PENGGUNAAN TELEFON PINTAR SEBAGAI SATU KEPERLUAN Seiring dengan peredaran masa, penggunaan telefon pintar di Malaysia bukan sahaja dianggap sebagai satu gaya hidup malah telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian penggunanya. Malah, tidak dapat dinafikan lagi bahawa gajet ini telah banyak mempengaruhi cara hidup sesebuah masyarakat dalam mengendalikan urusan seharian mereka. Menurut Al-Barashdi (2015), melalui penggunaan telefon pintar, banyak aktiviti boleh dilaksanakan termasuklah perkongsian maklumat, komunikasi, pelayaran internet, penghasilan dan pengeditan dokumen dan pelbagai aktiviti lain. Oleh sebab itu, kini telefon pintar telah menjadi satu keperluan penting dalam kalangan penggunanya yang datang dari pelbagai golongan dan peringkat umur. Tidak kira samada mahal atau pun murah nilai peranti tersebut, yang penting penggunanya boleh berkomunikasi dengan mudah. Ciri mudah alih serta aplikasi yang sangat mirip kepada penggunaan komputer memudahkan pengguna mendapatkan sebarang akses maklumat samada yang formal atau tidak formal. Carta di bawah menunjukkan secara penuh aktiviti online pengguna Internet di Malaysia.
Mengikut kajian Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), ‘Smartphone‘ merupakan medium utama untuk pengguna Internet iaitu sebanyak 89.4% (21.9 juta orang), berbanding medium-medium yang lain seperti laptop, netbook, PC desktop, dan
sebagainya. Berikut adalah senarai penuh medium yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengakses Internet.
Telefon pintar sebagai alat komunikasi
Telefon pintar kini menjadi satu alat perhubungan yang sangat penting kerana dilihat lebih mudah, murah dan fleksibal. Satu daripada kebaikan yang dibawa melalui telefon pintar adalah dapat mengurangkan jurang komunikasi antara masyarakat, rakan-rakan dan sekeluarga. Jika dahulu, keluarga yang berjauhan terpaksa berutusan surat, malah terpaksa menunggu masa yang lama untuk bertemu. Kini dengan kecanggihan teknologi yang ada pada telefon pintar, hanya dengan sambungan internet pengguna boleh menghubungi keluarga yang berjauhan dengan menelefon ataupun menghantar email. Malah dengan aplikasi-aplikasi yang ada seperti ‘whatssap’, ‘wechat’, ‘facebook’ dan sebagainya membolehkan penggunanya membuat panggilan video untuk berbual secara lansung dan dapat memupuk semangat sillaturrahim antara masyarakat bukan sahaja dalam negara, bahkan masyarakat di seluruh dunia. Hampir semua pengguna Internet (96.3%, 23.59
juta orang) di Malaysia menggunakan Internet untuk tujuan komunikasi melalui teks seperti Whatsapp, Facebook Messenger, WeChat dan sebagainya. Tambahan pula, telefon pintar juga dapat memainkan peranan penting dengan adanya fungsi-fungsi seperti merakam video, suara dan kamera sentiasa membolehkan kita merakamkan detik-detik kehidupan kita yanng menarik dan berkongsi menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut dengan keluarga dan rakanrakan di sekeliling kita. Ini secara tidak lansung, dapat mengurangkan jurang komunikasi lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai keluarga atau kenalan diperantauan. Kelebihan yang ada pada telefon pintar kini dilihat banyak membantu dari segi komunikasi menyebabkan rakyat Malaysia menjadikan telefon pintar sebagai satu keperluan.
