Piagam Madinah Wanis

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Piagam Madinah Wanis as PDF for free.

More details

  • Words: 24,073
  • Pages: 57
PIAGAM MADINAH • •

• •

digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. PERANGKAAN PIAGAM MADINAH

-

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah. Langkah Pertama

o

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah. Langkah Kedua

o

Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Langkah ketiga

o o

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:  Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.  Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.  Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.  Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.  Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

1

Tujuan Piagam Madinah • • • • • • • • • •

Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah • • • • • • • • • •

Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Kandungan Piagam Madinah

o Fasal 1 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka. •

Fasal 2

Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain. •

Fasal 3

Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

2



Fasal 4

Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersamasama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 5

Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 6

Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 7

Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 8

Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 9

Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 10

Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. •

Fasal 11

3

Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

o Fasal 12 Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil. o

Fasal 12-b

Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu. •

Fasal 13

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka. •

Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin. •

Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain. •

Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka. •

Fasal 17

Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka. •

Fasal 18

Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

4



Fasal 19

Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah. •

Fasal 20

Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya. o

Fasal 20-b

Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya) •

Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya. •

Fasal 22

Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat. •

Fasal 23

Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad. •

Fasal 24

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang •

Fasal 25

Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri •

Fasal 26

Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

5



Fasal 27

Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. •

Fasal 28

Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. •

Fasal 29

Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. •

Fasal 30

Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. •

Fasal 31

Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri. •

Fasal 32

Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah) •

Fasal 33

Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan. •

Fasal 34

Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu. •

Fasal 35

Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri. •

Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad. o

Fasal 36-b

6

Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini. •

Fasal 37

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa. o

Fasal 37-b

Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi. •

Fasal 38

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang •

Fasal 39

Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini •

Fasal 40

Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa. •

Fasal 41

Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri. •

Fasal 42

Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya •

Fasal 43

Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya. •

Fasal 44

7

Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya. •

Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam). •

Fasal 46

Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya. •

Fasal 47

Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah. PIAGAM MADINAH I PEMBENTUKAN UMMAT Pasal 1 Sesungguhnya mereka satu bangsa negara (ummat), bebas dari (pengaruh dan kekuasaan) manusia. II HAK ASASI MANUSIA Pasal 2 Kaum Muhajirin dari Quraisy ttp mempunyai hak asli mereka,saling tanggungmenanggung, membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat)kerana suatu pembunuhan, dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman. Pasal 3 1. Banu 'Awf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak asli mereka, tanggung menanggung wang tebusan darah (diyat). 2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman. Pasal 4 1. Banu Sa'idah (dari Yathrib) tetap atas hak asli mereka, tanggung menanggung wang tebusan mereka. 2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman. Pasal 5 1. Banul-Harts (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, saling tanggung-menanggung untuk membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orangorang beriman.

8

Pasal 6 1. Banu Jusyam (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orangorang beriman. Pasal 7 1. Banu Najjar (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggungmenanggung membayar wang tebusan darah (diyat) dengan secara baik dan adil. 2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang beriman. Pasal 8 1. Banu 'Amrin (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggungmenanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman. Pasal 9 1. Banu An-Nabiet (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orangorang beriman. Pasal 10 1. Banu Aws (dari suku Yathrib) berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggungmenanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

III PERSATUAN SEAGAMA Pasal 11 Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untuk memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, karena membayar uang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman. Pasal 12 Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya. Pasal 13 1. Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman. 2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri. Pasal 14 1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya karena lantaran seorang yang tidak beriman. 2. Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya. Pasal 15 1. Jaminan Tuhan adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah. 2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lain

9

IV PERSATUAN SEGENAP WARGANEGARA Pasal 16 Bahwa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum. Pasal 17 1. Perdamaian dari orang-orang beriman adalah satu 2. Tidak diperkenankan segolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa ikut sertanya segolongan lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Tuhan, kecuali atas dasar persamaan dan adil di antara mereka. Pasal 18 Setiap penyerangan yang dilakukan terhadap kita, merupakan tantangan terhadap semuanya yang harus memperkuat persatuan antara segenap golongan. Pasal 19 1. Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiap darah yang tertumpah di jalan Tuhan. 2. Setiap orang beriman yang bertaqwa harus berteguh hati atas jalan yang baik dan kuat. Pasal 20 1. Perlindungan yang diberikan oleh seorang yang tidak beriman (musyrik) terhadap harta dan jiwa seorang musuh Quraisy, tidaklah diakui. 2. Campur tangan apapun tidaklah diijinkan atas kerugian seorang yang beriman. Pasal 21 1. Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atas perbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari si terbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat). 2. Segenap warga yang beriman harus bulat bersatu mengutuk perbuatan itu, dan tidak diizinkan selain daripada menghukum kejahatan itu. Pasal 22 1. Tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui piagam ini dan percaya kepada Tuhan dan hari akhir, akan membantu orang-orang yang salah, dan memberikan tempat kediaman baginya. 2. Siapa yang memberikan bantuan atau memberikan tempat tinggal bagi pengkhianat-pengkhianat negara atau orang-orang yang salah, akan mendapatkan kutukan dan kemurkaan Tuhan di hari kiamat nanti, dan tidak diterima segala pengakuan dan kesaksiannya. Pasal 23 Apabila timbul perbezaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah penyelesaiannya pada (hukum) Tuhan dan (keputusan) Muhammad SAW. V GOLONGAN MINORITAS Pasal 24 Warganegara (dari golongan) Yahudi memikul biaya bersama-sama dengan kaum beriman, selama negara dalam peperangan. Pasal 25 1. Kaum Yahudi dari suku 'Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yang beriman. 2. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka. 3. Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutusekutu mereka, dan diri mereka sendiri. 4. Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya. Pasal 26 Kaum Yahudi dari Banu Najjar diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas Pasal 27 Kaum Yahudi dari Banul-Harts diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

10

Pasal 28 Kaum Yahudi dari Banu Sa'idah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas Pasal 29 Kaum Yahudi dari Banu Jusyam diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas Pasal 30 Kaum Yahudi dari Banu Aws diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas Pasal 31 1. Kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti kaum yahudi dari Banu 'Awf di atas 2. Kecuali orang yang mengacau atau berbuat kejahatan, maka ganjaran dari pengacauan dan kejahatannya itu menimpa dirinya dan keluarganya. Pasal 32 Suku Jafnah adalah bertali darah dengan kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah Pasal 33 1. Banu Syuthaibah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas. 2. Sikap yang baik harus dapat membendung segala penyelewengan. Pasal 34 Pengikut-pengikut/sekutu-sekutu dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah. Pasal 35 Segala pegawai-pegawai dan pembela-pembela kaum Yahudi, diperlakukan sama seperti kaum Yahudi. VI TUGAS WARGA NEGARA Pasal 36 1. Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak keluar, tanpa ijinnya Muhammad SAW 2. Seorang warga negara dapat membalaskan kejahatan luka yang dilakukan orang kepadanya 3. Siapa yang berbuat kejahatan, maka ganjaran kejahatan itu menimpa dirinya dan keluarganya, kecuali untuk membela diri 4. Tuhan melindungi akan orang-orang yang setia kepada piagam ini Pasal 37 1. Kaum Yahudi memikul biaya negara, sebagai halnya kaum Muslimin memikul biaya negara 2. Di antara segenap warga negara (Yahudi dan Muslimin) terjalin pembelaan untuk menentang setiap musuh negara yang memerangi setiap peserta dari piagam ini 3. Di antara mereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segala dosa 4. Seorang warga negara tidaklah dianggap bersalah, karena kesalahan yang dibuat sahabat/sekutunya 5. Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepada orang/golongan yang teraniaya Pasal 38 Warga negara kaum Yahudi memikul biaya bersama-sama warganegara yang beriman, selama peperangan masih terjadi VII MELINDUNGI NEGARA Pasal 39 Sesungguhnya kota Yatsrib, Ibukota Negara, tidak boleh dilanggar kehormatannya oleh setiap peserta piagam ini Pasal 40 Segala tetangga yang berdampingan rumah, harus diperlakukan sebagai diri-sendiri, tidak boleh diganggu ketenteramannya, dan tidak diperlakukan salah Pasal 41 Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya, melainkan setiap kunjungan harus dengan izin suaminya

11

VIII PIMPINAN NEGARA Pasal 42 1. Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadi pertengkaran, melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya menurut (hukum ) Tuhan dan (kebijaksanaan) utusan-Nya, Muhammad SAW 2. Tuhan berpegang teguh kepada piagam ini dan orang-orang yang setia kepadanya Pasal 43 Sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak boleh dilindungi, begitu juga segala orang yang membantu mereka Pasal 44 Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentang setiap agresor yang menyergap kota Yathrib IX POLITIK PERDAMAIAN Pasal 45 1. Apabila mereka diajak kepada pendamaian (dan) membuat perjanjian damai (treaty), mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai 2. Setiap kali ajakan pendamaian seperti demikian, sesungguhnya kaum yang beriman harus melakukannya, kecuali terhadap orang (negara) yang menunjukkan permusuhan terhadap agama (Islam) 3. Kewajiban atas setiap warganegara mengambil bahagian dari pihak mereka untuk perdamaian itu Pasal 46 1. Dan sesungguhnya kaum Yahudi dari Aws dan segala sekutu dan simpatisan mereka, mempunyai kewajiban yang sama dengan segala peserta piagam untuk kebaikan (pendamaian) itu 2. Sesungguhnya kebaikan (pendamaian) dapat menghilangkan segala kesalahan X PENUTUP Pasal 47 1. Setiap orang (warganegara) yang berusaha, segala usahanya adalah atas dirinya 2. Sesungguhnya Tuhan menyertai akan segala peserta dari piagam ini, yang menjalankannya dengan jujur dan sebaik-baiknya 3. Sesungguhnya tidaklah boleh piagam ini dipergunakan untuk melindungi orang-orang yang dhalim dan bersalah 4. Sesungguhnya (mulai saat ini), orang-orang yang bepergian (keluar), adalah aman 5. Dan orang yang menetap adalah aman pula, kecuali orang-orang yang dhalim dan berbuat salah 6. Sesungguhnya Tuhan melindungi orang (warganegara) yang baik dan bersikap taqwa (waspada) 7. Dan (akhirnya) Muhammad adalah Pesuruh Tuhan, semoga Tuhan mencurahkan shalawat dan kesejahteraan atasnya

KEPEMIMPINAN RASULULLAH Kandungan Piagam Madinah Semua penduduk Madinah mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang bertanggungjawab terhadap Allah, rasul dan umat Islam. Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-masing dan orang Musyrikin di Madinah Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing dalam suasana hidup bersama

12

Semua penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan negara Madinah daripada serangan musuh Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka sendiri dalam suasana menghormati orang Islam dan mereka tidak dibenarkan melindungi nyawa dan harta Musyrikin Quraisy Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi antara satu sama lain, sebaliknya mereka mesti hidup tolong-menolong untuk pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat Setiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah SAW sebagai ketua negara apabila timbul sebarang masalah atau permusuhan sesama mereka Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak luar terutamanya dengan Musyrikin Makkah dan sekutu mereka Piagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang mempersetujui dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya

Akibat Tidak Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang o o o o

Masyarakat akan berpecah belah dan kucar-kacir Sering berlaku pergaduhan dan pertelingkahan Negara akan huru-hara dan mundur Nama baik negara dan bangsa akan tercemar

o Akibat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang

ISLAM DI MALAYSIA: KERANGKA PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN ISLAM DAN KEHIDUPAN BERNEGARA DI MALAYSIA Ini merangkum banyak perkara, termasuk hal-hal yang di luar kerangka perlembagaan; yang tidak rasmi dan bersifat persendirian. Bagaimanapun hal-hal yang tidak rasmi ini pun tidak lari dari kongkongan perlembagaan kerana perlembagaan turut menentukan hak-hak kita; apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya. Apa pun menarik untuk disebutkan bahawa kajian terbaru mengisyaratkan bahawa umat Islam mahukan jatidiri mereka terus ditunjangi oleh Islam dan mereka enggan bertolak ansur dalam soal ini; yakni mereka tidak mahu melunturkan identiti yang ditunjangi oleh Islam itu. Walaupun umat Islam sanggup hidup dan berkongsi dengan orang bukan Islam, tetapi mereka tidak sanggup melihat kedudukan dan identiti Islam mereka dikompromikan. Sikap yang Islamik ini menunjukkan betapa budaya dan cara hidup orang-orang Melayu telah dipengaruhi atau diasuh oleh Islam. Penting untuk dicatatkan di sini bahawa fenomena itu bukanlah sesuatu yang baru kelihatan. Sejarah kita sejak kedatangan Islam ke rantau ini pada kurun ke 11 dan kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15 telah mencatatkan betapa Islam memainkan peranan yang penting; menjadi tonggak segala yang berkaitan dengan Melayu dan keMelayuan. Pendeknya Islam menjadi roh dan jatidiri kepada Melayu khususnya dan negara ini umumnya sejak ratusan tahun lamanya. Kenyataan itulah yang harus dilihat oleh semua pihak di dalam wacana mengenai kedudukan dan hak umat Islam di Malaysia. Adalah jelas bahawa apa yang dikandung oleh perlembagaan hari ini, yakni

13

Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan-perlembagaan negeri, adalah lanjutan daripada apa yang sudah wujud sebelum kedatangan penjajah lagi. Dan kenyataan itu tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada orang lain. Malahan inilah sebenarnya kunci kepada keamanaan dan kestabilan Negara. Di manamana pun penduduk asal perlu berasa aman dan selamat kerana jika tidak, mereka akan bertindak di luar batasan dan mengancam ketenteraman. Sejarah yang ditunjangi oleh Islam itu tidak diganggu oleh perlembagaan. Sebab itu kita sering mengatakan bahawa sebahagian daripada kandungan perlembagaan adalah penerusan sejarah. Dan orang bukan Islam tidak harus gusar dengan kenyataan ini kerana hak-hak mereka sendiri juga berdasarkan kepada sejarah. Dengan kata lain kedua-dua pihak, umat Islam dan golongan bukan Islam perlu menerima sejarah. ISLAM DAN KERANGKA PERLEMBAGAAN Selain peruntukan yang ada di dalam perlembagaan sekarang kita harus melihat laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih kerana dokumen-dokumen ini membuat beberapa penjelasan tentang peruntukanperuntukan perlembagaan sekarang. Bagaimanapun penting untuk ditekankan bahawa kedua-duanya tidak membuat sebarang perakuan penting mengenai kedudukan Islam. Kertas Putih umpamanya menyebut sifat sekular negara ini tanpa membuat huraian lanjut. Bagaimanapun kedudukan keseluruhan perlembagaan tidak selaras dengan sifat yang didakwa oleh Kertas Putih itu. Peruntukan mengenai Islam tidak banyak; tetapi pengaruh Islam meresap ke seluruh sistem berkenaan. Islam mempunyai peranan dan pengaruh dalam peruntukan mengenai Raja-Raja, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa Melayu. Dan meskipun jumlah peruntukan ini tidak banyak; kedudukannya begitu kukuh kerana ia tidak boleh dipinda atau dimansuhkan tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Selain itu pembuatan undang-undang dan pentadbiran negara dipengaruhi oleh nilai dan kehendak masyarakat Islam. Sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi Islam mempunyai kedudukan yang penting di dalam masyarakat. Jadi meskipun perlembagaan tidak menyebut batasan ini secara hitam putih kenyataan dalam masyarakat mengisyaratkan bahawa parlimen tidak boleh berbuat sesuka hati. Isu pertama yang perlu ditangani di dalam wacana mengenai Islam di Malaysia ialah kedudukan Islam di tengah-tengah struktur yang perlembagaan menjadi 'undang-undang tertinggi'nya sebagaimana yang dizahirkan oleh Perkara 4(1). Apa kesan peruntukan ini terhadap kedudukan Islam? Sebelum ini sering dikatakan bahawa peruntukan di bawah Perkara 4(1) itu menidakkan atau mengkesampingkan kedudukan Islam. Bagaimanapun pandangan ini agak simplistik dan tidak melihat keadaan dan sifat masyarakat kita. Pandangan ini juga melihat perlembagaan sebagai sesuatu yang lain daripada Islam. Bagi penulis perlembagaan dan Islam tidak semestinya dua perkara yang berbeza. Ini kerana, sebagaimana yang akan ditunjukkan di bawah Islam boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada perlembagaan itu sendiri. Sekiranya kandungan Islam di dalam perlembagaan ditambah atau kedudukan yang ada sekarang ini dilaksanakan maka Islam, dalam keadaan-keadaan tertentu, akan menduduki tempat teratas dan menjadi f aktor penentu. Melihat kepada landskap politik semasa adalah tidak viable untuk meminta Perkara 4(1) dipinda; umpamanya dengan memasukkan perkataan Islam atau Al-Qur'an dan Sunnah ke dalam Perkara 4(1). Lagipun pindaan sedemikian tidak akan mengislamkan seluruh sistem dengan sekelip mata. Dan kita boleh menyebut betapa negara-negara lain yang telah mengambil pendekatan sedemikian tidak menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Dalam pada itu pendekatan ini juga boleh membahayakan banyak kes yang melibatkan kedudukan Islam. Dengan demikian adalah lebih baik untuk kita menghujah bahawa Islam adalah sebahagian daripada perlembagaan. Baru-baru ini Ketua Hakim Negara ada menyatakan bahawa apa-apa yang tidak bertentangan dengan Islam adalah Islam. Ini sebenarnya bukan perkara baru. Dalam konteks perlembagaan, ini boleh diterima. Dengan demikian pelaksanaan melalui kerangka yang ada; termasuk menggunakan parlimen, kabinet dan mahkamah yang sedia ada merupakan pendekatan yang paling sesuai di dalam konteks masyarakat hari ini. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini kita boleh menggunakan sistem yang ada sekarang sekiranya penyesuaian yang perlu dibuat. Dengan kata lain kita tidak harus merobohkan sistem yang ada.

