3,4 .teori Perkembangan Super.docx

  • Uploaded by: Ahmad Farhan
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3,4 .teori Perkembangan Super.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,142
  • Pages: 4
TEORI PERKEMBANGAN SUPER Teori ini adalah lanjutan daripada teori pembangunan kerjaya yang terdahulu dibingcangkan oleh Ginzberg dan rakan-rakannya. Di antara bahan yang menjadi kajian super adalah daripada tulisan Buehler(1933) yang menyatakan hidup seseorang terdiri daripada beberapa peringkat. Super telah membuat pembahagian peringkat mengikut umur dalam perkembangan kerjaya indivudu. Peringkat yang pertama ialah peringkat pertumbuhan yang berlaku di antara umur 0-14 tahun,di mana pada lingkungan usia ini individu sedang membnetuk tingkah laku yang menjadi kompenen penting dalam konsep kendiri. Peringkat pertumbuhan ini pula dibahagi kepada 3 peringkat mengikut keupayaaan berfikir individu. Peringkat pertama adalah peringkat fantasi(umur4-10 tahun) dimana kehendak adalah dominan.fantasi individu sangta penting contohnya,kanak-kanak melihat watak-watak adiwira seperti batman,superman dan lain-lain lagi. Yang sepatutnya ialah minat individu mula melakukan dan memilih aktiviti yang utama untuk dirnya pada usia (13 hingga 14) tahun individu sudah mampu buat pertimbangan tentang kehendak kemampuan diri mereka. Peringkat seterusnya ialah peringkat penerokaan yang berlaku kepada individu diantara umur 15 hingga 24 tahun. Pada peringkat ini,individu mula menyenaraikan pilihan kehendak dan keliru tentang kemampuan diri sendiri. Didalam keadaan itu, individu akan mula menilai keupayaan diri sendiri dan memilih kehendak mengikut keupyaan dirinya. Proses ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu pemilihan kehendak pada usia 15 hingga 19 tahun,menilai kemampuan pada usia 18 hingga 21 tahun dan percubaan mengikut pada umur 22 hingga 24 tahun. Di dalam peringkat pengukuhan yang berlaku pada usia 25 hingga 44 tahun. Individu akan membuat percubaan dengan mengikut keupayaan dirinya,dalam mencari indentiti kerjaya yang sesuai. Di peringkat ini individu mula menyukai apa yang dilakukan dan merasakan apa yang dilakukan mendatangkan kepuasan kepada dirinya. Peringkat percubaan dan penyesuaian ini berlaku dalam umur di antara 25 hingga 30 tahun. Apabila berasa selesa dan sesuai dengan apa yang dijalankan jelas dan stabil. Ini akan berlaku dalam umur 45 hingga 64 tahun di mana pada waktu ini individu cuba berusaha untuk meneruskan situasi kerja yang dapat memberikan kepuasan kepada dirinya. Individu akan cuba mengubah keadaan yang tidak menyeronokan atau menyakitkan hatinya. Apabila usia individu mencecah 65 tahun ,individu sudah kurang fokus

pada kerjayanya dan mensasarkan pencapaian yang paling minimum dalam tugasnya. Peringkat ini pencapaian yang minimum dalam tugasnya. Peringkat ini dipanggil penurunan dimana apabila individu menjangkau usia 65 ke atas. Ianya dah dipengaruhi oleh keupayaan daya mental dan fizikal yang semakin merosot yang mengakibatkan kebolehan serta kemapuan semakin berkurang. Peringkat-peringkat perkembangan dalam teori super ini telah membentuk rangka tingkah laku, tugas-tugas perkembangan kerjaya seperti di dalam jadual berikut:Sifat-sifat Umum Dalam proses membentuk

Tugas-tugas kerjaya

Umur

Kristalisasi

14-18 Tahun

Pengkhususan

18-21 tahun

Pelaksaan

21-24 ahun

Kestabilan

24-35 tahun

Pengukuhan

35 tahun

satu matlamat umum kerjaya menerusisumber-sumber kesedaran, minat, nilai-nilai dan merancang kerjaya yang dikehendakinya Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan cadangan kerjaya tertentu Dalam masa memilih latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki bidang kerjaya. Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh pengalaman kerjaya yang sebenar dan menggunakan bakat untuk menunjukan pemilihan kerjaya itu suatu yang paling tepat. Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya yang berlanjutan dan senoriti.

Peringkat Penerokaan Seperti yang terdapat didalam teori Donald super, individu di dalam peringkat penerokaan di lingkungan umur 15 hingga 24 tahun,,tokoh yang dipilih Dato’ Hajjah Rohani telah memilih bidang pertanian dan melanjutkan pelajaran di UPM kerana minta beliau pada perusahaan pertanian, pada umur beliau18 hingga 20 tahun ini dimana sesorang individu pada umur ini lebih cenderung kepda minat kerana masih tercari-cari kemampuan diri. Walaubagaimanapun setelah mencapai umur 21 beliau telah mengenalpasti kebolehan beliau di dalam bidang pengurusan dan beliau telah menukar bidangnya dan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di Amerika Syarikat.