Telefon pintar sebagai alat permbelajaran
Telefon pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita dimana dengan adanya peranti ini, maklumat dapat diperolehi dengan pantas, hanya dengan menggunakan internet. Penggunaan untuk tujuan pembelajaran merupakan salah satu potensi penting telefon pintar. Hal ini sejajar dengan perkembangan semasa di mana semua maklumat kini dapat disalurkan dengan cepat, proses kolaborasi boleh berlaku secara pantas dalam talian, serta perkongsian maklumat merupakan satu bentuk pendekatan pembelajaran yang bermakna. Pada masa kini, penggunaan internet dilihat amat penting kepada para pelajar dalam bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah masingmasing. Banyak maklumat serta penulisan digital dtttttttttxeyang dapat diperolehi secara percuma hanya dengan melayari internet. Dengan ini, urusan dalam menuntut ilmu kini lebih mudah dengan adanya telefon pintar. Bukan itu sahaja, ramai menganggap pendedahan awal terhadap teknologi boleh membuatkan anak mereka celik IT, menambah pengetahuan am, menajamkan IQ seterusnya membantu pembelajaran di sekolah. Ibu bapa di Malaysia pula dilihat lebih cenderung
menjadikan telefon pintar sebagai satu alat pembelajaran kepada anak-anak mereka. Telefon pintar merupakan sebuah peranti yang memerlukan kanak-kanak berinteraksi melalui sentuhan pada skrin dan dilihat sebagai cara terbaik menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar dan faham dengan lebih pantas. Malah, aplikasi yang digunakan sebagai alat pembelajaran memberi kelebihan kepada kanak-kanak kerana selalunya ia lebih menarik, tidak membosankan dan mudah bagi kanak-kanak untuk belajar secara sendiri.
Telefon pintar mampu mengurangkan bebanan kerja.
Selain mengurangkan jurang komunikasi, telefon pintar juga dapat mengurangkan beban kerja bagi golongan yang berkerjaya. Hal ini demikian kerana telefon pintar mempunyai pelbagai aplikasi yang membenarkan pengguna untuk mengakses e-mel dengan mudah dan dengan ini, pengguna dapat mengurangkan beban kerja mereka dengan menggunakan telefon pintar untuk menyelesaikan tugasan mereka berbanding dengan mengunakan komputer yang mengambil masa yang lebih lama. . Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan restoran Sakae Sushi di Malaysia yang menggunakan iPad sebagai alat kepada pelanggan untuk menurunkan pesanan mereka. Malah rata-rata rakyat Malaysia kini dilihat lebih cenderung menjalankan perniagaan dalam talian yang dilihat lebih memudahkan dan dapat menjimatkan kos dari pelbagai segi. Malah kerajaan Malaysia juga dilihat menggalakkan perkhidmatan atas talian kerana ia dikatakan lebih mudah dan menjimatkan masa rakyat sebagai contoh, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diperkenalkan oleh menawarkan permohonan secara dalam talian. Kerajaan juga menyediakan aplikasi mobile Bantuan Sara Hidup yang boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada Telefon Bimbit dengan Carian Bantuan Sara Hidup dan Logo Aplikasi adalah seperti berikut:
Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga dikatakan cenderung membuat pembayaran bil, semakan penyata bank dan bermacam-macam lagi secara atas talian sekaligus membuktikan telefon pintar kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan rakyat di Malaysia.
