koridor utara – pulau pinang written by mutiara seni friday, 03 august 2007
print
e-mail
koridor utara merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeri perlis, kedah, pulau pinang dan perak. istilah ini mula diperkenalkan sejak rancangan malaysia ke-9 (rmk9) pada januari 2007 bagi merujuk kepada wilayah ekonomi koridor utara (ncer). rancangan malaysia ke-9 (rmk9) mahu menjadikan koridor utara sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara seimbang dan sama rata. wilayah ekonomi koridor utara (ncer), melibatkan anggaran pelaburan sebanyak rm177 billion dalam tempah 2007-2025. 1/3 pelaburan dari kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (pfi). rancangan pembangunan komprehensif yang menjanjikan masa depan yang cerah kepada 4.29 juta penduduk dinegeri kedah, perlis, pulau pinang dan perak. koridor utara melibatkan 7 peratus keluasan tanah tetapi melibatkan 60 peratus penduduk empat negeri tersebut dan 2/3 dari penduduknya terlibat dengan jelapang padi. koridor utara merupakan program pembangunan wilayah terbaru kerajaan selepas wilayah pembangunan iskandar (wpi) di johor. rancangan pembangunan koridor utara adalah satu inisiatif kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan tahap pendapatan keempat-empat negeri tersebut. tema keseluruhan bagi inisiatif koridor utara adalah ‘menigkatkan nilai tambah kepada industri sedia ada’, iaitu memberi penekanan kepada transformasi dan pengembangan sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di wilayah ini. koridor utara dirasmikan pada 30 julai 2007 oleh perdana menteri malaysia, datuk seri abdullah ahmad badawi di bangunan mada , alor setar, kedah dan seterusnya di perlis. pada esok harinya, perdana menteri merasmikan koridor utara di pulau pinang pada 31 julai di padang mpsp, butterworth, pulau pinang dan selinsing,perak. turut hadir ialah menteri besar kedah, datuk seri mahdzir khalid, menteri besar perak, datuk seri mohd tajol rosli ghazali, ketua menteri pulau pinang, tan sri koh tsu koon dan menteri besar perlis, datuk seri shahidan kasim. turut hadir juga ialah menteri pertanian industri asas tani, tan sri muhyiddin yassin, menteri kewangan ii, tan sri nor mohamed yakcop, menteri perusahaan perladangan dan komoditi datuk peter chin fah kui dan menteri di jabatan perdana menteri, datuk seri effendi norwawi. perdana menteri berkata, di bawah pembangunan koridor utara, keempat-empat negeri akan berganding bahu, berpadu tenaga, meyerlahkan kekuatan serta kelebihan ekonomi masingmasing untuk sama-sama membangunkan koridor utara. pembangunan koridor utara adalah usaha sama kerajaan persekutuan dan kerajan-kerajaan negari untuk mempercepatkan tahap pambangunan kawasan utara malaysia. negara kita telah mengalami kemajuan yang pesat sejak kemerdekaan, tetapi masih perlu memastikan bahawa kemajuan diagih dan dirasai oleh lebih ramai penduduk disetiap pelusuk negara. wilayah utara yang dikenali sebagai jelapang padi negara berpontesi untuk berada di barisan hadapan dan transformasi sektor pertanian malaysia. wilayah utara boleh menggunakan peladang berskala komersil dan teknologi terbaru untuk zon makanan moden, meningkatkan eksport produk pertanian segar dan premium serta hasil pertanian yang telah diproses bagi membantu malaysia mencapai objektifnya untuk menjadi sebuah negara yang dapat menampung kerperluan sendiri dalam makanan ruji seperti beras. di pulau pinang, perdana menteri mengumumkan bahawa pulau pinang telah dipilih sebagai hab
