Plan Tindakan Kecemerlangan Sains Sk Sampir, Kota Marudu

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plan Tindakan Kecemerlangan Sains Sk Sampir, Kota Marudu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,126
  • Pages: 5
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009 BAGI SK SAMPIR KOTA MARUDU PENGENALAN Selaras dengan visi SK. Sampir “SK. Sampir cemerlang menjelang tahun 2011”, serta intipati misi iaitu “ Cemerlang Kurikulum” maka kecemerlangan yang dicitacitakan itu hendaklah mempunyai kesinambungan pencapaian memberangsangkan dari tahun ke tahun khususnya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan tersebut. Dalam hal ini Panatia Sains telah menyediakan satu plan tindakan kecemerlangan Sains khususnya dalam UPSR bagi maksud mempastikan kualiti pencapaian subjek Sains dalam UPSR sentiasa konsisten dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD Daerah dan Jabatan Pelajaran Sabah secara khususnya. Berikut adalah pencapaian mata pelajaran Sains sejak 8 tahun yang lepas. TAHUN

% SAINS

% UPSR

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008

100.0 94.70 100.0 100.0 89.00 75.00 88.88 100.0 92.90

80.00 84.20 66.70 62.50 79.00 56.25 44.44 43.75 78.60

CATATAN ( + / % SAINS % UPSR - 15.3 +15.3 0.00 - 11.0 - 14.0 - 13.88 +11.12 - 7.10

+ 4.2 -17.5 - 4.2 +16.5 - 22.75 -11.81 - 0.69 +34.85

OBJEKTIF Plan Tindakan Kecemerlangan Sains SK Sampir 2009 mempunyai objektifnya seperti berikut : Peratus lulus bagi subjek Sains dalam UPSR 2009 melebihi 85%

1

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

AHLI JAWATANKUASA PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS 2009 Pengerusi : En. Asirul Hj Hama Guru Besar SK. Sampir, Kota Marudu Timbalan Pengerusi : En. Yacob Antai Penolong Kanan Kurikulum Setiausha: En. Zachary Marindal Ketua Panatia Sains Ahli Jawtankuasa: Semua Guru Mata Pelajaran Sains Tahun 1 hingga Tahun 6

PERANCANGAN STRATEGIK  Menghabiskan silibus Sains Tahun 6 sebelum bulan Mei  Mengulangkaji silibus Tahun 4 dan Tahun 5 ( Mei – Jun )  Teknik menjawab Sains soalan UPSR  Latih-Tubi - Berdasarkan topik ( Jan – Jun ) - Keseluruhan topik ( Julai – Sept )  Program “Study – Group”  Program Bimbingan Rakan Sebaya PERINCIAN PERANCANGAN STRATEGIK (a) Menghabiskan Silibus Sains Tahun 6 Silibus Sains Tahun 6 hendaklah diselesaikan sebelum Mei 2009. Rasionalnya, ulangkaji untuk silibus Sains Tahun 4 dan 5 dapat dibuat. Ini kerana silibus Sains dalam Tahun 4 dan Tahun 5, turut ditanya dalam peperiksaan UPSR

2

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

sebenar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat mengingat semula pelajaran yang dipelajari kira-kira 1 atau 2 tahun yang lepas.

