4.5 Perubahan Sosial Di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

  • Uploaded by: Farah Dinah Hassan
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 4.5 Perubahan Sosial Di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke as PDF for free.

More details

  • Words: 966
  • Pages: 38
4.5 PERUBAHAN SOSIAL DI BAWAH PENTADBIRAN KELUARGA BROOKE… Nama Ahli Kumpulan>> *Bahkit* *Farah Dinah* *Amer Haqeem* *Susanna Jezreel* *Hameerul Hijan* *Khairul Amirin* *Ain Hassanah* *Nur Hafizhah* *Azlan*

4.5 PERUBAHAN SOSIAL DI BAWAH PENTADBIRAN KELUARGA BROOKE… Keluarga Brooke menggunakan dasar pecah dan perintah untuk mengukuhkan kuasa di Sarawak. Setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi dan pekerjaan yang bebeza. Orang melayu terlibat dalam pentadbiran. Orang Iban terlibat dalam bidang ketenteraan. Orang Cina terlibat dalam pertanian, perlombongan, dan perdagangan. Orang India terlibat dalam perdagangan kain di Kuching. Orang Sikh bekerja sebagai polis.

Pendudukan juga dipisahkan melalui petempatan yang berbeza. Orang Cina tinggal di kawasan bandar seperti Miri, Bintulu dan Sibu. Kaum Bumiputera pula tinggal di kawasan pedalaman.

Perkembangan Bandar… Perkembangan ekonomi dan pertambahan pendududuk telah membawa kepada pembangunan bandar-bandar seperti Kuching, Miri, dan Sibu. Bandar kuching menjadi ibu negeri dan pusat pentadbiran Sarawak mulai 1841. Miri berkembang menjadi pusat perdagangan pada tahun 1910 selepas perlombongan petroleum dimulakan. Kemudahan asas terhad di kawasan bandar sahaja.

Miri pada tahun 2003

Perhubungan dan Pengangkutan… Sistem perhubungan dan pengangkutan bertumpu di antara bandar dengan kawasan bandar. Jalan raya dibina di kawasan bandar utama seperti Kuching dan Miri. Pada tahun1897, perkhidmatan telegraf antara bandar Kuching dengan Singapura telah diwujudkan. Landasan kereta api pada tahun 1917 menghubungkan bandar kuching dengan bandar Bau. Perkhidmatan kereta api dihentikan pada tahun 1932 kerana kemelesetan ekonomi.

• Di kawasan-kawasan tertentu, pengangkutan air lebih diutamakan daripada pengangkutan darat. Di bandar Kuching, syarikat perkapalan seperti Singapore Steamship Company menyediakan perkhidmatan dan pengangkutan kapal. • Pada tahun 1924, perkhidmatan kapal terbang air yang pertama diadakan untuk menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura. • Perkhidmatan pos dan telefon juga diperkenalkan di Sarawak untuk melicinkan urusan ekonomi dan pentadbiran.

Kemudahan kesihatan… Pembinaan klinik dan hospital di Sarawak dimulakan oleh golongan mubaligh Kristian. Kemudahan kesihatan hanya terdapat di kawasan bandar dan kurang disediakan di kawasan pedalaman.

Perkembangan Pendidikan… Pentadbiran Brooke kurang memberi perhatian kepada pendidikan moden. Charles Brooke membina sekolah untuk orang Melayu dan orang Cina sahaja. Beliau tidak menggalakkan pembinaan sekolah untuk orang Dayak kerana tidak ingin menganggu cara hidup tradisional mereka. Brooke juga tidak yakin akan sistem pendidikan Barat sesuai untuk



Sekolah Melayu mula dibina pada tahun 1883. ~ Sekolah Melayu hanya dibina pada peringkat sekolah rendah. ~ Bertujuan untuk melatih orang2 Melayu Sarawak menjadi guru sekolah Melayu.. ~ Melahirkan kakitangan rendah kerajaan . ~ Menggunakan buku2 yang dibawa dari Semenanjung Tanah Melayu. ~ Contohnya, Sekolah Merpati Jepang dan Sekolah Encik Buyong.

~ Telah digabungkan menjadi madrasah Melayu. Kerajaan Brooke menggalakkan golongan mubaligh Kristian mendirikan sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris terawal ialah Sekolah St. Thomas (1848), sekolah St. Mary (1850), dan Sekolah St. Teresa (1855) yang kesemuanya dibina di bandar Kuching. Sekolah Inggeris mendapat bantuan daripada pentadbiran Brooke.

