Taksonomi Bloom Oleh Hj Ahmad Zawawi bin Abdullah
Taksonomi Bloom Dalam tahun 1956, Profesor Benjamin Bloom, daripada University of Chicago, memperkenalkan Taksonomi Objektif Pendidikan (Taxonomy of Educational Objectives) yang termasyhur itu. Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat (hierarki). Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu: 1. Kognitif, 2. Afektif, dan 3. Psikomotor.
Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan
1
Pengetahuan
Pada aras ini, seseorang hanya dikehendaki mengingat sesuatu. Contoh:
Apakah yang dimaksudkan dengan tanda-tanda berikut?
Pengetahuan Pengingatan semula tentang yang khusus (spesifik) dan yang umum (universal), pengingatan semula kaedah dan proses, atau pengingatan semula pola, struktur, atau kedudukan dan sekitaran. Pengingatan semula hanya melibatkan menerbitkan kembali kepada fikiran kita perkara atau benda yang disoal itu. Kemahiran mental yang ditekan di sini hanyalah proses mengingat semula. 1.1 Pengetahuan peraka spesifik 1.2 Pengetahuan tentang cara dan kaedah mengendalikan perkara spesifik 1.3 Pengetahuan umum (universal) dan abstrak dalam sesuatu bidang Contoh soalan pada aras pengetahuan Contoh 1 Definisi pecutan ialah A.
jisim/daya
B.
perubahan halaju/masa
C.
jisim/halaju
D.
jarak/masa
E.
rintangan/daya
2
Kefahaman
Pada aras ini, pengetahuan tentang fakta, teori, kaedah dsb adalah dianggap telah dikuasai, dan seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau tidak pengetahuan itu. Contoh:
Jika anda melihat papan tanda ini pada jam 3:00 tengah malam, apakah yang sepatutnya anda lakuan?
Kefahaman Kefahaman merupakan tahap faham yang terendah. Ia merujuk kepada proses pemahaman atau tanggapan dalam minda yang membolehkan seseorang individu mengetahui apa yang telah disampaikan dan boleh mengguna bahan atau idea tersebut tanpa bantuan maklumat lain.
2.1 Terjemahan 2.2 Pentafsiran 2.3 Ekstrapolasi Contoh soalan pada aras pemahaman (terjemahan) Contoh 2 “Milton! Thou should be living at this hour: England hath need of thee: she is a fen of stagnant waters” – Wordsworth. The metaphor, “she is a fen of stagnant waters” indicates that Wordsworth felt that England was A.
largely swampy land
B.
in a state of turmoil and unrest
C.
making no progress
D. in a generally corrupt condition
3
Aplikasi
Pada aras ini, seseorang diperlukan mengaplikasikan pengetahuan dan pemahamannya kepada situasi yang baru. Contoh:
Bolehkah anda berhenti pada tanda ini?
Aplikasi Penggunaan idea-idea umum, peraturan-peraturan, atau kaedah-kaedah umum pada situasi yang baru. Ia boleh melibatkan prinsip-prinsip yang teknikal, idea-idea, dan teori-teori yang mesti diingat, difahami dan diguna semula pada situasi yang baru. Contoh soalan pada aras aplikasi Contoh 3 Tangga yang masuk ke dalam kolam mandi kelihatan bengkok di tempat ia memasuki air. Yang manakah di antara berikut baik sekali menerangkan fenomena ini? A.
Biasan cahaya oleh permukaan air
B.
Serakan cahaya ketika cahaya memasuki air
C. Biasan cahaya disebabkan oleh perbezaan halaju cahaya di dalam udara dengan halaju cahaya di dalam air D.
Cahaya tidak bergerak lurus dalam air
4
Analisis
Analisis memerlukan seseorang itu memecahmecahkan fakta yang diberi kepada bahagianbahagian atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan. Contoh:
Jika anda adalah seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyelidik suatu kejadian kemalangan jalan raya, apakah maklumat yang anda sepatutnya kumpulkan untuk membuat laporan?
Analisis Analisis mencerakinkan bahan yang disampaikan kepada bahagian-bahagian atau elemen-elemen supaya hierarki bahagian-bahagian itu dan pertalian di antara mereka dapat diperjelas atau menjadi nyata. Pencerakinan begini adalah bertujuan untuk memperjelaskan lagi apa yang hendak disampaikan, dan untuk menyatakan bagaimana maklumat yang disampaikan itu telah disusun, dan juga untuk menunjukkan bagaimana ia diatur untuk memberi kesan yang dikehendaki, dan menerangkan asas bagi penyusunan tersebut. 4.1 4.2 4.3
Analisis elemen Analisis pertalian Analisis prinsip organisasi
Contoh soalan pada aras analisis Contoh 4 Cahaya mempunyai ciri-ciri gelombang. Yang manakah di antara berikut merupakan bukti eksperimen yang terbaik kepada penyataan di atas. A. Cahaya dipantulkan oleh cermin. B. Satu alur cahaya tersebar apabila ia melalui satu bukaan kecil. C. Satu alur cahaya dipecahkan kepada tujuh warna apabila ia melalui satu prisma. D. Cahaya menyebabkan arus elektrik mengalir dalam litar sel foto elektrik
5
Sintesis
Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk menggunakan fakta, maklumat dan pengalaman yang ada untuk menyatukannya menjadi satu laporan, alasan, pelan, atau penghujahan yang teratur dan sistematik. Contoh:
Sebagai seorang pegawai polis, anda telah mengumpul maklumat tentang suatu kejadian kemalangan jalan raya. Sediakan satu laporan tentang kejadian tersebut untuk dibawa ke mahkamah.
Sintesis Sintesis mencantumkan semula elemen-elemen atau bahagian-bahagian supaya menjadi satu tubuh kembali. Ini melibatkan proses bekerja dengan bahagian-bahagian, elemen-elemen atau unsur-unsur dan proses mengatur, menyusun dan mencantum supaya ia membentuk satu pola atau struktur yang dahulunya tidak jelas kelihatan. 5.1 Pembinaan suatu bahan komunikasi yang unggul 5.2 Penghasilan pelan atau cadangan operasi 5.3 Mendeduksikan satu set pertalian abstrak Contoh soalan pada aras sintesis Contoh 5 Gubah satu sajak bertajuk “Guru”.
6
Penilaian
Memerlukan kepada penulisan yang logik dan sistematik, kaedah penyelidikan yang sah, interpretasi data yang logik, dan pertimbangan yang adil. Contoh:
Anda sekarang seorang hakim. Berdasarkan maklumat yang telah di sampaikan oleh pihak polis, tentukan siapakah yang bersalah di dalam kejadian kemalangan jalan raya tersebut.
Penilaian Penilaian ialah pertimbangan yang dibuat tentang nilai sesuatu bahan atau nilai sesuatu kaedah bagi sesuatu tujuan. Ia termasuk pertimbangan kualitatif dan kuantitatif tentang sejauh mana bahan atau kaedah itu memenuhi satu set kriteria. Kriteria pula boleh yang telah ditetapkan atau yang dibina sendiri. 6.1
Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria dalaman
6.2
Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria luaran Contoh soalan pada aras penilaian Contoh 7 Kritik puisi “Nelayan” karangan Usman Awang.
7
Sekian
8