perasmian wilayah ekonomi koridor utara bahagian negeri kedah darul aman written by pendeta seni monday, 06 august 2007
print
e-mail
baru-baru ini adalah merupakan hari yang amat bermakna bagi kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri kedah khususnya yang menandakan satu titik permulaan usaha murni untuk meningkatkan kamajuan ekonomi dan kesejahteraan negeri kedah yang masih ketinggalan dengan sebahagian besar penduduk masih dibelenggu kemiskinan. y.a.b datuk seri abdullah ahmad badawi telah melancarkan rangka tindakan ncer di ibu pejabat lembaga kemajuan pertanian muda (mada) di alor setar yang dihadiri menteri besar perak datuk seri mohd tajol rosli ghazali, ketua menteri pulau pinang tan sri dr koh tsu koon, menteri besar kedah datuk mahdzir khalid dan menteri besar perlis datuk seri shahidan kassim serta menterimenteri di jabatan perdana menteri. apa yang menarik sekali tentang ncer adalah ianya adalah satu kawasan wilayah koridor yang amat besar (lebih dari 4 kali ganda singapura). ncer adalah bertujuan untuk membawa satu bentuk transformasi dan pengembangan terhadap sektor pertanian, pembuatan, logistik dan pelancongan di wilayah utara semenanjung malaysia, yang mana merangkumi negeri-negeri seperti perlis, kedah, pulau pinang dan utara perak yang akan dimajukan dalam tempoh lebih 20 tahun. konsep koridor utara ini berdasarkan kesedaran bahawa pembangunan ini akan terlaksana dengan lebih teratur dan pantas jika potensi setiap negeri digembeling bersama. setiap negeri mempunyai kekuatannya yang tersendiri. jika digabungkan, kekuatan ini akan membawa kemajuan yang lebih pesat kepada semua rakyat utara berbanding bekerja bersendirian. bagi negeri kedah,perdana menteri datuk seri abdullah ahmad badawi lebih memfokuskan kepada pembangunan sektor pertanian dimana ingin memecahkan kemelut yang dihadapi golongan petani dan peladang khususnya dalam pasaran hasil pertanian. sektor padi di kedah berpotensi untuk meningkatkan produktiviti tahap pengeluaran daripada 3-5 tan sehektar kepada 9-10 tan sehektar menjelang 2020. ini dapat meningkatkan tahap pendapatan para petani sekali gus dapat membasmi kemiskinan golongan miskin tegar di kedah. dari segi pertanian, kedah perlu ditingkatkan ikhtisas dan skala dengan pengurusan tanah secara professional seperti penggabungan tanah milik petani yang menggunakan kaedah moden dan komersial. untuk memasarkan produk pertanian yang bermutu dan berkualiti,pengurusan ini akan diterajui oleh syarikat swasta tanpa menggugat kedudukan hak milik tanah,malah para petani akan mendapat pulangan dan pendapatan yang lebih tinggi, berskala besar, moden dan mengikut pasaran. selain itu,para pemilik tanah dan petani berpeluang mempelajari kaedah baru dengan menggunakan teknologi dan kualiti piawaian yang telah ditetapkan. dengan menggunakan benihbenih bermutu tinggi aktiviti mengumpul, memproses dan menjenama produk pertanian akan digalakkan mngikuti amalan pertanian yang baik (gap) sekali gus mampu mengubah nasib petani di kedah. pelan pembangunan komprehensif ini juga dapat membantu mempercepatkan sasaran petanipetani untuk mencapai hasil pengeluaran padi yang lebih membanggakan dengan bantuan prasarana yang dinaik taraf selain mewujudkan biasiswa-biasiswa pertanian bintang utara yang berupaya mencapai matlamat meningkatkan taraf hidup petani secara menyeluruh. tanggapan masyarakat malaysia sebelum ini bahawa penanaman padi adalah pekerjaan yang tidak memberikan pulangan tinggi telah berubah dengan pelaksanaan wilayah koridor utara yang akan menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi daripada penghasilan padi sekarang di
