1.0 PENDAHULUAN Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar. Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.
-1-
2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN 2.1 Sumbangsaran Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya muridmurid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan. Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kupulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid.
-2-
Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa.
2.2 Bercerita Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam manamana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat muridmurid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah :
-3-
a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.
b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknik bercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita : a) Sebelum bercerita Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.
-4-
Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. b) Semasa bercerita Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. 2.3 Perbincangan Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah. Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid kan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak muridmurid yang berkebolehan sederhana
dan kurang
berupaya melibatkan diri
dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf,perbincanganboleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif,
-5-
perbincangan
menggalakkan
murid-murid
meninjau
pendapat-pendapat
mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :
a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion ) Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Dalam
perbincangan
perbahasan.Panel,
simposium
kelas
perlu
dan
wujud
perbahasan
panel
dan
melibatkan
sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dn perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.
-6-
Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan
diri melalui soal dan jawab selepas panel telah
menyampai maklumatnya. b) Perbincangan kumpulan kecil Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid
terpilih
dengan
bimbingan
seorang
guru.
Selain
dari
mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan kumpulan
kecil
merangkumi
perkembangan
kemahiran
komunikasi,kepimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi
yang
teliti
boleh
membantu
melicinkan
proses
perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil. Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus pastikan
murid-murid
menyumbang
mempunyai
kepada
demikian,perbincangan
pengetahuan
perbincangan kumpulan
kecil
tesebut. harus
asas
untuk
Oleh
yang
mengikuti
satu
pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang brdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harus merancang perbuncagan yang pendek dalam topik tersebut. Teknik yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi arahan yang tepat.
-7-
Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan . Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan :
a) Mengambil kira matlamat perbincangan b) Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid c) Mengkaji isu-isu yang terlibat d)
Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
e) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan f) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu g) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna
h) Menerapkan unsur jenaka i) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawaan guru. Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri
dan
konsep
kendiri
murid.
Guru
harus
menggalakkaan
murid
mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus memupuk unsur0unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain. Topik perbincangan mestialh sesuai dengan objektif dan minat muridmurid tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan
-8-
sesuatu masalah. Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai pemudah
cara
dan
membimbing
murid
sepanjang
sesi
perbincangan.
Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka. Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan. Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.
2.4 Demonstrasi Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasivdengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh muridmurid. Demonstrasi boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model
kemahiran
mengajar
dan
menunjukkan
kadar
perubahan.
Bagi
menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara
-9-
teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,olahraga, permainan dan membuat uji kaji.Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan. Dalam
proses
demonstrasi
,guru
mesti
mewajibkan
murid-murid
memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.
2.5 Penyelesaian masalah ( Theory of Constraint , TOC ) Teori Konstrain ( TOC) boelh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabunkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheran dan mengubah sistem pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mengambil ikhtibar kefahaman sesuatu situasi. Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense
- 10 -
dan juga memudahkan
komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam penyelesaian ini. Bagi meletakkan alat-alat dalam hubungan,mereka mesti menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif masingmasing mempunyai tujuan dan mempunyai kepastian. Objektif yang pertama ialah apa yang perlu diubah.Ia berkaitan dengan penilaian situasi, perihal tentang situasi semasa dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian – andaian yang menyokongnya seperti diagnosis. Objektif yang kedua pula ialah apa yang perlu diubah kepada iaitu visi atau penyelesaian yang telah diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini iaitu preskripsi,membuat keputusan dan memperkembangkan penyelesaian. Ketiga ialah bagaimana perubahan boleh dilakukan dalam perkembangan rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa yang berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi strategi seperti merancang dan membina kumpulan. Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Dalam teknik penyelesaian masalah, murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran – kemahiran tertentu. Kaedah penyelesaian masalah membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi tersebut. Penyelesaian masalah juga membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Ia juga dapat meingkatkan keyakinan diri murid-murid khasnya apabila mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga mengerakkan murid-murid untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Masalah yang dikemukakan oleh guru dalam kaedah peneyelesaian masalah hendaklah berkaitan dengan tajuk topik-topik dalam mata pelajaran mereka. Guru perlu membimbing dan merangsangkan proses perbincangan penyelesaian masalah.
- 11 -
Dalam proses penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen tentang masalah dikemukakan. Jika penyelesaian masalah dapat dicapai,murid-murid diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaiamana masalah itu boleh diselesaikan. Jika peneyelesaian masalah tidak diselesaikan, alernatif-alternatif lain akan dikemukakan oleh guru dan murid. Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik penyelesaian masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami masalah, menentukan cara-cara penyelesaian masalah,mencuba cara-cara penyelesaian yang baru dan merumus serta menilai penyelesaian. Dalam kaedah ini.kemahiran berfikir murid digalakkan kerana murid-murid perlu memikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan guru. Murid-murid akan memikirkan
cara-vara
mengumpul
maklumat
yang
dapat
menolong
menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus dan menilai penyelesaian,murid akan melihat kembali proses penyelesaian dan menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau tidak.Kelebihan proses penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru dalam proses penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran,perbincangan dan simulasi. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif. Selain
itu,
ia
juga
memberikan
peluang
kepada
murid-murid
untuk
memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka. Kelemahan kaedah penyelesaian masalah ialah ia memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaedah ini juga tidak begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai.
- 12 -
3.0 PEDAGOGI BESTARI Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sekolah bestari telah direka bentuk hasil daripada kritikan yang menyatakan bahawa melalui sistem tradisi, penyampaian pengajaran hanya melahirkan murid yang mampu mengingat fakta dan angka tanpa mengetahui cara mengaplikasikannya. Pedagogi bestari berusaha mengatasi kelemahan ini dengan hanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang lengkap dan melahirkan generasi tenaga manusia yang boleh berfikir secara celik teknologi.
E-Pembelajaran ialah satu cara untuk proses peningkatan kendiri seorang guru. Ia ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Selaras dengan zaman globalisasi, guru perlu mahir dan mempunyai maklumat terperinci mengenai bahan pengajaran yang ingin diajar. Pihak Kementerian Pendidikan sedar akan peranan komputer dalam pembelajaran. Sehubungan itu, komputer telah diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ketujuh. Bagi melibatkan guru dengan E-Learning, 40-45 unit komputer telah diperuntukkan bagi 750 orang murid sekolah oleh kerajaan Malaysia (Dasar Komputer Kementerian, 1996). Diantara jenis pendidikan yang diperkenalkan di bawah E-pembelajaran ialah : pendidikan jarak jauh dan pendidikan komputer. Pendidikan jarak jauh boleh dijalankan melalui media atau pendidikan komunikasi. Pendidikan melalui siaran/jarak jauh dikendalikan dengan menggunakan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan dan komputer di mana tenaga pengajar menyampaikan pengajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajarnya. Selain itu, pendidikan jarak jauh boleh juga dijalankan melalui televisyen satelit. Guru juga harus mengikuti kursus-kursus melalui pembelajaran secara online melalui program-program yang ditawarkan oleh universiti terbuka. Keistimewaan program-
- 13 -
program universiti terbuka ialah tidak memerlukan kelayakan akademik atau ikhtisas, diberikan peluang belajar kepada semua dan universiti ini menggunakan aplikasi seperti video, internet dan televisyen. Melalui pendidikan komputer, seorang guru harus mahir dan mengetahui perisianperisian seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan Microsoft Access. Guru juga harus tahu menggunakan aplikasi-aplikasi internet kerana alat-alat ini sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah Jaringan Web Sedunia, E-mel, kumpulan perbincangan dan senarai mel. Untuk membuat peningkatan kendiri, guru juga harus menyertai “Smart Learning Environment” (SLE). SLE ialah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran sumber manusia di kalangan guru.
Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan
kepada pihak pengurusan sekolah serta meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Matlamatnya adalah untuk guru mengaplikasikan teknologi maklumat di bilik darjah. Beberapa aplikasi seperti ‘word processing’, ‘spreadsheet’, ‘database’, ‘desktop publishing’, dan ‘graphing’ telah diperkenalkan dalam program ini. Dalam SLE guru perlu mempelajari aktiviti-aktiviti komputer seperti membangunkan modul pengajaran, menghantar e-mel, memuat turun bahan pengajaran, membuat perkembangan web, membuat grafik, membuat program kolaboratif dengan sekolah-sekolah di luar negara dan membuat pencarian maklumat di Internet.
- 14 -
4.1 Pengajaran Direktif Strategi pengajaran direktif bertujuan membantu murid bagi memahami dan mencari maklumat berasaskan pembacaan dan penaakulan kritis. Dalam pendekatan ini, murid dikehendaki menguasai tingkah laku dan kemahiran yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini akan melibatkan latih tubi,amali, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung dalam bilik darjah, Ia juga bersifat authoritarian di mana guru berperanan sebagai sumber maklumat. Fokus utama di sini ialah guru. Murid biasanya bersifat pasif dan bergntung kepada guru untuk memberi fakta dan maklumat dalam menyelesaikan masalah. Guru yang mengguanakan pendekatan ini biasanyan mendemostrasikan proses menggunakan idea atau peristiwa yang biasa dengan murid dan menggunakan proses tersebut kepada keadaan yang tidak biasa bagi mereka, selalunya kandungan yang baru dalam kurikulum. Sebagaimana yang telah dinyatakan, guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat. Aktivitiaktiviti yang sesuai bagi pendekatan ini termasuklah menstruktur maklumat, memilih obejektif yang hendak dicapai, mencadangkan cara bagi mencapainya dan tetapkan kriteria bagaimana pencapaian dapat dinilaikan. Di samping itu terspaat pendekatan untuk menyediakan organisasi maklumat, menyemak untuk pemahaman dan simpanan serta memberi ganjaran kepada hasil pencapaian yang diharapkan. Pengajaran langsung yang dijalankan dalam bilik darjah boleh melibatkan penyampaian maklumat yang aktif daripada guru, computer atau murid lain.Proses utama dalam penyampaian aktif ini termasuklah mendapatkan perhatian daripada murid, memberi petunjuk yang mendorong penglibatan murid,megguna pengurusan grafik, mendedahkan kepada isi kandung yang diperlukan dan pengetahuan yang berkaitan dengan murid.
- 15 -
Satu lagi kepentingan pengajaran langsung adalah ia dilakukan melalui langkah demi langkah, dari satu subtajuk ke satu subtajuk berasaskan analisis tugasan.Penggunaan
contoh,
bantuan
visual
dan
demonstrasi
bagi
menerangkan konsep-konsep konkrit dan abstrak adalah digalakkan dalam pengajaran langsung. Penilaian berterusan juga perlu dilakukan bagi menguji pemahaman murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebagai rumusan pengajaran direktif adalah berasaskan kepada strategi pemustan guru dan di bawah kategori tradisi. Penggunaan masa dan pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan penting dalam mengamalkan pengajaran sehala dalam penyampaian pengetahuan dan kemahiran. Perbincangan seterusnya adalah mengenai strategi pengajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengaran dan pembelajaran. 4.2 Pengajaran Mediatif Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar untuk menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Seterusnya mereka dapat merumus
serta
menggunakan
konsep-konsep
yang
ditemui
dalam
menyelesaikan masalah. Dalam proses pengajaran, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat pertimbangan terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Guru perlu membantu membimbing bagimencuba dan menguji idea mereka. Murid perlu digalakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan deduktif. Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan mengawal
proses
pembelajaran,peneyelesaian
masalah,perancangan
dan
penilaian. Hal ini melibatkan proses menolong murid secra terus bagi mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan konflik.
- 16 -
Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masaakan datang. Mediator menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri (self regulation) secara aktif dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah. Pendekatan ini menggabungkan aktiviti-aktivti penaakulan, bimbingan dan
perbincangan
terbuka.