(b) Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5 Mengikut perancangan, ulangkaji silibus Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 5 akan dimulakan pada Mei hingga Jun 2009. Berdasarkan kajian, didapati soalansoalan silibus Tahun 5 merangkumi hampir 50% daripada jumlah keseluruhan soalan UPSR. Adalah sukar bagi murid untuk mengingati semula pelajaran lepas tanpa bimbingan daripada guru-guru Sains. (c) Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR Melalui program ini, murid akan dibimbing secara intensif bagaimana teknik menjawab soalan yang betul. Skop akan ditumpukan kepada kedua-dua sektor, iaitu bahagian A (30 markah) dan bahagian B (20 markah). Mengikut penelitian dan pengalaman murid menghadapi sedikit masalah dalam bahagian B. Ini kerana soalan dan cara menjawab agak teknikal. Oleh itu, formula-formula tertentu perlu ditekankan kepada murid. Ini termasuklah dalam kemahiran proses Sains seperti, memerhati, meramal, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, inferens, mentafsir maklumat, membuat kesimpulan serta mengukur dan menggunakan nombor. (d) Latih-Tubi Latih-tubi akan dijalankan berdasarkan 2 peringkat. Latih-tubi pertama berdasarkan topic. Ini bermaksud latihan diberikan secara on going mengikut topik yang sedang dipelajari. Penilaian serta-merta dilakukan selepas sesuatu topik itu diajar. Peringkat kedua adalah latih-tubi mengikut topik keseluruhan. Ini bermaksud soalan-soalan daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan digabungkan untuk menjadi satu set soalan ala-ala UPSR dan dijawab oleh murid. Kriteria pemarkahan dan sebagainya akan diadaptasikan daripada format UPSR. Sumber soalan-soalan UPSR lepas, soalan-soalan Sains daripada Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia, serta soalan Excell daripada Jabatan Pelajaran Sabah akan menjadi bahan soalan utama. Ini kerana soalan-soalan ini berkualiti dan dapat memenuhi tahap piawaian UPSR sebenar. Sasaran yang hendak dicapai adalah murid sekurang-kurangnya menjawab dengan betul melebihi 500 soalan pelbagai bentuk (pembetulan serta-merta akan dititikberatkan). (e) Program “Study-Group” Keupayaan setiap murid adalah berbeza. Malah cara murid untuk menerima sesuatu bentuk ilmu itu adalah berbeza mengikut situasi dan penyampai ilmu. Lantaran itu, melalui study-group ini murid mampu belajar tanpa tekanan, perasaan malu dan ilmu yang disampaikan disampaikan mengikut aras bahasa

3

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

dan penyampaian yang mereka mampu terima. Melalui study-group ini murid berbincang sesama kumpulan. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras dan akan datang membantu jika diperlukan. Untuk tidak membebankan murid, studygroup ini akan dijalankan pada hujung minggu atau mengikut keperluan ( ini kerana murid turut terlibat dengan Skim Baucer Tuisyen) dan mempunyai “hub” masing-masing mengikut kampung. (f) Program Rakan Sebaya Murid-murid yang dikenalpasti berpotensi dan cemerlang dalam subjek Sains akan menjadi pembimbing kepada rakan yang agak lambat menerima pembelajaran. Rasinonal daripada program ini adalah pembelajaran berlangsung secara dua hala. Murid pembimbing dapat mengasah kebolehannya, manakala murid dibimbing akan menerima tunjukajar daripada pembimbing. (g) Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat Sekolah / Zon / Daerah Pihak sekolah akan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam program kecemerlangan UPSR samada peringkat sekolah / Zon / Daerah dengan menghantar murid-murid sekolah ini yang berpotensi dan cemerlang dalam semua subjek UPSR. Program ini ternyata positif, apabila salah seorang murid yang terlibat dalam program ini serta program-program yang dirancang diperingkat sekolah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2008. JADUAL PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM

MASA

CATATAN

Menghabiskan Silibus Tahun 6 Januari - Mei Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5 Mei – Jun Teknik Menjawab Soalan UPSR Latih-Tubi

Julai Januari - September

Program “Study-Group”

Januari - September

Setiap murid mampu menjawab melebihi 500 soalan sehingga peperiksaan UPSR bermula. Murid mempunyai “hub” pembelajaran secara “studygroup” Contohnya hub Kg. Birahan Darat, Kg. Tigaman Darat, Kg. Sampir dan Kg. Sampir Darat. Ahli study-group dan hub

4

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

masing-masing akan diberikan oleh guru Sains kepada murid.

Program Rakan Sebaya

Januari - September

Selain rakan sebaya menjadi pembimbing, X-Student (lepasan UPSR 2008 / 2007 ) yang cemerlang dalam Sains boleh menjadi pembimbing rakan sebaya. Keutamaan diberikan kepada abang atau kakak murid.

Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Ikut Takwim Zon / Sekitar 2 – 3 orang terlibat Peringkat Zon ataupun Daerah PPD Daerah (mengikut kuota PPD)

PENUTUP Program seumpama ini telah lama dipraktikan oleh pihak sekolah. Program ini agak berjaya membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam UPSR. Namun demikian, program demi program semata-mata tidak akan mampu membantu murid, jika murid tersebut tidak bersedia, tidak memiliki sikap kendiri yang positif, tiada sokongan daripada keluarga ataupun keadaan minda murid yang agak memang lambat menerima sesuatu sumber pembelajaran. Disediakan Oleh, ( ZACHARY BIN MARINDAL ) Ketua Panatia Sains, Sek. Keb. Sampir, KOTA MARUDU.

5

Related Documents