PERUNTUKAN MENGENAI ISLAM

14

Secara langsung ada beberapa peruntukan sahaja yang menyentuh tentang Islam dan umat Islam, terutamanya Perkara 3(1), 11,12(2), 121(1A) dan juga Jadual Kesembilan. Peruntukan-peruntukan lain yang perlu diambilkira termasuklah Perkara 10(4), Perkara 150(6A) dan 159(5). Perkara 3(1) mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Ini menarik kerana ia seolah-olah memberi isyarat bahawa Persekutuan Malaysia mempunyai agama dan dengan demikian negara mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan Islam. Turut menarik untuk disebutkan ialah sumpah jawatan Yang diPertuan Agong - yang meskipun tidak diberikan kedudukan sebagai ketua agama persekutuan - yang diberi tanggung jawab melaksanakan Islam. Peruntukan mengenai kebebasan beragama di bawah Perkara 11 jelas sempit dan meletakkan Islam sebagai faktor penting. Ini jelas jika kita lihat fasal (4) yang membataskan ruang lingkup kebebasan agama-agama lain. Batasan ini jelas tidak dikenakan kepada Islam. Perkara 12(2) memberi kebenaran kepada penggunaan wang awam di dalam pelaksanaan Islam. Sementara itu Perkara 121(1A) melindungi kedudukan dan bidangkuasa mahkamah syariah dari mahkamah sivil. Jadual Kesembilan umumnya menyediakan asas bagi pelaksanaan sebahagian daripada tuntutan Islam; sama ada yang disebut dengan jelas atau pun di bawah prinsip siasah syari 'iyyah.

Tiga peruntukan yang dinyatakan di atas -10(4), 150(6A) dan 159(5) - memberi perlindungan kepada Islam kerana melalui peruntukan-peruntukan ini Islam tidak boleh digantung atau dimansuhkan, baik melalui pindaan biasa atau pun melalui darurat. Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenang atas nama kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Walaupun secara umumnya setiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri ruang lingkup dan kesannya perlu diteliti dengan melihatnya secara keseluruhan; ia tidak boleh dilihat secara serpihan. Ini kerana perlembagaan adalah sebuah dokumen yang perlu dilihat secara total. Dengan demikian meskipun setiap peruntukan secara umumnya berdiri sendiri ia tidak boleh dibaca secara bersendirian. Inilah yang perlu ditekankan di dalam debat mengenai hak kebebasan beragama sekarang. Selain itu peruntukan berkenaan juga perlu difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya jika konteks yang khusus ini tidak dinafikan oleh perlembagaan. Selain peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas kita tidak boleh mengabaikan peruntukan-peruntukan di dalam perlembagaan-perlembagaan negeri yang turut menunjukkan pengaruh dan kandungan Islam. Di negeri-negeri Melayu -yakni Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor ini amat jelas di dalam soal kelayakan dan perlucutan sultan, waris takhta dan seumpamanya. KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN KESANNYA Ada beberapa keputusan mahkamah yang penting, termasuk yang menghambat peruntukan mengenai Islam, untuk dibincangkan di sini. Di bawah sistem kita mahkamah penting di dalam menjelaskan peruntukan perlembagaan. Walaupun penjelasan ini kadangkala salah mahkamah adalah institusi yang diberikan peranan berbuat demikian. Setengah pihak menghujah perlunya ditubuhkan sebuah

15

mahkamah perlembagaan. Tetapi dalam tempoh terdekat ini tidak kelihatan akanberlaku. Kes yang paling kerap disebut ialah kes Che Omar bin Che Soh (1988) di mana mahkamah mengatakan bahawa Islam di dalam perlembagaan merangkum soal-soal ritual sahaja. Kes ini dikatakan memberi penjelasan kepada Perkara 3(1), Bagaimanapun L.A. Sheridan mengulas bahawa kes Che Omar bin Che Soh tidak mengatakan apa-apa tentang "Islam sebagai agama persekutuan" kerana kes ini cuma menafikan hujah bahawa Perkara 3(1) boleh digunakan untuk menjadi piawai undang-undang kita. Dengan kata lain kita tidak boleh menggunakan peruntukan ini untuk menentukan bahawa sesuatu undang-undang itu sah atau sebaliknya. Tetapi prinsip ini sebenarnya tidaklah terlalu serius dalam menafikan kedudukan Islam kerana di dalam sistem yang ada sekarang kita tidak menggunakan sebarang sistem nilai untuk menguji sama ada sesuatu undang-undang itu sah atau sebaliknya. Banyak kes-kes yang menandakan pendekatan ini; sebagaimana yang kelihatan dalam kes-kes seperti Che Ani bin Itam (1984) dan yang terbaru Beatrice Fernandez (2005). Dalam pada itu ada perkembangan yang menarik di peringkat mahkamah tinggi apabila ada hakim yang membuat penegasan tentang kedudukan penting Islam di bawah Perkara 3(1). Ini kelihatan dalam kes-kes seperti Meor Atiqulrahman (2000) dan Lina Joy (2004). Yang menarik ialah meskipun keputusan dirubah di mahkamah yang diatasnya penegasan mengenai Perkara 3(1) tidak diusik dan penulis berpendapat ia kekal dan harus diperkukuhkan oleh hakim-hakim lain di masa akan datang.

Perkara 3(1), meskipun di atas tadi disebutkan keunikannya, hanya memberikan karakter kepada negara. Dengan demikian kita tidak seharusnya mengharapkan bahawa peruntukan ini memikul beban yang sebegini berat. Penulis berpendapat bahawa pelaksanaan Islam harus dilaksanakan secara sistematik dan tersusun; dengan kefahaman dan kesedaran di kalangan rakyat. la tidak harus dipaksakan dan dibuat secara tergesa-gesa.

Dalam pada itu keputusan-keputusan mahkamah mengenai kebebasan beragama tidak menunjukkan kefahaman hakim-hakim tentang ruang lingkup Perkara 11. Inilah yang kita lihat dalam kes-kes seperti Jamaluddin bin Othman (1989), Hajah Halimatussaadiah dan juga Meor Atiqulrahman (2006). Ada kes-kes yang member! penegasan yang menguntungkan Islam dan umat Islam seperti Daud Mamat (2000). Tetapi ini tidak mewakili aliran umum dan hanya terbatas di mahkamah tinggi sahaja. KONTROVERSI: KESAN DAN SIGNIFIKANNYA Kontroversi seperti yang berlaku di dalam kes Moorthy@Mohamed Abdullah memberi gambaran yang mengelirukan dan tidak benar. Di dalam kes ini mahkamah syariah hanya menjalankan kuasa yang telah diletakkan di tangannya; ia tidak menzalimi orang bukan Islam. Di dalam negara seperti Malaysia orang memeluk Mam adalah biasa. Apa yang penting ia tidak dipaksa. Mereka juga tidak ditekan untuk menerima Islam.

16

Soal-soal lain seperti kontroversi ekoran cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), kegiatan kumpulan Article 11 sebenarnya mengeruhkan keadaan. Kumpulan ini, meskipun mereka menafikannya, membawa implikasi yang negatif kepada kedudukan di dalam perlembagaan. Mereka seharusnya diperingatkan dan jika terus berdegil perlu dikenakan tindakan yang sepatutnya. Isu-isu ini menarik kerana sebelum ini kebanyakan konflik berkisar kepada soal perkauman. Bagaimanapun jika kita melihat insiden Natrah pada 1950an semacam ada konsistensi di mana orang-orang Melayu tegas dan tidak berkompromi dalam soal-soal agama dan ini nampaknya masih kelihatan sehingga hari ini. Walau apapun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan yang cuba menubuhkan IFC dan Article 11 sebenarnya menandakan bahawa ada kelemahan di pihak institusi-institusi tertentu. Kelemahan ini digunakan untuk menunjukkan apa yang mereka dakwa sebagai ketidakadilan yang dibawa oleh pentadbiran Islam di negara ini dll. Insiden ini harus dijadikan iktibar: mereka yang diberikan tanggung jawab di bawah perlembagaan perlu melihat prestasi dan diri mereka. Tuntutan-tunrutan itu juga menandakan kelemahan dalaman umat Islam sendiri; khususnya kualiti umat itu sendiri. Dengan demikian umat Islam perlu bekerja keras; mengutamakan isi dari kulit dan rupa luaran. Setakat ini memang ada penekanan kepada soal ini sebagaimana yang kelihatan dalam slogan personaliti unggul dan juga modal insan di bawah RMK9. Tetapi kita masih belum melihat dasar-dasar yang jelas dan konsisten untuk mengisi slogan dan retorik itu.

PENUTUP Walaupun ada peruntukan mengenai Islam di dalam perlembangaan umat Islam perlu mandiri; mereka perlu kukuh dan tidak terlalu mengharap bantuan dan dokongan kerajaan. Inilah sebenarnya yang lebih penting kerana walaupun undangundang penting apa yang lebih kritikal ialah pelaksanaan dan isinya. Isu murtad yang hangat diperkatakan sekarang tidak akan berlaku jika umat Islam mengamalkan ajaran Islam. Isu ini menunjukkan perlembagaan tidak menjamin hidup mati kita: perlembagaan perlu diisi dan dilaksanakan. Makna dan ruang lingkup peruntukan-peruntukan yang ada, walaupun tidak ditentukan, boleh dipengaruhi oleh mood dan setimen semasa. Perlembagaan akan menjadi Islam atau lebih Islam jika umat Islam mengamalkan Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat lain di negara ini. Dengan demikian kita tidak harus memikirkan soal menambah atau meminda peruntukan yang ada. Selain tidak mempunyai kuasa politik yang mencukupi kita juga melihat masalah yang kita hadapi berpunca dari kegagalan melaksanakan peruntukan yang ada. Masalah kita hari ini bukan kerana tidak ada peruntukan undang-undang. Ini cukup jelas dalam soal undang-undang pengawalan penyebaran agama lain kepada orang Islam sebagaimana yang dibolehkan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

17

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA PERKARA 3 HINGGA 13 PERKARA 3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN. (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. (3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu. (4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. (5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam. PERKARA 4. UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN. (1) Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu. PERKARA 5. KEBEBASAN DIRI. (1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. (2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu di bawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya. (3) Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebabsebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu. (4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan

18

selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu: (i) Dengan syarat bahawa Fasal ini tidak boleh dipakai bagi apa-apa tangkapan atau tahanan yang dilakukan terhadap mana-mana orang di bawah Undang-undang yang ada yang berkaitan dengan kediaman terhad, dan semua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan sebagai telah menjadi sebahagian integral Perkara ini mulai dari Hari Merdeka; (ii) Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang selain daripada seorang warganegara yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataanperkataan ""tanpa kelengahan yang tak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan-perkataan "dalam tempoh empat belas hari": (iii) Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam Fasal ini mengenai seorang majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan Syariah. *** Perkara 5, Fasal (3) dan (4) tidak dipakai terhadap orang dari negara musuh. PERKARA 6. KEABDIAN DAN KERJA PAKSA DILARANG. (1) Tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi. (2) Segala jenis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara. (3) Kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini. (4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada tugastugas mana-mana pihakberkuasa awam adalah dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam lain bagi maksud membolehkan tugas-tugas itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang pertama tersebut itu adalah diwajibkan berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua tersebut itu, dan perkhidmatan mereka dengan pihakberkuasa awam yang kedua tersebut itu tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini, dan tiada seseorang pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihakberkuasa awam yang pertama tersebut itu atau daripada pihakberkuasa awam yang kedua tersebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya. PERKARA 7. PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH YANG BERKUATKUASA KEBELAKANGAN DAN PEMBICARAAN BERULANG. (1) Tiada sesiapa pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan dan kerana sesuatu kesalahan tiada sesiapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan. (2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu juga kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan pembicaraan semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang telah membebas atau mensabitkannya itu.

19

PERKARA 8. SAMA RATA. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. (2) Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apaapa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan. (3) Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi manamana Negeri. (4) Tiada sesuatu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidangkuasa pihak berkuasa itu. (5) Perkara ini tidak membatal atau melarang (a) apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan mengenai undang-undang diri; (b) apa-apa peruntukan atau amalan yang menghadkan jawatan atau pekerjaan berhubung dengan hal-ehwal sesuatu ugama, atau sesuatu yayasan yang diurus oleh sesuatu kumpulan yang menganuti apa-apa ugama, kepada orang-orang yang menganuti ugama itu; (c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang-orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk merezabkan tanah) atau merezabkan bagi orangorang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan; (d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai satu kelayakan untuk pilihanraya atau perlantikan bagi mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidangkuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau untuk mengundi dalam pilihanraya itu; (e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang berkuatkuasa atau yang bersamaan dengan peruntukan yang berkuatkuasa sebelum sahaja Hari Merdeka; (f) apa-apa peruntukan yang menghadkan kemasukan berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu kepada orang Melayu. PERKARA 9. LARANGAN BUANGAN NEGERI, DAN KEBEBASAN BERGERAK. (1) Tiada seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam Persekutuan. (2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. (3) Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding

20

dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin. PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4); (a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran; (b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata; (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan; (2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan: (a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan; (b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, atau ketenteraman awam; (c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak. (3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran. (4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. PERKARA 11. KEBEBASAN UGAMA. (1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya. (2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri. (3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak -

21

(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri; (b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan (c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam. (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. PERKARA 12. HAK-HAK BERKENAAN DENGAN PELAJARAN. (1) Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap manamana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir (a) Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang disenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, tentang kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran; atau (b) Tentang memperuntukkan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak berkuasa awam untuk menanggung murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajaran (sama ada disenggara atau tidak disenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam dan sama ada dalam atau luar Persekutuan). (2) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu. (3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri. (4) Bagi maksud Fasal (3), ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. PERKARA 13. HAK TERHADAP HARTA. (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

22

Latarbelakang Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang-undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985. Rasional Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh." Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia.Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungJawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negar seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai. Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahkankepada individu-individu dan komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat.Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilaiIslam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya

23

akan terus mempertikaikan perkara ini. Walau bagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara. AlQuran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara. Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilainilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah,penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin,mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain. OBJEKTIF Objektif dasar ini adalah seperti berikut: i. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah,beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. ii. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'. iii. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. iv. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.Nilai-nilai Islam Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:  Amanah;  Bersih;  Tanggungjawab;  Berdisiplin;  Ikhlas;  Bekerjasama;  Dedikasi;  Berbudi Mulia; dan  Sederhana;  Bersyukur.  Tekun; Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara. Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam. Amanah • Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

24



Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. • Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas. • Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja. • Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan. Tanggungjawab o Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadapTuhan, di samping pekerjaan dan majikan o Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur. o Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan. o Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas. o Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.Ikhlas o Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia; o Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya. o Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah. Dedikasi o Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada. o Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan. o Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas. o Sedia memulakan pembaikan. o Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian. Sederhana o Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas; o Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar. o Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja; o Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya;dan o Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang. Tekun o Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan. o Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi. o Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja. o Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya. o Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang. Bersih o Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian. o Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup; o Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas. o Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan. o Berkhidmat demi kebajikan semata-mata. o Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. Berdisiplin o Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;

25

o Menilai tinggi masa dan janji; o Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan o Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Bekerjasama o Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja o Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama. o Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi; o Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama. o Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi. o mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara. Berbudi Mulia o Bermanis muka sepanjang masa. o Bertimbang rasa dan bertolak-ansur. o Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat. o Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat. Bersyukur o Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat. o Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih. o Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian. o Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat. o Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia. o Berkhidmat sebagai ibadah. o Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama. o Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang- undang dan sebagainya. Strategi Pelaksanaan Strategi utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah seperti berikut: •



Sebagai permulaan dasar ini adalah ditumpukan kepada anggota perkhidmatan awam. Pemilihan ini bukanlah bererti bahawa Kerajaan mengenepikan pihak-pihak yang lain, malah membuktikan kesedaran pemimpin negara ini bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera yang melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa sejajar dengan harapan rakyat dan negara; danIslam mengakui betapa pentingnya pentadbiran oleh sebab sebarang reformasi dalam sesebuah masyarakat tidak akan terlaksana sekiranya jentera pentadbiran tidak dikemaskinikan serta dibentukkan berdasarkan nilai-nilai yang positif. Kejayaan bagi sesebuah masyarakat akan dapat dilihat apabila jentera pentadbirannya baik dan mampu bertindak terhadap keburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya. Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan anggota Kerajaan telah dilakukan melalui penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan persuasion atau pujukan. Paksaan dan tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan.

26

Pencapaian Pencapaian dan Masalah Pelaksanaan Buat masa ini belum dapat dipastikan tahap pencapaian dasar ini dan kajian sistematik juga belum dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.Terdapat dua sebab utama yang mengakibatkan keadaan di atas. Pertama, dasar ini baharu sangat diperkenalkan. Walaupun perbincangan umum mengenai penerapan nilai-nilai Islam telah lama wujud tetapi dasar mengenai dalam bentuk yang boleh dikatakan konkrit hanya setelah teredarnya buku kecil Siri 2 yang di rujukkan. Kedua, dasar ini pada hakikatnya bertujuan mengubah atau mengukuhkan nilai-nilai hidup manusia. Lazimnya tujuan seperti ini sukar dicapai dalam jangkamasa yang pendek lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mempunyai nilai-nilai hidup lain yang telah sebati dengan jiwa mereka. Dalam keadaan begini, masa yang lama diperlukan untuk membantu usaha melaksanakan dasar ini secara perlahan-lahan. Penutup Dasar ini bergantung kepada beberapa faktor untuk kejayaannya. Antaranya termasuklah political will, peruntukan kewangan yang cukup, jentera pelaksanaan yang sesuai dan cekap, dan kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. Sekiranya faktor-taktor ini tidak wujud sekaligus dan saling membantu, sukar baginya untuk berjaya. Tetapi kesukaran ini tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan pelaksanaan dasar ini, sebaliknya langkah-langkah mesti dicari untuk menjayakannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin di semua peringkat untuk mengambil langkah- langkah yang wajar bagi melaksanakannya, dan setiap individu yang menyedari akan kepentingan nilai-nilai ini pula perlu menghayatinya dengan sepenuh hati sejajar dengan tanggungjawab kepada agama, nusa dan bangsa.