Lama
kelamaan
ini
akan
mengurangkan
pergantungan murid terhadap guru boleh berfungsi sendiri. Selain perbincangan terbuka (open-ended) pendekatan utama yang lain dalam startegi mediatif adalah penguasaan konsep,pembentukan konsep dan penemuan.Penggunaan
konsep
(mengikut
Bruner)
adalah
proses
mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan dengan tepat makna konsep tersebut. Dalam pengajaran penguasaan konsep, guru perlu membimbing murid melalui empat fasa. Fasa pertama.guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti dan kaedah yang digunakan bagi menentukan konsep. Fasa kedua pula,murid diminta memberikan contoh-contoh yang menggamabarkan konsep tersebut dan cuba memperkembangkan.Setelah murid memberikan definisi dengan betul barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Fasa ketiga,murid diminta membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina konsep. Fasa terakhir adalah fasa membuat penilaian tentang aktiviti yang dijalankan. Ia akan berjaya sekiranya murid dapat mengenal pasti contoh-contoh yang lain yang berkaitan dengan konsep yang dibina. Model Taba dibina berasaskan konsep yang merupakan sebahagian daripada pengetahuan sedia ada murid, dan hubungannya dengan pembinaan pengetahuan baru. Disini murid diajar membuat pemerhatian,membentuk pelbagai jenis inferens daripada pemerhatian,memproses data kumoulan berasaskan pengamatan yang sama. Mereka kemudian mengkategori dan
- 17 -
melabelkan data dan seterusnya membentuk sistem konseptual. Dalam proses ini, murid telah memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. Pendekatan lain dalam pengajaran mediatif adalah inkuiri iaitu, guru perlu mengajar cara mengkaji sesuatu masalah dan mengemukakan soalan berasaskan fakta dan pemerhatian. Umumnya, model inkuiri adalah berasaskan kepada
lima
langkah
iaitu,
menenal
pasti
masalah,
membuat
hipotesis,mengumpul data, menganalisi data dan membuat generelisasi. Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid, strategi mediatif yang menggunakan pendektan inkuiri akan membentu murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka pada masa akan datang dengan lebih yakin, memlih angkubah yang relevan dan meperbaiki proses daya ingatan dalam mengintergrasikan bahan ke dalam struktur kognitif mereka serta memudahkan proses ingat kembali. Oleh itu, peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan inkuiri adalah membina situasi masalah,menyediakan prosedur penemuan, respon kepada penemuan murid,membantu murid memberi fokus pemenuan mereka dan memudahcara perbincangan penyelesaian masalah dikalangan murid. Umumnya, dalam strategi pengajaran mediatif , murid diharapkan dpat mengumpul maklumat,memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat kesimpulan terhadap konsep yang baru dipelajari. 4.3 Pengajaran Generatif Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan masalah. Pendekatan ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan menggunakan metafora atau keadaan yang luar biasa. Guru akan mengelak daripada memberi pertimbangan nilai yang boleh menyekat kreativiti
- 18 -
Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang sesuai mengikut situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai.Hal ini termasuklah penggunaan sumbangsaran,sinetik, pemikiran lateral dan kreativiti melalui sesuatu reka bentuk. Pengajaran generatif boleh digunakan dalam penulisan, penyelesaian masalah yang bukan rutin dan penemuan. Dalam situasi yang terkawal, murid dibenarkan mengguna kreativitinya semasa mengguna bahan baru di makmal sains, mendapat celik akal dan intuisi semasa cuba menyelesaikan masalah disiplin di sekolah. Diharapkan murid akan lebih
berkemahiran mengguna
metafora dalam proses berfikir. Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti menentukan kepiaawaian dengan murid, menyediakan kriteria secara eksplisit sambil memberi kuasa kepada murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka pendekatan dan strategi alternatif bagipelbagai tugasan. Sinetik adalah sebagai alat sumbngsaran yang digunakan dalam pengajaran generatif. Ini adalah suatu pendekatan bagi pemikiran kreatif. Di sini, guru membimbing murid mengguna anologi atau metafora untuk melihat perhubungan antara bahan-bahan baru dengan bahan yang mereka ketahui. Pendekatan
ini
kerap
memperkembangkan
diguna
respon
dalam
kreatif
bagi
kumpulan
untuk
menyelesaikan
membantu
masalah,untuk
mengekalkan maklumat baru,membntu menjana penulisan dan meneroka masalah sosial dan disiplin. Ia membantu pengguna menukar pemikiran sedia ada dan menghayati konsep abstrak. Antara langkah yang wujud dalam sinetik model ialah memberi maklumat,memberi anologi, mengguna anologi peribadi untuk mewujudkan konflik
yang
tertekan,
membandingkan
konflik
tertekan
dengan
subjek,mengenalpasti perbezaan,memeriksa semua subjek asal, membina analisis baru dan menilai.
- 19 -
4.4 Pengajaran Pemerhatian Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orng lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar secara kognitif bagaimana melakukan sesuatu dan apakah kesan yang mugkin berlaku.Pembelajaran ecara pemerhatian berlaku apabila tingkah laku pemerhati berubah selepas melihat tingkah laku model. Tingkah laku seorang pemerhati boleh membawa kesan positif dan negatif iaitu peneguhan atau hukuman eksplisit daripada tingkahlaku model. Menurut Bandura peneguhan atau hukuman (1977), terdapat empat proses tertentu dalam penggunaan pembelajaran pemerhatian iaitu prose memveri perhatian,proses mengingat,proses reproduksi motor dan proses motivasi. Dalam proses menarik perhatian,murid memberi perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari oleh mereka. Murid memerlu beberapa cara memberi simbol, memahami dan menyusun pemerhatian mereka supaya ingat apa yang telah diperhatiakn oleh mereka dalam proses mengingat. Dalam proses reproduksi motor, diperhatikan oleh mereka dalam proses mengingat. Dalam proses reproduksi motor, murid melakonkan gerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya. Dalam proses motivasi, murid menerima keadaan motivasi yang sesuai supaya mereka dapat melakukan tingkah laku yang pelajari. Pembelajaran pemerhatian memberi impak kepada pembelajaran dan menjadikannya berkesan, murid harus diberi peluang untuk memerhati dan mencontohi tingkah laku model yang membawa peneguhan positif. Pada masa yang
sama,guru
harus
mengalakkan
pembelajaran
kolaboratif
kerana
kebanyakan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran. Bagi
- 20 -
mempamerkan tingkah laku yang dipelajari, guru haruslah membekalkan insentif dan persekitaran yang mengglakkan tingkah laku itu berlaku.
4.5 Pengajaran Konstektual Pengajaran konstektual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat. Menurut teori ini,pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iaitu dunia ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Teori ini menggalakkan guru memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan sebanyak mungkin pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi dalam usaha ke arah hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran seumpama itu,murid menenui hubungan bermakna antara idea abstrak dan mengaplikasika amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan dan dihubungkaitkan. Dalam proses pembelajaran konstektual,urid digalakkan mengalami lima teknik belajar, iaitu startegi REACT.Pertama,murid menceritakan (R) di mana murid digalakkan unuk mengalami (E) pembelajaran melalui penerokaan, penemuan dan mencipta idea. Barulah mereka akan mempelajari dalam konteks cara mengapilikasi (A) ilmu atau maklumat dalam situasi lain.Dalam pengajaran dan pembelajaran konstekstual, murid bekerjasama (C) untuk memberi maklum balas dan berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan dan guru. Akhirnya, murid diharapkan supaya belajar dalam konteks memindah (T) pengetahuan sedia ada serta pengetahuan membina yang mereka tahu.
