagalan yang ingin kita persembahkan? Nasihat bagaimana yang kita harapkan?...Ingatlah... Pesanan merekalah sumber rujukan Agar bahagia kekal berpanjangan…
Ayuh rakan…, ayuh taulan… Rancangkan hidup dengan berkesan Arak pemusnah kita lupakan Kekal bahagia sepanjang zaman…
22
AKTIVITI 7
SAJAK SECAWAN ARAK
Bawa kemari sedihmu, Kalaupun aku gagal mengubahnya menjadi keping bahagia, Setidaknya aku bisa membuatmu lupa.
Akulah candu bagi hati yang tersesat, Membuatmu lupa segala bentuk kesedihan, Namun aku bukanlah penyelesaian.
Benar, Damaiku sesat, Damai yang sesaat, Dakap aku jangan lepas lagi. Tuang saja usah ragu, Hirup wangiku lalu telan dalam sekali tegukan.
Aku akan selalu menggodamu, Menawarkan bahagia menghapus lara, Saat kalian sadar makilah aku, Nyatanya aku telah menjeratmu.
23
AKTIVITI 8
CERITA (KESAN ALKOHOL)
Ali seorang pemuda yang berakhlak mulia. Suatu hari Ali bertemu dengan Rizal, seorang pemuda yang buruk akhlaknya. Rizal mengajak Ali merompak , tetapi Ali menolak dan mengatakan yang perbuatan itu salah dan berdosa. Rizal kemudiannya mengajak Ali minum bir, Pada mulanya Ali menolak. Setelah dipujuk oleh Rizal, dengan mengatakan bir adalah minuman , Ali cuma perlu minum sedikit sahaja. Akhirnya Ali termakan dengan pujuk rayu Rizal. Ali menerima pelawaan Rizal untuk minum bir. Selepas meminum bir, Ali menjadi mabuk dan bertindak ganas. Ali telah bergaduh dengan Rizal dan kemudian bertindak memukul Rizal hingga mati.
Pengajaran :
1. Alkohol menyebabkan
Ali mabuk, tingkah lakunya menjadi ganas, dan seterusnya
bertindak membunuh. 2. Berhati-hati memilih kawan.
24
AKTIVITI 9
Pantun : JAUHI ALKOHOL
Jalan - jalan ke Semarang, Jangan lupa beli rumbia Jauhi alkohol mulai sekarang Untuk kehidupan yang mulia
Beli udang di Pasar Jempol Masak sambal atas rakit Sungguh rugi peminum alkohol Wang habis badan pun sakit
Kaki sakit terpijak semalu Jumpa dengan anak Pak Kimu Jika kita tak ingin dimalu Jauhilah alkohol dari dirimu
Ada kertas dalam botol Terumbang ambing ditengah lautan Wahai kawan hindari alkohol Kerana ia, perosak masa depan
Mak Limah pergi ke Johol Pergi dengan Cik Rita Waspada bahaya alkohol Jangan sampai merugikan kita
Singgah sebentar di Sungai Bongkok Melihat teruna menjamu selera Jangan disentuh alkohol dan rokok Kelak sia - sia ibadah kita
25
AKTIVITI 10
CERITA RINGKAS (JADILAH SEPERTI RASYID)
Cerita 1
Ini Rasyid Rashid pelajar baik Rasyid tahu keburukan minuman alkohol Rasyid tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif Rasyid segera jauhi alcohol Rasyid bijak Jadilah seperti rasyid
Cerita 2
Ini rasyid Rasyid ada cita-cita Rasyid tidak mahu terjebak dengan gejala negatif Rasyid hebat Jadilah seperti rasyid.
Menjelaskan secara ringkas tentang kesan negatif minum minuman beralkohol a. Mempengaruhi proses pertumbuhan & pembangunan. b. Kesan kepada kesihatan semakin teruk. c. Proses pembelajaran terganggu (tidak dapat tumpu perhatian). d. Masalah kenakalan (cenderung melakukan kesalahan). e. Tekanan ekonomi (mendapatkan bahan) mendorong berlakunya kegiatan jenayah.
26
AKTIVITI 11
KESAN ALKOHOL KEPADA REMAJA
Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja tersebut seperti dibawah. Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada cabaran dan tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih mendedahkan remaja kepada tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti memandu dalam keadaan mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila mereka
telah
mabuk,
tanpa
mereka
sedari,
mereka
juga
akan
terdedah
kepada
penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan menjadi mangsa perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah kandungan luar nikah dan penyakit kelamin. Kesan kepada Psikososial i) Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran. ii) Remaja/ pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot. iii) Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah tingkahlaku ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-lain.
