TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF Wednesday, April 18, 2007 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanakkanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Soalan-soalan 1. a) b) c) d)
Di
: mana
dan
Helsinki, Nauchatel, Rome, Gothenburg,
bilakah
Finland; Swizerland; Italy; Sweeden;
Jean 6 9 3 26
Piaget Ogos Ogos February Disember
dilahirkan? 1898 1896 1986 1888
2. Universiti yang pernah menjadi tempat Jean Piaget melanjutkan pelajaran adalah : a) b) c) d)
University
of Nauchatel
United
Nation Oxford
Swizerland University University University
3.
Pada
usia
berapakah
Jean
Piaget
a) 82 b) 83 c) 84 d) 85 tahun Posted by ba-e-yah at 11:12 PM 0 comments Wednesday, February 28, 2007 PENGENALAN
menghembuskan
nafas
terakhir? tahun tahun tahun
Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : 1. Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanakkanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah : •
Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
•
Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
•
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
•
Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
Soalan-soalan : 1. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada". Hai ini menerangkan ......................... a) skema b) asimilasi c) akomodasi d) adaptasi 2. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. a) 1
b) 2 c) 3 d) 4 3. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai ....................... a) tahap praoperasi b) tahap deria motor c) tahap operasi konkrit d) tahap operasi formal Posted by ba-e-yah at 2:59 AM 0 comments Wednesday, February 14, 2007 TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a)
Dari
lahir
hingga
satu
bulan
(refleks)
Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b)
Sebulan
hingga
empat
bulan
(reaksi
asas
sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanakkanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu
bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c)
Empat
hingga
lapan
bulan
(reaksi
sekular
kedua)
Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d)
Lapan
hingga
dua
belas
bulan
(
reaksi
kordinasi)
Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
e)
Dua
belas
bulan
hingga
lapan
belas
bulan
(reaksi
sekular
ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. f)
Lapan
belas
bulan
hingga
dua
tahun
(penggambaran
pemikiran
awal)
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.
soalan-soalan: 1. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagian mengikut umur? a. b. c. d.
2 4 6 8
2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat? a. b. c. d.
4-8 bulan1-1.5
8 1.5-
3.
bulan tahun tahun tahun
1 2
Pernyataan
manakah
yang
salah?
a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan mata pada sumber bayi. b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah. c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan. d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur 19 bulan. 4. a. b. c. d.
Apakah
yang
berlaku
pada
kanak-kanak
berumur
1
tahun
5
bulan?
berlakunya proses peniruan mengalami proses cuba jaya yang mudah hanya mampu melakukan genggaman mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga.
5. i ii iii iv
pada
tahap
deria
motor
pemahaman dapat konsep
tentang
apakah
unsur-unsur
akibat membuat tentang
dan
kebolehan
a. b. c. d.
i, ii, iii, i,
yang
ada?
ruang keputusan objek mengira ii iii iv iii
(jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d) Posted by lis_capri at 11:56 PM 0 comments Monday, January 29, 2007 TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Soalan-
soalan
:
1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikut kecuali a) b) c) d) 2.
persepsi ingatan bayangan pengamatan Kanak-kanak
pada
tahap
praoperasi
......................
a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan susunannya b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah
bentuk dan susunannya c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikal sesuatu objek d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempat adalah sama kuantitinya 3. a) b) c) d)
Proses
kognitif
pada
tahap
pemikiran operasi pemikiran
praoperasi
ialah
:
konkrit egosentrik formal kritis
4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah ........................ 5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat dunia secara keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri. 6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Posted by rezha at 11:50 PM 0 comments TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanakkanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsepkonsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Soalan Objektif 1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun, kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ........... a) Operasi Formal b) Pra-Operasi c) Operasi Konkrit d) Operasi Motor 2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanya memahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. `` Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk menggambarkan penyataan di atas. a) Deria Motor b) Operasi Konkrit c) Pra-Operasi d) Operasi Formal 3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap Operasi Konkrit; a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek. b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak. c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan.keadilan dan makna hidup. d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik.
Soalan Subjektif Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanakkanak pada tahap Operasi Konkrit. Jawapan untuk soalan objektif 1. c, 2.b, 3.a
Posted by ain at 11:45 PM 0 comments TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA) Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik. Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988)
Soalan 1.
-soalan Tahap
operasi
formal
a) b) c) 2.
melibatkan
: peringkat
8-11 11-15 15-17 Operasi
formal
merupakan
tahap
umur............ tahun tahun tahun
perkembangan
kognitif
................
a) b) c)
permulaan pertengahan maksima
3. Mereka mula memikirkan tentang diri dan peranan mereka dalam masyarakat. Tahap ini dinamakan tahap ........................... a) b) c)
tahap tahap
perkembangan formal
operasi
tahap
operasi
konkrit
4. Berikut merupakan ciri-ciri remaja pada tahap operasi formal kecuali ........................ a) b) c)
dapat patuh
5.
Apakah
membuat keputusan dan berhati-hati emosional ciri-ciri
individu
dan hipotesis melalui dengan pendapat dan dan
yang
berada
pada
tahap
pemerhatian pegangan memberontak operasi
formal?
a) tidak dapat memahami dua atau lebih dimensi b) dapat menyelesaikan hal yang berhubung dengan "combinativity" c) menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih sistematik Posted by kuCayang at 11:44 PM 0 comments ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang
terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian. Posted by ain at 11:43 PM 0 comments Older Posts Subscribe to: Posts (Atom) skpx 2083 psikologi perkembangan •
falsafah fitrah kejadian manusia
•
prenatal dan kelahiran
•
bayi
•
kanak-kanak awal
•
kanak-kanak pertengahan dan akhir
•
remaja
•
dewasa awal
•
dewasa pertengahan
•
dewasa akhir
•
kematian
•
teori freud
•
GAYA KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR
•
Perbezaan gaya kognitif individu
•
ameenbooks.com.my
Blog Archive •
▼ 2007 (9)
o
▼ April (1)
o
o
LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
► February (2)
PENGENALAN
TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)
► January (6)
TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)
ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET
APLIKASI TEORI PIAGET
Teori Kematangan Kognitif Piaget
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan –Saidina Ali bin Abi TalibKerika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... RENUNGKAN LAH.... Kelebihan membaca Bismillah
1.Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikkan. 2.Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada syaitan,kecurian, maut mendadak dan bala. 3.Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan menghadap Qiblat,akan mendapat rezeki yang tiada terduga. 4.Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim itu. 10 HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa. 1. Mati hatinya. 2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan). 3. Digemari syaitan akannya. 4. Dimurkai Allah. 5. Disoal padanya pada hari kiamat. 6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat. 7. Dikutuk para malaikat. 8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi. 9. Lupa pada segala-galanya. 10.Terbuka aibnya pada hari kiamat