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA Oleh:

Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan adakali perkataan "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan di terjemahkan salah sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan". Apa yang dimaksudkan dan apa kesan peruntukan ini? Jika kita lihat kepada sejarah mengenai peruntukan ini kita dapati Suruhanjaya Reid yang diberi tugas mencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak cadangan memasukkan peruntukan mengenai "Islam sebagai agama Persekutuan" itu. Dalam Laporan mereka di perenggan 169 mereka berkata maksudnya – "Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalam Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telah dipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu dimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam. Dalam memorandum yang dikemukakan oleh Perikatan telah disebut agama Persekutuan hendaklah Islam. Peruntukan prinsip ini tidak akan mengenakan apa-apa hilang upaya keatas rakyat bukan Islam menganuti dan mengamalkan ugama mereka sendiri dan tidak membayangkan bahawa negara bukan negara sekular. Tidak terdapat apa-apa dalam draf Perlembagaan itu yang menyentuh penerusan keadaan dalam negerinegeri mengenai periktirafan Islam atau yang menghalang pengiktirafan Islam dalam Persekutuan melalui perundangan atau cara-cara lain dalam apa-apa keadaan yang tidak memudharatkan hak-hak sivil individu bukan Islam. Majoriti kami berpendapat

27

ada paling baik meninggalkan perkara itu atas dasar itu, memandang kepada kenyataan bahawa peguam bagi Raja-raja telah berkata kepada kami "Adalah pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha Mulia bahawa tidak dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang dicadangkan bahawa ajaran agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama yang ditetapkan bagi Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong perisytiharaan seperti itu dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana saya tidak banyak terlibat". Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau Hakim Abdul Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang dibuat oleh Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan seperti itu telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah memindahkannya dari Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan. Soalan yang timbul apa sebabnya Perikatan dalam cadangannya mengatakan peruntukan tidak bermakna negara bukan negara sekular. Sayugia diingati bahawa cadangan itu dibuat oleh Perikatan iaitu gabungan antara parti UMNO dan parti bukan Melayu dan Islam yang bergabung dengan UMNO. Mungkin pada masa itu Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan ahli-ahli UMNO berpendapat supaya tidak menjejaskan perpaduan antara parti-parti itu tidaklah perlu menyebutkan negara sebagai negara Islam. Dari segi maslahah adalah baiknya untuk perpaduan partiparti itu hanya menyebutkan Islam sebagai ugama Persekutuan. Walaubagaimana pun tidak disebut dalam Perlembagaan bahawa negara adalah negara sekular (seperti disebutkan di India umpamanya) dan oleh kerana itu tidak ada halangan dihujjahkan kemudian bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, ini membolehkan ajaran Islam dimasukkan dan diterapkan dalam politik negara, apabila masanya sesuai. Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di Perkara 3 bolehlah dihujjahkan bahawa apa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan", orangorang bukan Islam mendakwa bukan sahaja mereka diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka akan tetapi cara hidup mereka. Mereka tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka dan lebih suka mengikut undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki di beri kepada perkataan "ugama" oteh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagilah orangorang Islam berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai agama Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam. Telah ada beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekat pengembangan ugama-ugama lain antara orang-orang Islam akan tetapi sayangnya ada beberapa negeri yang belum lagi mengadakan undang- undang itu termasuk Wilayah -wilayah Persekutuan. Jika kita merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah di Malaysia ada terdapat beberapa kes yang lama yang memberi makna yang sempit kepada

28

perkataan "Islam ialah ugama bagi Persekutuan". Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu ialah hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memilik senjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal. Dihujjahkan bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, hukuman mati mandatori yang dikenakan kepada kesalahan itu, yang bukan kesalahan "hudud" atau "qisas" mengikut undang-undang Islam, adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu tidak sah mengikut Perlembagaan. Sungguhpun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara pada masa itu, apabila memberi penghakiman telah berkata tidak syak Islam bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahaja bahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan manusia, sama ada peribadi atau umum, mengenai perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan cara mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanya berpandu kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabi s.a.w. akan tetapi beliau bertanya adakah itu makna Islam yang dimaksud oleh pengubal Perlembagaan itu? Beliau telah kembali merujuk kepada sejarah kemasukan British di Malaysia sebagai penjajah yang mana mereka telah membahagikan agama kepada dua jenis, satu dari segi peribadi dan satu dari segi awam. Dalam semua perkara awam termasuk undang-undang pentadbiran dan kehakiman, mereka telah mengenepikan Islam dan mengikut cara yang sekular. Oleh kerana itu hanya undangundang Islam mengenai keluarga dan warisan telah dibenarkan dikenakan dan itu pun hanya kepada orang-orang Islam. Hasil dari masa penjajah British itu, undangundang Islam telah diasingkan dalam lingkungan yang sempit mengenai undangundang perkahwinan, perceraian dan warisan. Inilah makna "Islam" yang dimaksudkan oleh pengubal Perlembagaan itu. Oleh kerana itu Perkara 3 Perlembagaan itu tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk mengatakan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya atau mana-mana kesalahan lain tidak sah kerana berlawanan dengan Islam dan oleh kerana itu berlawanan dengan Perlembagaan itu .Sayangnya yang arif Hakim itu telah menunjukkan bahawa beliau masih terikat dengan konsep penjajah dan tidak menimbangkan bahawa Malaysia telah Merdeka dan tidak lagi di bawah kuasa penjajah itu. Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adi seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan "Semua orang-orang berhak menganut dan mengamal ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) menyebarkannya". Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid Ketua Hakim Negara pada masa itu telah merujuk kepada Perlembagaan Malaysia dan khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan juga pada pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu Suruhanjaya Reid tidak menyokong diadakan peruntukan seperti Perkara 3 akan Hakim yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan kita digubal dan diisytiharkan." Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang memperuntukkan(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

29

(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya. Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenai pengajaran ugama di sekolah, Hakim yang arif itu telah menggunakan fasal itu untuk memutuskan seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang yang belum dewasa. Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu oleh kerana pada masa itu gadis itu telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun. Keputusannya ialah dianggap obiter dicta atau pandangan sahaja, akan tetapi sayangnya ia telah diterima pakai dalam undang-undang di Malaysia. Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1 MLJ418 mengikut faktanya Jamaludin seorang asalnya melayu dan berugama Islam telah memeluk agama Christian dan telah cuba memasukkan orang-orang Melayu ke agama Christian dan telah berjaya memasukkan enam orang Melayu ke agama Christian. Dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri, dan telah merayu kepada Mahkamah. Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah Agong juga telah ditolak. Di dua-dua Mahkamah itu hakimhakimnya menegaskan hak orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya. Sayangnya mahkamah-mahkamah itu tidak sentuh sama ada orang itu berhak menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut kes India Rev. Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977 S.C. 908 telah menyebut hak menyebarkan agama tidak termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang itu kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang lain kepada agamanya, dan bukan hanya berusaha menyampaikan atau menyebarkan ajaran agama itu, ini akan menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu. Pada tahun 1988 Perkara 121 perlembagaan Persekutuan telah dipindahkan dengan menyebut di fasal (1 A) maksudnya Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pada masa dahulu sebelum pindaan itu dibuat terdapat banyak kes dimana Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah mengubah keputusan yang telah dibuat diMahkamah Syariah. Satu kesan yang terbesar yang diperolehi dari pindaan itu ialah mengelakkan percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi seperti yang terdapat di dalam beberapa kes terdahulunya. Umpamanya di dalam kes Myriam v Ariff [1971] 1 MLJ 275 di mana perceraian telah diadakan di hadapan Qadi dan Qadi Yang Ariff telah mencatatkan perintah atas persetujuan kedua-dua pihak memberi hak jagaan anak dari perkahwinan itu iaitu seorang anak perempuan berumur 8 tahun dan seorang anak lelaki berumur 3 tahun kepada bapa mereka. Ibu mereka kemudiannya telah berkahwin dengan lelaki yang bukan muhrim kepada anak itu dan ia menuntut hak jagaan anak itu. Abdul Hamid H, pada masa itu, memutuskan bahawa perintah yang dibuat oleh Qadi itu tidak menghalang pihak menuntut iaitu ibu anak itu membuat perrmohonan kepada Mahkamah Tinggi. Beliau merujuk kepada seksyen 45 (6) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Selangor, 1952,yang memperuntukkan: "Tiada apa-apa yang terdapat di dalam enakmen ini akan menganggu bidangkuasa Mahkamah Sivil dan apabila terdapat perbezaan atau percanggahan antara keputusan Mahkamah Qadi Besar atau seorang Qadi dengan keputusan Mahkamah Sivil, yang bertindak di dalam bidangkuasanya, keputusan Mahkamah Sivil adalah mengatasi."

30

Di dalam kes itu Hakim Yang Ariff memutuskan Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa di bawah Guardianship of Infants Act 1961, yang telah diterima oleh Dewan Undangan Selangor dengan syarat bahawa tiada apa-apa di dalam Akta itu yang berlawanan dengan agama Islam atau adat Melayu boleh dikenakan kepada seorang di bawah umur lapan belas tahun yang menganuti ugama Islam. Beliau juga memutuskan bahawa Akta itu tidak bercanggah dengan ugama Islam atau adat Melayu dan oleh kerana itu boleh dikenakan kepada orang-orang yang menganuti ugama Islam. Hakim Yang Ariff ada membuat rujukan kepada undang-undang Islam yang beliau berkata memperuntukkan antara lain bahawa "seseorang perempuan yang berhak mendapat hak jagaan seorang kanak-kanak lelaki atau perempuan adalah hilang haknya jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana seorang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, semasa perkahwinan itu wujud." Walau bagaimanapun beliau berkata "Saya berpendapat bahawa mahkamah terhalang membuat perintah bagi hak jagaan memberi anak itu kepada seorang ibu atau bapanya jika kebajikan anak itu memerlukan demikian." Sebelum itu beliau telah berkata "Di dalam usaha saya menghasilkan keadilan saya becadang menggunakan budibicara saya dan memberi perhatian pertama kepada kebajikan kanak-kanak itu. Dengan membuat demikian bukanlah niat saya mengenepikan agama dan adat pihak- pihak yang berkenaan atau kaedahkaedah di bawah agama Islam, akan tetapi itu tidak semestinya bermakna mahkamah hendak mematuhi dengan tegasnya kepada kaedah-kaedah yang diperuntukkan oleh agama Islam. Mahkamah pada pendapat saya tidak dilucutkan kuasa Budibicaranya." Akhirya Hakim Yang Ariff itu telah memberi hak jagaan anak lelaki yang kecil kepada ibunya dan hak jagaan anak perempuan yang besar itu kepada bapanya. Undang-undang di beberapa negeri Melayu mengenai hakjagaan kanak- kanak telah dikanunkan di dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam akan tetapi telah terdapat dua aliran. Mahkamah Syariah membuat keputusan atas asas Undangundang Islam akan tetapi apabila permohonan dibuat ke Mahkamah Sivil keputusankeputusan Mahkamah Syariah itu tidak diikuti bahkan adakala diketepikan dan keskes itu diputuskan berpandu kepada Akta Penjagaan kanak-kanak, 1961. Apa yang lebih tidak memuaskan dalam perkara ini ialah sungguhpun Akta Penjagaan kanakkanak itu dikenakan kepada orang-orang Islam peruntukan yang lebih meluas dan dekat kepada undang-undang Islam yang terdapat di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1876 tidak dikenakan kepada orangorang Islam. Di dalam kes Commissionerfor Religious Affairs, Terengganu & Ors v Tengku Mariam [1969] 1 MLJ 110 Mahkamah Tinggi diminta memutuskan sama ada wakaf yang dibuat oleh Tengku Chik untuk faedah keluarganya sah atau tidak. Perkara itu telah sebelum itu dirujuk kepada Mufti yang telah mengeluarkan fatwa mengesahkan wakaf itu. Akan tetapi Hakim Yang Ariff di Mahkamah Tinggi telah tidak menghiraukan fatwa itu. Hakim itu berkata "Saya telah banyak benar menimbangkan perkara ini dan berpendapat bahawa jikalau mahkamah ini pun sendiri yang meminta fatwa itu, mahkamah ini mempunyai budibicara yang tidak terhad mengenai setakat mana ia menerima fatwa itu dan boleh enggan mengikat dirinya dengan fatwa itu. Saya tidak terdapat apa-apa

31

didalam Enakmen itu yang menyentuh kuasa mahkamah itu menghuraikan Undangundang Islam dan saya bercadang menggunakan kuasa itu. Undang-undang Islam yang dihuraikan oleh Hakim Yang Ariff itu berdasarkan kepada dua keputusan Privy Council, kes Abdul Fata Mohamed Ishak v Rasamava Dhur Chowdhurv (1894) L.R. 22 1A76 dan Fatimah binti Mohamad lwn Salim Bahshuwen [1952] A.C. 1. Hakim Yang Ariff di dalam kes Tengku Mariam itu telah memutuskan ia terikat dengan keputusan- keputusan Privy Council itu dan terpaksa memutuskan wakaf itu tidak sah. Rujukan tidak dibuat kepada peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Terengganu, 1955 yang membezakan antara wakaf am dan wakaf khas, atau kepada Undang-Undang Islam yang terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kitab-kitab ulama Islam. Apabila rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan (Lihat [1970] 1 MLJ 222), majoriti Mahkamah itu telah memutuskan bahawa pihak-pihak di dalam kes itu telah terhalang dari mencabar kesahan wakaf itu oleh kerana mereka telah pun bersetuju mengikut fatwa Mufti di dalam kes itu. Majoriti hakim itu walau bagaimanapun berpendapat seperti yang disebut oleh Suffian, Hakim Persekutuan, pada masa itu "bahawa atas autoriti keputusan-keputusan Privy Council itu yang disebutkan kepada kami, Hakim Yang Ariff yang membicarakan kes itu terikat dan juga kami terikat untuk memutuskan bahawa wakaf itu tidak sah, walaupun terdapat fatwa Mufti sebaliknya.: Hakim Ali yang memberi keputusan tidak bersetuju berpendapat bahawa pihak-pihak di dalam kes itu terikat dengan fatwa itu. Beliau berkata "Subseksyen itu (Seksyen 21(3) Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam, 1955) adalah sekatan perundangan terhadap apa-apa persoalan selanjutnya mengenai kesahan wakaf itu. 'Mahkamah tidak boleh tidak memberi pengiktirafan kepadanya. Tidak memperdulikannya bermakna mahkamah melampaui bidangkuasanya." Di dalam beberapa kes pula terdapat Mahkamah Tinggi telah tidak mengenakan undang-undang Islam kepada pihak-pihak yang berugama Islam akan tetapi mengenakan undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang Islam. Di dalam kes Ainan bin Mahmud vs Syed Abubakar [1939] MLJ 209 Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa seorang anak yang dilahir empat bulan selepas perkahwinan ibunya dengan seorang bernama Mahmud adalah anak sah taraf. Keputusan itu mengikut seksyen 112 Evidence Enactment akan tetapi jelaslah keputusan itu berlawanan dengan undang-undang Islam. Hakim di dalam kes itu berpendapat bahawa di dalam soal kesahtarafan anak mengenai orang-orang Islam, seksyen 112 Evidence Enactment terpakai dan menyingkirkan Undang-undang Islam. Sebaliknya jika perkara itu di bawa ke Mahkamah Syariah Undang-undang Islamlah yang dikenakan. Undang-undang itu telah baharu-baharu ini disebutkan dengan jelas di dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Di dalam kes Nafsiah vs Abdul Majid [ 1969] 2 MLJ 174 dan 175 pihak menuntut telah menuntut ganti rugi kerana mungkir janji perkahwinan dan ia telah mendakwa bahawa ganti rugi hendaklah ditambah oleh kerana ia telah dipujuk supaya mengadakan hubungan jenis dan akibatnya ia telah melahirkan seorang anak. Pihakpihak yang terlibat telah dituduh melakukan kesalahan di Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 149 Enakmen PentadbiranUndang-undang Islam, Melaka, 1959 dan telah dihukum. Pihak menuntut membawa tuntutannya di Mahkamah Awam. Hakim Sharina memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu dan beliau telah menerima tuntutan itu dan memberi $1200 sebagai ganti rugi. Hakim Yang Ariff itu berkata "Saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1959, bahawa Kathi besar mempunyai bidangkuasa ekslusif di