27
28
AKTIVITI 1
SYAIR SENGSARA ROKOK
Sengsara hidup bangkai bernyawa, Angkara rokok musuh durjana, Marilah kita seia sekata, Bulatkan hati kuatkan jiwa.
Penyakit kronik datang melanda, Perokok sakit dimamah usia, Menyedut racun bahan kimia, Sedap di mulut diri merana.
29
AKTIVITI 2
LAGU VAPE (rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)
Rokok elektronik Hisap wap nikotin Kesannya negatif Diri sendiri
Bila sudah cuba Mesti mahu lagi Rosak gigi kamu Jantung dan hati
c/o: Rokok elektronik Vape nama diberi Asap kepul-kepul Buat sakit hati Hei…
Jangan hampirinya Nanti kau terseksa Rokok elektronik Baik buang saja
30
AKTIVITI 3 INFO SEBATANG ROKOK BAHAN TOKSIK DALAM SEBATANG ROKOK Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam sebatang rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia
Sumber bahan
dalam rokok
kimia
Metanol
Bahan Api
Nitrobenzena
Gasolin
Karbon Monoksida
Asap kereta
Butana
Raksa
Vinil Klorida
Cecair pemetik api Logam dalam jangka suhu Bahan utama plastik
Toulena
Pelarut industri
Ammonia
Pencuci lantai
Arsenik
Racun tikus
Kadmium
Stearik Sianida
Bahan utama bateri alkali Bahan utama dalam lilin Racun berbisa
31
AKTIVITI 4
SELOKA: JANGAN MEROKOK!
Ini satu nasihat hamba, Buat perokok yang di luar sana, Jangan diteruskan budaya bahaya, Rokok bawa kesan bahana.
Sekali kena payah untuk berhenti, Berbatang-batang kau tak peduli, Banyak duit dibazirkan membeli, Sampai botak apa dah jadi?
Wahai perokok dengarlah ini, Janganlah jangan cukuplah dan henti Ingatlah insan di kanan dan kiri, Kalau tak ingat nyawa sendiri.
Untuk berhenti masa masih ada, Selagi anda masih sihat sejahtera, Bila dah terlantar menyesal tak guna, Walau darah jadi air mata.
Kepada perokok yang berhenti cuba, Banyak jalannya jika berusaha, Jika hendak pastinya ya, Kalau tidak banyak alasannya.
Buat insan yang belum cuba, Usah mula untuk tahu dan rasa, Bak kata hamba di atas tadi, Sekali kena payah untuk berhenti.
32
Akhir kalam dengarlah kata, Rokok ini cukup bahaya, Tiada langsung faedahnya mencuba, Taruhannya besar yakni nyawa.
Janganlah jangan cuba mencuba, Hatta hisap walau sesekali, Jika hendak terpulanglah jua, Tepuk dada tanya hati.
33
AKTIVITI 5 SAJAK : BAHAYA ROKOK
Rokok Kewujudanmu mengubah segala Setiap pelosok negara kau mendapat tempat Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok Adakah mereka sedar akan bahayamu Mereka lupa Kau pembunuh seperti dadah Mereka tidak sedar Kau penyebab penyakit kronik Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati Siapa sangka Kepulan asapmu yang putih itu Punyai 4000 bahan kimia berbahaya Mengundang derita si pembau Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa Sedarla wahai perokok Merokok hanyalah penderitaan Kau akan merana dibelenggu penyakit Hidupmu hanyalah kesakitan Wahai perokok Bersihkanlah tubuhmu Muhasabahlah dirimu Sucikanlah hatimu Ceriakanlah hidupmu Sinarilah hayatmu TANPA rokok..
34
AKTIVITI 6 INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK
Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah ramai orang mati kerana merokok
Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai orang yang sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok
Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon monoksid dan tar
Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan meninggikan tekanan darah
Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk
Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus atau mulut
RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah
35
AKTIVITI 7
CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK
Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai rokok. Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga bangsaku berwarna hitam. Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape, shisha, itu semua cucu-cicitku. Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup secangkir bahagia dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang sepatutnya digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa tubuhku apabila dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah secangkir bahagia dari tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku maafkan wahai manusia ketika kau buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan kasut kulitmu. Sakit, perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat. Kenapa aku maafkan kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia membakarku aku dan bangsaku telah berjanji aku merosakkan dirimu. Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit jantung. Jenis kanser? Tidak perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu wahai perokok. Jika mahu selamat, tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah mencubaku. Tiada erti sihat jika bersamaku.