- 21 -
Contoh pengajran kontekstual adalah pembelajaran berasaskan aktiviti, sesi ’hands-on’, seminar, bengkel dan program ’buat sendiri’. Dalam pengajaran biologi,misalnya murid akan belajar bagaimana seorang petani menderita dan memberi sumbangan kepada kemerosotan persekitaran. Rumusannya,
strategi
pengajaran dan pembelajaran konstekstual
menekankan penyelesaian masalah dan mengenal pasti keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbegai konteks seperti rumah, komuniti dan tempat kerja. Strategi ini juga mengajar murid membuat pemantauan dan pembelajaran arah kendiri supaya mereka akan menjadi murid yang berdikari.Pengajaran konstekstual menentukan pengajaran dalam pelbgai konteks hidup dan menggalakkan mereka untuk belajar daripada satu sama lain dan bersama-sama.Penilaian autentik digunakan uuntukmenilai pengjaran konstektual dan strategi mengajar. 4.6 Pengajaran Metakognitif Pengjaran metakognitif adalah pengajaran tentang proses berfikir mengenai pemikiran, ” apa yang kita tahu” dan apa yang kita tidak tahu”. Flavell (1976) menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, seperti ciri-ciri pembelajaran relevan. Sebagai contoh, saya menggunakan metakognitif jika saya dapati saya mempunyai masalah mempelajari perkara A berbanding perkara B: jika saya rasa saya perlu menilai semula perkara C sebelum bersetuju menerimanya sebagai fakta. Flavell berpendapat bahawa metakognitif menjelaskan sebab kanakkanak
berlainan
umur
berbeza
dalam
menghadapi
tugasan
pembelajaran.Mereka telah membina strategi pemikiran yang baru.Metkognitif memerlukan pemantauan yang aktif dan peraturan proses kognitif. Pengajaran metakognitif meningkatkan kesedaran terhadap apa yang mereka tahu untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep yang sukar untuk difahami.
- 22 -
Menurut Dirkes (1985), strategi asas metakognitif ialah menghubungkan maklumat baru dengan maklumat yang lama,memilih strategi berfikir dengan teliti dan merancang,memantau dan menilai proses berfikir. Terdapat strategi untukmembina perlakuan metakognitif dikalangan murid. Pertama murid harus mengetahui ’ apa yang mereka tahu’ dan ’apa yang mereka
tidak
tahu’.
Mereka
akan
mengesahkan,menjelas
dan
memperkembangkan atau menggantikannya dengan maklumat yang lebih tepat. Semasa merancang dan menyelesaikan masalah, guru haruslah menerangkan cara berfikir yang betul supaya murid boleh mengikut proses berfikir yang diterangkan itu. Cara lain untuk memperkembangkan metakognitif dikalangan murid adalah melalui penggunaan jurnal atau buku log pembelajaran, di mana murid membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, menulis nota tentng kesedaran mereka terhadap kesamaran dan ketidaktekalan serta memberi komen mereka terhadap cara mengatasi kesulitan. Murid perlu mengandaikan tanggungjawab untuk merancang dan mengatur pembelajaran termasuk keperluan masa, penyusunan bahan dan jadual prosedur yang diperlukan untukmelengkapkan aktiviti. Selepas sesuatu aktiviti, guru harus membimbing murid membuat ulasan tentang aktiviti tersebut, mengumpul maklumat tentang proses berkaitan, mengenal pasti strategi berfikir yang digunakan dan akhirnya menilai pasti semua bahan bernilai untuk digunakan pada masa akan datang dan mencari pendekatan yang lebih berkesan lagi.
4.7 Pengajaran Kajian Luar (Field Study Teaching) Seluruh dunia ini adalah sumber pembelajaran sekiranya orang berpengetahuan membimbing kita menggunakan sumber tersebut. Pengajaran kajian luar, menyediakan murid dengan peluang-peluang belajar berdasarkan pengalaman langsung (learn handle on experience) dalam dunia sebenar.Pengalaman tersebut diperolehi daripada kajian di mana murid berpeluang membuat pemerhatian terhadap sesuatu perkara dalam persekitaran semulajadi.
- 23 -
Kajian luar yang dirancang dengn baik merupakan salah satu cara yang paling berharga untuk membantu murid mengaplikasikan pembelajaran buku teks danbilik darjah dengan dunia sebenar. Ia memperkaya dan memperluaskan kurikulum sekolah serta menyediakan murid dengan pengalaman yang sukar diperoleh dalam bilik darjah biasa. Contoh pengajaran kajian luar adalah praktikum, lawatan ke kilang,memgusahakan tanaman dan lain-lain. 4.8 Kajian Masa Depan (Futuristic Studies) Kajian masa depan berdasarkan kepada pemahaman bahawa murid perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan perubahan masa hadapan yang dinamik. Kenapa kita perlu mengajar tentang masa hadapan? Kauffman (1976) menyatakan bahawa,kita sebagai guru harus memberikan kefahaman kepada murid kita terhadap isu-isu penting, masalah dan peluang-peluang yang mereka akan hadapi,mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan untuk terus berjaya dalam kehidupan dan menyediakan mereka dengan caracara yang berkesan untuk menghadapi segala halangan dan tekanan kesan daripada perubahan mendadak. Pengajaran kajian masa depan membolehkan murid berkomunkasi dengan
jelas,
membentuk
pengetahuan,melaksanakan
sistem
kajian
dan
nila,mencari menguruskan
dan
memahami
maklumat
dengan
berkesan serta berfikiran kreatif dan kritis bagi membuat keputusan tentang peristiwa masa hadapan. Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dipelajari dalam kajian masa depan, iaitumembuat
ramalan
tentang
perubahan
dan
trenda
masa
hadapan
berdasarkan maklumat dan pengetahuan itu sendiri. Selain itu, kemahiran membuat tekaan yang bijak berkaitan dengan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan yang akhirnya menggunakan sumber dalam mengawal dan mengurus perubahan yang boleh membawa keuntungan yang maksima.
- 24 -
4.9 Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri adalah suatu kaedah pembelajaran keindividualan yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada bahagianbahagian kecil pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari. Ia direka bentuk untuk memastikan bahawa semua murid mencapai objektif pembelajaran dan setiap murid mempunyai masa yang cukup untuk mencapai tujuan tersebut. Model masteri memastikan supaya murid mencapai tahap penguaaan masa pembelajaran yang fleksibel dan setiap orang murid menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan yang tradisi dan pengajaran pemulihan dan pengayaan secara individu. Dalam strategi ini, guru mendiagnos kebolehan murid dan kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Pembelajaran masteri pada asalnya dibina oleh Bloom (1976, rujukan oleh Burden & Byrd) menekankan fleksibel masa yang distrukturkan dengan kandungan,pengajaran dianostik dan preskriptif dan mencapai semua objektif dengan jayanya oleh semua murid.Dua unsur utama pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat dan masa. Guru menggunakan pembelajaran masteri untuk mengurus pengajaran bilik darjah dengan teliti,menyampaikan maklumat dan kemahiran mengikut coraknya, sentiasa menentukan kemajuan muridnya,memaklumkan kepada murid tentang kemajuannya, membantu murid mengatasi masalah melalui bimbingan, latihan dan pengajaran atau latihan tambahan serta memberi pengayaan tambahan kepada mereka yang menguasai pembelajaran dengan cepat.
