Mesej 5 Minit Anti Dadah.docx

  • Uploaded by: Uzie Midin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mesej 5 Minit Anti Dadah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,885
  • Pages: 34
PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

ISI KANDUNGAN PERKARA

MUKASURAT

Tajuk 1 : Apakah Itu Dadah Tajuk 2 : Jenis-Jenis Dadah Tajuk 3 : Perbezaan Di Antara Ubat Dan Dadah Tajuk 4 : Kawasan Pengeluaran Dadah Tajuk 5 : Faktor-Faktor Kemasukan Dadah Ke Malaysia Tajuk 6 : Ciri-Ciri Penagihan Dadah Tajuk 7 : Kesan-Kesan Penggunaan Dadah Ke Atas Manusia Tajuk 8 : Apa Itu Kanabis (Ganja) Tajuk 9 : Kesan Dan Bahaya Penggunaan Ganja Tajuk 10 : Bahaya Ganja Kepada Paru-Paru Dan Jantung Tajuk 11 : Bahaya Ganja Kepada Sistem Pembiakan Tajuk 12 : Apa Itu Opiat Tajuk 13 : Bahaya Penggunaan Morfin : 1 Tajuk 14 : Bahaya Penggunaan Morfin : 2 Tajuk 15 : Apakah Itu Pergantungan Terhadap Dadah

1

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

Tajuk 16 : Tanda-Tanda Umum Penagihan Dadah Tajuk 17: Rawatan Detoksifikasi Tajuk 18 : Undang-Undang Dadah Di Malaysia Tajuk 19 : Akta Dadah Berbahaya Tajuk 20 : Akta Racun Berbahaya 1952 Tajuk 21 : Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Tajuk 22 : AIDS Tajuk 23 : Bahaya Menghidu Inhalan Tajuk 24 : Kesan Jangka Panjang Menghidu Inhalan Tajuk 25 :Rokok – Kandungan Asap Rokok Tajuk 26 :Bahaya- Bahaya Merokok Tajuk 27 : Langkah-Langkah Untuk Berhenti Merokok Tajuk 28 : Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah PERKARA

MUKASURAT

Tajuk 29 : Cara-Cara Mengelakkan Diri Daripada Dadah Tajuk 30 : Kesan Dadah Kepada Masyarakat & Negara Cadangan Takwim Pelaksanaan Program Cuma 5 Minit Di Sekolah Laporan Pelaksanaan Program Cuma 5 Minit PPDa

2

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

TAJUK 1

APAKAH ITU DADAH Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan “penyalahgunaan” yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama istilah “DADAH”. Dalam hali ini, perkataan “penggunaan” atau “penagihan” adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.

Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

a.

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).

b.

Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang.

c.

Diperolehi secara haram.

d. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.

e.

Mendatangkan kesan-kesan buruk/ bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

TAJUK 2

3

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.

OPIAT

-

Heroin, Morfin, Candu dan Kodein.

b.

KANABIS

-

Ganja dan Hashish.

c.

DEPRESEN

-

Sedatif-Hipnotik,

Jenis

Barbiturat

dan

bukan

Barbiturat serta Transquilizer.

d.

STIMULAN

-

Jenis Amfetamin dan Kokain.

e.

HALUSINOGEN

-

Lysergic Acid Diethylamine (LSD) dan Meskalin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol); alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

TAJUK 3 PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH 4

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :-

Bil.

1.

Ubat

Ubat

memberi

Dadah

manfaat

seperti Dadah tidak bersifat sedemikian.

menyembuh dan merawat penyakit.

2.

Ubat tidak memberikan kesan yang tidak Dadah

akan

diingini atau kesan sampingan yang berbahaya

memberi yang

kesan

berkekalan

minima seperti pening kepala, panas sebagai satu tabiat yang berkekalan badan dan mengantuk. Kesan ini akan walaupun

pengambilan

dan

hilang apabila pengambilan ubat tersebut penggunaanya dihentikan. dihentikan.

3.

Ubat

tidak

mempengaruhi

semuanya otak

berupaya Semua jenis dadah memberi kesan

dan

minda mendalam terhadap otak dan minda

seseorang yang menggunakannya.

seseorang. Oleh itu, dadah dikenali sebagai

bahan

psikoaktif

dan

penggunaannya tertakluk kepada Akta

Dadah

Berbahaya

1952,

pindaan 1982.

