LATAR BELAKANG Jurnal yang bertajuk “ FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN KOLABORATIF” ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Foo Say Fooi ( Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM) dan Tang Keow Ngang (Pusat Pengajian Ilmu Pendidkan, USM) Jurnal ini telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 81-95, 2005. METEOLOGI DAN POPULASI Kajian telah dilakukan terhadap 310 responden daripada 31 buah sekolah menengah di Wilayah Perseketuan. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk Kajian deskriptif dengan menggunakan analisis korelasi. PERNYATAAN MASALAH Pengkaji menyelidik faktor-faktor yang berkemungkinan
mempunyai hubungan dengan tahap pengurusan kolaboratif di sekolah seperti tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua dan setiap dimensinya, pengamalan budaya kerja guru, tahap kebolehan guru, struktur organisasi, serta demogarafi pengetua (jantina, etnik, akademik, pengalaman dan umur)
HASIL KAJIAN Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa tahap pengurusan
kolaboratif mempunyai hubungan yang sangat signifikan terhadap sumber-sumber kuasa rujukan dan kuasa pakar, gaya komunikasi penyeliaan, pengamalan budaya kerja serta struktur organisasi. Namun wujud korelasi positif dan signifikan tetapi sederhana nilainya antara tahap kebolehan guru dengan tahap pengurusan kolaboratif Bagaimanapun, tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa paksaan didapati lemah pengaruhnya terhadap tahap pengurusan kolaboratif. Selain itu, faktor-faktor demografi pengetua seperti
kelulusan akademik dan umur turut mempunyai signifikan yang negarif dan lemah.
CADANGAN DAN KESIMPULAN Varibel seperti kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, pengamalan budaya kerja guru, tahap kebolehan guru dan struktur organisasi adalah positif dan signifikan terhadap tahap pengurusan kolaboratif. Oleh itu, kelima-lima varibel ini perlu dititikberatkan dalam
ULASAN / KRITIKAN / IMPAK TERHADAP PENGURUSAN PERSONEL Kepentingan membuat keputusan secara bersama telah mula diperkatakan sejak satu dekad yang lalu dan sering dikaitkan dengan gaya kepimpinan secara bersama (Schlechty,1997) Oleh yang demikian, varibel-varibel yang dikaji dalam kajian ini seperti tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua, gaya komuniksi penyeliaan pengetua, pengamalan budaya kerja guru, tahap kebolehan guru dan struktur organisasi perlu di ambil perhatian oleh seseorang pengurus. Ini kerana varibel-varibel ini memberikan impak yang besar terhadap tahap pengurusan kolaboratif. Seseorang pengurus perlu mempastikan varibel-varibel yang disebutkan ini diberi penekanan agar memberi dorongan kepada personel-personel melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan sekolah.
PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH (School-Based Management, SBM): TINJAUAN AMALAN PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH, SATU PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI NEW ZEALAND
LATAR BELAKANG Jurnal ini “ PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH (SchoolBased Management, SBM) : TINJAUAN AMALAN PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH , SATU PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI NEW ZEALAND “ adalah merupakan hasil kajian Che Ku Alam b. Che Ku Ali daripada SK Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu. Jurnal ini merupakan jurnal terbitan IAB yang dikeluarkan pada tahun 2006. Kajian ini adalah untuk mengetahui pengurusan berasaskan sekolah (School-Based Management, SBM) Kenapa SBM menjadi pilihan dalam melakukan reformasi pengurusan pendidikan pada hari ini ? Amalan pengurusan SBM yang telah dilaksanakan di New Zealand turut dibincangkan dan persoalan yang menarik adalah, adakah SBM ini boleh diadaptasikan dalam pendidikan kita.
HASIL KAJIAN SBM mula diperkatakan seawal 90an di UK, Australia, New Zealand, Canada, AS, Eropah dan Amerika Latin. Dalam mesyuarat APEC ke-3 pada tahun 2004 di Chile, SBM telah diiktiraf sebagai satu strategi dalam membuat reformasi pendidikan. Melalui SBM, autoriti pentadbiran pendidikan dari sistem berpusat kepada pihak pengurusan sekolah. Dengan itu SBM mempunyai Lembaga Pemegang Amanah Sekolah yang berperanan menetapkan dasar sekolah, memilih dan melantik guru besar / pengetua, guru dan staff. Sekolah menyediakan school charter nya sendiri. Gaji kakitangan sekolah dan kos operasi diperolehi daripada geran dari pusat. “Education Review Office, ERO” berperanan membuat kajian dan audit terhadap pencapaian atau perkembangan sekolah. Antara matlamat pelaksanaan SBM adalah : meningkatkan penyertaan ibubapa dan komuniti dalam urus tadbir sekolah pengupayaan guru besar / pengetua dan guru-guru membina kapasiti setempat menambahbaikan kualiti dan kecekapan persekolahan dan secara langsung meningkatkan pencapaian pelajar
KESIMPULAN Satu pendekatan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti ialah dengan cara mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah. Pada hari ini, persekitaran sentiasa berubah, tetapi sekolah dan sistem pendidikan tidak mudah berubah. Secara dasarnya pelaksanaan SBM adalah bertujuan untuk penambahbaikan pendidikan dan hasil akhir kepada proses pendidikan dengan penyertaan semua stakeholder Walaupun pelaksaan SBM ini begitu berjaya di New Zealand, namun tidak semestinya SBM ini diguna serta-merta dalam pengurusan sekolah di negara kita. Ini kerana pelaksaan SBM menuntut pengorbanan, daya usaha lebih dan tanggungjawab yang sangat tinggi. Faktor masa dan bebanan kerja yang bertambah adalah cabaran yang perlu ditempuhi. Namun dengan adanya pengurus yang berkualiti di kalangan lembaga pemegang amanah, guru besar / pengetua, guru-guru dan staff SBM ini boleh mencapai objektif yang diinginkan.
Sekian, terima kasih.