36
AKTIVITI 8 TIPS BERHENTI MEROKOK 12 M :
1. Melengah-lengahkan -tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar. 2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan. 3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein. 4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok. 5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok. 6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok. 7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis. 8. Membasuh tangan selalu. 9. Mandi dengan kerap. 10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk. 11. Meditasi. 12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
37
AKTIVITI 9 MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STIK
Sisi jahat:
Shisha… boleh cuba ni.
Sisi baik :
Shisha banyak buruknya. Perlu dielak.
Sisi Jahat :
Shisha stick ja.
Sisi Baik :
Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick ada nikotin. Sedut sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai otak.
Sisi Jahat:
Jangan risau la. Shisha ni ada penapis.
Sisi Baik :
Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna.
Sisi Jahat:
Sekali cuba tak jadi apa.
Sisi Baik :
Bila dah kena Jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis, hepes, aspergillosis dan helicobacter baru nak sedar?
Sisi Jahat :
Cuba la sikit, kawan nak paying tu.
Sisi Baik :
Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan apa ja penyakit mudah berjangkit semua nak hinggap.
Aku :
SHISHA PERGI JAUH-JAUH!
38
AKTIVITI 10
LIRIK LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK (menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)
Anak Malaysia warga berbudaya, Bertatasusila, berimej mulia, Merokok hanya akan mencemarkannya, Janganlah kita ketagih dengannya
Tak nak merokok hoi hoi Tak nak merokok hoi hoi Jika merokok banyak padahnya.. Tak nak merokok hoi-hoi Tak nak merokok hoi-hoi Kerana rokok cemarlah budaya
Anak Malaysia warga berupaya Sihat sejahtera, cergas sentiasa Merokok hanya melemahkan kita Itulah bahaya jika menagihnya
39
Tak nak merokok hoi hoi Tak nak merokok hoi hoi Jika merokok banyak padahnya.. Tak nak merokok hoi-hoi Tak nak merokok hoi-hoi
40
INHALAN
41
AKTIVITI 1
DEFINISI INHALAN
Pada suatu petang, Damia dan Ifti sedang bersiar-siar di taman permainan. Tiba-tiba mereka teringat akan keratan akhbar yang dibaca semasa di sekolah tadi. Damia
: Ifti, awak ingat lagi keratan akhbar yang kit abaca di perpustakaan tadi?
Ifti
: Ya Damia. Tajuk berita itu ialah Inhalan, Hiburan baru remaja kini. Tapi Damia, apakah yang dimaksudkan dengan inhalan?
Damia
: Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Malahan, untuk pengetahuan awak, bahan-bahan ini boleh dijumpai di sekeliling kita sahaja.
Ifti
: Benar betul, Damia! Apakah bahan-bahan itu?
Damia
: Antaranya ialah aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.
Ifti
: Wah, memang bahan kegunaan harian kita. Tapi Damia, kenapakah inhalan ini berbahaya?
Damia
: Ifti, sekiranya kita menghidu atau menyedut bahan-bahan kimia secara berlebihan, inhalan ini boleh menyebabkan kematian sel otak dan boleh juga berhadapan dengan risiko kecacatan akal.
Ifti
: Jadi Damia, kita mestilah berhati-hati semasa menggunakan bahan-bahan ini dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya badan cergas dan minda cerdas tanpa inhalan.
42
AKTIVITI 2
CARA PENGAMBILAN INHALAN
43
AKTIVITI 3
JENIS –JENIS INHALAN
1. Pelarut/cecair
Cat, bahan pengilat,minyak tanah,petrol,gam,cecair pemadam dan dakwat pen
Meruap pada suhu bilik
Mudah dan senang didapati
Thiner,pembersih cat,cecair dobi,gam,cecair pemadam dan cecair penanda
2. Bahan gas
Pemetik api,gas peti sejuk,kloroform, haloten dan nitrous oksida
Pelali perubatan contoh eter,kloroform,halothane
Digunakan dalam produk di rumah
3. Aerosol
Pemetik api, pewangi,penyembur rambut,pelindung fabric
Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut
4. Bahan nitric
Bertindak meransang sistem pusat
Climax,popers,rush,locker room
44
AKTIVITI 4
KESAN PENYALAHGUNAAN INHALAN
Kesan Penyalahgunaan Inhalan boleh dibahagikan kepada 5. 1. Kesan Serta-merta 2. Kesan Jangka pendek 3. Kesan Jangka panjang 4. Psikologi 5. Sosial
Kesan Serta Merta: i.