TAJUK 4 KAWASAN PENGELUARAN DADAH Dadah telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara di dunia ini. Negara-negara yang mengeluarkan dadah adalah seperti berikut : 5

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Bil.

Negara

Jenis Dadah

1.

Peru

Koka

2.

Bolivia

Koka, Marijuana

3.

Colombia

Koka, Marijuana

4.

Equardo

Koka

5.

Burma

Candu

6.

Loas

Candu

7.

Thailang

Candu

8.

Pakistan

Candu

9.

Iran

Candu

10.

Lebanon

Candu

11.

Afghanistan

Candu

12.

Mexico

Marijuana

13.

Jamaica

Marijuana

14.

Morocca

Marijuana

15.

Belize

Marijuana

16.

Amerika Syarikat

Marijuana

17.

Negara Timur Tengah

Hashish

18.

Guatemala

Candu

Kawasan pengeluaran dadah narkotik yang terkenal di dunia ini ialah Kawasan Tiga Segi Emas dan Kawasan Bulan Sabit Emas. Pada abad ke-20, sesetengah negara Barat, terutama Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan penggunaan dadah untuk rekreasi dan telah mendesak negara lain untuk mengikut jejak langkah mereka. Di Jepun tumbuhan Hemp (Kanabis) yang pada satu masa dahulu ditanam secara meluas sebagai sumber serabut tekstil (textile fiber) terpaksa dimusnahkan semasa pendudukan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Pada masa kini, tumbuhan itu hanya dibenarkan hidup di dalam kawasan pemeliharaan biologi terkawal sahaja.

TAJUK 5

FAKTOR-FAKTOR KEMASUKAN DADAH KE MALAYSIA

6

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Malaysia bukan negara pengeluar dadah, bagaimanapun dalam senarai pengedaran dadah antarabangsa, Malaysia telah

lama digunakan oleh sindiket-sindiket

pengedaran dadah sebagai negara transit kerana :

1.

Kedudukannya dilaluan antarabangsa dari kawasan pengeluaran candu "The Golden Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.

2.

Sempadan daratnya dengan Thailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran candu dan bahan-bahan yang dihasilkan dari kawasan "The Golden Traingle" yang kini mengeluarkan antara 2,000 ke 2,400 tan metrik candu mentah setahun.

3.

Bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengahsetengahnya juga merupakan negara pengeluar dadah yang besar.

4.

Mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah.

5.

Mempunyai sistem komunikasi yang baik.

Kegiatan pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi permintaan dadah tempatan.

TAJUK 6

CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH 7

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal) bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah ;

1.

Toleran meningkat.

2.

Gejala tarikan.

3.

Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi apabila cuba berhenti daripada mengambilnya.

4.

Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah.

5.

Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.

Apabila seseorang terjebak dalam dunia penagihan dadah, amat sukar sekali untuk keluar dari perangkap dadah ini.

TAJUK 7

KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA 8

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:

1. Kesan pengambilan dadah secara suntikan a.

Meningtis (penyakit jangkitan otak).

b.

Tetanus (penyakit kancing gigi).

c.

Endokarditis (penyakit jangkitan jantung).

d.

AIDS, Hepatitis B,C dan D.

e.

Bisul, kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.

2. Kesan pengambilan dadah melalui mulut a.

Kerosakan paru-paru dan hati.

b.

Kerosakan sistem penghadzaman (zat makanan tidak mencukupi).

c.

Kerosakan buah pinggang.

d.

Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan tidak bermaya.

e.

Berat badan menurun.

f.

Kemungkinan akan lumpuh.

TAJUK 8

APA ITU KANABIS (GANJA)

9

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Kanabis (ganja) adalah sejenis dadah yang didapati dari bunga dan daun-daun pokok India Hemp serta Kanabis Satiral. Pokok Kanabis tumbuh subur di negara-negara yang beriklim tropikal seperti Malaysia, Indonesia, Amerika Selatan, Timur Tengah, Thailand dan lain- lain lagi. Pokok kanabis tingginya di antara 7 hinga 12 kaki. Daun Kanabis yang telah dikeringkan dan dihancurkan menyerupai daun tembakau dan berwarna hijau pucat. Apabila dibakar, bau asapnya seperti bau rumput atau tali terbakar dan hangit. Kanabis di pasaran haram adalah dalam bentuk campuran, dibungkus dalam kertas coklat dan biasanya berbentuk selinder.

