Peraturan Sekolah : Sk Sampir, Kota Marudu

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peraturan Sekolah : Sk Sampir, Kota Marudu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,784
  • Pages: 7
PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMPIR PETI SURAT 41, 89017 KOTA MARUDU SABAH

1.0 Pengenalan Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Sampir juga mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh warga sekolahnya. Murid perlu mematuhi peraturan sekolah dengan harapan untuk mendidik dan membimbing murid supaya menjadi manusia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Peraturan-peraturan sekolah perlu dihayati dan penuh kesedaran dan tanggung jawab. Dengan persekolahan yang harmonis, membolehkan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

dipatuhi dengan adanya suasana pengajaran dan teratur, dan juga

2.0 Waktu Persekolahan

BUKU PERATURAN SEKOLAH

Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

Perhimpunan 0730-0800

Waktu Kelas 0730-1245

Kegiatan KOKUM 1400-1530

0730-1145

3.0 Tidak Hadir Ke Sekolah 3.1 Jika Sakit a. Ibu Bapa / Penjaga mesti memaklumkan kepada Guru Besar / pentadbir Sekolah b. Murid membawa surat dari ibu bapa / penjaga atau Sijil Sakit

3.2 Atas Sebab-Sebab Lain Ibu Bapa / Penjaga mesti mendapat surat kebenaran bertulis daripada Guru Besar / Pentadbir Sekolah 3.3 Ponteng Sekolah Jika murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, dia dianggap ponteng sekolah: (a) Tidak hadir TIGA hari berturut-turut atau kerap tidak hadir ke sekolah atas sebab yang meragukan i. Pihak Sekolah menghantar surat notis pertama meminta ibu bapa / penjaga berjumpa Guru Besar / Pentadbir Sekolah ii. Sekiranya murid masih tidak hadir ke sekolah selepas 5 hari dari tarikh surat pertama, surat amaran kedua akan dikeluarkan. iii. Surat amaran terakhir melalui Surat Berdaftar AR akan dikeluarkan selepas 7 hari dari tarikh kedua. Jika murid masih belum hadir tanpa keterangan dan penjelasan munasabah dari ibu bapa / penjaga nama murid akan dipotong daripada daftar murid. 3.4 Semua murid kokurikulum sekolah

wajib

menjalani

aktiviti

kurikulum

3.5 Murid tidak dibenarkan dating lewat ke sekolah. 4.0 Pakaian Seragam Murid diwajibkan memakai :-

dan

4.1 Lencana Sekolah dan tanda nama 4.1.1 Hendaklah dipakai pada setiap hari persekolahan, semasa Mengikuti aktiviti / lawatan / majlis rasmi anjuran sekolah atau Di mana sekolah mengambil bahagian. 4.1.2 Cara memakai

Murid Lelaki Murid Perempuan Islam Murid Perempuan Bukan Islam

Lencana Poket baju sebelah kiri Di sebelah atas mini telekong Poket baju sebelah kiri

Tanda Nama Di atas poket baju sebelah kiri Di atas lencana Di atas poket baju sebelah kiri

4.2 Baju Kemeja 4.2.1 Baju kemeja putih lengen pendek atau panjang. Lengen panjang Hendaklah dilipat hingga ke paras atas siku 4.2.2 Butang baju mesti dijahit dengan benang putih 4.2.3 Bilangan butang mesti lengkap dan mesti dikancing 4.2.4 Bahagian bawah kemeja mestilah sentiasa dimasukkan ke dalam Seluar 4.3 Seluar 4.3.1 Seluar panjang atau seluar pendek berwarna biru tua 4.3.2 Labuh seluar tidak menutupi tumit kasut tetapi melebihi buku lali. Hujung kaki seluar tidak boleh dilipat 4.3.3 Jeans atau seluar berbentuk jeans / bell bottom / berfesyen tidak Dibenarkan

4..3.4 Butang seluar mestilah butang baiasa bukan dari jenis butang Besi 4.3.5 Seluar yang poket bertampal tidak dibenarkan 4.4 Tali Pinggang 4.4.1 Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.0 cm termasuk kepala tali Pinggang 4.4.2 Warna yang dibenarkan ialah warna coklet atau hitam dan tidak Berfesyen. 4.5 Kasut 4.5.1 Kasut kanvas warna putih 4.5.2 Stokin hanya yang berwarna putih 4.6 Rambut 4.6.1 Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek, kemas dan bersih 4.6.2 Rambut murid perempuan yang tidak memakai tudung mestilah diikat kemas dengan pengikat rambut warna hitam atau biru tua 4.6.3 Murid tidak dibenarkan meniru fesyen rambut ala punk / mewarnakan rambut 4.7 Perkara Yang Tidak Dibenarkan 4.7.1 Tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut, kuku panjang atau kuku berwarna 4.7.2 Perhiasan diri seperti rantai, cincin, gelang, subang telinga, dan menggunakan alat solek 4.7.3 Murid-murid dilarang memiliki atau membawa alatan selain untuk kegunaan pembelajaran sekolah 4.7.4 Tidak dibenarkan membawa wang melebihi wang saku sekolah