Peringkat Pengukuhan Datuk Hajjah Rohani adalah seorang yang berkeyakinan tinggi dan mempunyai ketokohan sebagai seorang pemimpin.Oleh itu pada usia 25 tahun beliau telah mencuba bakat kepimpinannya dengan bermula sebagai seorang guru sementara di SMK Bandar Kuching Sarawak dan seterusnya menjadi seorang pensyarah Di Universiti Pertanian Malaysia(UPM) Sarawak. Hal ini seiring dengan teori super dengan menyatakan bahawa peringkat pengukuhan di mana individu akan mula mencuba dan mencari kestabilan dalam kerjaya bermula pada 25 tahun sehingga 44 tahun. Dato Hajjah Rohani mula menceburi kerjaya dalam sektor awam pada usia 26 tahun yang mana pada ketika itu beliau menyandang jawatan sebagai Pegawai Penganalisis Pengurusan Permodenan Pentadbiran dan Unit Perancang Pengurusan Sarawak hingga beliau 31 tahun. Selepas itu beliau ditugaskan sebagai ahli Ekonomi Pertaniaan Sarawak sehingga belaiu 31 tahun. Selepas itu beliau di tugaskan sebagai Ahli Ekonomi Pertanian di Kementerian Pertanian dan Pembangunan Komuniti kerana pengetahuan beliau yang luas tentang bidang pertanian. Beliau meperkukuhkan pengetahuan beliau dalam jawatan tersebut sehingga usia beliau mencecah 33 tahun. Beliau kemudiannya di beri kepercayaan dan memikul tangggungjawab yang lebih tinggi iaitu sebagai Pengarah Biro Wanita di Kementerian Sosial Sarawak. Diperingkat ini Datuk Hajjah Rohani telah mencapai tahap di mana beliau merasa sesuai dan stabil dalam kerjayanya seperti yang dinyatakan oleh Teori Donald Super. Ini dapat dibuktikan kenaikan beliau ke jawatan setiausaha Parlimen di kementerian Pembangunan Luar Bandar pada usia beliau 35 tahun, pada ketika itu juga beliau memulakan penglibatannya di dalam dunia politik sebagai Ahli Biro Politik Wanita(PBB) Di sini jelas menunjukkan kestabilan,

kesesuaian dan kepuasan beliau dalam kerjayanya sama seperti yang di nyatakan dalam Teori Super. Pada usia 37 beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Tertinggi dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di dalam kariernya sebagai ahli politik.

PERINGKAT PENGEKALAN/PEMELIHARAAN

Apabila mencapai umur 45 tahun, individu akan beralih kepada satu peringkat yang di panggil peringkat pengekalan/pemelihraan. Seperti yang kita dapat lihat dalam kerjaya Datuk Rohani, beliau masih mengekalkan keselesaan dan kuasanya sebagai setiausaha parlimen kementerian Pembangunan luar bandar sehingga berusia 49 tahun dan beliau masih mengekalkan jawatanya sebagai setiausaha parlimen tetapi di kementerian berbeza kementerian Pertanian industry asas tani. Bagi meneruskan dan memelihara kedudukan beliau dalam politik pula, Beliau telah menerima lantikan sebagai Ahli parlimen Batang Lupar pada usia 49 tahun dan turut dilantik sebagai pengerusi Badan Biro Ekonomi Wanita PBB. Setelah cukup matang dan mahir dalam bidangnya, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan industri Asas Tani. Oleh kerana usia yang kian meningkat, beliau tidak dapat memberikan banyak sumbangan dan selepas 2 tahun, beliau diberika jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Koperasi dan Penggunaan dalam Negeri. Dalam usia itu juga, beliau telah mendapat kepuasaan dalam bidang politiknya kerana telah berjaya menyandang ahli Parlimen Kawasan batang lupar. Ini sememangya mengukuhkan dan dapat menjamin kerjaya sebagai ahli politik terpelihara kekal dan baik. Kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan masyarakat pada usia 58 tahun. Pengalaman beliau sangat luas dalam pembangunan dan pengurusan membolehkan beliau menyandang jawatan Menteri dan itulah pencapaian tertinggi beliau setakat hari ini dan kit adapt melihat unsur-unsur pengekalan dan pemeliharaan kerana beliau telah hampir menuju ke tahap umur yang mendatangkan kemerosoton pada kerjayanya. Di dalam peringkat ini, individu akan cuba membuat pengekalan apa yang sedia ada dimilikinya, kerana pada waktu ini, ia akan kurang fokus pada kerjayanya disebakan faktor usianya. Oleh itu, individu akan melakukan perkara paling minimum dalam kerjayanya bagi mengekalkan kestabilan yang sedia seperti yang dinyatakan oleh teori Donald Super.

Related Documents


More Documents from "bardah wasalamah"

Ketelitian Alat Ukur.docx
November 2019 23
Scripting Guide.pdf
December 2019 33
Scripting Guide.pdf
December 2019 17
Digital Anarchy Products.pdf
December 2019 26
Globaliozation Ch1.docx
November 2019 22