Kanabis mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia. Bahan kimia yang mengkhayalkan dalam kanabis dikenali sebagai Tetrahydrocannabinol (THC).

Jenis Kanabis :

-

Kanabis herba (dikenali sebagai ganja, grass, pot, weed, bhang, kif dan sebagainya);

-

Marijuana

-

Hashish (getah kanabis)

-

Minyak hashish

TAJUK 9

KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN GANJA

10

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Kesan awal yang sering dapat dilihat pada penagih ganja termasuklah mata menjadi merah kerana saluran darah pada bahagian mata yang mengembang. Ada juga yang akan mengalami rasa mual. Muntah-muntah, cirit-birit serta mulut dan tekak berasa kering. Ini akan diikuti dengan rasa sejuk di hidung, kaki serta tangan. Kadang-kala ototnya menggeletar dan pergerakannya menjadi tidak selaras.

Pada peringkat mental pula, tanggapan atau persepsi seseorang itu terhadap ruang dan waktu boleh berfungsi. Begitu juga dengan daya ingatan, pertuturan serta pemikiran. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan serta sukar digambarkan. Ia mungkin menjadikanya tidak waras atau tidak siuman dan mengalami apa yang disebut sebagai toxic psychosis.

Walau bagaimanapun, si penagih tidak akan mengalami pergantungan fizikal atau jasmani. Namun demikian, seperti juga dengan dadah-dadah lain, pergantungan secara mental tetap akan berlaku. Inilah yang menjadikan seseorang itu ketagih kepada ganja.

TAJUK 10

BAHAYA GANJA KEPADA PARU-PARU DAN JANTUNG 1. Kesan kepada paru-paru

11

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat iaitu 18 hingga 24 bulan. Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC, bahan kimia lain (yang menyakiti paruparu) serta racun-racun seperti karbon monoksid dan ammonia. Kesan asap ini begitu teruk sekali sehingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau

Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronkitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap ganja. Selain dari itu penyakit laryngitis, lelah (asthma) dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga telah dilaporkan.

2. Kesan kepada jantung

Ganja mengubah fungsi jantung.

Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan

menjejaskan pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang mengidap penyakit jantung.

TAJUK 11 BAHAYA GANJA KEPADA SISTEM PEMBIAKAN 1. Kesan ganja ke atas sistem pembiakan lelaki

12

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Ketagihan ganja menyebabkan pengeluaran hormon lelaki ‘tertosterone’ merosot. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan hormon. Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambah sperma yang cacat atau tidak normal mengakibatkan pembentukan janin boleh menjadi cacat. Penagih lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga boleh menyebabkan penyakit kelamin iaitu ‘mati pucuk’.

2. Kesan ganja kepada sistem pembiakan perempuan

Ganja meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan perempuan.

Di

antara kesannya ialah seperti berikut : a) Kedatangan haid yang tidak menentu. b) Kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari. c) Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir. d) Pemindahan kanabinoid dari ibu kepada bayi.

TAJUK 12

APA ITU OPIAT Opiat juga dikenali sebagai narkotik, adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau untuk melegakan kesakitan, tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Sebahagian dari opiat seperti candu, morfin, 13

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed heroin dan kodein diperolehi dari getah buah popi. Pokok popi ditanam di negaranegara Timur Tengah dan Asia. Jenis opiat yang lain adalah jenis opiat sintetik.

Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone dan petidin.

Bahan ini

mempunyia sifat-sifat yang serupa dengan bahan-bahan opiat .

Dadah dalam golongan ini adalah seperti berikut :-

1. Dadah asli

:

Candu Morfin Heroin Kokain

2. Dadah tiruan

:

Petidin Methadon

TAJUK 13 BAHAYA PENGGUNAAN MORFIN : 1 Pengambilan dos yang berlebihan menyebabkan pengguna menjadi gelisah, berasa loya, muntah-muntah, rasa mengantuk serta pengguna tidak dapat dikejutkan dari tidur, anak mata mereka menjadi kecil, kulit mereka menjadi sejuk, lembab dan berwarna kebiru-biruan. Pernafasan mereka menurun atau menjadi sesak yang boleh menyebabkan kematian. Penagihan berlaku apabila pengguna menggunakan morfin sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang lama. 14

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed 1. Kesan penggunaan morfin Morfin menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan seperti berikut : a) Mata hitam mengecil. b) Pertuturan tidak nyata. c) Tekanan darah menurun. d) Mengantuk serta tiada keseimbangan badan dan tindakbalas. e) Peredaran darah menjadi lambat. f) Kurang selera makan. g) Khayal dan sentiasa mengelamun. h) Tidur dalam tempoh yang lama dan dan hilang sistem respirasi berfungsi secara aktif.