- 25 -
Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah menentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana penilainya, membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri dan menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang sepatutnya serta menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah dicapai. Pembelajaran masteri memerlukan perancangan, pengurusan dan ujian diagnostik guru teliti ini. Tugasan dan aktiviti alternatif perlu disediakan oleh guru untuk keperluan setiap murid. Terdapat beberapa kebaikan pembelajaran masteri. Antara kebaikannya adalah murid mempunyai kemahiran sedia ada sebelum ke unit yang seterusnya. Selain itu, kebaikan pembelajaran masteri adalah memerlukan guru membuat analisis tugasan, dengan itu menjadi lebih bersedia mengajar unit tersebut. Seterusnya ia memerlukan guru menyatakan objektif sebelum membahagikan aktiviti dan boleh menyekat kegagalan ( terutamanya penting untuk murid yang kurang bernasib baik ) Pembelajaran masteri juga ada kekurangannya. Satu daripadanya ialah, bukan semua murid akan menguasai pembelajaran pada kadar yang sama.Oleh itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran pada kadar yang sama.Oleh itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran terpaksa menunggu murid lain yang belum menguasainya. Guru perlu mempunyai pelbagai bahan untuk pemulihan dan pelbagai jenis ujian diperlukan. Sekiranya guru hanya mengguna ujian objektif , ini akan menyebabkan murid menghafal dan belajar yang spesifik sahaja dan tidak menggalakkan pembekajara tahap tinggi. 4.10Pengajaran Koperatif atau Kolaboratif Murid
dalam
pengajaran
koperatif
bekerja
dalam
kumpulan
untuk
menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah
- 26 -
satu
strategi
yang
melibatkan
penyertaan
kanak-kanak
dalam
aktiviti
pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif. Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik, mudah dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkh laku dan rekod kedatangan murid yang bertambah baik dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang dikenal pasti (Slavin, 1987) Tambahan kepada hasil positif yang dikenal pasti adalah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi murid, menggalakkan proses kumpulan, memupuk interaksi sosial dan akademik di kalangan murid dan memberi ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Satu daripada dapatan kajian yang konsisten adalah aktiviti pembelajaran koperatif memeperbaiki perhubungan murid dengan rakan sebayanya,lebih-lebih lagi mereka yang datang dari kumpulan sosialetnik yang lain. Apabila kanak-kanak mula melaksanakan tugasan kesediaan, kerjasama boleh memberi peluang untuk berkongsi idea, belajar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak balas terhadap masalah dan berlatih mengguna kemahiran bahasa lisan dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif boleh menghasilkan perasaan positif terhadap sekolah, guru dan rakan sebaya.Perasaan begini menjadi asas yang penting untuk kejayaan seterusnya di sekolah. Murid juga digalakkan mempelajari bahan denan lebih mendalam untuk membuktikan kepada guru yang mereka telah menguasai bahan yang diperlukan. Dalam pasukan pembelajaran koperatif,murid yang berpencapaian rendah, berpeluang memberi sumbangan kepada kumpulan dan mengalami kejayaan dan semua boleh meningkatkan kefahaman idea dengan menerangkan kepada rakan lain (Featherstone,1986). Tugasan pemebelajaran koperatif yang dibina dengan baik menggalakkan sifa saling bergantung antara mereka di samping memerlukan akauntabiliti individu. Walaubagaimanapun, untuk berjaya dalam pembelajaran kumpulan koperatif, murid juga perlu menguasai kemahiran interpersonal yang diperlukan oleh kumpulan untuk menyempurnakan tugasan mereka. Untuk bekerja dengan jayanya dalam pasukan pembelajaran koperatif
- 27 -
murid perlu juga mnguasai kemahiran interpersonal untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.
4.11Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kebolehan murid untuk melibatkan diri dalam situasi pengajaran pembelajaran yang bermakna dalam bilik darjah ialah keperluan umum bagi rakyat yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik dan sebagai tenaga kerja yang mahir untuk menjadi ahli fikir yang berkesan adalah lebih diiktiraf dalam matlamat pendidikan sekarang. Jika murid mahu berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berteknologi tinggi, maka mereka perlu melengkapkan diri dengan kajian dan kemahiran berfikir sepanjang hayat untuk memperoleh dan memproses maklumat di dunia yang sentiasa berubah. Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang normal di seolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kajian dan kemahiran belajar,kemahiran pemudah caraan,kemahiran berfikir dan kemahiran berfikir di kalangan murid. Sebenarnya, kebanyakkan badan kesusasteraan mengakui bahawa daya kreativiti murid dalam berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah boleh dipertingkatkan melalui pengajaran dan amalan (Robinson,1987). Perlu ingatkan bahawa murid boleh belajar befikir dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah dnegan cara yang lebih berkesan jika sekolah menumpukan kepada mengajar mereka cara melakukannya.
- 28 -
Kemahiran pemudah caraan merangkumi beberapa aspek berikut :
a) Challenging : Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang b) Attending : Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan
c) Disclosing : Memperlihatkan atau mendedahkan sesuatu perkara d) Cognitive structuring
:
Satu
kaedah
membina
kefahaman
menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan. e) Feedback : Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap penerangan. Ia melibatkan perbincangan secara dua hala
f) Focussing : Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi.
g) Goal-setting : Menetapkan objektif ke arah P & P yang lebih rasional. h) Instructing : Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik
i) Modelling : Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses P & P dengan lebih terancang
j) Trailing (menjejak) : Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian
k) Questioning : Membantu dan melatih pelajar berfikir secara mendalam dan meluas
l) Reflecting (renungan): Mencermin, menggambar, membayang, berfikir dalam-dalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan
- 29 -
m) Thematising : Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah ditetapkan
5.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, kaeadah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaeadah bestari. Terdapat pelbagai isi utama yang merangkuminya. Strategi pengajaran direktif berhasratkan untuk membantu murid memahami dan memperoleh maklumat sebagai asas bagi bacaan dan penaakulan secara kritis. Dalam pendekatan ini,murid perlu menirutingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk atau disampaikan oleh guru. Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang dan menggunakan proses penyelesaian masalah. Pendapat utama pengajaran generatif adalah membantu murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar dengan mengguna kognitif ini bukan hanya belajar cara membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan akibat yang mungkin boleh berlaku. Pengajaran kontekstual membantu kita menghubung kait kandungan subjek kepada situasi kehidupan sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat pertalian antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan bagaimana ilmu itu digunakan dalam kehidupan sebagai ahli keluarga dan warganegara. Pengajaran metakognisi adalah pengajaran proses berfikir terhadap pemikiran. Manakala, penjaran kajian luar memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman langsung dunia sebenar.Kajian
masa
depan
berdasarkan
pemahaman
bahawa
murid
perlu
menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dan perubahan masa depan yang dinamik.Pengajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran individu yang menggunakan kurikulum berstruktur. Pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil untuk dipelajari. Ia direka bentuk untuk memastikan murid mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang mereka perlukan. Akhirnya murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk melengkapkan
- 30 -
tugasan
kumpulan.