Euphoria
ii.
Terangsang (Excitation)
iii.
Bersin
iv.
Batuk
v.
Semput (Wheezing)
vi.
Berdebar-debar
vii.
Loya, muntah, cirit-birit
viii.
Halusinasi
45
AKTIVITI 5
KESAN JANGKA PENDEK
Berikut 14 kesan Jangka Masa Pendek yang dapat dilihat kepada penagih Inhalan i.
Pening
ii.
Loya
iii.
Sakit kepala
iv.
Keliru
v.
Lemah otot badan
vi.
Hilang kawalan pergerakan
vii.
Pertuturan tidak jelas
viii.
Pengsan
ix.
Agresif
x.
Semut-semut (tingling) atau kebas pada hujung kaki & tangan
xi.
Tiada Perasaan (apathy)
xii.
Kesukaran berfikir
xiii.
Hilang kawalan diri
xiv.
Kesan teruk seperti kerosakan otak dan kematian mengejut boleh berlaku semasa penggunaan pertama
46
AKTIVITI 6
KESAN JANGKA PANJANG
i.
Organic Brain Damage – Psychosis – Dementia
ii.
Kerosakan kekal sistem saraf, hati, otot, sumsum tulang & buah pinggang
iii.
Hilang berat badan
iv.
Gangguan penglihatan – kerosakan pada saraf periferi
v.
Hilang deria bau
vi.
Kurang / hilang pendengaran
vii.
Kerosakan paru-paru
viii.
Sesak Nafas
ix.
Kesan kepada otak dan tubuh a. Korteks serebral: kerosakannya boleh menyebabkan perubahan dalam personaliti, hilang daya ingatan, halusinasi dan masalah pembelajaran b. Serebelum: kerosakanya boleh menyebabkan masalah pengimbangan dan pergerakan c. Hipokampus: kerosakanya boleh menyebabkan masalah daya ingatan
47
AKTIVITI 7
KESAN PENGAMBILAN INHALAN (KERATAN AKHBAR)
Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan dadah kerana ia mampu merosakkan orgam dalam badan dalam tempoh yang singkat. Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan masyarakat memandang enting gejala tidak sihat ini. Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan estet. Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering membabitkan kanak-kanak dan remaja yang menetap di flet perumahan kos rendah. Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan : o
Kesan kepada jantung
o
Kanser Hati
o
Kerosakan Buah Pinggang
o
Kerosakan Otak
o
Kegagalan Paru-paru
48
AKTIVITI 8
Boria Inhalan
Cerita hari ini tentang inhalan Disalah guna memberi kesan Jangan sengaja kita amalkan Boleh akibat pelbagai kesan Ewah…..
Bermacam jenis bahan inhalan Yang kita guna dalam kehidupan Jangan jadikan diri bebanan Pada keluarga dan juga rakan Kesan inhalan sangat bahaya Hilang ingatan dengan tiba-tiba Halusinasi menyusul pula Benda yang tiada dikatanya ada Ewah..
Jika inhalan jadi amalan Apa ditutur tiada siapa peduli Kita seperti dalam khayalan Dengan masyarakat menjauhkan diri Ewah..
49
Penagih inhalan buruk kesannya Menjadi ganas dengan tiba-tiba Badan pun kurus tiada selera Kesan tempias pada negara
50
AKTIVITI 9
PANTUN NASIHAT INHALAN Pagi-pagi menetak dahan, Dahan pokok banyak duri; Jauhi diri dari inhalan, Jika diamal merosak diri.
Setiap petang berjalan-jalan, Sambil berjalan berpimpin tangan; Banyak kesannya mencuba inhalan, Batuk muntah lemah badan.
Jika selalu mengambil inhalan, Memberi kesan jangka panjang; Jika diambil secara berterusan, Rosak otak dan buah pinggang.
Wahai kawan dengarkan ini, Pantun nasihat jadi panduan; Pandai-pandailah menjaga diri, Jangan tersalah memilih kawan.