2. Bahaya morfin Bahaya-bahaya Morfin adalah seperti berikut : a) Hilang selera makan. b) Sembelit. c) Turun berat badan. d) Pergantungan fizikal. e) Kurang pertimbangan kawalan diri, perhatian dan fokus merosot dengan cepatnya. f) Pergantungan psikologi. g) Ketagihan membawa kepada pergantungan terhadap morfin.

TAJUK 14 BAHAYA PENGGUNAAN MORFIN : 2 A.

Risiko dos berlebihan

Terlebih dos morfin adalah hasil daripada pengambilan ubat terlalu banyak yang disengajakan atau tidak sengaja. Ia akan membawa kepada asphyxia (keadaan teruk kurang bekalan oksigen kepada badan) dan kematian akibat kemurungan pernafasan jika orang yang tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Ini lebih bahaya untuk pengguna yang ingin 15

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed mencuba-cuba kerana dos sebenar tidak diketahui. Dalam keadaan ketagihan, penagih hilang pertimbangan serta tidak dapat mengawasi kekerapan mengambil dadah.

B. Risiko akibat mengambil heroin yang dicampur dengan dadah lain

Dadah yang dijual di kaki lima dicampur dengan berbagai jenis bahan campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh penagih. Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat dalam pembuluh dadah. Heroin yang dicampur dengan barbiturate (sejenis ubat penenang otak) akan juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut.

C. Risiko kemalangan

Dalam keadaan mabuk/ khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan, lambat bertindak untuk mengelak sesuatu serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang sedang dikerjakan. Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu, menjalankan jentera atau melintas jalan.

TAJUK 15 APAKAH ITU PERGANTUNGAN TERHADAP DADAH Seseorang akan bergantung kepada dadah apabila pengambilan dadah yang salah dalam kehidupan sehariannya. Terdapat dua jenis pergantungan, iaitu : (a)

Pergantungan Fisikal/ Badan Keadaan badan yang memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

(b)

Pergantungan Psikik/ Jiwa/ Mental 16

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Kegianan atau desakan menggunkan dadah secara berterusan bagi mengelakkan gejala tarikan.

Apabila terputus bekalan dadah, tahap kesihatan penagih akan menurun dalam jangka masa 4 hingga 6 jam selepas dos terakhir. Tanda-tanda penurunan tahap kesihatan ini seperti ceret-beret, sakit perut, rasa sejuk, berpeluh, loya dan mata serta hidung berair. Tahap kesihatan ini bergantung kepada jumlah dos dadah yang diambil dan kekerapan dos serta jangka masa menagih.

Tahap kesihatan penagih boleh menjadi lebih berisiko seperti penagih mengidap penyakit kencing manis, gila babi, lemah jantung atau darah tinggi. Ia juga bahaya kepada penagih yang ketagih kepada beberapa jenis dadah pada satu masa umpamanya heroin dan barbiturate (sejenis ubat penenang otak).

Gejala

pengantungan dadah yang berlebihan ini boleh membawa maut.

TAJUK 16 TANDA-TANDA UMUM PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti perubahan rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah : 

Kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja menurun.



Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. 17

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed 

Selalu mengelakkan diri dari tanggungjawab.



Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.



Tabiat suka menyembunyikan sesuatu yang dilakukan atau yang dimiliki.



Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.



Perut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.



Sering berdampingan dengan mereka yang menagih dadah.



Meminta wang secara berlebihan dari keluarga.



Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga.



Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.



Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya berterus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun menunjukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

TAJUK 17

RAWATAN DETOKSIFIKASI Rawatan detoksifikasi ialah sejenis rawatan yang digunakan untuk membersihkan dadah dari tubuh penagih. Penagih ditahan dari mendapatkan dadah yang digunakan olehnya. Rawatan ini dijalankan di bawah pengawasan pegawai perubatan. Penagih diberikan ubat-ubatan untuk mengatasi gejala-gejala tarikan yang disebabkan oleh rawatan detoksifikasi ini.

