wilayah pembangunan iskandar bakal jadi penjana ekonomi asia tenggara written by johordt monday, 06 august 2007 johor bahru, 5 julai: wilayah pembangunan iskandar (iskandar) bakal menjadi penggerak utama ekonomi rantau asia tenggara, kata dato’ abdul ghani othman. beliau berkata potensi iskandar tidak harus dipandang rendah kerana kerajaan telah menumpukan usaha dan tenaga untuk menjayakannya. “iskandar adalah program pembangunan ekonomi terbesar yang pernah negara lakukan dan potensinya amat besar. “sepertimana china dan india dikaitkan dengan ekonomi asia, kita di asia tenggara ini juga mempunyai penjana ekonominya iaitu iskandar,” katanya pada forum perniagaan malaysia-china 2007 di pusat konvensyen antarabangsa persada di sini. abdul ghani berkata para pelabur harus memberi perhatian terhadap pelbagai insentif yang ditawarkan. “banyak lagi (insentif) bakal diumumkan perdana menteri,” katanya.