51
AKTIVITI 10
Lirik Lagu Lenggang- Lenggang Kangkung
Lenggang-lenggang kangkung Kangkung tepi telaga Jangan ambil inhalan Kelak membawa duka
Lenggang-lenggang kangkung Kangkung tepi telaga Dari hidu inhalan Baik hidu bunga
Lenggang-lenggang kangkung, Kangkung berikat-ikat Langkah biar bersantun Baru hidup berkat
52
AKTIVITI 11 SAJAK SALAHGUNA INHALAN
Aku tidak ingin mencuba dulunya Namun pengaruhmu Jadikan aku luntur, aku lemah. Maafkan aku ibu, ayah Ampunkan aku adik; abang; kakak ‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan Dulu kuhidu janjinya hanya suka-suka Dulu kusedut janjinya hanya ingin cuba. Namun Kudratku tidak sehebat mana rupanya Aku jatuh lemas, tewas. Maafkan aku ibu, ayah Ampunkan aku adik; abang; kakak ‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan Aku ingin melangkah kembali Ke jalan benar dengan iman dan amal Langkah penuh gagah Selamat tinggal inhalan!!
53
Hati – hati kawan kawan semua !!! Jauhkan diri kamu daripada HIV dan AIDS… Bahaya tau !!!! Takut !!!
Betul… betul… betul !!!!!!!!
54
AKTIVITI 1
SYAIR KAMI ADALAH SAHABAT (HIV AIDS)
HIV Aids jangan dihina, Pesakit disayang selami jiwa, Boleh berkawan sesama kita, Salam dan sentuh tidak mengapa.
Makan bersama main bersama, Bersin dan batuk bukanlah punca, HIV Aids takkan terkena, Andai ilmu penuh di dada.
55
AKTIVITI 2
SAJAK HIV AIDS PEMBUNUH
Dalam meniti kedewasaan ini Benteng iman cuba diruntuh HIV AIDS menerjah jiwa manusia HIV AIDS kau menjalar ke urat darah Berkongsi jarum saling menyuntik membunuh sel-sel anti bodi Lesu…layu...bangkai bernyawa
Hilang arah lupa kiblat HIV AIDS menggoda , memujuk rayu Seks bebas menjadi sajian nafsu serakahmu Tewas merana menunggu mati
Tanpa diduga ia juga hadir Meragut kebahagian Perpindahan darah dari pesakit HIV AIDS Buat insan yang tidak berdosa Menempah maut bersama-sama Kejam…kau amat kejam…
Pergi lah kau…jauh…jauh…
56
AKTIVITI 3
DIALOG PENDEK : SIMPTOM HIV AIDS
(Suasana di bilik doktor di sebuah hospital bersama-sama dengan pesakit HIV AIDS positif) Pesakit HIV AIDS
: Selamat pagi, doktor. (sambil batuk-batuk)
Doktor
: Selamat pagi. Silakan duduk. Apa perkembangan hari ini, En. M ?
Pesakit HIV AIDS
: Kurang selesalah , doktor. Saya ni…sejak dua hari lalu asyik cirit-birit jer…dah la tak lalu makan. Letih saya ni….doktor.
Doktor
: ooo…begitu. Saya faham. Macam mana dengan bengkak pada leher, ketiak dan pangkal paha En.M yang lalu?
Pesakit HIV AIDS
: Itu pun satu hal juga, doktor. Lihat ni… mulut saya, Penuh dengan bintik-bintik putih. Macam ulser..tapi…sakitlah, Doktor.
Doktor
: En.M, penyakit ini dinamakan penyakit kandidiasis iaitu penyakit kulit yang disebabkan sejenis kulat di bahagian mulut dan tekak. Semua yang En.M alami sekarang ini adalah simptom-simptom jangkitan HIV AIDS seperti mana yang saya cakap dulu kepada En.M
Doktor
: En. M, ada tak tanda-tanda yang En.M alami selain yang kita bincangkan tadi ? Contohnya berpeluh pada malam hari ?
Pesakit HIV AIDS
: Ya…betul tu doktor. Saya selalu berpeluh pada waktu malam.
Doktor
: Tak mengapa En.M. Banyakkan bersabar dan jangan putus asa. Mudah-mudahan, setiap penyakit ada penawarnya.
57
AKTIVITI 4 INFO HIV AIDS
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.
HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti: � Darah � Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi) � Rembesan faraj � Susu badan
Aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut: 1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina 2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur 3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan : � berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk � menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut 58
adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah. � proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS. � menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS
59
AKTIVITI 5
LAGU HIV / AIDS
AIDS membawa bencana AIDS tak kenal mangsa Membawa derita sengsara Siapa saja yang menghidapnya Jauhi dari gejala dadah Dan perhubungan jenis rambang Yang menjadi punca durjana AIDS mengancam manusia Amalkan hidup secara sihat Dapat menghindar dari AIDS Hidup kita lebih mulia Di samping keluarga bahagia
60
AKTIVITI 6
IT IS REAL, ISN’T IT? (POEM HIV)
Gloomy Wednesday morning It brought long painful shock to be healed Even Sunday was not shining So many dark sides should be revealed
Memory is not always about sweetness Sometime it makes us hurt and gives us bitterness Some other times it borrows us love But only in this way we can learn how to live
Hundred times she asks Does God give it as her curse? Or as an ordeal? Thousand times God answers It’s not a big deal
Day by day, these tiny black dots come up Spread out from the top to the bottom of their body Itcy, croup, and fever are never truly covered up Like happy mushrooms in rainy
Terrible weariness is a new best friend Ready to come whenever it wants While only distrust left for real former friend Pulled away from their side whatever it takes
Even if they lost much of their weight, Even if they lost their grateful health, 61
Even if they lost a lot of wealth, Promise they’d love to keep in faith.
Life is too priceless to be ended this way Even death approaches closer than another day Nothing can change the gift of precious life No matter what God puts into their chance of life
There must be a reason for any storm cloud And there must be a rainbow after all As red as saint blood So then the virus could leave them all
62
AKTIVITI 7
KISAH PEMUDA HIV AIDS
Sekitar 13 tahun yang lalu, rutin hidupnya tidak pernah lekang daripada berkongsi jarum suntikan. Hari ini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 34, menanggung bahana daripada gaya hidupnya itu. Dia disahkan menghidap penyakit HIV positif.
Namun, pesakit yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu tidak menganggap disahkan sebagai pesakit HIV positif merupakan titik noktah dalam kehidupannya. Sebaliknya dia bersyukur. Disahkan sebagai penghidap HIV positif menyuntik keinsafan yang tidak terluah dengan kata-kata. Bahkan, Haikal merasakan dirinya bertuah kerana itulah titik tolak baginya mengenal erti kehidupan dan mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Esa. “Sebelum ini, saya bergelumang dengan dosa sampaikan surah Al Fatihah pun saya tidak hafal apatah lagi menunaikan solat lima waktu,” tuturnya yang gemar dengan aktiviti menghidu gam sejak usianya 15 tahun. Daripada aktiviti menghidu gam, Haikal mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Haikal akhirnya ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan dipenjarakan sebanyak empat kali. Di penjara, Haikal mula mengenal agama dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Ketika di penjaralah dia mendapat berita yang mengejutkan. “Amat mengejutkan apabila saya disahkan sebagai penghidap HIV positif. Namun, saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua untuk bertaubat,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Pengasih Bukit Tunku, Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi mengisi masanya, Haikal kini berkhidmat sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan membantu memberi khidmat kaunseling kepada penghidap HIV / AIDS.
63
AKTIVITI 8
INFO HIV / AIDS CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENGHIDAPI PENYAKIT HIV / AIDS
1. Memahami apakah itu AIDS
Aids merupakan Aquired Immunodeficiency Syndrom
Aids berpunca daripada virus Human Immunodeficiency Virus
Aids merupakan sejenis penyakit yang merosakkan sistem imun anda
2. Jangan melakukan hubungan seks yang tidak dilindungi ( seks bebas ) 3. Jangan berkongsi picagari / jarum 4. Dapatkan maklumat tentang latarbelakang penderma organ / darah 5. Elakkan daripada tersentuh dengan darah orang lain 6. Aids tiada penawar
64
AKTIVITI 9
TANDA-TANDA POSITIF HIV
Kasihan Manan. Sejak akhir-akhir ini dia kelihatan sangat lemah dan lesu. Badannya juga semakin kurus. Dalam masa dua bulan berat badannya turun mendadak sehingga 8 kg. Tidur malamnya juga sering terganggu kerana kerap berpeluh. Manan juga kerap diserang demam panas, batuk dan cirit-birit. Selain itu, Manan juga mengalami ruam kulit serta ulser dalam mulutnya.
Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Manan diberitahu kesemua itu adalah tanda-tanda individu yang positif HIV.
Antara yang diterangkan oleh pegawai perubatan seseorang yang
menghadapi HIV/Aids menunjukkan tanda-tanda;
Terlalu lemah dan lesu
Penurunan berat badan yang mendadak
Demam panas yang kerap
Peluh malam
Kelenjar limfa membengkak
Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
Cirit-birit yang kronik
Batuk kronik
Hilang ingatan
Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
Manan sangat menyesal dengan sikap dan tingkahlaku buruknya selama ini. Manan berharap para remaja dan golongan masyarakat tidak melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat sehingga menjejaskan kesihatan dan masa depan masing-masing. Pilihlah rakan dan kawan yang sesuai untuk masa depan. Say no to HIV and Aids!!
