179128155-laporan-inovasi.docx

  • Uploaded by: nurulshafieza
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 179128155-laporan-inovasi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,362
  • Pages: 12
LAPORAN INOVASI

BUKU RIBA

MATEMATIK BERFUNGSI

DISEDIAKAN OLEH :

NURUL SYAFINAZ BINTI GHAZLIMI 911013-09-5078 019- 5032050

PISMP 4F AMBILAN JANUARI 2012 PISMP 104895423 PENDIDIKAN PEMULIHAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

BIODATA DIRI

NAMA

: NURUL SYAFINAZ BINTI GHAZLIMI

ALAMAT

: NO.1, JALAN SENA 4, TAMAN SENA INDAH, 01000 KANGAR, PERLIS.

NO I/C

: 911013-09-5078

TARIKH LAHIR

: 13 OKTOBER 1991

MAJOR

: PENDIDIKAN PEMULIHAN (BM/MATE) AMBILAN JANUARI2011

E-MEL

: [email protected]

NO TELEFON

: 019-5032050

PENCAPAIAN IPG : -TEMPAT PERTAMA MEMBACA TULISAN JAWI NASKAH LAMA SEMPENA BULAN MEMBACA (ANJURAN IPG KBM) -ANUGERAH PENGARAH (AKADEMIK TERBAIK) IPG KBM TAHUN 2011 MOTO HIDUP

: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

1.0 TAJUK INOVASI

BUKU RIBA MATEMATIK BERFUNGSI

1.1 PELAKSANAAN BUKU RIBA MATEMATIK BERFUNGSI

Penghasilan buku riba matematik berfungsi merupakan tugasan kerja kursus projek bagi mata pelajaran Pendidikan Disleksia (PKP 3105) pada semester 3 yang lalu bagi guru pelatih ambilan Januari 2011. Guru pelatih dikehendaki menghasilkan sebuah buku riba atau ‘lap book’ yang bertemakan

matematik

berfungsi.

Matematik

berfungsi

yang

dihasilkan

ini

merangkumi enam tajuk dalam subjek matematik di mana saling berkait dengan penggunaan dalam kehidupan seharian. Buku riba bertemakan matematik berfungsi ini merangkumi enam topik iaitu wang, masa, berat, isi padu, jarak dan penyelesaian masalah.

Dalam pada itu, buku riba ini dihasilkan khusus untuk murid-murid bermasalah pembelajaran disleksia. Oleh yang demikian, penghasilan buku riba ini mengambil perhatian terhadap keperluan kanak-kanak disleksia dalam pembelajaran. Aspek yang dititikberatkan semasa penghasilan buku riba ini ialah dari segi pemilihan warna, aras kognitif kanak-kanak disleksia, dan saiz bahan.

Buku riba ini juga boleh digunakan secara individu mahupun dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 atau empat orang pelajar berdasarkan saiz buku riba tersebut. Selaras dengan namanya iaitu ‘Buku Riba’ menunjukkan bahawa buku ini akan memudahkan kanak-kanak untuk menggunakannya dan membawa ke mana sahaja disamping isi kandungan yang padat di dalam buku riba tersebut.

2.0 PENGENALAN

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid

terutamanya murid-murid

bermasalah pembelajaran. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali membantu mereka menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, penghasilan bahan bantu mengajar dalam bentuk maujud dapat merangsang minat murid-murid untuk belajar.

2.1 KUMPULAN SASARAN

Bahan ini digunakan semasa aktiviti P&P secara kumpulan kecil antara 3 hingga 4 orang atau individu di dalam kelas.

Penghasilan buku riba ini dikhususkan untuk kanak-kanak disleksia yang mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira.

Selain itu, bahan-bahan ini juga dapat diaplikasikan kepada murid tahun 1, murid linus, murid pemulihan, murid prasekolah, serta murid pendidikan khas masalah pembelajaran.

2.2 KANAK-KANAK DISLEKSIA

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud ‘kesukaran dalam’ lexis yang bermaksud ‘bahasa’. Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006)

Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam adalah seperti berikut: “Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka” (dalam Sheila & Samsilah, 2006). Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Kanak-kanak disleksia sering dikaitkan dengan murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran di mana mereka mengalami masalah dalam menguasai aspek 3M (membaca, menulis dan mengira).

