Ict_hs2013bm.pdf

  • Uploaded by: RaRa Zahid
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ict_hs2013bm.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 587
  • Pages: 4
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR

PENYIASATAN PENGGUNAAN DAN CAPAIAN ICT OLEH INDIVIDU DAN ISI RUMAH 2013

Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2013 merupakan Penyiasatan pertama kali yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Statistik yang diperoleh meliputi dua aspek iaitu penggunaan ICT oleh Individu dan akses ICT oleh isi rumah seperti komputer, Internet, telefon bimbit dan lain-lain.

Penggunaan ICT oleh Individu, Malaysia Peratusan individu yang menggunakan komputer ialah 56.0 peratus, Internet 57.0 peratus dan telefon bimbit 94.2 peratus pada tahun 2013. Di kalangan pengguna Internet pula, sebanyak 60.3 peratus menggunakan Internet sekurang-kurangnya sekali sehari (Rajah 1).

Rajah 1: Kekerapan Individu Menggunakan Internet, Malaysia, 2013

6.7%

2.8%

30.2% 60.3%

Sekurang-kurangnya sekali sehari Sekurang-kurangnya sekali seminggu Sekurang-kurangnya sekali sebulan Kurang dari sekali sebulan

1

Dari segi lokasi penggunaan Internet, sebanyak 71.2 peratus individu menggunakan Internet di rumah, diikuti oleh mana-mana tempat melalui telefon bimbit (55.3%) dan tempat kerja (37.8%) (Jadual 1). Jadual 1: Lokasi Penggunaan Internet, Malaysia, 2013 Lokasi

Peratus Individu

Rumah

71.2

Mana-mana tempat melalui telefon bimbit

55.3

Tempat kerja

37.8

Kemudahan akses Internet komersial

26.0

Mana-mana tempat menerusi peranti mudah alih lain

22.4

Kemudahan akses Internet komuniti

17.1

Institusi pendidikan

16.6

Rumah orang lain

13.2

Menghantar maklumat atau mesej segera merupakan aktiviti Internet paling tinggi penggunaan iaitu sebanyak 69.1 peratus. Aktiviti berikutnya adalah menghantar atau menerima e-mel (65.4%); mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan (65.3%); memuat turun filem, gambar, muzik, menonton televisyen atau video atau mendengar radio atau muzik (64.6%) dan membaca atau memuat turun akhbar atau majalah online, buku elektronik (52.1%) (Jadual 2).

Jadual 2: Aktiviti Internet yang dijalankan oleh Individu, Malaysia, 2013 Aktiviti Internet

Peratus Individu

Menghantar maklumat atau mesej segera

69.1

Menghantar atau menerima e-mel

65.4

Mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan

65.3

Memuat turun filem, gambar, muzik, menonton televisyen atau video atau mendengar radio atau muzik

64.6

Membaca atau memuat turun akhbar atau majalah online, buku elektronik

52.1

2

Aktiviti Internet

Peratus Individu

Bermain atau memuat turun permainan video atau permainan komputer

47.9

Mendapatkan maklumat daripada organisasi Kerajaan

34.3

Mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan dan Perkhidmatan kesihatan

33.2

Memuat turun perisian

31.5

Berinteraksi dengan organisasi Kerajaan

27.3

Membuat panggilan telefon melalui Internet/VoIP

26.1

Pendidikan atau aktiviti pembelajaran

24.4

Pembayaran bil

21.2

Membeli dan membuat pesanan barangan dan perkhidmatan

15.3

Pemindahan kewangan

13.1

Bagi jenis barangan dan perkhidmatan yang dibeli melalui Internet pula, sebanyak 50.4 peratus individu membeli pakaian, beg & kasut, diikuti oleh makanan dan minuman (49.7%); produk perlancongan dan perjalanan (35.4%); perkhidmatan penginapan (28.7%) dan aksesori perhiasan diri (27.9%). Manakala sebab-sebab individu tidak membeli barangan atau perkhidmatan melalui Internet adalah kerana tidak berminat (69.5%); lebih berminat di kedai biasa (49.1%) dan kurang pengetahuan atau kemahiran (41.8%).

Akses ICT oleh Isi Rumah, Malaysia Peratusan isi rumah yang mempunyai akses kepada komputer ialah 59.4 peratus, Internet 58.6 peratus dan telefon bimbit 97.0 peratus (Jadual 3). Jadual 3: Akses ICT oleh Isi Rumah, Malaysia, 2013 Peralatan dan Perkhidmatan ICT

Peratus Isi Rumah

Komputer

59.4

Internet

58.6

Telefon talian tetap

31.1

Telefon bimbit

97.0 3

Peralatan dan Perkhidmatan ICT

Peratus Isi Rumah

Televisyen

98.2

Siaran TV berbayar

56.1

Radio

78.1

Majoriti isi rumah menggunakan jalur lebar mudah alih untuk mengakses Internet iaitu sebanyak 50.0 peratus, berbanding jalur lebar tetap (48.2%) dan Talian Pelanggan Digital (1.8%).

Sementara itu, antara sebab-sebab isi rumah tidak mempunyai akses Internet di rumah adalah kerana kos yang tinggi (24.1%); kurang keyakinan atau kemahiran (19.0%); tidak berminat (17.2%); kekangan masa (4.1%) dan masalah & halangan bahasa (3.8%).

DIKELUARKAN OLEH: PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 04 SEPTEMBER 2014

4

More Documents from "RaRa Zahid"