Tok Janggut Pejuang Yang Jihad (nota)

  • Uploaded by: Farah Dinah Hassan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tok Janggut Pejuang Yang Jihad (nota) as PDF for free.

More details

  • Words: 444
  • Pages: 2
7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad (i) Latar belakang

- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas - dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada - dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan - mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah - mahir dalam ilmu persilatan - menetap di Kampung Nering, Kelantan - bekerja sebagai petani dan peniaga (ii) Faktor Penentangan a) Peraturan Tanah - Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan - petani dikehendaki membayar cukai seperti; - cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok - pokok pinang satu sen sepokok - sirih 5 sen sejunjung - kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor - peraturan ini membenakan rakyat c) Perasaan anti-British - sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914 - kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat - Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan - penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar - Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal - mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda - penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British (iii) Peristiwa Penentangan 28 April 1915 - Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai

- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut 29 April 1915 - Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh - mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British - Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh - Tok Janggut sebagai Perdana Menteri 9 Mei 1915 - British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya 23 Mei 1915 - British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri - Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh 24 Mei 1915 - British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring - Tok Janggut terkorban - mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam - kemudian dikebumikan di Pasir Pekan (iv)Kesan Penentangan - Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat - semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

Ahli Kumpulan : ~Farah Dinah~ ~Susanna Jezreel~ ~Nurain Hassanah~ ~Nur Hafizhah~

Related Documents

Tok Janggut
May 2020 22
Tok Janggut
May 2020 24
Patrol Tok Janggut
May 2020 16
Foto Pejuang
April 2020 13

More Documents from ""