Artikel Ppda

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Artikel Ppda as PDF for free.

More details

  • Words: 975
  • Pages: 4
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya, Tawau melakar sejarahnya tersendiri dengan muncul sebagai Johan Sudut PPDa Kategori Bandar dan Johan Keseluruhan Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Negeri Sabah yang diumumkan semasa Karnival PPDa Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 14-17 Mei 2009 di Tg. Aru Plaza, Kota Kinabalu. Pada majlis itu juga, SK Muhibbahraya berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Boria. Suntikan semangat dari kejayaan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Sudut PPDa juga bersesuaian dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia

ke arah

merealisasikan

“SEKOLAH BEBAS DADAH” menjelang 2012. Sudut PPDa dijadikan tempat mengakses pelbagai maklumat berkaitan dengan dadah. Unit PPDa SKMT dibawa pimpinan En. Tahir Sulung meneruskan misi dan visi dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid terhadap keburukan dan bahaya penyalahgunaan dadah. Ini dibuktikan dengan kejayaan unit ini mengadakan “Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat SK Muhibbahraya, Tawau” pada 20hb Julai dan berakhir pada 25 Julai, 2009. Matlamat karnival ini diadakan bagi mewujudkan Sekolah Bebas dari dadah menerusi aktiviti yang terancang dengan memberi impak yang lebih ketara dengan penglibatan murid, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Ianya juga sebahagian daripada Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan golongan sasaran terhadap kesan buruk akibat penyalahgunaan dadah. Karnival PPDa anjuran Unit PPDa SKMT telah dirasmikan oleh En. Rosidian Idris, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau juga merangkap Penyelia PPDa Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. En. Rosidian mengakui akan kehebatan Unit PPDa. SKMT yang berjaya membawa nama Daerah Tawau buat pertama kalinya hingga ke Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Sudut PPDa. Pasukan kerja yang dipimpin oleh Guru Besar dan penyelaras unit ini menunjukkan komitmen dan kerjasama yang cemerlang. Menurut beliau lagi, sekolah ini dijadikan penanda aras sumber bagi Sudut PPDa Negeri

Sabah. Selain itu, sekolah ini juga merupakan sekolah pertama di Daerah Tawau yang menubuhkan Kelab PPDa yang sangat aktif menyertai pelbagai aktiviti termasuk di bidang tarian. Kelab PPDa SK Muhibbahraya, Tawau sering dijemput untuk mengadakan persembahan tarian di Perbandaran Tawau juga telah menyertai Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Kudat (29 Jun – 1 Julai, 2009) dan telah menyertai pertandingan Tarian Kreatif Sekolah Rendah dan Menengah 2009, Program Tugu Budaya Etnik Sabah sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa ke-2 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang pada 2- 4 Julai, 2009. Selaras dengan aspirasi negara dalam membangunkan modal insan, aktiviti yang dirancang sepanjang Karnival PPDa

bertujuan memberi pengetahuan, kefahaman,

penghayatan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah. mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak yang

Oleh itu, unit ini telah bertanggungjawab dalam

membanteras dadah dengan pengisian program berbentuk ceramah oleh Pegawai dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Tawau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Tawau, Jabatan Penjara Tawau, Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau (PDRM), JAHEINS dan Jabatan Kesihatan Tawau. Sepanjang program, unit ini telah menyediakan pengisian aktiviti yang dirancang untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai bahaya dadah. Menyedari akan pentingnya melahirkan generasi muda Malaysia yang merupakan aset utama negara

dalam

mencungkil dan menyuburkan bakat murid pelbagai aktiviti dijalankan antaranya aktiviti seni jauhi dadah seperti Pertandingan mewarna dan melukis poster, Deklamasi Sajak, Deklamasi Sajak dalam pelbagai dialek, mengulas buku bertemakan dadah, boria, bercerita, menulis esei, dan pertandingan nyanyian. Aktiviti sukan jauhi dadah juga turut diadakan dalam mengiatkan aktiviti kokurikulum bagi membina jati diri

pelajar.

Antaranya pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid SK Muhibbahraya. Juga turut diadakan pertandingan sukaneka yang diadakan khusus untuk sekolah-sekolah yang dijemput untuk acara penutupan karnival.

Pada 25 Julai 2009, “Karnival PPDa 2009” anjuran Unit PPDa, SK Muhibbahraya, Tawau ditutup dengan acara kemuncak Majlis Penutupan Perasmian yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Brig.Jen. Tan Sri Liew Yun Fah, Bapa Angkat SK Muhibbahraya di Dewan Kemalasari. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Rosidian Idris (Penyelia PPDa, PPDT), En. Alias Ali (Guru Besar SK Bahagia), ibu bapa serta masyarkat setempat. Aktiviti majlis penutupan dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh Instruktor dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Tawau. Dalam ucapan perasmian Tan Sri Liew menyatakan kebanggaannya pada Unit PPDa, SK Muhibbahraya, Tawau yang telah mengadakan program yang cukup bernilai dalam membentuk masyarakat madani yang bebas dadah. Beliau juga turut memuji langkah SK Muhibbahraya, Tawau dalam menyahut seruan “ONE MALAYSIA” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia juga meneruskan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil ilham mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dengan menjemput sekolah SRJK © Yuk Chin, juga sekolah-sekolah lain yang berjaya memenuhi undangan seperti SK Pasir Putih, SK Kalabakan, dan beberapa orang guru dari Sekolah Menengah dan Rendah di daerah Tawau. Paling manis Tan Sri Liew telah mengemukakan cadangan spontan agar semua murid dari sekolah yang dijemput naik ke pentas bersama-sama beliau serta Kelab PPDa menyanyikan Lagu Tema PPDa dan Lagu Kami Benci Dadah beramai-ramai. Acara spontan ini berjaya menarik perhatian semua tetamu yang turut sama menyanyikan 2 buah lagu tersebut. Tan Sri Liew juga yakin SK Muhibbahraya mampu menjadi sekolah yang terbaik di Perbandaran Tawau dan berharap agar semua ibubapa memberi sokongan penuh terhadap setiap aktiviti sekolah. Pada majlis tersebut, Tan Sri Liew telah memberi sumbangan RM 1 ribu untuk Unit PPDa SK Muhibbahraya, Tawau dan RM 1 ribu untuk PIBG. Lantaran menyedari akan kepentingan melaksanakan program bagi melahirkan murid yang berpengetahuan serta berkemahiran dalam menolak anasir ancaman dadah dan gejala sosial yang semakin menular, menurut Pn. Harijah Hj. Usman, Ketua Penyelaras Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Muhibbahraya, Tawau, berharap adalah

menjadi tanggunjawab semua pihak termasuk guru, ibubapa serta masayarakat setempat untuk menyemai nilai murni di kalangan generasi muda yang menjadi nadi kelestarian bangsa, bak kata pepatah “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”

Sesungguhnya

mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Menurut beliau lagi menerusi Unit PPDa dapatlah semua pihak berganding bahu membanteras gejala dadah . Kecemerlangan unit ini juga telah mendapat pengiktirafan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dengan menerima sijil kecemerlangan semasa sambutan Hari Guru yang berlangsung pada 1 Ogos 2009 baru-baru ini.

Related Documents

Artikel Ppda
May 2020 13
5 Minit Ppda Kedah.pdf
July 2020 20
Urustadbir Tunas Ppda
November 2019 27
Teknik Pertandingan E-ppda
October 2019 21
Artikel
April 2020 61
Artikel
June 2020 55