Cadangan
Cadangan
Peranan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
Walaupun telefon pintar dilihat memudahkan rutin kehidupan masyarakat Malaysia, namun penggunaan telefon pintar juga akan mempengaruhi masyarakat secara negatif jika disalahgunakan. Satu daripada kesan negatif penggunaan telefon pintar yang ketara adalah fungsinya sebagai medium penyebaran khabar angin secara besar-besaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebahagian masyarakat telah menggunakan telefon pintar sebagai alat penyebaran khabar angina dan jenayah siber. Hal ini kerap berlaku di era komunikasi tanpa batasan ini, dimana hal ini akan berlaku apabila suatu kenyataan palsu disebarkan melalui kiriman SMS atau e-mel. Hal ini akan menyebabkan masyarakat percaya dan tanpa
menyiasat kesahihan kenyataan tersebut turut serta menyebarkan pernyataan tersebut kepada orang lain. Hal ini amat serius dan Kerajaan juga telah menubuhkan satu jabatan iaitu Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengawal selia peraturan industri. Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menangani masalah ini haruslah sentiasa peka dengan perkembangan dan masalah yang berlaku. Penambahbaikan yang lebih efektif perlu di lakukan dari masa ke semasa memandangkan masalah ini dilihat semakin meruncing dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia. Walaupun, telefon pintar ini dilihat memberi banyak kebaikan kepada para pelajar, namun ia juga dilihat memberi dampak yang negatif. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran jika para pelajar lalai dan leka dengan telefon pintar mereka. Dengan kemudahan canggih pada telefon pintar membolehkan seseorang itu untuk menghantar pesanan ringkas, melayari laman sesawang sosial, bermain permainan dalam talian serta menonton rancangan televisyen. Hal ini akan mengakibatkan seorang pelajar boleh menjadi leka dalam pembelajaran jika telefon pintar tidak digunakan secara berhemah. Menurut Helen Simon (2017), penyalahgunaan boleh dilihat melalui sikap belia yang mengambil jalan mudah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan seperti kerja sekolah, tugasan assignment, rangka kerja dan lain-lain. Kemudahan teknologi telah menyebabkan pelajar menggunakan telefon pintar sebagai platform untuk memudahkan kerja dengan melakukan plagiat. Bermula dari sinilah wujud budaya plagiarisma atau amalan ‘copy and paste’ menjadi
semakin serius di
kalangan para pelajar. Memandangkan semua
maklumat kini berada dihujung jari, para pelajar menjadi semakin malas dan manja untuk
berusaha sendiri mencari sumber yang lebih sahih seperti buku rujukan akademik dan jurnal. Menurut Anaroshad (2015), para pelajar haruslah diberi kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan kesalahan plagiat. Para pelajar perlu menerapkan rasa hormat akan penulisan orang lain dengan memberikan kredit kepada penulis asal penulisan tersebut. Para pensyarah serta guru juga perlulah memainkan peranan dengan memberi penghargaan kepada usaha mereka yang tidak melakukan aktiviti plagiarisme ini. Selain itu, trend gaya hidup sebahagian besar para ibu bapa yang membenarkan anak mereka menggunakan telefon pintar sejak mereka masih kecil lagi juga membawa beberapa kesan negatif kepada anak mereka.Semakin banyak masa yang diluangkan bersama telefon pintar, semakin kanak-kanak ini akan menjadi kurang berinteraksi secara sosial. Selain itu, penggunaan telefon pintar dalam masa yang terlalu panjang akan menjejaskan kemampuan kelihatan mereka. Penggunaan telefon pintar juga mengakibatkan kanak-kanak mempunyai kebiasaan untuk mendapat informasi bahagian demi bahagian dan bukannya secara keseluruhannya. Permainan dalam talian yang terdapat dalam telefon pintar akan menyebabkan kanak-kanak ketagih dengannya dan menyebabkan mereka mengunakan masa yang amat lama untuk menguna telefon pintar. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, Ibu bapa perlulah menghadkan masa anak-anak untuk menggunakan telefon pintar. Sebagai contoh,ibu bapa boleh menggunakan telefon pintar untuk bermain dengan anak kecil mereka namun dalam tempoh yang tidak lama dalam satu hari. Dengan itu, anak-anak kecil tidak terlalu terdedah kepada sumber cahaya yang boleh merosak kan mata mereka. Malah anak-anak kecil ini akan mudah terlatih sejak dari kecil untuk hanya menggunakan telefon pintar bagi tujuan tertentu sahaja. Selain itu, Ibu bapa juga perlu sentiasa ada dengan anakanak bagi memastikan anak-anak mendapat maklumat yang tepat dan tidak leka dengan
permainan yang ada pada telefon pintar. Ketagihan kepada telefon pintar merupakan impak major kepada kehidupan social, jadi kita haruslah berusaha untuk mencegah atau menangani masalah ini dengan lebih serius. Selain itu, satu lagi
penyelidikan menunjukkan terdapat organisasi yang
mengharapkan pekerja mereka membalas mesej serta e-mel yang berkenaan dengan segera walaupun selepas waktu bekerja. Ini menyebabkan para pekerja akan merasa tertekan kerana dipaksa untuk membalas e-mel yang rasmi berkenaan dengan pekerjaan walaupun mereka diluar waktu pejabat. Ini menyebabkan tekanan emosi terhadap bebanan kerja meningkat. Malah, dengan adanya telefon pintar membolehkan pekerja membawa tugasan yang belum selesai pulang ke rumah. Hal ini akan mengurangkan kualiti masa ibu bapa untuk berinteraksi dengan anak mereka.