Mereka
bertukar
pendapat,
membuat
perancangan
dan
mencadangkan jalan penyelesaian masalah.
REFLEKSI Saya merupakan ahli kumpulan 6 yang ditugaskan membentangkan tentang kaedah pengajaran iaitu sumbangsaran,dan penyelesaian masalah. Tugasan telah dibahagikan antara ahli kumpulan, setelah membuat undian, saya terpilih untuk mencari bahan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran Setelah bertungkus lumus mencari bahan di dalam perpustakaan dan juga dapatan daripada internet dapatlah saya mengumpul maklumat dan memahami apakah perkara penting mengenai tajuk ini. Secara kesuluruhannya kaedah pembelajaran ini memberi alternatif kepada guru-guru dalam melaksanakan aktiviti P&P yang pelbagai. Selepas itu, segala dapatan ini saya bentangkan di dalam kelas agar rakan-rakan lain dapat memahaminya. Kesan daripada pembentangan ini saya lihat kebanyakan raka-rakan mula memahami tentang kaedah ini, secara tidak langsung pemahaman saya juga bertambah. Yang menjadikan tugasan ini menarik adalah setiap ahli kumpulan saya iaitu Hairul Munirah, Akmar Harmimi dan Khalil memberikan kerjasama dan kolaborasi yang sangat baik. Segala masalah yang dihadapi semasa mencari bahan mahupun menyediakan pembentangan dapat diatasi melalui perbincangan antara ahli kumpulan. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing Pn Haliza Hussin yang banyak membantu memberi input. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.
- 31 -
ALIF BIN MOHD DRUS PPPRP4T 2.03
REFLEKSI Melalui pembahagian tajuk perbincangan bagi kumpulan ke 6 ,saya telah mendapat tajuk berkenaan kaedah dan teknik pengajaran iaitu kaedah demostrasi dan perbincangan. Mengikut teori ini, ia menekan kepada penglibatan guru dalam membimbing murid untuk belajar. Bagi kaedah perbincangan,guru hendaklah membahagi murid secra seimbang untuk membincangkan sesuatu topik. Guru mestilah memastikan topic yang dibincangkan itu mudah untuk murid melaksanakan. Semasa kaedah ini dijalankan, guru messtilah memastikan agar semua murid menjalankan tugasan yang diberi. Selain itu, demostarsi perlu dilakukan. Ini akan memudahkan murid memahami sesuatu pengajaran. Kaedah ini banyak dilaksanakan dalam pengajaran subjek pendidikan jasmani dimana guru akan menunjukkan sesuatu dahulu sebelum meminta murid melaksanakannya. Semasa tugasan ini disiapkan, kerjasama antara ahli kumpulan amat dititik beratkan. Semua tugasan di beri sama adil kepada setiap ahli kumpulan dan segala masalah dibincang bersama-sama. Alhamdulilah,segala yang diatur dapat dijalankan secara lancar. Pembentangan bagi tajuk ini dan tajuk yang lain dibahagi mengikut tugasan yang ditetapkan. Akhir kata, terima kasih kepada pensyarah bimbingan kami bagi subjek Murid dan Alam Belajar iaitu Pn Haliza Hussin dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih. MOHAMED KHALIL BIN ABDUL RAHMAN PPPR4T 2.03
- 32 -
REFLEKSI Alhamdulillah, dengan segala limpah kurnia-Nya saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menjalankan kerja kursus ini. Semasa menjalankan kerja kursus ini saya dapat belajar dan merangka tentang Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) yang membantu pengajaran guru pada masa pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui pendedahan tentang RPH ini, saya dapat mengenalpasti langkahlangkah yang sesuai untuk membentuk satu rancangan pengajaran harian yang baik untuk diri dan murid-murid saya pada masa akan datang. Saya mendapat tugasan bagi menerangkan E-Pembelajaran dalam kumpulan saya. E-Pembelajaran ini menerangkan tentang proses peningkatan kendiri bagi seorang guru. Ia terbahagi kepada dua iaitu pendidikan jarak jauh dan pendidikan komputer. Sejajar dengan proses pembelajaran ini, guru perlulah menyambung taraf pendidikannya bagi menjadikan seseorang guru tersebut berkebolehan dan mahir untuk menjadikan pelajar mereka cemerlang. Dalam zaman teknologi yang serba moden ini, seorang guru harus mengetahui cara-cara untuk mengendalikan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Word, Power Point, Excel dan sebagainaya. E-Pembelajaran ini penting supaya saya dapat membentuk dan menarik minat murid-murid masa akan datang supaya mereka berminat untuk mengikuti pengajaran saya. Tajuk-tajuk lain yang dibentangkan oleh rakan-rakan saya juga amat menarik. Melalui tajuk yang berlainan kami dapat berkongsi pendapat dan maklumat yang kami perolehi. Saya merasa berbangga kerana dapat mengetahui sesuatu yang tidak diketahui sebelum membuat kerja kursus ini. Kerja kursus ini memerlukan bahan yang banyak untuk menyiapkannya. Di samping itu juga, ianya turut melibatkan tunjuk ajar dari pensyarah yang mengajar iaitu Puan Haliza Hussin dan Puan Norani Mansor. Saya
- 33 -
telah mendapat banyak manfaat tentang pembelajaran ini. Rakan-rakan juga banyak membantu saya semasa menjalankan kerja ini. Mereka juga amat mementingkan sikap bekerjasama dan saling mengambil berat diantara satu sama lain. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Alif bin Drus, Mohd Khalil bin Abdul Rahman dan Hairul Munirah binti Mohd Arif. Semua ilmu yang diperoleh semasa menjalankan kerja kursus ini mahupun melalui pembelajaran dalam kelas akan saya manfaatkannya apabila mengajar nanti. Melalui penulisan yang telah saya hasilkan ini, saya dapat memahami bagaimanakah tahap pemikiran kanak-kanak dan persekitaran mereka. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan saya ilmu pengetahuan sebagai seorang guru sekolah rendah yang perlu peka terhadap tahap penerimaan ilmu bagi murid-murid sekolah rendah.