logistik bagi wilayah ekonomi koridor utara. pulau pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai kemudahan infrastruktur logistik yang bermutu. ini termasuk proksimiti kepada lebuhraya utara-selatan, jambatan pulau pinang, pelabuhan laut dalam dan lapangan terbang antarabangsa. jambatan kedua mengukuhkan lagi hub pengangkutan di pulau pinang. jambatan kedua ini dianggarkan berharga rm3 billion, ia bukan sahaja memberi faedah sampingan kepada pulau pinang bahkan wilayah utara dan memperkukuhkan peranan negeri itu sebagai hab pengangkutan. jambatan ini akan menjadi pemangkin untuk pembangunan koridor utara. jambatan ini turut mempunyai dua pelantar yang direka secara halus agar mewujudkan suasana mesra orang ramai, mempunyai ukuran diameter 100 meter serta akan mempunyai kawasan rawat, rehat dan kedai-kedai. walaupun infrastruktur logistik pulau pinang berada pada tahap yang agak baik pada masa ini. peningkatan aktiviti ekonomi dimasa depan akan menambah beban dan tekanan keatas infrastruktur tersebut. dengan peningkatan infrastruktur yang akan dilaksanakan ini akan menjadikan pulau pinang sebagai gerbang koridor utara atau” gateway to the northern corridor”. infrastruktur logistik yang lebih canggih, pulau pinang akan mengukuhkan sebagai hub logistic terbaik bagi segitiga pembagunan indonesia-malaysia-thailand (i.m.t-g.t.) untuk kemudahan penduduk pulau pinang pula, beberapa projek pengangkutan awam akan turut dilaksanakan. projek ini adalah untuk menaik taraf kemudahan perhubungan bagi seluruh negeri pulau pinang. perkhimatan feri laju juga dinaik taraf yang akan diperkenal pada tahun 2008 sebagai tambahan kepada perkhimatan sedia ada. selain itu pengkalan terminal feri di butterworth dan disebelah pulau juga akan dinaik taraf. projek penang sentral akan dilaksana sebagai perkongsian antara malaysia resources corporation berhad (mrcb) dan pelaburan hartanah bumiputera berhad. projek ini melibatkan pembinaan sebuah hab pengangkutan dan logistik mengintegrasikan semua jenis pengangkutan rel, feri, monorel dan darat. penang sentral akan meliputi kawasan seluas 6 juta kaki persegi yang merangkumi pembinaan terminal bersepadu pengangkutan, pembangunan komersil, peruncit dan perumahan. dengan projek penang sentral ni, penduduk pulau pinang dan warga koridor utara akan menikmati sistem pengangkutan yang berkualiti, selamat dan efisien. kerajaan juga akan membangunkan semula kawasan sistem swetteham pier dibahagian pulau pinang sebagai kawasan sistem pengangkutan awam dan komersil yang baru. sistem pengangkutan negeri pulau pinang akan dimantapkan lagi dengan cadangan kerajaan untuk membina sistem transit penang monorel. sistem pengangkutan penang monorel akan dibina kira-kira sepanjang 37 kilometer dan juga menjadi tunjang serta nadi kepada sistem monorel ini. dengan adanya penang monorel ini, kesesakan lalulintas dikawasan pulau dan seberang prai akan dapat dikurangkan. satu lagi teras pembangunan koridor utara yang akan dijalankan pulau pinang adalah usaha untuk meningkatkan sektor pembuatan, terutamanya melalui peningkatan keupayaan pekerja tempatan dalam sektor elektrikal dan elektronik (e&e). untuk mencapai matlamat ini, sebuah pusat kecemerlangan mikro-elektronik akan ditubuhkan dikawasan kampus universiti sains malaysia (usm). pusat kecermerlangan ini merupakan perkongsian antara sektor awam dan sektor swasta, ia juga melibatkan para fakulti dari kalangan peserta industri e&e. matlamat koridor utara adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 5.7 peratus sekarang kepada 2.7 peratus. koridor utara juga meningkatkan nilai tambah industri yang sedia ada, bukan mewujudkan sesuatu yang baru. menigkatkan eksport pertanian terutama akuakultur, perikanan, ternakan haiwan, pengeluaran buah-buahan, sayuran dan produk herba. langkahlangkah ini juga akan disokong oleh program-program untuk meningkatkan tahap inovasi dan