65
AKTIVITI 10 PANTUN HIV DAN AIDS
Kayuh rakit di Sungai Ular, Kayuhan kuat bersama-sama; Penyakit AIDS mudah menular, Jagalah diri jangan terkena.
Riuh rendah suara teriak, Kakak merenung sambil bersimpuh; Andai HIV sudah membiak, Pertahanan badan menjadi lumpuh.
Tanam petola pokok menular, Jaga duri terkena sakit; Bila Aids sudah menular, Badan mudah dijangkiti penyakit.
Jalan-jalan keliling taman, Sambil menghirup sedapnya susu: Hidup mesti punyai iman, Jangan ikut hawa dan nafsu. 66
TAK NAK… TAK NAK……
67
AKTIVITI 1
APA ITU KETUM Tahukah rakan-rakan, apakah itu ketum ?
Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.
Pada 03 Oktober 2005 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan bahawa meminum air ketum sehingga memabukkan dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti ubat batuk, lingkaran ubat nyamuk dan minuman ’Coke’ hukumnya adalah haram.
RUMUSAN : Penagihan ketum hukumnya haram dan amat berbahaya kepada kesihatan .
68
AKTIVITI 2 KESAN – KESAN PENAGIHAN KETUM Masih ingatkah lagi rakan-rakan apa yang telah kita telah belajar minggu lepas iaitu apakah itu ketum. Minggu ini kita akan belajar pula tentang kesan penagihan ketum ke atas diri kita :
Antara kesan buruk penyalahgunaan daun ketum ialah
susut berat badan
insomnia
anoreksia
bibir menjadi kering
sembelit atau kesukaran membuang air besar.
kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi
Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
sengal-sengal sendi
mudah marah
hilang motivasi
hilang kawalan diri
rasa bosan dan malas
kurang sensitive terhadap kesakitan fizikal dan emosi
anak mata menjadi sempit
RUMUSAN : Setelah kita mengetahui kesan buruk akibat ketagihan air ketum maka hendaklah kita menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan masalah air ketum.
69
AKTIVITI 3 CARA-CARA MENGENAL PENAGIH KETUM Rakan-rakan,
Kenalkah rakan-rakan akan ciri-ciri penagih ketum ? Sekiranya seseorang itu kerap mengambil air ketum, ianya
menjadi satu tabiat buruk.
Penyalahgunaan daun ketum sebenarnya boleh menimbulkan gejala-gejala kurang sihat seperti: a) keganasan, b) permusuhan, c) pengeluaran air mata yang kerap, d) sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, e) kerap membuang air kecil dan f)
sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Manakala penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang pula menghasilkan tingkahlaku berikut : a) gejala tarikan/gian fizikal b) merasa seram sejuk, c) muntah, d) cirit-birit, e) mudah marah f)
sering menjadi letih-lesu.
Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 atau 5 hari.
RUMUSAN : Setelah mengenal ciri-ciri penyalahgunaan air ketum maka dapatlah kita berwaspada dengan orang-orang yang terlibat dengan air ketum ini.
70
AKTIVITI 4 MASA DEPAN SEORANG PENAGIH KETUM Penagih ketum mempunyai masa depan yang kurang cerah . Rakan-rakan, hari ini saya akan menjelaskan kepada rakan-rakan mengenai masa depan seorang penagih dadah.
a) Jadi seorang pemalas b) Hilang fokus dalam pelajaran c) Susah untuk lulus peperiksaan d) Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah e) Dipulaukan oleh masyarakat f)
Susah dapat kerja
g) Sering dicaci dan dicurigai h) Dibenci dan dihina i)
Dibuang kerja atau sekolah
j)
Tidak dipercayai oleh rakan-rakan
k) Masa depan yang gelap
RUMUSAN : Setelah mengetahui bahawa penyalahgunaan air ketum ini tidak mempunyai masa depan, maka pilihlah jalan selamat dengan tidak terlibat dengan penyalahgunaan air ketum.
71
AKTIVITI 5
APA ITU MITRAGYNINE ?
Mari kita mengenali apakah itu Mitragynine dalam ketum. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut. Kesannya adalah sama dengan morfin iaitu seseorang itu akan merasa khayal , rasa pening dan mengantuk.
RUMUSAN : Jelaslah bahawa mitraginin termasuk di dalam bahan terlarang mengikut Akta Racun 1952. Oleh itu jauhilah air ketum.