5.0 Peraturan di Bilik Darjah 5.1 Murid-murid sentiasa berada di dalam bilik darjah semasa guru mengajar dan mengikutinya dengan penuh perhatian 5.2 Murid-murid hanya boleh meninggalkan kelas jika mendapat Kebenaran guru dan memakai KAD KELUAR 5.3 Pergerakan dalam kumpulan seperti ke bilik bilik makmal, ETEMS, Pusat Sumber dan sebagainya mestilah dalam keadaan berbaris, senyap dan bergerak pantas. 5.4 Tidak dibenarkan makan di dalam kelas 5.5 Murid-murid bertanggung jawab menjaga kebersihan dan keceriaan kelas 5.6 Membaca buku atau membuat kerja sekolah semasa ketiadaan guru 6.0 Perhimpunan 6.1 Perhimpunan harian 6.1.1 Perhimpunan harian dibuat sekali setiap hari, waktu pagi sebelum Masuk kelas 6.1.2 Murid-murid beratur dan menerima arahan guru bertugas / Pengawas / murid bertugas sebelum bergerak masuk kelas. Pergerakan mestilah dalam keadaan teratur dan senyap 6.2 Perhimpunan Rasmi 6.2.1 Diadakan setiap pagi Isnin 6.2.2 Atur cara - Pengawas bertugas menyiapkan barisan kelas - Memberi salam sejahtera kepada guru - Lagu Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Sekolah

- Ikrar Murid - Laporan guru bertugas minggu lalu - Pengumuman guru bertugas minggu ini dan guru-guru lain - Ucapan Penolong Kanan / Guru Besar - Masuk kelas 7.0 Memohon balik / Pergi ke hospital Murid-murid digalakan memohon balik atau ke hospital sewaktu persekolahan kecuali bagi kes-kes kecemasan di mana kebenaran mesti diperolehi daripada Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan mengisi borang : 7.1.1 Borang pengesahan mendapat rawatan 7.1.2 Mendaftar nama ke dalam buku kebenaran di hospital / keluar kawasan sekolah 7.1.3 Menghantar semula surat pengesahan mendapat rawatan daripada doktor ke pejabat dan mencatat masa pulang ke dalam buku catatan keluar kawasan ke sekolah 8.0 Masa Rehat 8.1 Masa rehat sekolah adalah dari pukul 10.00 hingga 10.15 pagi 8.2 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah 8.3 Semasa membeli makanan, mesti beratur dan bersopan 8.4 Semua pembalut makanan hendaklah di buang ke dalam tong sampah. 8.5 Semasa rehat, murid digalakkan membaca segala pengumuman kenyataan yang di papar di papan kenyataan 8.6 Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman pada waktu pembelajaran

9.0 Masa Balik 9.1 Murid beratur di luar kelas dengan tertib dan membaca sifir atau perkara yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa 9.2 Selepas selesai membaca sifir atau perkara yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa, murid diminta berjalan dalam barisan sehingga ke tangga sekolah dan seterusnya berjalan dengan tertib. 10.0 Kawasan Larangan 10.1 Pejabat dan Bilik Guru kecuali dengan urusan mustahak 10.2 Padang dan kawasan di tepi pagar sekolah kecuali pada waktu Pendidikan Jasmani atau atas arahan Guru Besar / Guru 11.0 Penggunaan Bangunan dan Harta Benda Sekolah 11.1 Murid tidak dibenarkan mengguna bangunan, harta benda dan alatAlat ssekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Guru 11.2 Harta Benda sekolah tidak dibawa keluar daripada kawasan Sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan 11.3 Kerusi dan meja tidak boleh dipindahkan tanpa kebenaran 11.4 Murid dilarang menulis / menconteng bangunan, papan kenyataan dan perabot-perabot sekolah 12.0 Tandas 12.1Murid menggunakan tandas murid menggunakan jantina yang telah ditetapkan 12.2Murid dilarang dari mengguna tandas guru

12.3Kebersihan dan keceriaan tandas adalah tanggung jawab murid sendiri 12.4Pam mesti ditarik dengan cermat selepas menggunakan tandas. Paip air mesti ditutup 12.5Jangan membuang kertas, pembalut makanan, sampah dan tuala wanita ke dalam tandas. Gunakan tong sampah yang telah disediakan. 12.6Murid tidak dibenar berkumpul lama dalam tandas. Keluar dari tandas secepat mungkin 13.0Penggunaan Lampu dan Kipas 13.1 Lampu hanya dipasang jika cuaca gelap 13.2 Kipas hanya dibenarkan dipasang selepas waktu rehat. Elakkan memasang semua kipas dalam satu-satu masa. 14.0Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 14.1 Semua murid hendaklah menjalankan tugas menjaga kebersihan sekolah sepanjang masa 14.2 Murid wajib menghadiri hari gotong-royong membersihkan sekolah apabila diarahkan. 15.0Bahasa Pertuturan 15.1 Murid diwajibkan mengguna Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah kecuali semasa pembelajaran bahasa ibunda. 15.2 Semasa berinteraksi di luar kelas, murid digalakkan mengguna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

16.0Budaya Sekolah 16.1 Murid-murid SK.Sampir, mengamalkan budaya sekolah tersebut :

Kota

Marudu

hendaklah

a. b. c.