32

dalam semua perkara berhubung dengan atau yang timbul dari perkahwinan orangorang Islam. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dengan nyata memberi bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 24(a) dan 25(1) membicarakan perkara didalam kes ini, yang mana tidak lain dari tuntutan gantirugi dan kemungkiran janji perkahwinan. Bertambah pula seksyen 109 Ordinan Mahkamah, yang tidak dimansuhkan oleh Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, dengan terang memperuntukkan jika terdapat apa-apa perselisihan atau ketidakseimbangan antara peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah 1948 itu dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah itu, peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah, 1948,itu hendaklah mengatasi peruntukan lain itu. Sungguhpun benar Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, 1959, tidak berkuatkuasa pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah 1948 Mahkamah Tinggi tidak syak lagi mempunyai bidangkuasa menyelesaikan semua perkara berhubung dengan hak pihak-pihak yang hadir di hadapannya dan saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam mana-mana undang-undang dan tidak ada undang-undang yang dirujuk kepada saya, yang menyingkirkan bidangkuasa mahkamah ini." Rujukan tidak dibuat kepada Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, 1959, Melaka, yang membuat peruntukan khas bagi pertunangan orang-orang Islam. Oleh kerana perkara itu berhubung dengan perkahwinan orang-orang Islam yang diperuntukkan di dalam Enakmen khusus yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah, Mahkamah Awam hendaklah sebaik-baiknya memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidangkuasa di dalam perkara itu. Tuntutan mendapat gantirugi kerana mungkirjanji perkahwinan telah dihapuskan di England dengan adanya Law Reform (Miscellaneous Provisions) Act, 1970, akan tetapi di Malaysia,Undang-Undang Inggeris yang lama masih diikuti dan dikenakan juga kepada orang Islam. Di dalam kes Roberts vs Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163 Raja Azlan Shah H. (pada masa itu) telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara undang-undang adat bukan perkara Undang-undang Islam. Kes itu telah diikuti oleh Salleh Abas, Hakim Besar, Malaya (pada masa itu) di dalam kes Boto' binte Taha v Jaafar bin Muhammad [ 1985 ] 2 MLJ 98 dimana beliau berkata bahawa harta sepencarian bukan bersandar kepada hukumm Islam akan tetapi bersandar kepada adat Melayu yang diamalkan oleh orang Melayu. Mahkamah Syariah juga mempunyai bidangkuasa menentukan pembahagian harta sepencarian dan Mahkamah itu diarahkan mengikut prinsip Hukum Syarak. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil untuk mencari asas harta sepencarian itu yang terdapat dalam Undang-Undang Islam. Sebaliknya usaha seperti itu telah pun dibuat oleh Mahkainah Syariah, sebagai contoh di dalam kes Zainuddin lwn Anita [ 1982] 4 J.H. 73 di Wilayah Persekutuan. Di dalam perkara harta wakaf terdapat banyak kes-kes yang lama dari Pulau Pinang dan Singapura yang memutuskan bahawa kesahan wakaf hendaklah diputuskan mengikut undang-undang Inggeris. Sebagai contoh di dalam kes Re Syed Shaik Alkaff [1923] 2 M.C. 38 telah diputuskan bahawa peruntukan harta yang dianggap oleh seorang Islam yang waras sebagai baik dan sah mengikut ugama Islam tidak semestinya diterima sebagai charitable di dalam pandangan undang-undang Inggeris dan penggunaan perkataan wakaf atau amur al-khaira tidak semestinya menunjukkan niat kebajikan am (general charitable intention). Oleh kerana itu peruntukan untuk membelanjakan baki harta itu untuk amur al-khaira (perkara kebajikan) di Terim, Mecca dan Medina mengikut budibicara wasi diputuskan tidak sah. Di dalam kes Re Alsagoffs Trust [1956] MLJ 244 peruntukkan wang sebagai hadiah kepada orang miskin yang membaca al-Quran di kubur si mati telah diputuskan tidak sah. Mahkamah Sivil terikat dengan seksyen 101 Akta Keterangan

33

1950 yang memperuntukan bahawa wasiat dan suratikatan amanah hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Inggeris. Di dalam kes-kes seperti kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, percanggahan antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul lagi kerana perkara-perkara itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidangkuasa di dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian ada juga terdapat undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan apa-apa keraguan. Antara undang-undang bertulis itu ialah:(a) Evidence Act, 150 Seksyen 112 Evidence Act, 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam. (b) Guardianship of Infants Act, 1961. Akta itu hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri di mana peruntukan telah dibuat untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam. (c) Trustees Act (Act 208) "Wakaf" hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust" di bawah Akta ini. Pindaan kepada Perlembagaan yang disebut itu boleh dikatakan telah memulihkan taraf Mahkamah Syariah dan ia tidaklah dipandang lebih rendah dari Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah telah dibebaskan daripada gangguan dari Mahkamah Sivil dan ia juga perlu dibebas dari kawalan Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri. Di dalam penyusunan semula hal ehwal pentadbiran agama Islam di negeri-negeri dibezakan dan diasingkan antarakuasa majlis AgamaIslam, Mufti dan mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diadakan di.tiga peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Rayuan boleh dibuat dari Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah. Di beberapa negeri juga telah diadakan undang-undang berasingan mengenai acara mal dan acara enayah dan undang-undang keterangan bagi Mahkamah Syariah. Langkah juga telah diambil untuk memberi latihan profesional kepada hakim-hakim di Mahkamah Syariah dengan adanya kursus Diploma Kehakiman Syariah. Setakat ini hakim-hakim yang bertugas di beberapa negeri telah diberi latihan itu dan telah dicadangkan juga mengadakan kursus dua tahun untuk siswazah dari Universiti tempatan dan luar negeri untuk membolehkan mereka menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Beberapa undangundang lain juga perlu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menjalankan kuasa tambahan yang telah diberi kepada mereka khususnya di dalam pentadbiran harta pesaka orang-orang Islam, yang dahulunya di bawah ke Mahkamah Sivil. Antara undang-undang yang perlu ialah undang-undang wasiat, undang-undang Pentadbiran Harta Berwasiat dan Tidak Berwasiat dan undang-undang wakaf. Oleh kerana undangundang Islam ditadbirkan di Mahkamah Syariah tiap-tiap negeri perlu juga diadakan undang-undang untuk penyampaian saman dan waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sebuah negeri di negeri lain dan juga untuk menguatkuasakan hukuman yang dibuat termasuk perintah membayar nafkah di suatu negeri di negeri-negeri lain. Bagi mengemaskan sistem pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk perlu juga diadakan penggunaan komputer untuk tiap-tiap negeri dan untuk keseluruhan Malaysia bagi pendaftaran

34

itu. Akhirya diharapkan boleh diadakan Mahkamah Rayuan Syariah untuk seluruh Malaysia dengan cara rayuan dari Mahkamah Tinggi dibuat kepada Yang di Pertuan Agung atau Raja di tiap-tiap negeri dan rayuan itu dirujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah di peringkat Persekutuan yang akan memberi nasihat kepada Ketua Agama Islam bagi negeri yang berkenaan. Bidangkuasa Mahkamah Syariah ialah mengenai perkara-perkara yang disebut dalam perenggan 1 kepada Jadual Kesembilan Senarai 2, Perlembagaan Persekutuan. Ini ialah Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganuti agama Islam termasuk Hukum syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, natkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf dan ta'rif serta pentadbiran mengenai amanah dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan ke semuanya sekali dalam Negeri, adat istiadat Melayu, Zakat, fitrah dan baitul-mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang aw.am untuk orang Islam; kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan; pertubuhan, organisasi dan prosedur mahkamah-mahkamah Syari'ah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahankesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan i'tikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam, menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan i'tikad dan adat isti’adat adat Melayu. Bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam. Oleh kerana itu Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa apabila mana-mana pihak yang terlibat bukan orang Islam. Umpamanya di dalam kes hakjagaan anak apabila ibu anak itu bukan orang Islam akan tetapi bapanya seorang Islam. kes itu boleh dibawa ke Mahkamah Sivil, dan diputuskan di situ. Di dalain Akta Membaharui Undang-Undang (perkahwinan dan Perceraian) Mahkamah Sivil diberi kuasa memberi perceraian apabila satu pihak kepada perkahwinan bukan secara Islam telah menganuti agama Islam dan pihak yang tidak ikut memeluk agama Islam membuat permohonan kepada mahkamah itu. Pada masa sekarang bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan- salahan setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Mengikut Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $ 1 000/- atau kedua-duanya. Bidangkuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta itu dan Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih $5000 atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu. Bidangkuasa ini masih rendah dari bidangkuasa Magistret Kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau gabungannya. Satu lagi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan), 1988 ialah kepada Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Dengan pindaan itu dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah sebutan-sebutan dalam fasal itu mengenai seorang magistret

35

hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim mahkamah Syariah. Oleh kerana itu jika seorang ditangkap bagi kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak dilepaskan orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim syariah dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa hakim syariah itu. Sekurang-kurangnya pindaan itu telah menyamakan kuasa hakim mahkamah Syariah dalam perkara itu dengan kuasa Magistret. Baru-baru ini dan selepas pindaan kepada Perkada 121 Perlembagaan itu ternampak perubahan sikap Mahkamah Sivil. Dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis, Bukit Mertajam [ 1982 ] 1 MLJ 1; [ 1982] 8 JH 306 perayu telah memohon deklarasi bahawa anak lelakinya pada masa ia meninggal dunia pada 3 Oktober 1991 bukan seorang Islam dan atau ia telah keluar daripada ugama Islam dan untuk deklarasi lanjutan bahawa ia berhak mendapat mayat si mati itu. Si mati telah dilahirkan seorang Sikh dan dididik mengikut ugama Sikh. Ia telah memeluk ugama Islam pada 1 Jun 1991 di hadapan Kadi Daerah Kulim dan kemasukannya telah didaftar mengikut seksyen 139 Enakmen Pentadbiran Agama Islam, 1962, Kedah. Perayu telah berhujjah bahawa selepas simati memeluk ugama Islam ia telah melalui Deed Poll pada 9 September 1991 menolak ugama Islam dan kembali kepada amalan kepercayaan Sikh. Juga dihujjahkan bahawa si mati telah diterima balik ke ugama Sikh oleh seorang padri Sikh dan si mati selalu hadir sembahyang di kuil Sikh. Di hujjah juga bahawa si mati terus memakan babi dan tidak berkhatan. Ada keterangan yang diberi bahawa si mati telah bertunang dengan seorang perempuan Islam dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 15 November 1991. Di dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Abdul Hamid bin Haji Mohamad telah memutuskan bahawa tandatangan di Deed Poll itu bukan tandatangan si mati dan beliau juga menolak keterangan padri Sikh dan abang si mati mengenai penerimaan semula si mati ke ugama Sikh dan kehadirannya di sembahyang di kuil Sikh. Beliau memutuskan bahawa si mati adalah seorang Islam semasa ia meninggal dunia. Perayu telah membuat rayuan. Apabila rayuan itu didengar Mahkamah Agung telah menghantar kes itu balik ke Mahkamah Tinggi supaya Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman merujuk beberapa soalan mengenai Hukum Syara' yang timbul kepada Jawatankuasa Fatwa Kedah. Ini telah dibuat dan selepas mendapat jawapan daripada Jawatankuasa Fatwa itu Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah mengesahkan pendapat dan keputusannya. Perayu telah membuat rayuan. Diputuskan (1) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman berhak menerima jawapan-jawapan dari Jawatankuasa Fatwa kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka dan yang mana telah dipersetujui oleh semua pihak. Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa si mati adalah seorang Islam kerana ia telah disabit ke Islamannya dengan ia mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Kadi seperti yang tercatat di dalam surat ikrar orang yang masuk Islam dan berkekalan Islamanya kerana tidak ada hukuman dari mana-mana Mahkamah Syariah Negeri Kedah vang mensabitkan ia terkeluar daripada Islam. (2) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah menimbang semua keterangan di hadapannya dan telah membuat beberapa pendapatnya yang teguh dan yang tidak boleh dikatakan berlawanan dengan tekanan beratnya keterangan. Mahkamah Rayuan tidak seharusnya menganggu pendapat-pendapat fakta hakim yang membicarakan kes itu yang tekah melihat dan mendengar saksi-saksi dan membuat

36

taksiran mengenai kebolehpercayaan dan kesan keterangan yang diberi. Beliau telah tidak menyalaharah diri di dalam perkara undang-undang atau fakta. Dalam keputusannya Mohamed Yusuf HMA Mohamed yang menyokong keputusan Hashim Yeop Sani Hakim Besar telah berkata -

"Adalah jelas daripada kenyataan penghakiman yang dibuat oleh Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman bahawa keputusan mengenai persoalan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau telah keluar daripada ugama Islam sebelum mati, ialah persoalan yang melibatkan Hukum Syarak yang memerlukan penelitian serius dalam pentakrifan yang betul mengenai Hukum Syarak itu. Tanpa nas yang sah untuk menyokong hujah-hujah itu, adalah tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa sama ada masih wujud pra-syarat sebelum seseorang itu menjadi Islam atau sekiranya si mati telah dibuktikan telah bersembahyang di kuil Sikh, maka ia sudah semestinyalah seorang murtad. Dalam persoalan dalam kes ini, pada pandangan saya, tidak boleh ditentukan melalui penggunaan fakta secara mudah sebagaimana yang dibuat oleh Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman semata-mata atas alasan kesahihan dan keberkaitan bukti mengikut undang-undang sivil. Isu yang sebegitu serius, pada pandangan saya, berkehendakkan perhatian oleh juru pakar yang berilmu dan berkelayakan dalam Hukum Syara'. Melihat kepada keadaan ini, maka adalah mustahak supaya pemutusan persoalan yang menjadi isu dalam kes ini berkehendakkan perhatian yang mendalam mengenai Hukum Syarak oleh pakar-pakar yang terlatih dan berkelayakan berbuat demikian. Forum yang layak untuk berbuat demikian ialah Mahkamah Syariah." Dalam kes Mohamed Habibullah lwn Faridah [ 1992] 2 MLJ 793; 1992] 9 JH 23 responded yang telah berkahwin dengan perayu telah memohon pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Oleh kerana kes itu lambat diselesaikan dan untuk mengelak gangguan dari suaminya, dia telah memfailkan guaman di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur terhadap supaya menuntut gantirugi dan injunksi oleh kerana perbuatan serangan dan serangsentuh oleh suaminya. Telah dihujjahkan oleh peguam bagi pihak suami bahawa Mahkamah Tinggi Sivil telah mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan itu atau mengeluarkan injunksi oleh kerana kedua-dua pihak adalah orang Islam dan presiding itu berhubung dengan undang-undang keluarga. Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan dia mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu. Perayu telah membuat rayuan. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan itu. Harun Hashim H.M.A. dalam keputusan telah berkata tujuan Parlimen dengan mengadakan perkara 121 (1 A) Perlembagaaan ialah menyingkir bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil mengenai apa-apa perkara yang dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh kerana itu apabila ada cabaran kepada bidangkuasa, pendekatan yang betul ialah melalui sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperbuat undang-undang itu yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Pihak-pihak dalam kes itu adalah orang Islam, mereka adalah suami dan isteri dan tuduhan serangan dan serang-sentuh itu dibuat di dalam masa perkahwinan. Perbuatan-perbuatan yang diadu itu termasuk di bawah seksyen 127 Akta Undang-undang Keluarga Islam, 1984, dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mengeluarkan injunksi di bawah seksyen 107 Akta itu. Tidak syaklah Mahkamah Syariah telah diberi bidangkuasa mengenai perkara yang dibawa di

37

hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes itu. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 termasuk Seksyen 4 dalamnya tidak boleh dikatakan Akta atau peruntukan berkanun menyentuh Perlembagaan kerana ia adalah undang-undang biasa yang dibuat di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan akan tetapi dibuat cara biasa sahaja. Oleh kerana itu ia tidak boleh mengatasi peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu sebagai dipinda dari masa ke semasa. Walaupun pada satu ketika responden telah membuat suratakuan dia telah keluar dari agama Islam, temampak dari keterangan yang diberi bahawa dua-dua pihak adalah orang Islam apabila kes itu dibicarakan oleh Mahkainah Tinggi Sivil. Walaubagaimanapun untuk memutuskan sama ada seorang Islam telah murtad, mahkamah yang layak menjawab soalan itu hanyalah Mahkamah Syariah. Atas faktafakta di dalam kes itu Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan tindakan responden untuk mendapat gantirugi bagi serangan dan serangan sentuh terhadap suaminya dan mendapat injunksi berkaitan dengan perkara itu. Perintah injunksi sementara telah dibubarkan dan permohonan untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan telah dibenarkan. Perlembagaan Persekutuan di Malaysia adalah hasil dari persetujuan yang telah tercapai antara penduduk-penduduk di Malaysia dari kalangan Melayu, Cina dan India dan perlembagaan itu telah digubal atas asas persetujuan itu. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontra sosial dan perjanjian perdamaian. Memang jalan yang senang ialah mengambil pandangan negatif terhadap Perlembagaan Persekutuan itu dan berkata bahawa ia tidak mengikut prinsip-prinsip Islam. Perlembagaan itu digubal oleh suatu Pesuruhjaya Perlembagaan yang diangaotai oleh pakar-pakar yang bukan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka bukan orang Islam. Perlembagaan itu tidak membuat rujukan kepada prinsip-prinsip cara pemerintahan Islam dan ia berpandu kepada apa yang dikatakan sebagai pemerintahan cara Westminster. Perdana Menteri kita yang pertama yang kita sangat hormati itu telah menegaskan bahawa Malaya ialah negara sekular dan pendapat itu telah diterima oleh banyak tokoh politik pada zaman beliau. Sayangnya cara negatif inilah yang telah ditunjuk dalam keputusan- keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agong di Malaysia. Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan makna "Islam" dalam Perkara 3 Perlembagaan. Salleh Abas KH dalam keputusannya telah mengatakan bahawa tidak syak lagi Islam bukan hanya kumpulan dogma dan upacara ugama sahaja akan tetapi Islam adalah ad-din, cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang kegiatan manusia, sama ada peribadi atau umum, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan keadilan. Cara peraturan hidup ini dengan segala ajaran dan nilai moralnya adalah berasas kepada wahyu Ilahi yang disampaikan melalui Rasul-rasul dan yang akhir sekali ialah terdapat dalam AI-Quran dan Rasul yang akhir ialah Nabi Muhammad(s.a.w.) dan Sunnah beliau adalah sangat dihormati dan dipatuhi. Walaubagaimanapun Hakim yang ariff itu tidak menggunakan makna ini akan tetapi telah merujuk kepada makna yang diberi oleh penjajah British pada masa-masa penjajahan dan sebelum Perlembagaan itu diadakan. Dengan pengaruh British itu dan cara pemerintahan rnereka yang telah menyekat kuasa Raja-raja, dan menggunakan institusi-institusi pemerintahan sekular undang-undang Islam telah