72
AKTIVITI 6
HUKUMAN PENAGIHAN KETUM DI MALAYSIA Hukuman bersabit penagihan ketum adalah seperti berikut : Hukuman jika sabit kesalahan di bawah seksyen 30(30 ) boleh dikenakan denda di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi kita sebagai murid sekolah pula, kesan sampingan yang dihadapi oleh seseorang itu ialah : a) Ponteng sekolah sehingga boleh dibuang sekolah. b) Bermusuhan dengan guru-guru c) Boleh terjebak dengan masalah kecurian d) Boleh terjebak kepada penyalahgunaan dadah
RUMUSAN : Kesan penyalahgunaan air ketum membawa diri seseorang itu kepada masalah sosial yang lebih teruk.
73
AKTIVITI 7 FAKTOR-FAKTOR PELAJAR TERJEBAK PENAGIHAN KETUM Rakan-rakan, Kita telah mempelajari pelbagai perkara tentang ketum. Minggu ini, kita akan melihat pula faktor-faktor pelajar terjebak penagihan ketum. a)
Diri sendiri
-Sikap Ingin Mencuba. -Ingin keseronokan -Kekurangan Kasih Sayang. -Tekanan jiwa b)
Rakan sebaya
-Inginkan penerimaan rakan-rakan -Tersalah pilih rakan c)
Ibu bapa
-Tidak pedulikan anak -Ibu bapa kurang faham tanggungjawab -ibu bapa bercerai d)
Sekolah
- Kurang kawalan sekolah terhadap gejala social seperti buli, rokok. - kurang hubungan degan ibu bapa tentang masalah murid. e)
Masyarakat dan persekitaran
- Masyarakat tidak peduli - Kawasan persekitaran yang negative RUMUSAN : Semua pihak hendaklah bekerjasama dan berperanan dalam membendung masalah penagihan air ketum.
74
Lampiran JADUAL PELAKSANAAN MESEJ 5 MINIT PPDa BIL
TARIKH
TAJUK
MURID BERTUGAS
GURU BERTUGAS
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.
75
23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. DISEMAK OLEH;
DISAHKAN OLEH;
…………………………………… ………………………………………… (PK HEM)
(GURU BESAR/PENGETUA)
76
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PANEL PENULIS BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29
NAMA AMRAN BIN ZAKARIA ARIFF BIN ARIFFIN SUHAIMI BIN OTHMAN HAJI MOHD ZAKRI BIN BAKAR ROSIDI BIN CHE SU KHAIRUL ZAHILAH BINTI KHAIRUDIN FATAHIYAH BINTI MAT LAZIM NOR SYAHIDAH BINTI ABDUL RAZAK AYUNI JALILAH BINTI JAAFAR FAZIRAH BINTI AWANG SADINA BINTI MAT DIN SAFIZA BINTI ISMAIL ROSNAH BINTI MD ZAIN MOHAMAD FAIZAL AHMAD NORIMAN MAHAMAD FUAD BIN ZAKARIA NOROLHUSNA BINTI HARUN NOORSHALIZA BINTI ZULKIFLI NOORZARINA BT ABDULLAH SALINA BINTI MOHAMAD ISMAJULIAN BINTI ISMAIL HALIJAH BINTI MAHMUD SITI AISHAH BINTI MOHD DANI MOHD SHAHRUL IZWAN BIN ZAKARIA NORZILAH BINTI HJ AHMAD ASMADIE BIN ANUAR MOHAMMAD YADZNI BIN MAJID ROHANITA BT UMAR WAN NUR MARIANI BT AHMAD ZAHRI ZAITON BINTI ZAKARIA
JABATAN/SEKOLAH JPN KEDAH JPN KEDAH JPN KEDAH SMK SERI ENGGANG, BALING SMK BALING SMK TAMAN KENARI SK MERBAU PULAS SK LANGKAWI MAKTAB MAHMUD LANGKAWI SMK BATU 5, JALAN JENIANG SK SIMPOR SK SULTAN AHMAD TAJUDIN SMK PERMATANG BONGLAI SMA ISLAHIAH ISLAMIAH, LUBUK MERBAU SK KURONG HITAM, KUALA NERANG SK HAJI ISMAIL SK BUKIT PAYONG SK PENDANG SK MERGONG SMK TUNKU PUTRA, LANGKAWI SMK SULTANAH BAHIYAH SMK ALOR JANGGUS SMK ALOR JANGGUS SMK TUNKU SULONG SMK TUNKU SULONG SK DATO’ WAN KEMARA SK KUALA NERANG SK KUALA NERANG SK TAMAN RAKYAT
77