Wawancara Bersama Dr Mohd Asri

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wawancara Bersama Dr Mohd Asri as PDF for free.

More details

  • Words: 866
  • Pages: 3
Wawancara Bersama Dr Mohd Asri Thursday, 29 January 2009 WAWANCARA MAJALAH WASILATUL UMMAH DENGAN DR MOHD ASRI YANG KINI BERADA DI UK Apakah yang mencetuskan keberanian Dr. Untuk menegaskan kebenaran dalam situasi politik kini yang mengekang kebebasan tokoh-tokoh agama? Jwapn: Perkara yang penting dalam hidup ini yang mesti kita berusaha setiap waktu untuk mencapainya adalah keikhlasan jiwa kepada Allah. Jika perkara ini dapat ditegakkan dalam diri, maka kita akan dapat menunaikan tanggungjawab agama ini dengan betul..tolong doakan agar Allah merahmati saya dengan direzekikan keikhlasan sehingga timbul perasaan yang bulat untukNya.

Sabda Nabi s.a.w“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Pandangan-pandangan politik saya bukan sahaja mengenai kerajaan, tetapi juga pembangkang. Risikonya besar jika kedua pihak ini bermusuh dengan anda. Tetapi tanggungjawab memperkatakan yang benar lebih utama untuk difikirkan daripada kemarahan mana-mana pihak di dunia ini. Masalah golongan agamawan di Malaysia ini, ada pihak yang ingin mencari redha kerajaan, dan ada pula yang sentiasa berfikir untuk mencari keredhaan pembangkang. Mereka ingin ‘cari makan’ atau ‘cari tempat’ pada salah satu golongan ini; kerajaan atau pembangkang. Kerana mereka tahu di padang salah satu golongan ini, adanya ‘padi yang lumayan’.

Boleh dapat kedudukan, atau jadi penceramah yang lumayan dijemput ke sana sini. Negara kita ini sebenarnya bukannya menekan sangat para ulama secara fizikal. Di negara-negara Arab tekanannya tidak boleh dibandingkan dengan kita. Soalnya, kita mahu atau tidak membela fakta yang benar, bukan membela kumpulan. 2. Bagaimana Dr. melihat suasana perpecahan umat Islam di Malaysia dan di serata dunia?

Jwpn: Pertamanya; di peringkat global, perpecahan yang besar adalah perbezaan sehingga kepada perkara-perkara asas Islam dalam menafsirkan Islam ini. Sehingga bak kata buku ‘Who Speaks for Islam’, terlalu berbagai umat Islam ini dengan pegangan yang begitu berbagai-bagai sehingga sukar hendak faham siapakah yang mewakili Islam. Kita ada syiah yang amat berbeza dengan pegangan Ahlul Sunnah. Sekarang di Malaysia sudah masuk ajaran Ahbash yang mengkafirkan para ulama termasuk mengkafirkan imam-imam hadis, Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Dr Yusuf al-Qaradawi, Ibn Baz dan ramai lagi. Saya pun dikafirkan mereka. Malangnya mereka ini mula menyelinap masuk ke sesetengah jabatan agama. Kita juga ada kelompok yang memakai nama salafi tetapi agak ekstrim melebihi yang patut. Salafi sebagai manhaj itu baik, tetapi mereka ada yang terlebih lajak daripada lajunya. Mereka ini ada yang menyesatkan Sayyid Qutb, Hasan al-Banna, Dr. al-Qaradawi, Muhammad Qutb dan lain-lain. Ya, semua tokoh-tokoh ini tidak maksum. Ada pendapat mereka yang boleh dinilai semula, namun tidak perlulah sampai menyesatkan atau mengkafirkan. Di peringkat politik yang memakai isu agama pula, berbagai pihak mendakwa mereka mewakili agama. Sehingga timbul ketegangan atas nama agama. Sebahagian isu itu mungkin benar, tetapi sebahagian yang lain itu lahir dari sentimen kepartian atau politik. Pepecahan yang berlaku di kalangan umat Islam adalah kerana tokok-tambah ajaran agama yang tidak diajar oleh Nabi s.a.w Tokok-tambah dalam akidah, fekah, kerohanian yang menjadi Islam muncul dalam berbagai-bagai versi. Jika kita tanya semua puak yang berpecah ini, mereka akan mendakwa mereka semua merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Malangnya, al-Quran dan al-Sunnah ditafsirkan tanpa merujuk kepada kefahaman Salafussoleh iaitu generasi umat terpilih pada zaman Nabi, tabi’in dan atba’. Sedang mereka mendapat pengiktirafan Islam tentang kejituan kefahaman. Hasil dari kefahaman umat hari ini yang tidak berteraskan kefahaman salaf, maka berbagai tafsiran Islam sehingga ke peringkat dasar pun saling bertentangan. Kepercayaan, pegangan, juga amalan yang dikaitkan dengan agama ini yang tidak diiktiraf di zaman salaf hidup sebagai ajaran baru dalam kalangan kita. Maka kita berpecah.

Kembalikan Islam kepada tafsiran yang asal, agar kita selamat di sisi Allah. 3. Dinyatakan bahawa Dr. akan ke luar negara untuk membuat penyelidikan dalam masa terdekat. Bagaimana penyelidikan tersebut akan dapat membantu masyarakat Islam kita menangani pelbagai permasalahan yang ada sekarang?

Jwpn: Saya sebenarnya mengambil cuti sabatikal di bawah USM. Saya di bawah universiti berkenaan. Saya memilih UK sebagai tempat untuk mengkaji perkembangan pemikiran yang berbagai yang mempengaruhi sesetengah umat Islam. Ada beberapa rancangan saya yang lain yang saya tidak ingin hebohkan lagi. 4. Dr. juga turut dikenali dengan gerakan tajdid atau pembaharuan minda. Siapakah tokoh pemikir yang memberi inspirasi kepada Dr? Jwpn: Saya membaca buku berbagai tokoh. Samada mereka yang saya setuju atau sebaliknya. Seorang pengkaji kena ada kemerdekaan kajian dalam memahami sesuatu topik. Barulah lahir keputusan yang adil sekurang-kurang untuk dirinya sendiri. Saya berminat dengan tokoh-tokoh pembaharuan seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Di zaman ini saya membaca Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Ibn Uthaimin dan lain-lain. Buku lain yang kerap saya teliti adalah Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani.

5. Boleh dikongsi buku terkini yang sedang dibaca oleh Dr. dan intipati yang diperolehi daripada kandungan buku tersebut?

Jwpn: Buku terkini saya adalah MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA. Buku merupakan himpunan sebahagian artikel saya di Mingguan Malaysia. Banyak idea pembaharuan yang saya nyatakan termuat dalam buku ini. Kepada mereka yang hanya mengulas pandangan saya tanpa merujuk terlebih kepada tulisan saya, harap bacalah buku ini terlebih dahulu.

Related Documents