38

disempitkan kepada undang-undang keluarga, perkahwinan, perceraian dan warisan, dan itu pun dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Beliau berkata tidak terdapat peruntukan dalam Perlembagaan itu yang mengatakan bahawa mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan ajaran Islam adalah terbatal. Sebaliknya, penggunaan dan pedalanan undang-undang sekular telah dikekalkan. Sayangnya Hakim yang ariff itu tidak cuba mentafsirkan peruntukan it'u dari keadaan Perlembagaan itu yang telah mewujudkan sebuah negara yang merdeka dan bebas dari pengaruh penjajah dahulu, akan tetapi telah menurut sahaja tafsiran yang telah terpakai dalam masa penjajahan itu. Cara tafsiran yang sama telah dibuat oleh Mahkamah Agong dalam kes Teoh Eng Kuat lwn Kadhi Pasir Mas dan seorang lagi [1990] 2 MLJ 301. Dalam kes itu Abdul Hamid KHN, telah merujuk kepada peruntukan Perkara 3 yang menyebut bahawa Islam adalah ugama Persekutuan. Walaubagaimanapun untuk mentafsirkan perkara itu beliau telah mencuba mentafsirkan apa yang tersebut dalam perkara itu akan tetapi telah merujuk kepada pendapat Pesuruhjaya Reid dalam lapurannya yang menyebut sebabnya Pesuruhjaya itu tidak memasukkan peruntukan itu dalam drafnya. Berikut dari itu Hakim yang ariff itu telah memutuskan bahawa undang-undang yang harus dikenakan kepada anak perempuan dalam kes itu yang berumur 17 tahun 8 bulan ialah undang-undang sivil dan oleh kerana itu dia tidak berupaya menukar agamanya ke agama Islam tanpa persetujuan ibubapanya. Dalam perkara ini terdapat kes In remaria Hertogh [1951] MLJ 164 di mana Mahkamah rayuan di Singapura telah mengakui bahawa anak perempuan dalam kes itu telah memeluk agama Islam sungguhpun umurnya baru 13 tahun. Cara yang lebih baik ialah dengan memandang kepada Perlembagaan Malaysia itu secara positif dan menerimanya dan berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam. Wujudnya Perlembagaan itu hasil dari perundingan dan bertolakansur antara kaum-kaum di Malaya dan kemudiannya di Malaysia. Kita harus menghormati penjanjian yang dicapai itu yang berasaskan kepada bertimbang rasa dan persahabatan antara kaum-kaum itu. Di masa yang sama kita harus mencuba berfikir dan bertindak secara positif dan menggunakan Perlembagaan itu supaya menegakkan prinsip-prinsip Kerajaan Islam dan di masa yang sama mengambil kira kepentingan semua kaum dan bangsa di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Malaysia disebutkan "Semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana

39

dibenarkan dengan nyata dalam Perlembagaan tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir, dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, pemiagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan. Perlembagaan juga telah memberi kepada Yang di-Pertuan Agong tanggungjawab dan kuasa memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingankepentingan sah kaum-kaum lain. Tiap-tiap orang diberi oleh Perlembagaan Malaysia hak menganuti dan mengamal ugamanya. Akan tetapi hak mengembangkan ugamanya boleh dihadkan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam. Cukai pendapatan dan cukai-cukai lain dikenakan kepada semua orang di Malaysia akan tetapi zakat dan fitrah dikutip dari orang-orang Islam sahaja. Orang-orang bukan Islam boleh menjadi anggota pasukan tentera atau keselamatan akan tetapi perkhidmatan dalam Pasukan Askar Melayu dihadkan kepada orang-orang Melayu. Bolehkah Islam dan undang-undang Islam dan cara hidup Islam dipertahankan di Malaysia? Sikap positif kepada Perlembagaan Persekutuan boleh menunjuk kepada kita bahawa semua itu boleh diwujudkan. Kita harus berterima kasih kepada pemimpin kita dahulu yang telah berkeras bahawa Perkara 3 hendaklah diadakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) memperuntukan "Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugamaugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan." "Perkara ini memberi tempat yang istimewa kepada Islam. Terpulang? kepada kita untuk mempastikan bahawa makna yang sewajarnya diberi kepada perkara itu supaya orang-orang Islam di Malaysia boleh mengamalkan cara hidup mereka mengikut ajaran Islam, seperti juga lain-lain kumpulan agama mendakwa dibenarkan mengikut agama mereka. Kumpulan-kumpulan lain itu tidak mendakwakan hanya kebebasan mengikut amalan dan upacara agama mereka. Mereka mendakwa bahawa cara hidup mereka tidak diganggu dan tidak bersetuju jika undang-undang Islam dikenakan kepada mereka. Begitu juga, orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam. Jika orang-orang Islam mahu mengikut undang-undang Islam, dan tidak lagi undang-undang Common Law Inggeris, mereka seharusnya dibenarkan membuat demikian.

40

Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan Agong. Sumpah itu ialah cara Islam dengan menggunakan perkataan-perkataan "Wallahi, Wabillahi dan Watailahi" dan dengannya Yang di-Pertuan Agong bersumpah dengan lafaz antara lain "Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenamya memelihara pada setiap masa ugama Islam dan berdiri tetap diatas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."

Satu lagi bukti kedudukan istimewa Islam terdapat dalam Perkara 11, mengenai kebebasan ugama. Fasal (1) memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan ugamanya", Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan undang-undang Persekutuan, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam". Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti seorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu dan lahir atau berdomisil di Persekutuan atau Singapura. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu orang-orang Islam. Yang di Pertuan Agong, yang mempunyai Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan, adalah dipilih dari raja-raja Melayu dan Oleh kerana itu Yang di Pertuan Agong juga ada seorang Melayu dan orang Islam. Raja-raja Melayu mempunyai hak kedaulatan, kuasa dan bidangkuasa akan tetapi baru-baru ini peruntukan telah diadakan yang membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana raja kerana apa-apa perbuatan peribadi beliau yang melanggar undang-undang. Mungkin boleh dihujjahkan bahawa Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menjadikan Perlembagaan itu undang-undang utama Persekutuan. Seharus kita membaca Perkara 4 itu keseluruhannya dan dengan cara yang praktikal. Perkara 4(1) itu memperuntukkan "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu." Kita perlu berhujjahkan bahawa Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Perlembagaan adalah undang-undang bertulis

41

yang utama. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Undang-undang yang diluluskan sebelum Hari Merdeka tidak terbatal jika ia berlawanan dengan Perlembagaan akan tetapi undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan. Privy Council dalam satu kes dari Singapura iaitu Ong Ah Chuan lwn Public Prosecutor [ 1981] 1 MU 64 telah memutuskan bahawa Perlembagaan itu sendiri hendaklah ditafsirkan supaya sesuai dengan prinsip common law dan boleh dibataskan olehnya. Dalam konteks Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak, yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka, sungguhpun Perlembagaan itu boleh menjejas perundangan mengenai pentadbiran undang-undang Islam. Boleh juga dihujjahkan bahawa undang-undang lslam tidak diiktiraf di Malaysia oleh kerana ia tidak disebut dalam tafsiran undang-undang di Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sikap negatif. Jika sikap positif diambil, seharusnya dihujjahkan bahawa tafsiran "undang-undang" mengaunakan perkataan "termasuk" dan ini menunjukkan ia bukan menyeluruh dan oleh kerana itu ia boleh diperluaskan untuk merangkumi undang-undang Islam. Walaubagaimanapun "Undang-Undang Islam" tetap diiktiraf kerana disebut dalam Senarai II jadual Kesembilan Perlembagaan itu. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan boleh dihujjahkan tidakmengikut undangundang lslam oleh kerana ia memberi kuasa bagi mengampun kepada Yang di-Pertuan Agong. Sayugia diingati bahawa dalam keadaan Malaysia sekarang, kuasa itu boleh digunakan dalam kes-kes ta'azir sahaja dan Perkara itu tidak memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memberi keampunan dalam kes-kes hudud. Boleh dihujjahkan bahawa struktur kerajaan Cabinet dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia tidak mempunyai asas dari prinsip-prinsip Islam. Akan tetapi Islam tidak menetap cara tertentu dan detail pemerintahan yang harus diikuti oleh orang-orang Islam. Sistem yang diikuti di Malaysia boleh diamalkan mengikut prinsip-prinsip Islam. Adanya sistem parti dan pemilihan calon-calon oleh parti menunjukkan bahawa calon-calon itu tidak dengan sendirinya mencalonkan dirinya akan tetapi mereka dicalonkan oleh parti. Dengan acara ini kita lebih dekat kepada ajaran Nabi s.a.w. yang telah bersabda maksudnya-

a. Demi Allah, sungguh kami tidak menyerahkan kepengurusan atau pekerjaan b.

dalam pemerintahan kepada seseorang yang mencintanya atau kepada seseorang yang sangat menginginkannya." (Naitul authar Jilid 6 m.s. 601) Janganlah engkau minta menjadi pemimpin, sebab sesungguhnya jika engkau diberinya tanpa meminta maka engkau akan dibantu Allah, tetapi jika engkau diberinya kerana

42

meminta, maka engkau akan dibebaninya sendiri." (Sama m.s. 602) Pilihan pemimpin dibenarkan dalam Islam akan tetapi cara detail pilihan itu tidak ditetapkan. Sungguhpun tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa prinsip syura hendaklah diikuti akan tetapi tidak ada apa yang melarangkan kegunaannya dan boleh dikatakan ia boleh dipakai dalam Majlis Raja-Raja, Kabinet dan Parlimen. Kedaulatan undang-undang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan terpulanglah kepada kita menghujjahkan bahawa dalam Islam kedaulatan undangundang itu hendaklah dikenakan sepenuhnya oleh kerana Shariah Islam adalah bebas dari pengaruh dan tidak boleh dipinda oleh badan pemerintah, perundangan atau kehakiman. Kebebasan kehakiman diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan terpulanglah kepada kita mempastikan ia wujud dan dan dilaksanakan. Undang-Undang Islam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia, akan tetapi kita boleh berusaha mempastikan bahawa undang-undang Islam yang dapat dilaksanakan itu dilaksanakan dengan baik dan adil. Perlembagaan itu telah dipinda supaya membebaskan Mahkamah Syariah dari pengaruh Mahkamah Sivil dan Perkara 121 (IA) memperuntukan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah-mahkamah dibawahnya tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah juga telah diasingkan dari Majlis Agama Islam dan ia disusun dalam tiga peringkat, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan mahkamah Rayuan Syariah. Usaha telah diambil untuk meningkat pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah, menambah kemudahan dan kakitangannya dan memberi latihan kepada hakim, pendakwa dan lain-lain pegawai mahkamah dan juga meningkat kedudukan dan taraf mereka. Cadangan yang terbaru ialah menukar taraf Mahkamah Syariah supaya ia menjadi Mahkamah Persekutuan dan dengan itu dapat diberi kedudukan yang setanding dengan Mahkamah-mahkamah Sivil. Sayangnya masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah, akan tetapi usaha boleh diambil untuk meminda undangundang itu supaya dia selaras atau tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Mungkin ini telah dimudahkan kerana kita dapati undang-undang di England pun telah banyak diperbaharui supaya lebih dekat kepada undang-undang Islam. Apa yang telah disarankan dalam kertas kerja ini ialah sungguhpun Perlembagaan Persekutuan itu tidak digubal sebagai Perlembagaan Negara Islam dia boleh dipakai dan dilaksanakan supaya ia sesuai atau sekurang-kurangnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Perlembagaan Persekutuan itu ialah ciptaan manusia dan dia tidak bebas dari kekurangan dan kesilapan. Ada cara memindanya. Jika orang lslan ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mengikhtiar

43

supaya mereka mempunyai kuasa memindanya, iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima. Inilah perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat bangsa, agama dan negara kita.

Kedudukan Syariah dalam Perlembagaan Persekutuan* ABDUL AZIZ BARI PENDAHULUAN o negara ini pernah melaksanakan Islam sebelum ia dipinggirkan oleh British. Faktor-

o o o

o o o

faktor ini menyebabkan Islam sentiasa berlegar di sekitar perlembagaan. Dan sebab itulah pengaruh Islam tidak dapat dielakkan dan ini turut memberi kesan kepada tafsiran perlembagaan. Penulis berpendapat bahawa undang-undang yang bukan bersumberkan kepada AlQur’an dan Sunnah tetapi tidak bertentangan dengan ketetapan dan maksud umum Syariah harus diterima. sebagai Islamik, walaupun tidak sebagai undang-undang Syariah dalam pengertian khususnya1. Di dalam negara persekutuan seperti Malaysia perlembagaan-perlembagaan negeri penting kerana Perlembagaan Persekutuan hanya bersifat utama dan muktamad dalam hal-hal yang terletak di dalam bidang kuasa persekutuan sahaja.

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN Kedudukan Islam sering dilihat dalam konteks Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 3(1)3. Ini kurang tepat kerana kedudukan Islam – sebagaimana yang akan dibincangkan di bawah - perlu juga dilihat dalam konteks peruntukan-peruntukan yang lain. Pendapat yang lebih kuat mensifatkan Perkara 3 sebagai peruntukan yang memberi ciri atau sifat kepada perlembagaan dan persekutuan. Melihat kepada ungkapan yang digunakan Perkata 3 seolah-olah membekalkan akidah, ideologi atau sifat bagi perlembagaan dan negara ini. Walaupun ini kadangkala disifatkan sebagai label atau kulit4 sahaja ia tetap bermakna dan signifikan. Inilah peruntukan yang memberi landasan atau hujah untuk amalan-amalan rasmi seperti pembacaan doa di dalam sidang parlimen dan seumpamanya. Perbahasan mengenai kedudukan Islam di dalam perlembagaan tidak dapat mengelak dari menyentuh isu-isu kontroversial seperti negara Islam, negara sekular dan seumpamanya perlu juga disentuh5. Bagaimanapun perlembagaan tidak mempunyai apa-apa peruntukan untuk menyokong atau menolak konsepkonsep tersebut. Apa pun tentunya lebih realistik sekiranya perbahasan 3 mengenai kontroversi-kontroversi itu dilakukan dengan merujuk kepada kerangka perlembagaan keseluruhannya dan tidak tertumpu kepada Perkara 3 sahaja. Persoalan negara Islam mungkin boleh dianalogikan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara demokrasi. Walaupun Perlembagaan Malaysia umumnya hendak melaksanakan demokrasi6 tetapi ada peruntukan-peruntukan yang boleh mengancam atau menggantung demokrasi seperti Perkara 1497 mengenai subversif, keganasan dll. atau Perkara 150 mengenai darurat8. Ini

44

menunjukkan bahawa perlembagaan kita sebenarnya tidak mempunyai sifat atau ciri tertentu yang tetap dan tidak berubah. Dengan itu kita boleh mengatakan bahawa perlembagaan kita memberi ruang kepada pelbagai konsep dan gagasan yang dapat disesuaikan dengan kerangka dan batasan yang ada. Sebab itu kita perlu juga mengambil maklum dasar-dasar tertentu yang dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini, baik di peringkat pusat dan negeri, yang dicipta dan dilaksanakan untuk membangun dan mempertahankan Islam. Ini termasuklah penerapan nilai-nilai Islam9, membangun bersama Islam10 dan Islam hadhari11. Dari segi hujah dasar-dasar ini mengisyaratkan kepada kita bahawa ada inisiatif dan perubahan tertentu yang boleh dilakukan tanpa meminda perlembagaan yang ada sekarang. Dasar-dasar itu juga membolehkan kita menghujah bahawa perlembagaan turut menyediakan kerangka untuk pelaksanaan aspek-aspek tertentu Islam12. Sama ada ini mencukupi atau sebaliknya adalah soal yang lain. Dari segi struktur perlembagaan persoalan Islam di dalam perlembagaan perlu dilihat dalam konteks Malaysia sebagai negara persekutuan. Dengan itu kita harus mengambilkira prinsip-prinsip asas konsep federalisme bagi menangani masalah-masalah yang timbul apabila berlaku konflik di antara pihak berkuasa 4 pusat dan negeri. Pembahagian kuasa antara pihak berkuasa persekutuan dan negeri inilah yang turut menjadi punca kepada terbatasnya pelaksanaan undangundang Syariah dalam bentuk hudud dan qisas. Perbahasan mengenai kedudukan Islam tidak harus mencemaskan orang bukan Islam. Mereka tidak harus berasa bimbang apabila umat Islam mengimbau sejarah masa lalu kerana hak-hak yang mereka nikmati sekarang – kewarganegaraan, hak sivil dan politik dan sebagainya – juga bersumberkan sejarah; khususnya tolak ansur ketika negara mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya semua pihak di negara ini perlu memahami dan mengambilkira sejarah dalam menuntut apa yang mereka dakwa sebagai hak atau kebebasan. Antara contoh-contoh yang boleh disebut di sini ialah Perkara 3(4)13 dan Perkara 8(5)14. Sementara peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan menggantung peruntukan-peruntukan perlembagaan tertentu yang lain ialah Perkara 149 dan Perkara 150. III. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG RELEVAN15 Perlembagaan Persekutuan tidak dilengkapi dengan pengenalan umum, objektif yang hendak dicapai atau dasar-dasar asas sebagaimana perlembagaanperlembagaan negara-negara tertentu. Yang ada hanyalah beberapa peruntukan yang menyentuh atau berkaitan dengan Islam. Dengan demikian peruntukanperuntukan itu perlu dianalisis, terutama dari segi ruang lingkup dan latarbelakangnya. Di dalam pentafsiran perlembagaan peruntukan-peruntukan perlu diberi makna yang harfiah kecuali jika pendekatan sedemikian menimbulkan kesan atau implikasi yang tidak munasabah. Penulis berpendapat bahawa tiap-tiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri dan tidak dibataskan 5 oleh peruntukan-peruntukan lain, kecuali sekiranya hal itu dinyatakan secara jelas oleh peruntukan berkenaan. Peruntukan perlembagaan yang sering dihujahkan sebagai menghalang pelaksanaan Syariah di Malaysia ialah Perkara 4(1)16 yang mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Pendapat ini tidaklah semestinya benar kerana perlembagaan sendiri turut membenarkan pelaksanaan prinsip-prinsip Syariah yang tertentu sebagaimana yang kelihatan, antara lain, dalam Jadual Kesembilan. Dengan kata lain prinsip-prinsip Syariah