Rawatan detoksifikasi yang diamalkan di pusat-pusat

pemulihan dan hospital adalah rawatan “Cold Turkey”. Rawatan-rawatan detoksifikasi dijalankan di semua hospital besar, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Permai Tampoi dan beberapa buah hospital daerah. 18

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

TAJUK 18

UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA Undang-undang dadah di Malaysia merupakan undang-undang yang paling keras di dunia. Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga beberapa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh menteri di bawah Akta dan Ordinan tersebut.

Terdapat lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah :

1.

Akta Dadah Berbahaya 1952

2.

Akta Racun 1952 19

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

3.

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983

4.

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985

5.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988

TAJUK 19

AKTA DADAH BERBAHAYA Di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1983) pengedar akan dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang beratnya seperti berikut :-

HEROIN

-

15 gram atau lebih

MORFIN

-

15 gram atau lebih

CANDU

-

1000 gram atau lebih

20

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed GANJA

-

200 gram atau lebih

KOKAIN

-

40 gram atau lebih

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana ia mengandungi aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur dan keterangan.

Antara lain ia

memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin berat.

Akta Dadah Berbahaya 1952, telah mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 November 1952.

Pemakaian Akta ini telah diperluaskan ke Sabah dan

Sarawak (termasuk Labuan) pada 1 Jun 1978 melalui Perintah Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya) (Perluasan dan Pengubahsuaian).

TAJUK 20

AKTA RACUN BERBAHAYA 1952 Akta Racun 1952 bertujuan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. Racun bermaksud bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam senarai racun dan termasuklah juga campuran, sediaan, larutan atau bentuk asli yang mengandungi bahan tersebut kecuali apa-apa sediaan atau bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini. Pengawalah dadah yang tidak dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dikawal di bawah Akta ini. Akta ini mulai berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada September 1952 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak mulai 1 Jun 1978. Jenis racun yang berada di bawah kawalan akta ini termasuk bahan yang digunakan untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian.

Sebahagian racun telah

dikelaskan sebagai bahan psikotropik dan hanya boleh dibekalkan melalui preskripsi 21

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed oleh pengamal perubatan, doktor haiwan dan doktor pergigian. Ahli farmasi atau doktor yang diberi kuasa sahaja dibenarkan menjual bahan ini.

TAJUK 21

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN & PEMULIHAN) 1983

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 adalah satu akta yang memperuntukan dengan secara menyeluruh aspek rawatan dan pemulihan. Akta ini mula berkuatkuasa pada 15 April 1983. Segala kelemahan yang terdapat di Bahagian VA – Akta Dadah Berbahaya 1952 telah diperbaiki dan disemak dengan pengubahan akta baru ini.

Peruntukan di bawah akta ini mewajibkan mana-mana orang yang disahkan sebagai penagih dadah termasuk mereka yang tampil secara sukarela, untuk menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan, atau secara pengawasan.

Tempoh

program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan ialah selama dua tahun. Ini diikuti dengan jagaan lanjutan selama dua tahun lagi.

22

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

TAJUK 22

AIDS AIDS adalah “Acquired Immune Deficiency Syndrome” (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit). Ia adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Virus ini menyerang dan merosakan sistem pertahanan badan. Dengan ini seseorang itu senang dijangkiti oleh pelbagai jenis kuman dan juga mengalami beberapa jenis barah yang jarang dijumpai.

AIDS adalah amat merbahaya kerana tiada rawatan atau vaksin untuk AIDS setakat ini.

Semua pesakit-pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini.

23

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Bukannya mudah untuk dijangkiti virus HIV. Virus ini senang musnah dan tidak dapat bertahan lama diluar daripada badan manusia.

Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja :-

1.

Melalui hubungan seksual dengan pasangan yang telah dijangkiti.

2.

Melalui darah yang tercemar dengan HIV yang memasuki ke dalam tubuh (contohnya melalui jarum suntikan atau picagari)

3.

Melalui ibu-ibu yang telah dijangkiti kepada bayi mereka semasa dalam kandungan, semasa kelahiran dan melalui penyusuan ibu.

TAJUK 23

BAHAYA MENGHIDU INHALAN Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut : Bil. 1

2

Tempat Deria (Sensory System)

Sistem-sistem pernafasan (respiratory dan cerdial system)

3

Lain-lain

Simpton -

Sensitif kepada cahaya

-

gatal mata

-

penglihatan berkembar

-

telinga berdesing/ berdengung

-

sesak nafas

-

sakit dada dan rasa tidak selesa

-

degupan jantung yang tidak normal

-

sakit-sakit otot dan sengal sendi

24

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Kesannya adalah serta-merta daripada amnya berterusan selama 5 hingga 45 minit berhenti menghidu. Kesan-kesan ini timbul dengan cepat jika disedut dan hilang beberapa jam atau hari.

Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat mungkin menyebabkan : 1.

Ketidakserasian (disorientation)

2.

Kehilangan kawalan diri

3.

Tidak sedarkan diri

4.

Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)

5.

Kurang penyelarasan pergerakan otot

6.

Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes)

7.

Hidung berdarah, mata merah dan nafsu berbau

8.

Bengang dan pening kepala selama beberapa hari.

TAJUK 24

KESAN JANGKA PANJANG MENGHIDU INHALAN Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan perkaraperkara berikut : 1. Letih Lesu atau pucat 2. Kehilangan daya ingatan 3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras 4. Kedahagaan 5. Kesusutan badan 6. Kesugulan 7. Bengkeng 8. Kebengisan 9. Perasaan teraniaya 10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang. 25

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed

Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan kembali (reversible) jika pengunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan : 1. Kerosakan sistem saraf pusat yang berkekalan yang mungkin tidak dapat dipulihkan kembali; 2. Pengurangan besar keupayaan jasmani dan mental; 3. Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang; 4. Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap, kesukaran bernafas, kemalangan dan kesesakan nafas.

Kesan kepada tubuh badan Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.

TAJUK 25 ROKOK – KANDUNGAN ASAP ROKOK Setiap kali anda menghisap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan 3 jenis bahan :

1.

Nikotin - sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan ketagihan pada rokok.

2.

Karbon monoksida - sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan 26

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed menyebabkan kurang nafas dan cepat letih.

Ia merupakan faktor utama

menyebabkan penyakit jantung.

3.

Tar - sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.

TAJUK 26

BAHAYA- BAHAYA MEROKOK Di antara bahaya merokok adalah seperti berikut :Bil. 1

Bahagian Anggota Kerongkong

Simptom Merokok Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak, menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas.

2

Cilia

Ia adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar kuman-kuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok memusnahkan Cilia dan ini 27

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan barah. 3

Paru-paru

Sesak nafas dan kurang tenaga

4

Jantung

Menjerut saluran darah dan mengurang pengaliran darah dan Oksigen

5

Sistem Penghadaman

Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut

Selain itu, bahaya merokok boleh menyebabkan penyakit enfisema, bronkitis dan membahayakan bayi dalam kandungan. Merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit kanser seperti kanser ruang mulut, kanser kerongkong, kanser peti suara, kanser pundi-pundi kencing, kanser buah pinggang, kanser paru-paru dan kanser pankreas.

TAJUK 27

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut :

1.

Merasa bangga kerana tidak merokok.

2.

Elakkan godaan – simpan dan sembunyikan mancis atau pemetik api.

3.

Menentang gian dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.

4.

Jauhkan diri daripada mereka yang merokok.

5.

Berwaspada selepas waktu makan dan minum.

28

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed 6.

Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat khas.

7.

Sediakan bahan gentian seperti gula-gula dan minuman.

8.

Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.

9.

Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.

10.

Jangan menerima sebaran tawaran merokok.

Saya percaya ANDA

BOLEH lakukannya!

TAJUK 28

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH Program-program di sekolah yang dijalankan bagi menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah seperti berikut : a.

Kem Waja Diri/ Kolokium Membina Ketahan Diri Kem ini khas untuk pelajar bermasalah/berisiko tinggi.

Penekanan

diberikan terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral, displin diri, memahami potensi diri dan kemahiran meyelelsaikan masalah. b.

Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

29

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed Skim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai pasukan beruniform supaya membolehkan mereka menyebarkan mesej anti dadah, menolong rakan yang mungkin terlibat dan seterusnya aktif dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah. c.

Ujian Urin untuk mengesan pelajar terlibat dengan dadah.

d.

Karnival Jerayawara Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) termasuk Pertandingan Mengarang Esei, Sajak, Melukis Poster, Deklamasi Sajak Anti Dadah, Dikir Barat Anti Dadah, Pidato dan Nasyid Anti Dadah.

e.

Pertandingan Kuiz Pendidikan Pencegahan Dadah

f.

Program Cuma Lima Minit AntiDadah.

g.