AKMAR HARMIMI BINTI KAMAROZAMAN PPPRP4T 2.03
- 34 -
REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya tugasan bagi subjek Murid dan Alam Belajar bagi topik kaedah dan teknik pengajaran serta strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pedagogi bestari ini dapat saya siapkan dengan kerjasama ahli kumpulan pada masa yang ditetapkan. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini ia benar-benar menguji kredibiliti dan semangat saya bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Pada mulanya, saya merasakan tajuk ini agak mudah, Namun topik ini benar-benar menguji tahap kognitif saya yang sebenarnya. Sebagai ahli kumpulan saya telah berbincang dengan dengan Puan Norani serta mendapatkan tugasan daripada beliau dan merujuk kepada Puan Haliza, akhirnya saya dan rakan sekumpulan dapat memahami apa yang dikehendaki dalam tajuk berkenaan. Perkara yang saya belajar di sini ialah bagaimana kaedah dan teknik pengajaran dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) Sebagai seorang pelajar dan juga seorang guru, teori-teori pembelajaran ini amat penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PNP) agar ia berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan di samping dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pada masa akan datang. Apabila kami mendapat tugasan ini, pada mulanya kami mengambil masa yang agak lama untuk mencari bahan kerana terdapat beberapa bahan rujukan yang tidak dapat kami perolehi. Namun, atas kerjasama dari pihak Puan Norani dan Puan Haliza, maka tugasan ini berjalan lancar. Tambahan pula kami mendapat sedikit bantuan dari kumpulan kuliah yang lain. Kami membahagikan tugasan kepada setiap ahli. Jadi kami berperanan membentangkan tajuk masing-masing dan menyediakan ‘hand-out’ mengikut tajuk tersebut. Setiap ahli menunjukkan kerjasama yang baik dan pembentangan dapat dijalankan dengan lancar. Semasa pembentangan dijalankan, Puan Haliza yang memantau hasil pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan kami mendapat sokongan daripada ahli kelas yang lain.
- 35 -
Ketika menjalankan tugasan ini banyak perkara yang saya dapat pelajari. Saya dapat mengetahui bagaimana satu keadah pengajaran dan teknik pengajaran tersebut dijalankan. Kaedah dan teknik pengajaran terbahagi kepada lima bahagian.Teknik-teknik yang terlibat ialah teknik sumbangsaran, bercerita, perbincangan, demonstrasi dan penyelesaian masalah. Terdapat bebearapa langkah yang perlu diikuti untuk menjalankan teknik-teknik ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya lebih berkesan lagi. Seterusnya terdapat beberapa elemen pedagogi bestari yang telah diterapkan pada masa kini melalui rancangan daripada tokoh-tokoh terkenal seperti Bandura, Slavin dan Bloom yang mengemukakan beberapa pendapat mereka yang tersendiri. Antara elemen-elemen yang berkaiatan ialah pengajaran direktif,pengajaran metakognif pemerhatian dan sebagainya. Apa yang menarik minat saya tentang pembelajaran secara bestari ialah tentang kajian masa depan. Sebagai bakal guru kita harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu-ilmu yang baru khususnya dalam bidang teknologi seiring dengan zaman teknologi masa kini. Jangan pula kita dikatakan seperti ‘katak di bawah tempurung’ kerana tidak mengetahui apa-apa. Pengajaran koperatif atau kolaboratif juga turut menrik minat saya untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan kemahiran pemudah caraan seperti challenging iaitu menguji kemampuan atau ketabahan seseorang, attending iaitu memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan disclosing iaitu memperlihatkan atau mendedahkan sesuatu perkara dan cognitive structuring iaitu satu kaedah membina kefahaman menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan. Terdapat beberapa lagi kaedah pemudahcaraan lain yang berkaitan dengan pengajaran cara ini. Seterusnya,
saya
sebagai
guru
dan
juga
sebagai
pelajar
haruslah
mengaplikasikan segala kaedah dan teknik yang dikemukakan. Banyak implikasi yang berkaitan dalam kehiupan seharian yang boleh dijadikan sebgai ikhtibar dalam kehidupan yang saya tempuhi kini.
- 36 -
Sebelum kami mebentangkan hasil tugasan yang diber, kami telah memberikan tugasan kepada kumpulan yang lain untuk merancang satu bentuk Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Mereka diarahkan untuk membentangkan hasil tugasan tersebut sejurus sahaja kami membentangkan hasil tugasan kami. Namun, akibat daripada masalah kekangan masa, pembentangan tugasan kumpulan tersebut terpaksa di tunda pada waktu yang seterusnya. Tiba pada hari tugasan umpulan melakukan
pembentangan
kami
mendapat
hasil
pembentangan
yang
memberangsangkan dan positif. Kerjasama yang dilihat amat baik sekali.Mereka juga ada menggunakan unsur bestari dalam pembentangan yang dihasilkan dan kami juga amat berpuas hati. Puan Haliza juga turut memberikan sedikit komen dan penambah baikkan dalam unsur bestari yang telah dibentangkan. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini, terutamanya penghargaan kepada ahli kumpulan saya yang sentiasa bekerjasama.
HAIRUL MUNIRAH BINTI MOHD ARIF PPPRP4T 2.03
- 37 -
BIBLIOGRAFI Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2005.Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala Lumpur. Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. 2004.Penghantar Keadah Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University (OUM). Kursus
Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. 2004.Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Modul 2/3. Kuala Lumpur :Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat
Perkembangan 2001.Pembelajaran
Kurikulum Masteri.
Kementerian Kuala
Lumpur
Pendidikan
Malaysia.
:Kementerian
Pendidikan
Malaysia. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran & Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.
- 38 -
LAMPIRAN
- 39 -
Lampiran A
- 40 -
Lampiran B Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 1 RINGKASAN MENGAJAR
Pengetahuan dan kemahiran
Bahan bantu mengajar
Perisian
Sumber Internet
1. Pengetahuan am tentang kaum yang ada di Malaysia. 2. Boleh mendapatkan bahan rujukan yang mencukupi dari buku dan internet. 1. 2. 3. 4.
komputer LCD OHP Menayangkan video tentang sambutan parayaan mangikut kaum. 5. Menerangkan tajuk dan penerangan melalui power point. 1. Pelayar Internet 2. Multimedia 3. Emel
1. http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=banjir1 (diakses pada 5 April 2007) Laman web ini memberi maklumat tentang, kaum di Malaysia, bahasa, bencana alam seperti banjir, kejadian Tsunami, tanah runtuh dan sebagainya.
objektif
Penerapan nilai Hasil pembelajaran
1. 2. 3. 4. 5.
Mengetahui tentang perayaan dan sambutan yang ada. Memahami perayaan kaum lain dalam masyarakat setempat. Menghargai kemeriahan sambutan perayaan. Memupuk kerjasama antara kaum. Mensyukuri nikmat Tuhan.
Menghormati setiap kaum yang ada dalam masyarakat setempat. 1. Murid akan lebih mengetahui budaya kaum lain. 2. Menghormati kebudayan, agama dan kepentingan kaum lain. 3. Dapat mengekalkan keamanan hidup di Malaysia dengan masyarakat yang berbilang kaum.
- 41 -
Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2
Rancangan Pengajaran Harian Kelas Tarikh Tajuk HPU
6 Cerdik 5 September 2007 Nilai Murni Pembentuk Bangsa Mengenal pasti dan menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan tajuk pengajaran daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 I. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.