45

turut mengisi peruntukan perlembagaan. Ini juga dapat dihujahkan dalam soal kelayakan Yang di Pertuan Agong sebagai ketua negara yang diregulisasikan oleh perlembagaan-perlembagaan negeri. Sementara itu Perlembagaan Negeri Johor menyebut ungkapan ahl al-hal wa al-‘aqd. Ini menarik kerana ia penting di dalam konsep pemerintahan Islam. Ini juga secara tidak langsung membawa masuk prinsip-prinsip Syariah yang terkandung di dalam karya-karya klasik para ilmuan Islam silam yang dimaktubkan oleh perlembagaan-perlembagaan negeri. Peruntukan-peruntukan ini harus diteliti. Kita tidak harus melihat Perkara 3(4), 4(1) atau 160(2)17 semata-mata tanpa melihat kesan dan signifkan peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas tadi. Walaupun ada pihak yang mencadangkan supaya Perkara 4(1) dipinda dengan memasukkan Al-Qur’an dan Sunnah18 satu perbahasan yang mendalam perlu dilakukan untuk memastikan kesannya di samping mengambilkira pengalaman negara-negara muslim yang lain yang sudah berbuat demikian. Selain itu kandungan dan kesan Perkara 11(1) dan (4)19 serta 12(2)20 yang mengangkat kedudukan Islam melebihi agama-agama lain selalu disebut bagi menunjukkan kedudukan istimewa Islam. Sebab itu undang-undang murtad yang bersumberkan undang-undang Syariah boleh diluluskan oleh parlimen atau dewan-dewan undangan negeri. Kedudukan Islam yang tidak boleh 6 disentuh oleh parlimen atau kuasa darurat. Ini tentunya turut melindungi prinsip-prinsip Syariah. Selain itu sudah sekian banyak undang-undang – walaupun diakui masih belum mencukupi –yang dibuat oleh parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang mengkanunkan prinsip-prinsip Syariah. Prinsip-prinsip yang melatari peruntukan-peruntukan di dalam pelbagai undang-undang keluarga Islam serta perbankan dan kewangan Islam adalah prinsip-prinsip Syariah. Ini dengan sendirinya menandakan bahawa Syariah mempunyai kedudukan yang tertentu di dalam sistem perlembagaan dan perundangan kita. Selain itu di masa akan dating, kita tidak harus menjangka pengaruh dan kedudukan yang lebih kukuh sekiranya kita dapat meyakinkan kemampuan Syariah menjadi sumber untuk reformasi perlembagaan dan undang-undang negara. KES-KES MAHKAMAH YANG PENTING Di dalam system undang-undang common law seperti Malaysia dan Negara2 Komanwel .bahkan di Amerika Syarikat juga. kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah mempunyai peranan penting di dalam menjelaskan ruang lingkup perlembagaan dan undang-undang yang lain. Ini menyebabkan perlunya kita membuat rujukan kepada kes-kes mahkamah. Dalam soal kedudukan Islam kes-kes yang diputuskan setakat ini tidak banyak menjernihkan keadaan. Antara sebab mengapa ini berlaku ialah tidak adanya kes yang membuat analisis terhadap kes-kes yang terdahulu di dalam isu berkenaan. Kes-kes yang ada ini juga tidak membuat analisis menyeluruh terhadap peruntukan dan kerangka perlembagaan serta dokumen-dokumen penting termasuk Laporan Suruhanjaya Reid. Setengah daripada kes-kes ini diputuskan di atas pertimbangan semasa – yang mengambilkira sensitiviti politik – dan tidak seratus peratus di atas dasar perlembagaan dan undang-undang. Kes yang sering disebut di dalam perbincangan mengenai Islam di dalam Perlembagaan Malaysia ialah kes Che Omar bin Che Soh. Kes ini memutuskan bahawa kedudukan undang-undang Islam terbatas kepada hal-hal peribadi seperti nikah kahwin, cerai dan penjagaan anak. Mahkamah juga mengatakan bahawa perlembagaan mengekalkan kedudukan undang-undang sekular.

46

Keputusan ini dibuat terhadap tindakan mencabar keesahan undang-undang dadah yang didakwa tidak mengikut ajaran Islam dan dengan itu bertentangan dengan perlembagaan. Mahkamah menolak hujah ini kerana mahkamah memutuskan bahawa Syariah bukan undang-undang utama persekutuan. Kes ini sebenarnya menyamai kes-kes yang diputuskan oleh hakim-hakim Inggeris sebelum merdeka; contohnya Wong Ah Fook23 dan Anchom bte Lampong24. Kedua-dua kes ini menolak hujah bahawa undang-undang Islam sebagai undang-undang negara. Mungkin perlu ditekankan bahawa hanya kerana undang-undang Islam bukan undang-undang utama ia tidak bermakna bahawa undang-undang Syariah tidak mempunyai tempat atau merempat. Undangundang Inggeris pun sebenarnya, jika kita faham maksud peruntukan yang berkaitan di bawah Akta Undang-undang Sivil 1956, tidak mempunyai tempat yang terlalu signifikan di Malaysia25. Di dalam Che Omar bin Che Soh Syariah cuba dihujahkan sebagai undangundang utama untuk mengisytiharkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen sebagai tidak sah. Mungkin boleh dikatakan bahawa Che Omar bin Che Soh sebenarnya tidaklah menolak kedudukan Islam umumnya dan Syariah khususnya. Kes tersebut cuma mengatakan bahawa kedudukan undang-undang Islam terbatas. Tetapi penghakiman mahkamah yang memutuskan bahawa 8 perlembagaan mengekalkan dikotomi antara undang-undang sekular dan Islam boleh dipersoalkan. Ini kerana mahkamah tidak menunjukkan dengan jelas bagaimana Perkara 160(2) berbuat demikian. Hanya kerana undang-undang Islam atau Syariah tidak disebut sebagai sumber undang-undang26 itu tidak bermakna bahawa Syariah tidak mempunyai tempat. Seperti yang disebutkan di atas tadi Islam masih boleh diserapkan ke dalam sistem perlembagaan dan perundangan kita melalui proses pembuatan undang-undang biasa di parlimen. Selain itu ada beberapa ungkapan di bawah Perkara 160(2) itu yang mungkin boleh membawa masuk prinsip-prinsip Syariah; seperti “undang-undang bertulis”, “undang-undang negeri”, “undang-undang persekutuan” dan “undang-undang yang sedia ada”. Isu ini adalah antara persoalan-persoalan menarik yang perlu dibahaskan secara mendalam. Sementara itu ada keputusan-keputusan mahkamah yang menghukumkan bahawa Islam mengatasi agama-agama lain. Ini mewakili aliran yang lebih mutakhir di dalam jurisprudens mengenai kedudukan Islam di dalam perlembagaan. Inilah yang agak menonjol di dalam kes-kes seperti Meor Atiqulrahman27 dan Lina Joy28. Kes-kes ini bagaimanapun lebih bertumpu kepada hak kebebebasan beragama dan bukan kedudukan Islam dalam perlembagaan. Penulis berpendapat bahawa kelebihan yang diberikan kepada Islam memang ada di bawah peruntukan mengenai kebebasan asasi – yakni Perkara 11(4) - dan tidak bergantung kepada Perkara 3(1). Islam dan Syariah juga boleh memainkan peranan secara tidak langsung di dalam kes-kes tertentu yang melibatkan hak asasi seperti kebebasan beragama. Ini berlaku dalam kes Fatimah binti Sihi29 apabila Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hak tersebut perlu dirujuk kepada agama yang berkenaan. Meskipun keputusan kes ini tidak memihak kepada Islam prinsip yang digariskan itu amat penting, terutama dalam kes-kes yang akan datang atas 9 persoalan berkenaan. Bagaimanapun ini banyak bergantung kepada kefahaman hakim-hakim mahkamah sivil terhadap Islam amnya dan Syariah khususnya. Apa pun penulis berpendapat bahawa untuk membuat keputusan yang adil dan selaras dengan perlembagaan para hakim mahkamah sivil perlu mengetahui

47

prinsip-prinsip Islam dan Syariah. Dan ini tidak terbatas kepada hakim-hakim yang beragama Islam sahaja: para hakim bukan Islam juga perlu memahami Islam. Perlu dicatatkan bahawa di dalam sumpah jawatan mereka para hakim diminta mempertahankan perlembagaan30 dan di atas tadi kita telah menunjukkan bahawa prinsip Islam dan Syariah turut dikandung oleh perlembagaan kita. PENUTUP Agak jelas bahawa Syariah mempunyai kedudukan tertentu yang signifikan. Malah boleh dihujah bahawa kedudukan itu agak kukuh. Apa pun kedudukan itu tidak boleh dipadam oleh proses demokrasi biasa kerana ia melibatkan kedudukan dan kuasa Raja-Raja31 serta Majlis Raja-Raja32. Kuasa darurat juga tidak boleh menggugat kedudukan Islam. Apa yang dipaparkan di atas memerlukan perancangan yang teliti dan untuk itu ada beberapa persiapan dan pendekatan yang perlu dimulakan. Ini melibatkan banyak pihak dan sektor. Para hakim di mahkamah sivil – termasuk yang bukan Islam – perlu mempelajari Islam dan undang-undang Syariah. Selain itu tenaga yang perlu untuk memacu perubahan dimaksudkan juga perlu dilatih dari sekarang33. Di kalangan masyarakat terbanyak Islam perlu diperkenalkan. Ini perlu dipimpin oleh kerajaan dan pihak-pihak lain termasuk NGO dan seumpamanya. 10 Dalam rangka ini sudah tentulah umat Islam perlu menjadi contoh yang baik yang menjadi rujukan dan model hidup buat segala kebaikan dan kehebatan yang dikaitkan dengan Islam. *Kertas yang dibentangkan dalam Wacana Ilmiah anjuran Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Malaysia di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2005. **Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI ialah pensyarah di Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga adalah Penyelaras Kursus Undang-undang Perlembagaan dan Editor, IIUM Law Journal. 1 Untuk perbincangan lanjut tentang segala konsep ini lihat Ahmad Hasan, The Early Development of Islamic Jurisprudence, Islamabad: Islamic Research Institute, 1982, hh. 1-11, Mohammad Hashim Kamali, Principles of Islamic Jurisprudence, Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd., 1998, hh.1-13 dan Seyyed Hossein Nasr, Ideals and Realities of Islam, London: Acquarian, 1994, hh.93-120. 2 Untuk gambaran yang lebih terperinci lihat Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication, 2005. 3 Peruntukan ini berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan” 4 L.A. Sheridan, The Federation of Malaya Constitution: Text, Annotation and Commentary, Singapura: University of Malaya Press, 1961, hal.4 5 Untuk perbincangan lanjut lihat, umpamanya, Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hh.249-255 6 Selain pilihan raya (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113-120), sifat demokrasi kita turut ditekankan dengan hak sama rata (ibid, Perkara 8) dan kebebasan bersuara (ibid, Perkara 10) kewajipan bertindak mengikut nasihat ke atas ketua negara dan negeri (ibid, Perkara 40) dan perlunya kerajaan bertanggungjawab kepada parlimen (ibid, Perkara 43(3). 7 Peruntukan ini – yang menangani soal subversive, keganasan dan seumpamanya - memberi justifikasi untuk pembuatan undang-undang yang menafikan hak-hak asasi. Lihat Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, Kuala Lumpur: The Other Press, 2003, hh.187-197 8 Peruntukan ini memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengisytiharkan darurat dan menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan: lihat Abdul Aziz Bari, ibid, hh.183-187 9 Dasar ini dibuat pada awal 1980an dan di bawahnya dilaksanakan beberapa projek seperti perbankan Islam, universiti Islam dan seumpamanya.

48

10 Ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Parti PAS sebaik sahaja mereka menguasai negeri tersebut dalam Pilihan Raya Kebangsaan 1990. 11 Slogan ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sekitar awal 2004, beberapa bulan selepas beliau menjadi ketua kerajaan persekutuan. 12 Lihat Abdul Aziz Bari, “Enforcement of Shariah in Malaysia: Divine Provisions in Constitutional Democracy” dlm Hussin Mutalib (ed), Islam and Democracy: The Southeast Asian Experience, Singapore: CCIS & KAF, 2004, hh.33-52. 13 Peruntukan ini berbunyi “Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini”. 14 Peruntukan ini menyatakan beberapa pengecualian terhadap hak sama rata; termasuk undang-undang diri, kedudukan orang asli dll. 15 Lihat Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib, Constitution of Malaysia: Text and Commentary, Kuala Lumpur: Pearson-Prentice Hall, 2004 11

Kebebasan Beragama Secara Islam Menurut Sejarah dan Sumber-sumber Islam Kebebasan beragama adalah satu amalan yang ada perhubungan amat rapat dengan tuntutan di atas. Kita seharusnya selidiki apakah amalan-amalan pengikut-pengikut Islam pada hari ini dan juga pada zaman dahulu benar-benar mencerminkan lunas-lunas agama Islam yang sebenar, terutamanya dalam hal-hal kebebasan beragama. Contoh-contoh yang paling sesuai untuk dirujuki adalah dari Pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Islam sendiri, jadi kita akan merujuki sumber-sumber Islam dan sejarah Islam sendiri - dan bukan daripada sumber-sumber Bukan Islam, supaya gambaran yang diperolehi adalah benar dan tepat. Amalan-amalan Nabi Muhammad, para Sahabat-sahabatnya dan Bakal Pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Majlis tertinggi dewan perundangan Universiti Al-Azhar telah menyebut tentang kes seorang muslimah bernama Umm Mirwan yang telah meninggalkan Islam pada zaman Nabi Islam. Dalam kes itu, Nabi Muhammad telah mengarahkan supaya wanita ini bertaubat dan memeluk Islam semula, jika tidak, wanita ini harus dibunuh! Buku-buku dan rekod sejarah Islam telah mencatat bahawa apabila Muhammad telah menakluki kota Mekkah, dia telah menghukum bunuh semua insan yang telah keluar dari Islam dan juga mereka yang pernah menghinanya, pada satu masa dahulu. Semua ini disahkan daripada rujukan Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian II, muka surat 160, juga daripada Riwayat hidup Nabi Muhammad oleh Ibn Hisham Bahagian 4, ms.15 & 16. Para Sahabat-sahabat dan Pemimpin-pemimpin yang lain. Mu'adhz Ibn Jabal dan Lelaki bangsa Yahudi

o Mu'adhz dianggap sebagai salah satu daripada para Sahabat Nabi yang terutama di antara

o

o

'pembantu-pembantunya' yang lain. Nabi Muhammad sendiri telah berkata : "Pelajarilah (ambillah) al-Qur'an daripada empat orang (ini): Mu'adhz bin Jabal ... (diantara lainnya).(Hadis Sahih Bukhari/HSB bah.9,ms.10). Peristiwa zalim di bawah ini telahpun dicatat di dalam Hadis sahih Bukhari (bah.9, ms.19) : "Mu'adhz ibn Jabal telah pergi menziarah Abu Musa, Gabenor negeri Yaman zaman itu. Dia telah diberikan sebuah bantal untuk duduk. Sebelum didudukinya bantal itu, dia ternampak seorang lelaki yang diikat dengan tali, lalu Mu'adhz telah bertanya kepada Abu Musa -"Siapakah dia ini?", dan Abu Musa menjawab:"Dia seorang Yahudi yang telah memeluk Islam, tetapi lepas itu dia keluar daripada Islam lalu memeluk agama asalnya kembali!" Mu'dhaz telah berkata kepada Abu Musa : "Saya tidak akan duduk atas bantal ini kecuali lelaki ini dibunuh. Inilah hukuman

49

o

Allah dan RasulNya!" Seterusnya Gabenor itu mengarahkan supaya lelaki itu dibunuh. Selepas itu saja Mu'adhz duduk. Disini kita diberitahu tentang seorang lelaki Yahudi yang masuk Islam, tetapi selepas itu dia insaf akan kesilapannya lalu kembali kepada agama Yahudinya. Akibat ini dia telah diikat sebagai seekor binatang. Seterusnya apabila Mu'adhz bin Jabal telah datang, dia enggan duduk dengan Gabenor Yaman selagi lelaki Yahudi ini tidak dibunuh dengan serta-merta! Sesudah pembunuhan itu dilakukan sahaja barulah Mu'adhz rela duduk, makan dan minum dengan Abu Musa, yang juga merasai aman -damai, puas hati dan lega dengan dirinya oleh sebab telah menjalankan kononnya perintah Allah dan rasulNya Muhammad. Rasul ini adalah konnonya, Nabi yang membawa rahmat dan kebebasan, juga telah mengarahkan :"Sesiapa yang tinggalkan Islam haruslah dibunuh."

