Write-up Pdktn Mengajar

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Write-up Pdktn Mengajar as PDF for free.

More details

  • Words: 385
  • Pages: 3
Pendekatan Elektif Elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris “elective” bermakna pemilihan.Ia merupakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi pengajaran dalam sesuatu pelajaran.Ia boleh digunakan untuk mengajar rumus,hukum,konsep dan teorem.Ia juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pemulihan dan penggayaan). Ciri-ciri pendekatan elektif ialah seperti berikut: 1. Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. 2. Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan ataupun memberikan contoh. 3. Guru memberi input terlebih dahulu.Ini memudahkan murid-murid untuk memberikan contoh dan membuat rumusan. Guru menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus.Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid.Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.

Pendekatan Tematik Tematik merujuk kepada satu koleksi idea mengenai satu tajuk yang tertentu.Dalam pendekatan tematik,satu-satu tema itu dipecahkan kepada komponen-komponen yang kecil. Setiap tema mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik-topik kecil dan semua berkaitan dengan tajuk umum.Terdapat penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam pengajaran sesuatu tema.

Pendekatan secara tema akan membolehkan murid menganalis,membuat generalisasi pengetahuan.Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan membolehkan murid menyatukan fakta-fakta.Pokok perbincangan atau topik utama dijadikan satu pembelajaran utama dalam kajian.Contoh,menulis karangan bertemakan alam sekitar. Pendekatan tematik amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan dalam aktiviti berkumpulan.Setiap hasil perbincangan akan dibentangkan oleh wakil kumpulan di hadapan kelas. Dalam strategi tematik,konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbulkan dan dihubungkait melalui satu tema.Unit-unit tematik juga termasuk pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak dan membolehkan mereka memilih ahli kumpulan sendiri.Perbincangan kecil boleh menimbulkan perasaan sepunya dan komuniti semasa kanak-kanak berkongsi pendapat. Pendekatan tematik boleh dilaksanakan melalui tiga cara: 1. Cara 1 Tema-tema dipecahkan kepada beberapa sub topik dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas,sederhana, dan lambat secara berasingan. 2. Cara 2 Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. 3. Cara 3 Tema yang berbeza tetapi saling lengkap melengkapi diberikan kepada murid.Tema ini dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Langkah-langkah yang dicadangkan: 1. Pilih tema Tema perlu luas untuk merangkumi maklumat dari aspek lain tetapi tidaklah terlalu luas.Minat kanak-kanak perlu diutamakan.

2. Hasilkan satu jaringan rancangan Sumbangsaran demi menghasilkan sebuah carta atau sebuah peta semantik yang meneroka tema-tema yang sesuai.Lihat contoh dalam Rajah 1.

Pembahagia n harta

Fe’e l

Faraid (matematik)

Qawaid (tatabahasa ) Isim

Pengiraan

Bahasa Arab

Adab (sastera)

Hadis

Sirah (sejarah)

Syair

Nabawi

Jahiliyah

Rajah 1

Related Documents

Write-up Pdktn Mengajar
November 2019 11
Writeup
November 2019 17
Writeup
October 2019 21
Itct Writeup
November 2019 22
Final Writeup
November 2019 18
Camp Writeup
December 2019 18