kemahiran dalam bidang pertanian. pusat-pusat penyelidikan (r&d) dan fakulti pertanian akan ditubuhkan bersama dengan sektor swasta. pembangunan prasarana seperti sistem perparitan, tali air dan tebatan di kedah. pembinaan lebuhraya persisiran pantai yang meliputi pintu masuk padang besar di perlis, arau, sintok, kuala muda dan kuala kedah. pembangunan pelancongan antarabangsa, perubatan dan kesihatan di pulau langkawi manakala taman teknologi tinggi kulim dikembangkan menjadi taman perindustrian utama. koridor utara ini melibat lebuh raya utara-selatan yang merentasi dari bandaraya ipoh di selatan ke bukit kayu hitam di utara. pertanian akan menjadi aktiviti utama yang akan dipromosikan disekitar lebuh raya utara-selatan terutama sekali dikawasan pedalaman. estate yang kurang dibangunkan akan ditukar menjadi taman-taman pertanian bagi produk-produk premium seperti pengeluaran ikan hiasan, florikultur, pengeluaran benih yang diperakui dan kelompok pemprosesan makanan. koridor utara ini akan diperkukuhkan dengan cadangan projek landasan keretapi berkembar dan perkhimatn komuter dan pelebaran jalan dibeberapa kawasan yang menghala ke pelabuhan dan lapangan terbang. dearah seberang perai utara (spu) adalah merupakan daerah yang terbesar di negeri pulau pinang. berkeluasan 26,588.04 hektar dengan penduduk 259,823 orang. terdapat 220 buah kampung (34 jkkk) dalam lima belas mukim dan empat pecahan bandar. ia merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar dan pertanian. pentadbiran politik dibahagikan kepada tiga kawasan parlimen dengan sembilan kawasan dewan undangan negari (kadun) . kawasan-kawasan bagi parlimen dan dewan undangan negeri adalah seperti kepala batas, tasek gelugor dan bagan. berdasarkan pelan startegik pembangunan kerajaan negeri, usaha-usaha pembangunan daerah seberang perai utara (spu) akan digerakkan melalui satu lengkungan pembangunan yang dikenali sebagai pembangunan koridor lembah tengah. matlamat adalah untuk menjadikan spu sebagai sebuah daerah yang maju, menarik dan harmoni untuk didiami dan dikunjungi. di bawah konsep pembangunan lembah tengah, kepala batas akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pertumbuhan bersesuaian dengan lokasinya di tengah-tengah dan dikelilingi oleh pusat-pusat pembangunan kecil dengan cirri-ciri keistimewaan tersendiri. contohnya seperti kuala muda dimana lokasinya di utara spu dan bersempadan dengan negari kedah di bahagian kuala sungai muda, ia berpontensi sebagai pintu masuk pada masa hadapan. manakala di penaga, kepadatan penduduk yang semakin meningkat serta pesat membangun dengan projekprojek perumahan disokong pula oleh oleh kemudahan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik. bumbung lima pula, merupakan sawah subur dan berperanan sebagai pusat penyelidikan serta institusi pertanian disokong bagi daerah spu dan pulau pinang dan telok air tawar kedudukannya yang hampir dengan butterworth dan terletak laluan utama yang sedang pesat dengan pembangunan perumahan serta perniagaan dan disokong oleh infrastuktur yang lengkap dan teratur. pinang tunggal adalah satu kawasan yang sedang pesat berkembang dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. sungai dua semakin penting sebagai pemangkin kepada pembangunan spu kerana kedudukannya yang bersempadan dengan daerah spt dan hampir dengan bandar butterworth. ara kuda yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian kulim hi-tech dan berpotensi dijadikan salah satu pusat pertumbuhan pada masa akan datang kerana perda mempunyai bank tanah (land bank) yang luas di kawasan ini dan di pekan tasek gelugor dan kawasan sekitarnya merupakan salah satu pusat pertumbuhan kecil dan menjadi tumpuan kerana rangkaian jalan raya yang boleh menghubungkannya dengan semua kawasan dari pelbagai arah.