Sentiasa bersikap cintakan ilmu pengetahuan Suka membaca Tidak suka membuang masa tanpa membuat kerja yang berfaedah d. Segera menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru e. Bersopan santun dan beradab f. Menghormati guru dan orang yang lebih tua g. Menghormati rakan dan ada sikap bertolak ansur h. Memberi ucap selamat kepada guru-guru, rakan dan tetamu sekolah i. Menghormati bendera Jalur Gemilang, negeri-negeri dan sekolah j. Menghormati Lagu Kebangsaan, negeri dan sekolah k. Mempunyai semangat perpaduam di kalangan murid dan guru, semangat kekitaan bagi menjaga imej sekolah l. Memberi kerjasama kepada guru-guru dan rakan-rakan dalam semua program sekolah m. Bencikan najis dadah, rokok, arak, budaya samseng, buli dan gejala-gejala negarif yang meruntuhkan akhlak n. Sayangkan diri, ibu bapa, adik-beradik dan keluarga o. Sentiasa patuh kepada Prinsip-Prinsip Rukun Negara 17.0Jenis-Jenis Salahlaku 17.1 Murid hendaklah sentiasa pada setiap masa menghindari dari Perkara-perkara salahlaku berikut 17.2 A1 – Tingkahlaku Jenayah 111. Berjudi 112. Mencuri 113. Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru 114. Melawan / mengancam / memukul / mencederakan

pengawas / ketua kelas / penolong 115. Memeras ugut 116. Membuli 117. Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap 118. Menyalahgunakan dadah 119. Membawa senjata merbahaya 120. Mencabul kehormatan 121. Mengancam / memukul / mencederakan murid lain 122. Menceroboh bilik khas / kantin / pejabat sekolah 123. Mengedar Dadah 124. Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu ketenteraman sekolah 125. Bertaruh secara besar-besaran 17.3 A2 – Tingkahlaku Lucah 221. Bercumbu-cumbuan 222. Berkhalwat 223. Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah 224. Mengintai murid perempuan 225. Menggunakan kata dan perbuatan lucah 226. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah 17.4 A3 – Kekemasan Diri 331. Murid lelaki berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah 332. Berkuku panjang 333. Bermisai dan berjanggut 334. Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah 335. Memakai barang perhiasan yang dilarang ke sekolah 17.5 A4 – Mementingkan Masa 441. Berkeliaran di kawasan sekolah 442. Datang lewat ke sekolah 443. Lewat ke perhimpunan 444. Makan di kantin di luar waktu rehat

17.5 A5 – Tingkahlaku kurang sopan dan biadap 551. Berkelakuan kasar terhadap guru 552. Berkelakuan kasar terhadap pengawas 553. Berkelakuan kasar terhadap murid lain 554. Berbahasa kesat 555. Menyimpan rokok 556. Menghisap rokok 557. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran 558. Tidak menghormati guru 559. Tidak menghormati pengawas 17.6 A6 – Tingkahlaku Musnah 661. Merosakkan harta benda sekolah 662. Merosakkan harta benda Guru Besar / guruguru 663. Merosakkan harta benda kantin sekolah 664. Merosakkan harta benda murid lain 17.7 A7 – Tingkahlaku Tidak Jujur 771. Menipu melibatkan wang 772. Menipu yang melibatkan kepercayaan 773. Menipu semasa peperiksaan 17.8 A8 – Ponteng 881. Ponteng 882. Ponteng 883. Ponteng 884. Ponteng 885. Ponteng 886. Ponteng

kelas Sekolah Perhimpunan kegiatan luar bilik darjah / KOKUM Ujian kelas tambahan / hari akademik

17.9 Jenis Hukuman 1. Nasihat / Kaunseling 2. Amaran 3. Memberitahu Ibu Bapa / Penjaga 4. Kelas tahanan 5. Denda / Khidmat social 6. Rotan 7. Digantung persekolahan 8. Dilaporkan kepada polis 9. Direkod dalam Sijil Berhenti dan Surat Akuan

10. Di buang sekolah 18.0 – Jenis hukuman bergantung kepada merit kesalahan dan Kesesuaian keadaan 18.1 – Nama murid yang melakukan kesalahan akan direkodkan ke Dalam Buku Rekod Disiplin

Related Documents