Ali bin Abi Talib dan beberapa Orang Nasrani (Kristian)

o Khalifah Islam inilah yang banyak membakar para 'murtad' - tidak kira mereka masih hidup atau

o o

o

o

o

pun sudah meninggal dunia! Sepupu dengan Nabi Muhammad dan juga anak mertuanya, Ali juga adalah sahabat kegemaran Muhammad dan juga di antara sepuluh orang telah dijanjikan 'nikmatnikmat Firdaus syurgawi' olehnya.Muhammad telah membela Ali ini sebelum dan juga selepas kematian ayahnya dan dia telah berkata yang Ali inilah paling layak menghukum menurut undangundang Islam! Marilah kita perhatikan apa yang telah dicatatkan mengenai Imam Ali ini, Khalifah yang keempat, yang disanjung tinggi oleh kedua-dua kelompok Shia dan juga para Sunni. Dari tulisan Ibn Hazm 'Al-Muhalla', jilid 8, bahagian sebelas tercatitnya seperti berikut : "Ali telah membawa para-para 'murtad' dan membakar mereka hidup-hidup. Setelah Ibn 'Abas menerima berita zalim ini dia pula telah berkata:"Jika saya dan bukannya dia(Ali), saya tidak akan membakar mereka hidup-hidup, tetapi saya akan membunuh mereka dalam cara yang lain, kerana rasullullah telah bersuruh :'Sesiapa yang tinggalkan Islamnya, bunuhlah dia.'" (m.s.189). Amalan ini juga tercatat dari Hadis sahih Bukhari -Bahagian 9, ms.19. Ibn Hazam sekali lagi mengesahkan cara-cara zalim Ali bin Abi Talib seperti berikut: "Mereka membawa seorang tua kepada Ali. Orang tua ini pada mula-mulanya seorang Kristian/Nasrani yang menjadi Islam dan selepas itu memeluk agama Kristian semula. Ali berkata kepada lelaki ini: 'Mungkin kamu memeluk agama Kristian bagi mewarisi sesuatu harta pusaka; dan selepas itu kamu akan kembali ke Islam.' Lelaki tua pula menjawabnya:'Tidak.' Ali menanyakannya sekali lagi: 'Mungkin kamu masuk Kristian untuk pikat dan mengahwini seorang gadis Kristian, lepas itu kamu akan kembali kepada agama Islam?' Lelaki itu menjawabnya: 'Tidak!' Ali kata kepadanya :'Peluklah Islam semula...!' Maka lelaki tua ini menjawab:'Tidak, bukan sebelum saya bersua dengan Rabbana 'Isa al-Masih'. Ali seterusnya perintahkan supaya lelaki ini dibunuh, lalu mereka telah pancung kepalanya." (m.s.190). Demi Allah, Ali! Apakah kerana insan-insan diatas ini yakin kepada 'Isa al-Masih dan utusan InjilNya maka kamu cuba paksa mereka bertukar fikiran mereka!? Dan bila mereka menolak arahan itu, kamu siksakan dan mendera mereka...atau pun kamu sekaligus membunuh mereka...atau pun membakar mereka...!?

'Uthman Ibn Affan

o Khalifah yang ketiga, Uthman telah mengahwini Rugayah dan juga Ummi Kalthum, keduaduanya anak perempuan Muhammad. Dia juga telah dijanjikan nabi Islam nikmat-nikmat syurgawi. Satu hari,Uthman telah diberitahu bahawa beberapa orang di Iraq telah keluar dari Islam. Maka Uthman keluarkan perintah kepada Gabenor wilayah itu untuk memaksa kumpulan ini untuk 'bertaubat dan memeluk Islam semula' (apakah pertaubatan itu boleh dipaksakan)! Jikalau tidak, mereka semua akan dibunuh. Beberapa orang diantara mereka telah dibunuh manakala yang lain pula menyerah kepada paksaan itu dan kembali ke Islam kerana takut kepada arahan Uthman itu.(Al-Muhalla, Ibn Hazm,Bah.11,ms.190).

50

Abu Bakar dan Peperangan-peperangan al-Ridda o

o

o

o o

o

o

o

o o

Seluruh dunia yang fikiran waras dan bangsa-bangsa yang bertamaddun menganggap peperanganpeperangan di atas sebagai amat zalim, berkhianat dan berunsur barbarisma. Perang-perang tersebut diadakan tanpa apa-apa sebab-sebab yang wajar atau munasabah! Dunia ini akan sentiasa bertanya-tanya apakah kesalahan atau jenayah suku-suku kaum Arab yang termalang ini untuk mengharungi siksaan-siksaan, penderitaan dan peperangan yang sedemikian ditangan Abu Bakr, khalifah yang pertama. Apakah sebabnya beliau telah memerangi mereka dengan keganasan tanpa apa-apa perkemanusiaan dan membunuh berpuluh-puluh ribu jiwa yang tidak berdosa. Para Muslim akan cepat menjawab bahawa Abu Bakar ini hanya melaksanakan perintah-perintah Nabi Muhammad -seperti yang diakui oleh Abu Bakr sendiri! Oleh sebab suku-suku kaum ini telah semua meninggalkan Islam sebaik saja Muhammad telah wafat, oleh itu terpakslah dia perangi mereka! Semua negara membangun dan dunia yang bebas tidak fahami alasan atau dalih ini, yang secara langsung mengabaikan dan mengetepikan prinsip-prinsip dasar hak asasi Manusia, yang menjamin kebebasan kepada setiap individu untuk mempercayai dan menganuti mana-mana ajaran atau agama yang dipilihkannya. Jika sesiapa pun membaca mana-mana buku sejarah Islam dan perkembangannya, dia akan menemukan banyak sekali rekod-rekod yang mencatatkan tentang keganasan dan kezaliman yang ketara keatas kumpulan-kumpulan manusia dalam peperanganpeperangan itu. Kelompok-kelompok manusia dibunuh beramai-ramai dengan zalimnya, mereka yang berjaya melepaskan diri dari maut, diberkas dan dipaksa memeluk Islam semula dan membayar cukai kepada Abu Bakr el-Siddik, bapa Aisha dan isteri Muhammad. Perang-perang ridda ini diajar di semua sekolah dan madrasah-madrasah Arab juga di sekolahsekolah negeri-negeri Islam. Semua sejarawan,pembabad dan periwayat Islam misalnya al-Tabari, Ibn Khaldun, Ibn Kathir dan al-Suyuti telah mencatitkan segala-galanya tentang perang-perang ini. Al-Tabari di dalam Sejarahnya telah mencatat bahawa Abu Bakar telah menyuruh askar-askarnya pergi berperang kumpulan-kumpulan 'murtad' itu dan supaya : "Mereka arahkan semua kelompok2 ini untuk memeluk semula agama Islam. Kalau arahan ini ditolak, tidak sejiwa pun boleh dilepaskan. Bakar mereka dan bunuh mereka secara paksa, dan ambillah wanita-wanita dan kanak-kanak mereka sebagai tawanan-tawanan perang." Umar bin al-Khattab telah memberitahu Abu Bakar bahawa beberapa suku-suku kaum di tanah Arab telah peluk semula agama Islam, tetapi mereka enggan bayar cukai kepada khalifah Umar. Mereka tuntut bahawa hanya nabi Muhammad layak menerima cukai mereka. Lalu khalifah Uthman b.Affan telah menjawab: "Demi Tuhan, jika mereka enggan memberi cukai mereka sepertimana cukai itu diberi kepada nabi Islam, saya akan berperang dengan mereka oleh sebab keengganan mereka. (H.S.Muslim,Jilid I(ms.175),Tafsir al-Nawawi) Universiti Al-Azhar di Mesir telah menerbit sebuah buku yang penting bernama Al-Khulafa AlRashidun (Khalifah-khalifah yang Terpimpin) pada tahun 1967. Penulisnya, Dr.Abu Zayd Shalabi, seorang profesor Tamadun Islam di Kuliah Bahasa Arab. Beliau telah kumpulkan butiran-butiran lengkap mengenai Perang-perang Ridda ini yang telah merangkumi 20 halaman dalam bukunya(hal.41-60). Dibawah sini adalah beberapa kutipan daripada buku ini: "Abu Bakr telah hantar sebelas orang Jenderalnya memimpin angkatan-angkatan tentera masingmasing menentang para-para 'murtad' di sebelas buah Kota. Ramai telah dipaksa memeluk semula agama Islam. Diantara negeri-negeri yang diserang itu ialah Bahrain, yang telah diserang oleh al-Ala' Ibn Hadrami, serta Yaman yang diserang oleh Suwaid bin Maqrin. Khalid b.al Walid telah pergi berperang bani Tulayha, Bani Asad dan suku-suku Arab disekelilingnya." Dr.Abu Zayd ini telah memberi ulasan yang menarik di halaman 60 dalam bukunya: "Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh para Muslim dalam Perang Ridda ini ada satu hasil yang amat berkesan: Kejayaan ini telah menakuti sesiapa pun yang ingin keluar dari Islam." Hakikatnya Dr.Shalabi, ialah Islam dari permulaannya telah cuba menghalang orang dari meninggalkannya dengan ancaman-ancaman BUNUH yang ketara. Inilah cara Paksaan namanya! Sungguh memalukan Dr.Shalabi, bagi kamu mencatatkan dalam buku kamu itu, HAKIKAT bahawa Islam telah berkembang di seluruh daerah Timur-tengah dengan cara berperang, pedang, paksa dan kekerasan! Tidakkah hakikat ini mendorongi kamu untuk mengkaji

51

semula kesahihan dan keikhlasan agama kamu itu? Semua tindakan ini adalah langkah-langkah menegah para Muslim yang mahu keluar dari Islam sebab dia akan menerima ajal yang telah menimpa suku-suku kaum Arab yang telah diserangi pemimpin-pemimpin diatas! Akan tetapi hari ini, keadaannya amat berlainan contohnya di Indonesia, di mana beratus-ratus ribu orang telah memeluk penyelematan Al-Masih 'Isa secara sukarela, dan bukan dengan paksaan! Ibn Hisham o

Ibn Hisham, seorang yang berwibawa dalam sejarah awal Islam, telah mencatat:

o "Sebaik sahaja Nabi Muhammad telah wafat, ramai 'penganut-penganut' Islam di kota Mekkah

o

o

dengan cepatnya ingin meninggalkan Islam. Maka telah bangunlah Suhayl bin 'Amru, dia berkata: 'Sesiapa yang meninggalkan Islam, kami akan pancung kepalanya!' Ramai orang pun menukar fikiran mereka kerana takut dibunuh. " o Al Sira Al-Nabawia, Bahagian 4, ms.180 Inilah situasi dikalangan penduduk kota Mekkah. Tetapi majoriti dan kebanyakan suku-kaum Arab di tempat lain di tanah Arab telah benar-benar keluar dari Islam. Abu Bakar telah menyerangi mereka. Khalid bin al-Walid terutamanya amat zalim dan tidak berhati perut langsung terhadap mereka. Menurut Dr.Abu Zayd, Khalid al-Walid telah mencungkil keluar mata mangsamangsanya. Peristiwa-peristiwa berdarah ini menimbulkan beberapa soalan yang penting.Yaitu: Kenapakah kumpulan-kumpulan Arab ini keluar daripada Islam sebaik saja Nabi Muhammad telah mati? Kenapakah ahli-ahli Kota Mekkah ingin meninggalkan Islam selepas kematian Muhammad? Jawapannya yang jelas ialah mereka semua telah 'memeluk Islam' dibawah ancaman pedang kerana Muhammad telah memaksa mereka pilih di antara Islam atau kematian(dipancung!).

Ada dua soalan yang wajar ditanya oleh kerana ada ramai orang yang inginkan jawapannya. Soalan Pertama: Apakah dalih yang dipakai oleh Islam bagi pembunuhan para 'Murtad'? Pembunuhan seorang yang meninggalkan Islam ('murtad') adalah satu penafian dan penyangkalan kebebasan beragamanya. Manusia ini tidak bebas untuk mempercayai mana-mana agama yang dipilihnya. Penafian kebebasan yang asas ini ialah satu penyangkalan Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Perkara 18), yang herannya telah ditandatangani kebanyakan negeri Islam. Apakah yang dikatakan oleh kebanyakan ulamak Islam dalam hal ini? Ulama-ulama dari Kuwait dan Qatar telah cuba menjawab soalan ini. Sebuah Majalah mingguan di Kuwait telah membawa ulasan berikut dalam satu terbitannya: "Ada orang yang kata: 'Inginkah kamu menafikan kebebasan beragama kepada rakyat?' Kami menjawabnya:'Jika kebebasan itu melibatkan ketidakpercayaan dalam Islam, atau bebas untuk keluar dari Islam atau murtad, kebebasan itu dinafikan. Kami tidak akan mengakuinya, malah kami ingin menghapuskannya, dan kami akan cuba menggugatnya. Dan kami akan umumkannya secara ketara.'" (Dr.Taha Jabir: Majalah 'Masyarakat Islam',April 17, 1984. ms.26) Taha Jabir seterusnya menerangkan bahwa Islam tidak benarkan penganut-penganutnya meninggalkannya. Dari halaman 26 majalah itu dia cuba mengkritik kerajaan-kerajaan Islam yang dianggapnya bersikap 'lemah' terhadap mereka yang telah tinggalkan Islam. Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia Mari kita cuba fahami tindak-balas dan reaksi Islam kepada Pengisytiharan ini. Kali ini giliran ulamak dari Qatar memberikan jawapannya. Qatar adalah sebuah negeri Islam. Seorang ulamaknya Dr.Ahmad telah menulis sebuah buku berjudul: 'Jaminan jaminan Kepada Individu di dalam Hukum Islam'(Individual Guarantees in Islamic Law), pada halaman 15 & 16 buku ini dia berkata:

52

"Perkara 18 Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia memberi setiap individu kebebasan penuh untuk bertukar kepercayannya atau tinggalkan agamanya bagi menjamin kebebasannya beragamanya. Kami risau jika kebebasan ini akan memudaratkannya dan keselamatan orang lain. Atau kalau-kalau matlamat menukar agamanya akan menimbulkan huru-hara dan tersebarnya kekeliruan dikalangan rakyat?" Apakah alasan disebalik maksud "jikalau kebebasan ini akan memudaratkannya" ? Apakah ini hanya pandangan dan hemat peribadi Dr.Ahmad atau pun hakikat yang sebenar pada individu atau mereka yang menukar agamanya ? Kenapakah Dr.Ahmad mencuba paksakan pandangannya keatas orang lain? Adakah hemat Dr.Ahmad ini munasabah? Hanya beliau sahaja percayai bahawa meninggalkan Islam akan kononnya "memudaratkan" seseorang! Jika adanya orang yang berbeda pendapat dengan Dr.Ahmad ini, dan sebaliknya, mereka ini yakin bahawa untuk meneruskan hidup mereka sebagai orang Muslim akan memudaratkan kehidupan mereka - dan ada ramai pula insan ini! Apakah untuk kesejahteraan diri dan ahli-ahli keluarganya insan ini memeluk Rabbana 'Isa Al-Masih dan penebusanNya, supaya mereka dapat menjalani hidup yang diberkati aman damai, girang, kasih sayang dan kesucian.Kenapakah kamu kata kepada insan ini "Kami menegah kamu! Kami tidak membenarkan kamu kebebasan meninggalkan Islam atau menganuti agama yang lain. Jika kamu lakukannya, kami akan membunuh kamu semua supaya kamu tidak memudaratkan diri kamu..!" Kemungkinan besar juga; diatas dalih dan alasan inilah, Nabi Muhammad, Hazrat 'Ali dan Uthman telah membunuh mereka yang meninggalkan Islam. Sementara Abu Bakar juga telah serang mereka yang telah keluar dari Islam, dan membunuh berpuluh-puluh jiwa ... supaya kononnya "mereka tidak akan memudaratkan diri mereka.."! Berhubung dengan alasannya bahawa sesiapa yang keluar dari Islam akan "...menyebar kekeliruan di kalangan rakyat.." pula adalah satu lagi sebab yang tidak munasabah lagi tidak wajar langsung. Keyakinan orang lain tidak ada kaitan atau kena-mengena dengan keyakinan individu yang telah keluar dari Islam itu. Jika ada sekolompok manusia yang bertindak melakukan sesuatu-itu adalah masalah akidah dan pilihan mereka sendiri, ini pula tidak ada perkaitan dengan keputusan pribadi seorang individu yang telah 'murtad' itu! Dia hanya mencari kesejahteraan akidah dan kedamaian rohani sendirinya dan berputus untuk memeluk utusan Rabbana Isa al-Masih dan Injilnya. Di dunia ini ada wujudnya hakikat Hak Asasi Manusia. Yakni seorang insan bebas dan berhak untuk memeluk manamana satu agama atau mempercayai mana-mana fahaman yang meyakininya, juga untuk menyembah Tuhan yang dipilihnya sendiri. Semua negeri-negeri yang bertamaddun dan berdaulat termasuk kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui dan mengaminkan kebebasan peribadi ini - untuk memilih dan meyakini agama sendiri, kecuali nampaknya Nabi Islam, yang telah perintah: "Sesiapa yang tukar agamanya - bunuhlah orang itu!" Dr.Ahmad buat tuduhan, bahawa para 'murtad' itu akan menyebar kemudaratan di bumi. Apakah seorang yang memeluk ajaran Injil itu, dengan ajaran dan prinsip-prinsip kerohanian yang tinggi dan mulia akan mengkorup dan mencemar bumi ini?! Atau sebaliknya, mereka yang memegang kepada satu ajaran yang membunuh penganutpenganutnya yang keluar daripada ajaran itu, inilah yang lebih memudaratkan keadaan di atas muka bumi; serta memusnahkan kesejahteraan dan aman-damai antara insan di bumi! Injil dan ajaran-ajarannya sebaliknya tidaklah begitu - ia beri penekenan pada Kasih-sayang Tuhan dan diantara manusia. Ia menyeru bagi menyayangi semua insantermasuk musuh-musuh kami. Ia berseru untuk hidup bersuci dan beraman-damai sesama semua manusia.