Pada tahun 1917, sekolah untuk kaum Melanau didirikan. Sekolah Cina di Sarawak dibina dan dibiayai oleh saudagar Cina. Tenaga guru, buku teks, dan sukatan pelajaran sekolah Cina dibawa masuk dari negara China. Pada tahun 1924, Jabatan Pelajaran Sarawak ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.. Semua sekolah dikehendaki mendaftar di bawahnya.

Pada tahun 1936, terdapat 25 buah sekolah kerajaan di Sarawak. Guru-guru di sekolah kerajaan ada yang mendapat latihan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada tahun 1940. Maktab Perguruan Kent didirikan untuk melantik guru sekolah Melayu. Kesimpulannya pentadbiran Brooke hanya menumpukan kepada kebaikan mereka sendiri dan bukan untuk kebaikan penduduk tempatan.

Kronologi Perkembangan Pemerintahan di Sarawak… Kesultanan Brunei (sebelum 1841) James Brooke (1841-1868) Charles Brooke (1868-1917) Charles Vyner Brooke (1868-1917) Pendudukan Jepun (1942-1945) Penjajah British (1946-1963) Malaysia (16 September1963)

Soalan 1 •

Jadual Berikut menunjukkan pembahagian pekerjaan antara kaum di Sarawak. Kaum

Bidang

Melayu

Pentadbiran

Iban

Ketenteraan

Cina

-pertanian -perlombongan

India

Perniagaan lain

Pembahagian pekerjaan tersebut membuktikan keluarga Brooke mengamalkan… • • •

Dasar buka pintu. Dasar ekonomi baru. Dasar pecah dan perintah.

Soalan 2 2.

Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh Brooke di bandar berikut… * Miri * Kuching I II III IV

Balai Polis Jalan Raya Air Sekolah

A. I dan IV B. I dan II C. II dan III

Soalan 3 3.

Nyatakan Bilangan sekolah yg paling banyak didirikan pada tahun 1930 & 1938…

A. Sekolah Dayak. B. Sekolah Cina. C. Sekolah Melayu.

Soalan 4 4.

Rajah berikut menunjukkan sekolah yang dibina oleh pemerintahan Brooke. Sekolah Melayu

Sekolah Melayu di Kg. Gersik,Kuching.

Mengapakah sekolah tersebut dibina? A. Memenuhi tuntutan orang Melayu. B. Mengekalkan cara hidup tradisional mereka. C. Melatih orang-orang Melayu Sarawak menjadi guru-guru sekolah Melayu serta kakitangan rendah kerajaan.

Soalan 5 5.

Gambar berikut menunjukkan bangunan yg dibina pada tahun 1882…

Apakah bangunan ini? A. Hospital B. Pusat pentadbiran C. Sekolah

Soalan 6 6.

Mengapakah perkhidmatan kereta api berikut dihentikan pada tahun 1932? Tahun 1917 Landasan kereta api yg menghubungkan kuching dengan Bau dibina

A. Kemelesetan Ekonomi B. Berlaku persaingan C. Tidak mendapat sambutan

Soalan 7 7.

Senarai berikut merupakan sekolah inggeris yg didirikan di Sarawak tahun 1800-an. *Sekolah St. Teresa *Sekolah St. Mary *Sekolah St. Thomas

I Didirikan di bandar miri. II Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar. III Didirikan di kawasan pedalaman. A. I dan II B. II dan III C. I dan III

Soalan 8 8.

Berdasarkan maklumat di bawah,apakah kesimpulan yang boleh anda tentang pentadbiran Brooke di Sarawak? - Singapore & Sarawak Steamship Company. -Perkhidmatan kapal terbang air dimulakn pada tahun 1924

A. Tidak terdapat jalan raya & landasan kereta api di Sarawak. B. Pengangkutan air di Sarawak. C. Kebajikan penduduk pedalaman terbela.

Soalan 9 9.

Apakah kesan daripada perkembangan di bawah, terhadap Sarawak pada kurun ke-19? ~ perkembangan ekonomi ~ pertambahan penduduk

A. Kewujudan bandar-bandar baru. B. Kemasukan pelabur asing. C. Keadaan huru-hara.

Soalan 10 10. Mengapakah James Brooke melaksanakan dasar pemerintahan di bawah… -Orang Cina : mengusahakan perlombongan dan perniagaan. -Kaum Bumiputera: kekal di kawasan pedalaman sebagai petani sara diri.

A. Memelihara jepentingan Kaum cina. B. Tidak mendapat kerjasama daripada kaum Bumiputera. C. Mengukuhkan pemerintahan.

Related Documents


More Documents from "Maiza Husna"