kedah. pembangunan wilayah ini diseimbangkan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan. untuk meningkatkan nilai tambah e&e negeri kedah dalam bidang pembuatan dan dengan adanya pusat kecemerlangan mikro-elektrik kemahiran modal insane adalah factor utama untuk menarik lebih banyak pelaburan sector elektronik yang berkualiti tenaga kerja sector elektronik akan dilengkapkan dengan kemahiran kurikulum latihan supaya ia sentiasa memenuhi kehendak pasaran. selain daripada menjadi pusat latihan,ia juga akan menjadi tumpuan bagi usaha penyelidikan dalam bidang elektronik yang dapat membangunkan sub-sektor baru seperti bioteknologi, sistem pertanian hiliran serta penghasilan minyak dan gas yang lebih teratur. bagi sektor perkhidmatan di kedah pula, tumpuan akan diberikan kepada sector pelancongan dan logistik. negeri-negeri utara mendapat kunjungan lebih 4.8 juta pelancong setiap tahun tetapi 85 peratus merupakan pelancong domestic ynag sederhana perbelanjaannya. sektor pelancongan akan dipertingkatkan dari segi daya tarikan dan profesionalisme. untuk fasa pertama, pulau langkawi akan dikenali sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dengan usaha bersepadu yang telah diambil untuk mengundang hotel-hotel terkenal untuk bertapak di langkawi. bagi menjana pendapatan bagi koridor utara, sector pelancongan perubatan atau ‘medical tourism’ juga berpotensi dengan melalui insentif-insentif khas dengan membangunkan 2-3 pulau di luar langkawi. untuk sektor logistic pula, koridor utara akan dibangunkan untuk menjadi hab bagi kawasan segitiga indonesia-malaysia-thailand (i.m.t – g.t) melalui penambahbaikan pelabuhan, lapangan terbang, landasan keretapi dan jalanraya utama. pengukuhan aspek sokongan adalah kunci kejayaan koridor utara di kedah. setiap pembaharuan akan membawa cabaran baru yang harus ditangani. tumpuan bagi negeri kedah adalah kepada aspek-aspek sokongan (“enabler”) seperti pembangunan modal insane, penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur yang menjadikan koridor utara sebuah wilayah yang moden, inovatif dan berdaya saing. ‘fokus kita seharusnya adalah untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. satu badan pelaksana dan penyelarasan wilayah ekonomi koridor utara sedang ditubuhkan dan pakej-pakej insentif sedang dimuktamadkan. dengan komitmen dan sokongan padu kelima-lima pihak,kerajaan negeri perlis,kedah,pulau pinang,perak dan kerajaan persekutuan, kita akan menyaksikan transformasi negeri-negeri utara menjadi empat bintang serantau’,kata perdana menteri lagi. amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual, supaya kita mendapat pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. mekanisme pelaksanaan, mekanisme pemantauan dan mekanisme penilaian perlu diperkukuhkan. unit perancang ekonomi dan unit penyelarasan pelaksanaan di bawah jabatan perdana menteri bertanggung jawab memastikan, program yang dilaksanakan adalah selari dengan teras pembangunan dan mencapai objektif serta dapat memantau pelaksanaan wilayah ekonomi koridor utara bagi negeri kedah. kesimpulannya, komitmen dan tindakan bersama setiap pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan wilayah ekonomi koridor utara. abdullah menegaskan bahawa setiap warga mempunyai peranan penting dalam menjayakan usaha negara-bangsa. sektor swasta perlu menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi sementara sektor awam sebagai pemudah cara pertumbuhan ekonomi dan penyedia kemudahan sosioekonomi. masyarakat sivil perlu
berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. sesungguhnya, usaha untuk merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. ‘empat negeri, satu wilayah, satu matlamat murni’