Soalan Kedua: Bagaimanakah Umat Islam Dapat Menafikan Amalan-amalan Pemaksaannya ? Lazimnya umat Islam cuba menidakkan hakikat pengamalan mereka yang 'kurang daripada bebas' di atas ini dengan berkata : "Tidak ada paksaan dalam hal-hal beragama...", tetapi dari sumber Islam dan sejarah para Muslim sendiri ada bukti-bukti nyata yang mengesahkan kebenaran hakikat yang terhurai di atas ini. Sesungguhnya, sehingga hari ini, yakni abad ke-21 T.M. terdapat dalil-dalil yang ketara bahawa amalan-amalan pemaksaan ini masih lagi diteruskan! Syaikh Muhammad Mutawili al-Sha`rawi Beliau salah seorang ulamak Mesir semasa yang terkenal sekali. Berjuta-juta umat Islam menonton rancangan talivisyennya yang sentiasa saja mengkritik agama Kristian. Dia mengajar bahawa umat Kristian adalah kafir dan menggalakan para Muslim di Mesir menceroboh gereja-gereja Nasrani/Kibti, membakar mereka dan membunuh 'kafirkafir itu'! Media massa di Mesir sentiasa menerbit lapuran-lapuran tentang pencerobohan dan peristiwa-peristiwa ini.

53

Dia telah menulis beberapa buah buku dan satu daripadanya berjudul : "Kamu Tanya dan Islam Menjawab", dalam Bahagian 2 buku ini, halaman 52, tercatit: "Ada yang bertanya:'Bagaimanakah boleh Islam buat tuntutan tidak ada paksaan beragama tetapi sebaliknya mengarahkan hukuman mati bagi mereka yang tinggalkan agama Islam?' Kami jawab:'Kamu bebas untuk percaya atau sebaliknya apa-apa sahaja.Tetapi setelah memeluk Islam, KEBEBASAN ITU TIDAK WUJUD LAGI. Kamu sudah terikat kepada Islam, dan jika mahu keluar daripada Islam, kamu dikenakan segala penghukuman dan sekatan-sekatan yang berkenaan, termasuk pembunuhan. Jadi, mereka ada kebebasan memeluk agama Islam, tetapi sesudah itu mereka tidak bebas lagi untuk meninggalkan Islam!" Apa hendak dikata lagi? Sudah terbuktilah tanpa apa-apa kemusykilan lagi, segala yang dibincang diatas ini! Pernyataan Al-Sha`rawi menyetujui sepenuhnya dengan pengamalan membunuh para 'murtad' oleh kerajaan-kerajaan Islam. Tafsiran al-Baidawi dan Ibn Hazem bagi ayat ini juga mengesahkan terjemahan Al-Sha`rawi. Seorang insan biarlah Kristian atau Yahudi-adalah bebas percayai atau tidak percayai (Islam), yakni dia ada pilihan untuk memeluk Islam atau pun membayar cukai jizya. Jikalau dia tidak beragama (yakni bukan Nasrani Kristian atau Yahudi), dia tidak ada kebebasan (tidak ada pilihan lain) untuk memeluk mana-mana agama yang lain KECUALI ISLAM. Ibn Hazem mengesahkan hakikat semua ini dengan bukti kata-katanya: Sesungguhnya telah dilapurkan kepada kami, bahawa Nabi Muhammad(saw) seringkali telah MEMAKSAKAN Arab Jahiliyyah untuk memeluk agama Islam. Dia telah beri mereka hanya dua pilihan - yaitu : TERIMA ISLAM ATAU MATI DIBUNUH. Sesungguhnya, ini adalah pemelukan agama Islam secara pemaksaan Namanya! (Al-Muhalla,Ibn Hazem, Jilid 8, Bah.11, halaman 196). Jadi sudah terbuktilah dengan jelas sekali dan tanpa apa-apa kemusykilan, dan juga disokong oleh ulasan-ulasan Syaikh Sha`rawi, hakikat bahawa : tidak adanya kebebasan yang sebenar di dalam amalan agama Islam! Selain Daripada Itu : Selain daripada semua hakikat tentang amalan-amalan Islam di atas yang berciri kekejaman, pemaksaan dan sekatansekatan serta penindasan hak-hak asasi yang lain keatas kedua-dua kumpulan manusia yang beragama Islam dan juga mereka yang bukan beragama Islam, terdapat juga bukti-bukti kekerasan, pemaksaan dan penindasan juga digunakan supaya para muslimin dan muslimat mendirikan ibadat mereka. Ibn Taimiyya Tokoh Islam yang terkemuka ini juga bergelar Syaikh Al-Islam, arahannya tentang Muslim yang tidak mendirikan ibadatnya adalah seperti berikut : "Seorang Muslim yang enggan mendirikan solat harus DI PAKSA supaya dia bersolat juga. Jika dia menolak arahan ini, DIA MESTI DIBUNUH, oleh kerana dia akan menjadi seorang kafir atau murtad. Inilah amalannya menurut semua Ulamak-ulamak dan Imam-imam; walaupun orang ini mengakui Muhammad sebagai Rasullullah dan yakin kepada tujuan doa-doanya. (Ibn Taimiyya, Jilid 35, ms.105-106). Dalam Jilid 32, ms.276 dan 279, Ibn Taimiyya sekali lagi mengulas arahan-arahan supaya membunuh seseorang yang meninggalkan doa-doa solatnya. Selepas itu, dia berikan arahan sekali lagi kepada suami-suami beragama Islam, supaya: "Jika seorang daripada isteri kamu mengabaikan doa-doanya, kamu mestilah mengarahkannya supaya bertaubat. Suami dibenarkan mendera dan memukul isterinya sehingga dia bertaubat. Jika isteri itu masih tidak mahu taubat, maka dia seharusnya dibunuh..." Tidak boleh dinafikan adanya masa dimana si-isteri itu mungkin terlalu sibuk dengan tugas-tugas rumah-tangganya sehingga terbeban untuk mencari masa lapang supaya mengerjakan doa-doa solatnya. Jika akhirnya, dia tidak berupaya untuk menunaikan ibadatnya ini, suaminya sebagai orang Muslim yang bertanggungjawab seharusnya memukul isterinya supaya dia bersolat, dan jikalau tidak, isterinya boleh dibunuh! Hukuman ini bukanlah keputusan syaikh Ibn Taimiyya sahaja, malah juga kata-putus semua para Ulamak dan Imamimam seperti yang diakui oleh Ibn Taimiyya sendiri. Setelah pengakuan ini diselidiki dengan lebih lanjut, kami telah

54

jumpa pengesahan pengakuan ini juga daripada tulisan-tulisan Ibn Hazem dalam Al-Muhallanya-Bahagian 11, Jilid 8, halaman 378. Tokoh-tokoh Islam yang lain yang juga mengesahkan amalan ini ialah Imam Shafi'i, Imam Malik -kedua-dua pemimpin Islam ini memberi penekanan kepada amalan membunuh mana-mana umat Islam yang mengabaikan Solatnya dan tidak bertobat. Hadis Sahih Muslim pula menunjukkan ini adalah disetujui juga oleh Khalifah Ali bin Abi Talib.(HSM, Jilid I, ms.267). Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi pula, mengarahkan supaya Muslim yang enggan itu mesti didera dan dipukul sampai bertaubat dan jika tidak bertaubat juga mesti diteruskan deraan itu sehingga akhirnya dia bertobat atau mati akibat pukulan itu-yang mana-mana satu datang dahulu! Sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri telah membenarkan hukuman yang amat zalim ini dalam pengumumannya seperti berikut: "Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darah seorang Islam, kecuali dalam TIGA Perkara berikut, yaitu Menjadi 'murtad' sesudah dia memeluk Islam, kedua - Berzina sesudah berkahwin, dan ketiga - Membunuh seseorang tanpa apa -apa hak atau sebab yang munasabah." Sumber-sumber yang mengesahkan pengumuman ini adalah seperti berikut: Hadis Sahih Muslim, Jilid I, ms. 267, tafsiran Nawawi Imam Shafi'i, "Ordinan-ordinan(Undang-undang) al-Quran" Bah.2, m.s.46 Ibn Hazm, "Al-Muhalla", Bah.11, Jilid 8, halaman 377 dan 400 Syaikh Shaltut(Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir), "Islam: Satu Dogma dan Undang-undang", hal.322 Dr.Afifi'Abdul-Fattah, "Semangat Agama Islam", m.s.408 Jadi, sudah sangat jelaslah bahawa semua kenyataan-kenyataan diatas bukanlah gubahan 'musuh-musuh Islam' yang diada-adakan bagi mendustai nama baik dan agama Islam.Sebaliknya, segala-galanya sudahpun disahkan dari sumbersumber Islam SENDIRI yang tulen lagi berwibawa. Amat jelaslah sekali hakikatnya bahawa amalan diatas ini semuanya adalah amat kejam,malah ada yang ganas dan zalim sekali akibat-akibatnya. Semua ini pula diadakan supaya mengancam para Muslim tidak keluar dari Islam, dan supaya para Muslimin dan juga Muslimat akan kerjakan ibadat-ibadat solat mereka. Di negeri-negeri Islam dimana kerajaannya amalkan undang-undang syariah Islam, semua amalan-amalan di atas seharusnya dilaksanakan tanpa apaapa persoalan! Satu Peristiwa yang Trajik dan Mengejutkan Apabila Hazrat Uthman bin Affan, Khalifah yang ketiga dan juga suami kepada Ruqayya, anak perempuan Nabi Muhammad telah dikepung oleh pembunuh-pembunuhnya, dia telah merayu kepada pengumuman Nabi Muhammad di atas. Dimana pengumuman itu mengharamkan pembunuhan seorang Islam kecuali dalam tiga perkara. Dia telah berkata: "Di atas sebab mana-mana satu daripada tiga sebab itu kamu hendak membunuh saya ...?" dan khalifah Uthman juga telah berseru: "Tidakkah aku seorang Putera di antara mereka yang Beriman...?" Walaupun begitu bunyi rayuannya, Uthman bin Affan, khalifah ketiga Dunia Islam telah dibunuh dengan kejamnya! Siapakah pembunuh-pembunuh beliau, sebenarnya ? Pembunuh-pembunuhnya adalah tidak lain dan tidak bukan, pembunuh yang SE-IMAN DENGANNYA! Umat Islamlah sendiri telah tergamak bertanggung jawab membunuh pemimpin dan khalifah mereka sendiri. Menurut catatan-catatan serta rekod para Muslim sendiri, pembunuhan kejam ini telah dilakukan oleh orang Islam sendiri, termasuk nama-nama seperti Muhammad ibn Abu Bakar Al-Siddik dan 'Ammar Ibn Yasir, kedua-dua mereka ini telah berkomplot dan bersubahat bersama-sama dengan orang Islam yang lain

55

supaya membunuh khalifah mereka. 'Ammar bin Yasir itu adalah salah seorang daripada Para Sahabat Nabi yang terkenal; dan Muhammad bin Abu Bakar itu juga bergelar 'Yang- Benar'. Apakah jawapan yang diberikan kepada khalifah Uthman oleh pembunuh-pembunuhnya? Jawabannya berbunyi: "Kerana kamu telah membuat penukaran dan pemindaan kepada Kitab Allah (Yakni al-Quran)...!" Itulah sebabnya yang sebenar yang mengakibatkan pembunuhan Khalifah Uthman b.Affan ditangan umat Islam sendiri. Semuanya fakta di atas ini terdapat di dalam buku Ibn Kathir - Al-Bidayah wa An-Nihayah, Bah.7, m.s.185. Ibn Kathir juga telah sebut bahawa sejumlah besar ahli-ahli Qurra (pembaca2 al-Quran) telah lazimnya menyumpah dan mengutuk Uthman bin Affan, serta memberi galakan mereka kepada umat Islam untuk bangkit dan memberontak menentang Khalifah Uthman -Al-Bidayah wa An-Nihayah, Bah.7, m.s.166. Dakwaan pemindaan dan penukaran kepada Kitab Al-Quran oleh khalifah Uthman ini yang dicatat oleh Hafiz Ismail Ibn Kathir diatas juga disokong oleh tokoh-tokoh sejarah Islam yang berikut: Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian 2, halaman 669, Riwayat Para Khalifah oleh Al-Suyuti serta banyak rujukanrujukan sejarah Islam terawal yang lain. Dalil-dalil yang Membuktikan Ramai para Sahabat Nabi Mencurigai Quran Hasil Suntingan Uthman b.Affan Soalannya ialah: "Kenapakah hampir semua ahli-ahli Qurra telah melakukan begitu dan juga Ibn Kathir telah bersumpah bahawa Muhammad Ibn Abu Bakar telah menuduh khalifah Uthman membuat penukaran kepada kandungan al-Quran?" Siapakah Ibn Kathir ini? Ismail Ibn Kathir adalah seorang Hafiz yaitu seorang penghafaz alQuran dari kota Mekkah dan memiliki Mashafnya yang, diantara 6 yang lain, dirujuki ramai ulamak-ulamak Islam sepanjang sejarah Islam. Hasil Karyanya - Al-Bidayah wa An-Nihayah yang ada empat-belas Bahagian juga merupakan rujukan asas bagi semua ahli-ahli sejarah Islam dalam karya-karya mereka. Selain dari itu, terdapat juga sokongan daripada seorang tokoh Islam: As-Suyuti, beliau telah mencatat bahawa "ada ramai para umat Islam menuduh khalifah Uthman membuat pemindaan dan penukaran kepada Kitab al-Quran", misalnya Hamidah binti Abu Yunis, yang berkata : "Khalifa Uthman telah mengadakan penukaran kepada salinan-salinan al-Quran." Al-Itqan fi Ulum al-Quran, As-Suyuti, Bahagian 3, ms.73. Ibn Umar al-Khattab juga telah membuat pengakuan yang ketara bahawa: "Janganlah sesiapa kata yang dia dapat mengumpul al-Quran dengan lengkapnya! Bagaimanakah dia dapat tahu itulah pengumpulan al-Quran yang secukup-cukupnya? Sebahagian besar al-Quran sudah pun HILANG, jadi biarlah dia berkata 'Saya hanya dapat kumpulkan kandungan Quran daripada apa-apa yang ada'" Al-Itqan fi Ulum al-Quran, Bahagian 3, ms. 72 Aisya, isteri Nabi Muhammad juga memberi kenyataannya yang menyokong pengakuan Ibn Umar ini, katanya : "Semasa hayat Nabi Muhammad, Surah Ahzab mengandungi dua-ratus baris ayat bila dibacakan, Tetapi apabila Uthman mengarahkan suntingannya ke atas salinan-salinan Quran, hanya tujuh-puluh tiga baris ayat telah dicatit..!" Al-Itqan fi Ulum al-Quran, Bahagian 3, ms. 72 Jadi, sebagai kesimpulan yang wajar, Adakah khalifah Uthman bin Affan pada hakikatnya telah benar-benar membuat pemindaan-pemindaan dan perubahan kepada salinan al-Quran yang telah 'diselaraskannya' ? Sepertimana yang dituduh oleh Hamidah binti Abi Yunis dan juga terbukti oleh kenyataan-kenyataan Para Sahabat, pemimpin-pemimpin dan juga tokoh tokoh Islam yang terawal dan amat diyakini; jawaban wajar lagi munasabahnya ialah : SUDAH TENTU SEKALI!

56

Tidak ada sebab lain yang munasabah bagi persubahatan para pemimpin Islam yang telah berkomplot bersama-sama untuk membunuh Khalifah Islam yang ketiga ini. Walaupun darah Uthman bin Affan akan 'dicurahkan secara haram' mengikut pengumuman Nabi Muhammad, walaupun khalifah Uthman bin Affan telah merayu-rayu bagi nyawanya dan juga merayu kepada pengisytiharan Muhammad, saudara-saudara Islam seimannya telah pun membunuhnya tanpa apa-apa belas kasihan atau pengampunan! Hanya ada satu alasan yang muktamad sahaja yang menyebabkan pembunuhan (assasination) ini - iaitu sebab yang sudah ditampil dengan jelas dan muktamadnya diatas ini penukaran-penukaran keatas Kitab Al-Quran oleh arahan khalifah Uthman. Oleh itu, tidak berguna bagi para Muslim menuntut bahawa hari ini, seluruh dunia Islam membaca satu 'Kitab yang sama', kerana kita sudah pun dapat melihat dengan bukti-bukti yang sah, bahawa "proses selaraskan Kitab" ini adalah satu peristiwa yang diselubungi kemusykilan, kecurigaan, persoalan dan juga tragedi yang menimbulkan syak bukan sahaja di antara ahli sejarawan bukan Islam, tetapi juga di kalangan sejarawan dan tokoh-tokoh Islam yang terawal sekali! Oleh yang demikian, dunia Islam hari ini haruslah mencelikkan mata kepada hakikat-hakikat yang sebenar tentang Kitab Al-Quran dan juga amalan 'kebebasan beragama' dalam agama Islam dengan menyelidiki sumber-sumber mereka dengan sikap dan fikiran yang lebih terbuka. Semoga Tuhan akan menerangi dan melindungi insan-insanNya yang cintai akan Kebenaran!

57

Related Documents

Piagam Madinah Wanis
April 2020 6
Piagam Madinah
April 2020 33
Teks Piagam Madinah
May 2020 6
3. Esei Piagam Madinah
April 2020 9
Piagam Madinah 2
May 2020 10
Madinah
November 2019 34