HPK
Menghasilkan sebuah cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk iaitu nilai-nilai murni melalui aktiviti lakonan. Aras 1 I. Mengenal pasti isi dan maklumat penting tentang nilai-nilai murni. Aras 2 I. Menyediakan dialog-dialog yang sesuai dengan tajuk untuk aktiviti lakonan. Aras 3 I. Membuat aktiviti lakonan berkaitan dengan tajuk iaitu melakonkan watak yang terdapat pelbagai nilai-nilai murni dalam cerita tersebut dengan menarik dan mempunyai mesej yang berguna kepada murid-murid yang lain.
Masa
60 minit
Objektif
Di akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam kehidupan seharian. 2. Mengenal pasti peranan, kumpulan sasar, tugasan dan hasilan projek. 3. Mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang telah dilakonkan. 4. Mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita yang dilakonkan dan daripada sumber yang lain. 5. Membuat aktiviti lakonan bertemakan nilai-nilai murni yang menjadi pembentuk kepada bangsa.
Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai BBM
Pengetahuan am tentang nilai-nilai murni. 1. Menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. •
Video klip – Amalan nilai murni.
- 42 -
•
Persembahan Elektronik Guru (Power Point) – Pengenalan kepada Projek. • Video cerita bertajuk ’Pengorbanan Seorang Guru’ Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2
Bumi dikenali sebagai Earth dalam bahasa Inggeris. Planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.
Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17oC hingga − 52oC. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause. Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.
Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.
Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini. Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18oC hingga − 73oC). Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya)
- 43 -
terhasil di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi. Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan.
Kumpulan 3 telah membentangkan RPH mereka dalam bentuk Microsoft Power Point Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 4 Rancangan Pengajaran Harian Kelas Tarikh Tajuk HPU
: : : :
6 Biru 10. 10. 2007 Flora dan Fauna Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 i.
HPK
:
Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.
Aras 2 i.
Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.
Aras 3 i.
Menghasilkan folio secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik bersertakan gambar.
Masa
:
60 minit
Objektif
:
Di akhir pembelajaran murid dapat: 6. 7. 8. 9.
Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai
:
mengenal pasti kategori flora dan fauna mengklasifikasikan jenis flora dan fauna mencatat maklumat ringkas daripada gambar yang dilihat. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber berdasarkan tajuk projek 10. menghasilkan satu folio mengenai flora dan fauna Pengetahuan am tentang flora dan fauna
:
2. Menghargai setiap hidupan di muka bumi ini.
BBM
:
• •
Persembahan Elektronik Guru (PowerPoint)- Pengenalan Projek Video klip- jenis-jenis ikan
- 44 -
Langkah Set Induksi (10 minit)
Kandungan Persembahan elektronik
• •
Aktiviti P&P Guru menayangkan powerpoint tentang flora dan fauna. Melalui aktiviti sumbangsaran, guru meminta murid membincangkan soalan utama “mengelaskan flora dan fauna mengikut kategori”.
flora fauna
Langkah 1 (10 minit)
Sajak “Sayangi Bumi”
•
Murid mencatatkan pendapat mereka dalam Borang Soalan Utama.doc.
•
Guru memperdengarkan lagu yang berkaitan dengan flora dan fauna. Lagu hijauSoalan Borang
•
Utama.doc
Catatan TKP : Verbal Linguistik, interpersonal KBKK: Menjana idea Menyatakan pendapat Nilai: Menghargai keindahan alam sekitar TKP: -
Verbal linguistik Visual Ruang
Pengenalan Projek.ppt
• •
Guru meminta murid membentuk kumpulan untuk menyanyikan semula lagu tersebut. Lirik
Borang Soalan Utama.doc
Langkah 2 (10 minit)
•
Murid mengenal pasti perkataan yang tidak difahami dan mencari makna perkataan tersebut dengan menggunakan kamus.
•
Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta mencatat isi-isi penting
- 45 -
TKP: Verbal linguistik
Langkah
Kandungan
Catatan
•
Murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
TKP -Pembelajaran Koperatif
•
Guru meminta murid membuat refleksi tentang soalan utama secara lisan.
•
Langkah 3 (25 minit)
Penutup (5 minit)
Aktiviti P&P yang terdapat dalam sajak dalam bentuk peta minda. Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta menghasilkan folio bertemakan flora dan fauna.
Rumusan P&P
- 46 -
KBKK: -Menjana idea -Mengumpulkan maklumat
Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 5 Rancangan Pengajaran Harian Kelas Tarikh Tajuk HPU
: : : :
6 Bestari 11 Jun 2007 Kesultanan Melayu Melaka Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 ii.
HPK
:
Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.
Menghasilkan lakonan cerita tentang kesultanan Melayu Melaka Aras 1 ii.
Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.
Aras 3 ii.
Menghasilkan lakonan dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.
Masa
:
60 minit
Objektif
:
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai
:
BBM
:
:
11. mendalami pengetahuan tentang sejarah kesultanan melayu melaka 12. mengenal pasti peranan masing-masing 13. mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang dilakonkan 14. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber berdasarkan tajuk projek 15. menghasil satu lakonan semula tentang sejarah melayu melaka Pengetahuan am tentang sejarah 3. Menghargai peninggalan sejarah 4. Meneladani perkara yang baik dan buruk
• • •
Video Klip – Sejarah Melaka Pesembahan Elektronik Guru (PowerPoint)Pengenalan Projek Lakonan semula oleh pelajar
- 47 -
Lampiran C BORANG PENILAIAN Selepas membentangkan tugasan Konsep Alam Belajar, kumpulan kami telah menyediakan satu tugasan kepada kumpulan yang lain.Mereka perlu memilih satu subtajuk dalam subjek major iaitu Pengajian Sains Sosial dan membentangkannya dalam bentuk Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Mereka juga perlu menerangkan bagaimana konsep pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan. Berikut merupakan hasil penilaian yang telah dilakukan terhadap pembentangan yang telah mereka lakukan.
KUMPULAN 1 2 3 4 5
CARA PENYAMPAIAN 2 2 2 2 2
ISI
RPH
KERJASAMA
2 2 1 2 2
2 2 2 2 2
2 2 2 2 2
UNSUR BESTARI 2 2 1 2 2
JUMLAH 10/ 10 10/ 10 8/ 10 10/ 10 10/ 10
Dalam tugasan ini terdapat beberapa kekeliruan yang belaku pada mulanya dalam pemberian tugasan . Namun setelah pembentangan dilakukan oleh kumpulan kami, kumpulan lain mulai faham dan tahu bagaimana cara untuk membuat Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Akhirnya mereka mampu melakukan tugasan tersebut dengan berdedikasi. Ternyata melalui sistem penilaian di atas kami mendapati kumpulan-kumpulan tersebut mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.
- 48 -