Wilayah Ekonomi Koridor Utara - Bernama News

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wilayah Ekonomi Koridor Utara - Bernama News as PDF for free.

More details

  • Words: 584
  • Pages: 2
29 julai, 2007 16:24 pm pm akan umumkan pelan induk rangsang pertumbuhan wilayah utara oleh salbiah said kuala lumpur, 29 julai (bernama) -- perdana menteri datuk seri abdullah ahmad badawi akan melancarkan pelan induk bagi merangsang pertumbuhan dan meningkatkan tahap pendapatan di wilayah ekonomi koridor utara (ncer), yang mempunyai 4.29 juta penduduk, di kedah hari isnin. pada majlis pelancaran itu, yang akan disiarkan secara langsung oleh radio televisyen malaysia (rtm), abdullah dijangka mengumumkan beberapa projek utama yang bertujuan membawa transformasi dan pengembangan terhadap sektor pertanian, pembuatan, logistik dan pelancongan di wilayah utara semenanjung, yang merangkumi perlis, kedah, pulau pinang dan utara perak. koridor utara, antara wilayah yang dikenal pasti dalam rancangan malaysia kesembilan (rmk-9) sebagai kawasan bagi melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata, akan dimajukan dalam tempoh lebih 20 tahun. sime darby bhd telah diamanahkan tugas untuk merangka satu pelan induk pembangunan yang komprehensif, meliputi empat rancangan malaysia, dari 2007 hingga 2025. majlis di kedah itu, hentian pertama abdullah dalam rangka lawatan dua hari beliau ke empat negeri berkenaan, akan berlangsung di kawasan lembaga kemajuan pertanian muda (mada). di sini, abdullah dijadual melancarkan program pengurusan mada. perdana menteri dijadual melawat perlis pada hari yang sama dan merasmikan pusat penyelidikan dan pembangunan benih, hasil inisiatif sime darby. menurut pelan berkenaan, perlis akan mempunyai sebuah depoh kontena darat, pembangunan bandar sempadan, pusat pengeluaran benih dan program gugusan buah-buahan mengikut iklim. perlis dan kedah telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pengeluaran makanan utama negara ini, yang menggunakan amalan dan pengurusan pertanian moden. pada selasa, abdullah akan berada di butterworth membentangkan rancangan bagi menjadikan pulau pinang sebagai hab logistik wilayah. perdana menteri juga dijadual melancarkan perkhidmatan bas rapidpenang di negeri itu. hentian terakhir beliau ialah perak, di mana perdana menteri akan mengumumkan rancangan untuk menjadikan negeri itu pusat pembangunan modal insan. beliau dijadual merasmikan pusat kecemerlangan kemahiran dan program pintar yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran. ketua eksekutif kumpulan sime darby datuk seri ahmad zubir murshid berkata antara cabaran yang bakal dihadapi oleh inisiatif ncer ialah dalam usaha membasmi kemiskinan. wilayah berkenaan menjadi tempat kediaman 17 peratus isi rumah malaysia yang hidup dalam kemiskinan dan 29 peratus yang dikenal pasti sebagai golongan miskin tegar. purata pendapatan bulanan isi rumah di wilayah itu ialah rm2,477 - kadar paling rendah dalam kalangan enam wilayah di negara ini, tidak termasuk pantai timur. "inilah cabaran terbesar kami, untuk mewujudkan keseimbangan daripada segi paras pendapatan dan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010," katanya dalam temubual dengan bernama baru-baru ini.

malaysia meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya kepada separuh daripada kadar semasa 5.7 peratus dan membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010. pelan induk ini juga menetapkan sasaran untuk meningkatkan purata hasil padi daripada empat metrik tan kepada lapan metrik tan sehektar pada 2012. ini bermatlamat mempercepatkan langkah sektor elektrik dan elektronik (e&e) bagi melibatkan diri dalam kegiatan yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi seperti reka bentuk serta penyelidikan dan pembangunan (r&d). kedudukan aset pelancongan utama seperti langkawi dan pulau pinang akan diperkukuh agar dapat menarik lebih banyak pelancong. inisiatif itu juga merancang membangunkan industri baru di wilayah terbabit, seperti penanaman tanaman komersial baru dan meningkatkan kegiatan hiliran dalam sektor pertanian. matlamat lain ialah untuk menggalakkan kegiatan pembuatan baru seperti industri yang mempunyai kaitan dengan bioteknologi, bahan berkekalan serta minyak dan gas. ini juga bermatlamat memanfaatkan kemantapan prasarana pengangkutan yang terdapat di ncer serta kedudukan wilayah itu yang begitu hampir dengan thailand dan sumatera, untuk menjadikan wilayah berkenaan sebagai pusat pemprosesan, logistik dan perdagangan bagi kawasan segi tiga pertumbuhan indonesia-malaysia-thailand (imt-gt). -- bernama

Related Documents