bandar butterworth yang telah sedia maju dan akan terus kekal sebagai sebuah bandar dan akan lebih makmur dengan adalah pelabuhan north butterworth container terminal (nbtc) dan dermaga air dalam (deep water warf) yang bertaraf antarabangsa ditambah dengan lebuh raya lingkaran luar butterworth - kulim expressway. di peringkat antarabangsa, daerah ini menerusi butterworth adalah merupakan kawasan yang terletak di dalam zon pembangunan segi tiga imtgt dan merupakan faktor ke arah potensi kemajuan daerah yang lebih cemerlang. konsep pembangunan koridor lembah tengah akan dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi kadar pertumbuhan dan pembangunan daerah seberang perai utara. terdapat pelbagai kemudahan yang telah dan akan dibangunkan pada waktu ini dan untuk masa yang akan datang. berikut adalah merupakan antara projek-projek pembangunan jangka panjang yang penting yang sedang dibangunkan dan diusahakan. rancangan tebatan banjir (rtb) merupakan projek mega oleh kerajaan persekutuan untuk membolehkan banjir yang akan terjadi dikawal bagi mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan nyawa. tempat yang terlibat ialah kawasan di sepanjang sungai perai dan juga sungai muda. jambatan pinang tunggal dan jambatan kuala muda antara kemudahan infrastruktur yang dirancang ialah dua jambatan baru yang akan dibina merintangi sungai muda di pinang tunggal dan di kuala muda. apabila siapnya jambatan-jambatan ini, akan lengkaplah satu sistem perhubungan darat terus menerus dari negeri kedah iaitu tambahan kepada laluan yang sedia ada melalui jambatan merdeka dan lebuhraya di bumbung lima serta jalan tasek gelugor padang serai. kepala batas merupakan pusat bagi pembangunan di koridor lembah tengah. kedudukan di tengah-tengah seberang perai utara membolehkannya menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekitarnya. dalam usaha membangunkan kepala batas, konsep dan falsafah yang ditekankan adalah bagi memodenkan luar bandar tanpa mengubah ciri-ciri luar bandar itu sendiri. dibawah konsep tersebut, usaha-usaha dibuat bagi mendatangkan kemudahan-kemudahan yang ada di bandar ke kawasan luar bandar untuk dinikmati oleh penduduk-penduduk terlibat. rancangan pembangunan peringkat pertama dijadualkan dapat dicapai pada tahun 2005, manakala peringkat kedua pula, pada tahun 2010 dan seterusnya menjadi daerah yang maju pada tahun 2020. kepala batas akan dimajukan bagi memenuhi konsep pembangunan integrated self contained township. ini termasuk wujudnya kepala batas sebagai taman pendidikan, kepala batas medical city dan vision park. pusat penyelidikan mardi, kolej matrikulasi, dewan milenium dan komplek sukan mpsp yang telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara sukan. projek lain yang akan dibina , termasuklah institut latihan perindustrian, mrsm, boarding school dan sebagainya. kerajaan sedang merancang membina institut perubatan dan pergigian termaju, cawangan kampus usm yang bakal mempunyai tenaga penyelidik pakar yang mana 20 peratus daripadanya adalah penyelidik pakar dari luar negara. kompleks pejabat-pejabat kerajaan di bertam dibangunkan berasaskan konsep mini putrajaya. jabatan-jabatan kerajaan yang telah di tempatkan di sini ialah: pejabat daerah dan tanah, jabatan kerja raya dan hospital kepala batas. jabatan kerajaan dan swasta yang akan dibina pada masa akan dating seperti ibu pejabat polis daerah, ipd, bangunan kerajaan persekutuan, perpustakaan awam dan perbadanan bekalan air,
lembaga penduduk dan pembangunan keluarga. pihak pentadbiran daerah sedang merancang untuk merialisasikan pembinaan sebuah masjid baru yang canggih di dalam kawasan perumahan bertam perdana bagi menampung keperluan penduduk pada masa akan datang. ia akan menjadi satu mercu tanda bagi kawasan kepala batas kerana konsep lokasi dan rekabentuknya yang akan dibina di atas sebuah tasek buatan di taman visi kepala batas. walaupun pembiayaan pembangunan merupakan tanggungjawab kerajaan dan syarikat swasta, penduduk tempatan juga harus memainkan peranan. ini adalah kerana penduduk tempatan merupakan modal insan yang penting bagi menjayakan program pembangunan ini. pembangunan koridor utara hanya akan berjaya dengan penyertaan bersepadu seluruh warga wilayah utara.