Sebagai majikan, mereka haruslah lebih bersikap professional dengan tidak menerapkan budaya bekerja selepas waktu kerja. majikan perlu memberi para pekerja hak ekslusif mereka untuk menggunakan masa cuti atau masa diluar waktu bekerja untuk melakukan aktiviti yang mereka inginkan tanpa dihantui bebanan kerja. Ini bukan sahaja dapat menghasilkan pekerja yang mempunyai menda yang positif, ia juga sekaligus dapat membantu para pekerja untuk lebih produktif dan inovatif. Selain itu, majikan-majikan di Malaysia juga boleh mengikut langkah kerajaan dengan melarang penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam mesyuarat yang membincangkan perkara rahsia bagi mengekang kebocoran maklumat. “Penggunaan telefon bimbit dan alat komunikasi lain secara tidak terkawal dalam agensi kerajaan boleh mendatangkan implikasi buruk serta membahayakan di samping boleh melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 sekiranya berlaku kebocoran atau kecurian maklumat,”
( Datuk Sanusi Sidek,2019)
Kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan juga mengakui bahawa penggunaan telefon pintar perlu dipantau walaupun ia dikatakan mampu mengurangkan bebanan kerja.
KESIMPULAN Keghairahan rakyat Malaysia sendiri terhadap telefon pintar tidak dapat dinafikan lagi. Malah, ia kini telah menjadi satu keperluan dalam kalangan rakyat Malaysia. Saban tahun, peningkatan permintaan terhadap telefon pintar di Malaysia dijangka akan terus meningkat seiring dengan faktor-faktor yang telah dibincangkan diatas. Syarikat-syarikat gergasi komunikasi dan telefon pintar pula seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Mereka menjalankan pelbagai strategi dan teknik pemasaran bagi menarik peminat-peminat telefon pintar yng ada di Malaysia. Rata-rata menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik ditambah pula dengan fungsi yang sentiasa diberi penambahbaikan dari masa ke semasa. Kerajaan Malaysia juga dilihat memain peranan yang penting dalam menggalakkan peningkatan permintaan telefon pintar ini di Malaysia. Usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam Dasar Ekonomi Digital diharap membuahkan hasil dimana kerajaan sedang cuba untuk melaksanakan Pelan Fiberisai dan Sambungan Negara (NFCP) yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang teguh, pantas serta murah kepada rakyat. Jika perlaksanaan ini berhasil maka ini sekaligus akan meningkatkan lagi permintaan telefon pintar di Malaysia.
Kecanggihan teknologi tidak dapat dinafikan kerana ia mempunyai banyak kebaikan dan memudahkan urusan seharian terutama dalam urusan komunikasi, menyiapkan tugasan, alat pembelajaran atau penghantaran dokumen secara pantas. Namun, penggunaan telefon pintar ini haruslah secara berhemah bagi mengelakkan masalah yang bakal berlaku apabila ia disalahgunakan.
Al-Barashdi, H. S., Buoazza, A., & Jabur, N. H. (2015). Samrtphone addiction among university undergraduates: A literature review. Journal of Scientific Research & Reports, 4(3),210-225.