Penyisipan Pendidikan Pencegahan Dadah melalui matapelajaran seperti Bahasa, Sains, Agama/ Moral, Kesihatan dan jasmani

h.

Ceramah AntiDadah.

i.

Pameran AntiDadah

j.

Program Kecergasan Jauhi Dadah

k.

Pertandingan One Stop Centre

l.

Sambutan Minggu Anti Dadah

TAJUK 29

CARA-CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH

1.

Memahami dan mengetahui bahaya dan akibat penggunaan dadah – pengetahuan yang mendalam akan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhinya.

30

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed 2.

Menggunakan

masa

lapang

dengan

cara

yang

berfaedah

seperti

menceburkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum, memperkembangkan minat dan hobi.

3.

Bersikap positif terhadap masalah. Anggap sesuatu masalah itu sebagai satu ‘CABARAN’

4.

Mewujudkan komunikasi yang sihat dengan orang lain.

5.

Berhati-hati dalam pergaulan – elak bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.

6.

Mendapatkan bantuan/ kaunseling untuk menyelesaikan maslah rumit.

7.

Bersikap tegas terhadap sesuatu permintaan/ tawaran yang membahayakan. Berani katakan ‘TIDAK’ kepada RAHSIA.  R

-

Rokok

 A

-

Alkohol

 H

-

dadaH

 S

-

Seks

 I

-

Inhalan

 A

-

Aids

TAJUK 30

KESAN DADAH KEPADA MASYARAKAT & NEGARA Kesan penagihan dadah terhadap masyarakat dan negara adalah seperti berikut: 1.

Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh.

2.

Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain.

3.

Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.

4.

Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak mereka 31

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed 5.

Melibatkan perselisihan faham antara kaum.

6.

Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama mereka.

7.

Menjejaskan kesopanan dan Kesusilaan.

8.

Membebankan dari segi kos permulihan, pencegahan dan penguatkuasaan.

9.

Melemahkan tenaga rakyat dan ini memberi peluang kepada musuh-musuh negara mencapai tujuan mereka

10.

Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan yang lumayan hasil dari penjualan dadah untuk dapat membeli senjata-senjata bagi memperkuatkan keanggotaan mereka.

11.

Melemahkan jentera kerajaan dan juga kekuatan pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara.

12.

Menggalakkan perbuatan rasuah sehingga menjejaskan keselamatan negara.

13.

Menggalakkan kegiatan anasir subversif.

14.

Menimbulkan perasaan curiga dan takut di kalangan rakyat.

15.

Menyebabkann keluarga menjadi miskin.

16.

Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan dan perusahaan.

17.

Melemahkan jentera-jentera pentadbiran kerajaan.

18.

Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-jentera perusahaan.

19.

Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil pertanian dan hasil perusahaan.

20.

Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri yang menjejaskan ekonomi.

Cadangan Takwim Pelaksanaan Program Mesej 5 Minit Di Sekolah Bil

Tajuk

1

Tajuk 1

2

Tajuk 2

3

Tajuk 3

4

Tajuk 4

5

Tajuk 5

6

Tajuk 6

7

Tajuk 7

8

Tajuk 8

9

Tajuk 9

Bulan

Tarikh

Januari

Februari

Mac

32

Catatan

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed 10

Tajuk 10

11

Tajuk 11

12

Tajuk 12

13

Tajuk 13

14

Tajuk 14

15

Tajuk 15

16

Tajuk 16

17

Tajuk 17

18

Tajuk 18

19

Tajuk 19

20

Tajuk 20

21

Tajuk 21

22

Tajuk 22

23

Tajuk 23

24

Tajuk 24

25

Tajuk 25

26

Tajuk 26

27

Tajuk 27

28

Tajuk 28

29

Tajuk 29

30

Tajuk 30

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

*Tarikh diisi ikut kesesuaian takwim sekolah

Laporan Pelaksanaan Program Mesej 5 Minit PPDa

Tarikh :________________

Hari

Masa

Tajuk :________________

:________________

:________________

Nama Penyampai Program Cuma 5 Minit: ______________________________________

Laporan : 33

PROGRAM 5 MINIT ANTI ANTI DADAH PPDa – SKSTed _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

Ulasan/ Cadangan: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

Disahkan Oleh:

Disediakan Oleh:

(

(

)

Tarikh:

Tarikh:

*cop jawatan untuk pengesahan

*Simpan laporan ini dalam Fail Pengurusan PPDa sekolah

34

)

Related Documents


More Documents from ""