Setelah mengadakan lawatan ke Pusat Dyslexia Malaysia, saya telah mengenalpasti bahawa murid-murid ini memerlukan bahan bantu mengajar dalam bentuk maujud. Oleh yang demikian, penghasilan buku riba matematik berfungsi ini dapat membantu kanak-kanak disleksia terutamanya dalam mata pelajaran matematik di sekolah.

Dalam pada masa yang sama, saya menerima tugasan kerja kursus projek bagi mata pelajaran Pendidikan Disleksia (PKP 3105) di bawah bimbingan Cik Siti Salamah Binti Mohd Yusof semasa saya berada di semester 3 yang lalu. Tugasan ini dikehendaki untuk menyediakan sebuah buku riba bertemakan matematik berfungsi.

Namun, penghasilan buku riba ini mengikut kreativiti masing-masing. Buku riba matematik berfungsi ini merupakan hasil karya dan idea saya yang asli.

3.2 MASALAH YANG DIHADAPI

Buku riba ini dikhususkan kepada kanak-kanak disleksia. Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah mengenal pasti bentuk huruf dan nombor. Hal ini kerana, mereka mengalami masalah pada bahagian otak yang menyebabkan mereka menjadi keliru untuk mengenal pasti bentuk huruf dan nombor yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, buku riba yang dihasilkan ini lebih bertumpu kepada mata pelajaran matematik yang merangkumi topik wang, masa, berat, jarak, isi padu dan penyelesaian masalah.

Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia. Saya telah mengambil langkah untuk menghasilkan satu bahan bantu mengajar dalam bentuk maujud di mana kanak-kanak ini berpeluang untuk melihat, memegang, bermain dan menyentuh bahan maujud ini.

Hal ini kerana, kanak-kanak lebih cepat belajar sekiranya mereka diberi peluang untuk melakukan aktiviti secara ‘hands-on’. Dalam pada itu, dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta mengelakkan daripada kebosanan ketika belajar.

4.0 INOVASI YANG DIJALANKAN

4.1 OBJEKTIF INOVASI

Objektif penghasilan inovasi bahan bantu mengajar khusus untuk murid-murid disleksia adalah seperti berikut :

i. Merangsang minat murid untuk mempelajari sesuatu topik baharu. ii. Membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. iii. Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) iv. Memaksimumkan penggunaan bahan bantu belajar dalam kalangan murid-murid sepanjang tahun. v. Membantu murid memahami konsep matematik berfungsi yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. vi. Menunjukkan bahawa bahan bantu belajar bukan sahaja boleh dibeli di kedai namun bahan ini boleh dihasilkan sendiri. vii. Menimbulkan semangat inkuiri murid-murid dalam sesuatu topik pembelajaran.

4.2 TARIKH PELAKSANAAN

TARIKH

PERKARA YANG DIJALANKAN - Pengedaran kerja kursus kepada pelajar

5 Januari 2012

-Taklimat kerja kursus dari pensyarah -Membuat proposal

10 Januari 2012-

-Berbincang dengan pensayarah

20 Januari 2012 -Bimbingan kerja kursus 22 Januari 2012-

-Perbincangan bersama ahli kumpulan

31 Januari 2012

-bertukar pendapat dengan rakan-rakan -Membuat draf

-Lawatan ke Pusat Dyslexia Malaysia 1 Februari 20129 Mac 2012

-Membuat draf BBM -Perbincangan bersama pensyarah

-Membina BBM 12 Mac 2012-

-Membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa

23 April 2012

-Penyerahan BBM

25 September

-Merangka dan menyusun laporan

2012

1 Oktober 2012

-Penambahbaikan terhadap inovasi BBM

4.3 KOS PENGHASILAN

Penghasilan buku riba matematik berfungsi ini tidak memerlukan kos yang tinggi di mana kebanyakan barang digunakan daripada bahan sedia ada dan barangan terpakai. Oleh yang demikian, kos penghasilan bahan bantu mengajar ini dapat diminimumkan.

Dalam pada itu, semasa menghasilkan buku riba ini saya telah dibantu oleh beberapa orang rakan yang menolong bagi menghasilkan bahan bantu mengajar yang kukuh, menarik, tahan lama dan dapat digunakan sepanjang tahun.

More Documents from "nurulshafieza"

Rujukan Inovasi.docx
November 2019 16
Lporan Inovasi.docx
November 2019 18
Slide Fasa.pptx
November 2019 11
Soalan Tutorial 3.docx
November 2019 15
Rujukan Rpi.docx
November 2019 10