Wilayah Pembangunan Iskandar Untuk Pelabur Seluruh Dunia

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wilayah Pembangunan Iskandar Untuk Pelabur Seluruh Dunia as PDF for free.

More details

  • Words: 325
  • Pages: 1
wilayah pembangunan iskandar untuk pelabur seluruh dunia written by johordt monday, 06 august 2007 johor bahru, 5 julai: peluang perniagaan dan melabur dalam wilayah pembangunan iskandar (iskandar) dibuka kepada pelabur dari seluruh dunia, kata perdana menteri datuk seri abdullah ahmad badawi. beliau berkata kerajaan mengalu-alukan penyertaan asing menerusi konsep rakan niaga dan kerjasama. “ia sama seperti yang dilakukan negara china semasa mereka membangunkan zon khas ekonomi pada tahun-tahun awal kebangkitan ekonomi,” katanya dalam ucaptama forum perniagaan malaysia-china 2007 di pusat konvensyen antarabangsa persada di sini. forum sehari ini dihadiri lebih 200 ahli perniagaan tempatan dan china. ini kali pertama forum anjuran dewan perniagaan malaysia-china diadakan di luar kuala lumpur dan johor bahru dipilih untuk memberi peluang terbaik kepada pelabur china mengetahui dengan lebih jelas mengenai iskandar. menteri besar dato’ abdul ghani othman dan penasihat iskandar, tun musa hitam yang juga pengerusi dewan perniagaan itu turut hadir. abdullah berkata peniaga dan pelabur dari china tidak harus mengenepikan potensi iskandar sebagai sebuah “destinasi baru untuk perniagaan, pelaburan, libur dan budaya,”. “lokasi iskandar amat strategik iaitu di titik pertemuan perdagangan barat dan timur serta laluan utama kapal. “iskandar juga amat berhampiran dengan indonesia dan singapura yang memberinya kelebihan untuk menjadi hab ekonomi rantau asean,” katanya. perdana menteri berkata syarikat-syarikat china boleh mengharapkan kejayaan kerana iskandar mempunyai tenaga pekerja yang terlatih dan berpengetahuan yang lahir dari universiti dan kolej teknikal yang terletak dalam wilayah itu sendiri. “sokongan padu politik yang berpanjangan dan komitmen tinggi kerajaan dalam menjamin kejayaan iskandar juga harus menjadi tarikan untuk melabur di sini,” katanya. naib pengerusi majlis bagi penggalakkan perdagangan antarabangsa china, yu ping mengakui wujudnya peluang pelaburan yang besar dalam iskandar. ini, menurutnya disebabkan lokasi strategik iskandar dan prasarananya yang baik seperti jaringan jalan raya yang efisien dan pelabuhan laut. “sokongan dan kerjasama kerajaan tempatan terhadap pelabur china juga kelihatan kuat. “kita merasakan johor bahru berada di lokasi yang sangat strategik untuk pelabur menanam modal cuma yang diperlukan ialah promosi yang lebih agresif,’’ katanya.

Related Documents