Assignment Pendidikan Kesihatan Mohd Asri

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Pendidikan Kesihatan Mohd Asri as PDF for free.

More details

  • Words: 2,090
  • Pages: 22
SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN KHAS OKTOBER 2007

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203 Nama : MOHD ASRI BIN CHE AWANG No. Matriks : 650118035343002 No. Telefon : 019-9773886 Tutor : ENCIK TAN KA KEONG PPW : Pahang Semester : September 2008

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

ISI KANDUNGAN Halaman Sekapur Sirih

2

1. PENDAHUL UAN 1.1

Soalan Tugasan

3

1.2

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

5

Tahun 5 (Hanya tunjang pembelajaran yang dipilih) 2. TUGASAN

6

2.1 Rancangan Pengajaran Harian 3. PENERANGAN PENGKAEDAHAN

13

4. RUMUSAN

14

5. LAMPIRAN

15

6. BIBLIOGRAFI

21

Persembahan MS Power Point di e-mail.

1

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Tan Ka Keong atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

MOHD ASRI CHE AWANG 650118035343

2

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

3

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

Rancangan Mengajar atau juga dikenali rancangan kerja merupakan rancangan untuk melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut keperluan kelas yang di ajar oleh seseorang guru.

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara mengubahsuai kannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:

Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif).

Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif pengajaran).

Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang?

Apakah kaedah penyampai an yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?

Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (murid)?

Seterus dipaparkan sedutan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 5 dan tunjang yang dipilih. Kemudian iikuti pula satu rancangan pengajaran harian yang lengkap yang menekankan konsep pembelajaran konstruktif dan pengaplikasian kemahiran berfikir.

4

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

5

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran

:

Pendidikan kesihatan

Tarikh

:

20/10/2008

Hari

:

Isnin

Masa

:

7.40 a.m – 8.40 a.m

Tahun

:

Tahun 5

Bil. Murid

:

24 orang

Tunjang Pembelajaran

:

Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk

:

Kesihatan Diri

Sub Tajuk

:

Seksuali ti

Hasil Pembelajaran

: Aras 1 : Memahami maksud akil baligh, haid dan ihtilam. : Menerangkan perubahan fizikal semasa akil baligh. : Menerangkan langkah penjagaan kebersihan yang diambil semasa haid dan ihtilam.

Objektif

:

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : 1. Menerangkan maksud akil baligh, haid dan ihtilam dengan tepat dan jelas. 2. Menyenar aikan 7 daripada 12 perubahan fizikal yang berlaku selepas akil baligh. 3. Menyatakan langkah-langkah penjagaan kebersihan semasa haid dan ihtilam. 4. Murid dapat mengamalkan cara hidup sihat dan bersih khususnya semasa haid.

6

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

Pengetahuan sedia ada murid:

1. Bagi murid muslim, mereka pernah melihat ibu atau kakak mereka tidak solat atau berpuasa dengan alasan uzur. 2. Murid pernah menghadiri majlis berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang hampir baligh.

Penerapan nilai

:

Hormat-menghormati dan sopan santun

BBM

:

Petikan, kad manila, gambar, kad soalan, slaid power point

KBKK

:

Membuat urutan, perbandingan, menjana idea

TKP

:

Kecerdasan kinestatik, kecerdasan muzik, dan

kecerdasan linguistik

7

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LANGKAH/MASA SET INDUKSI (5 Minit)

ISI PELAJARAN

Lagu – “Aku Dah Dewasa”

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid diminta menari dan

CATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) Slaid Powerpoint

menyanyikan bersamasama guru, lagu “Aku Dah

Rentak –

Dewasa”

“Old McDonald Had a Farm”

Guru membuat perkaitan

TKP :

antara lirik lagu dengan isi

Kecerdasan muzik

pembelajaran hari ini.

dan kinestatik

LANGKAH 1 (15 Minit)

Contoh Soalan:

Guru bertanya secara

Apakah maksud akil

rambang kepada murid

baligh.?

tentang maksud akil baligh,

Apakah maksud haid?

haid dan ihtilam.

Apakah maksud ihtilam?

Murid diminta memberi maksud berdasarkan pemahaman sedia ada

Maksud :

mereka.

Akil baligh - Satu proses yang berlaku

Guru menerangkan

semasa proses

maksud akil baligh, haid

pertumbuhan dan

dan ihtilam dengan

pembesaran manusia.

menayangkan slaid

Slaid Powerpoint

powerpoint. Haid - Darah yang keluar dari rahim. 8

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN

Ihtilam - Suatu

AKTIVITI PENGAJARA N DAN PEMBELAJARAN

CATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Murid diminta mencatat

keadaan apabila air setiap maksud tersebut mani keluar secara

sebagai bahan hafazan.

tidak sedar semasa bermimpi sesuatu yang memberahikan

LANGKAH 2 (20 Minit)

Menyenar aikan

Murid dibahagikan kepada

perubahan-perubahan

4 kumpulan yang terdiri

fizikal yang berlaku

daripada 2 kumpulan murid

selepas akil baligh.

lelaki dan 2 kumpulan murid perempuan. Setiap

KBKK : Proses

ahli kumpulan adalah

Perbandingan

seramai 6 orang.

Kumpulan murid lelaki akan

Kad Gambar

dibekalkan dengan kad gambar L manakala kumpulan murid perempuan dibekalkan dengan kad gambar P.

9

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARA N DAN PEMBELAJARAN

Pembentangan

Setiap kumpulan diminta

oleh wakil

berdiskusi dan menyenaraikan

kumpulan

perubahan-perubahan fizikal

TKP : Kecerdasan

yang mereka nampak di dalam

linguistik

kad gambar masing-masing.

CATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Wakil kumpulan akan menyusun Rumusan

dan membacakan hasil dapatan

perubahan-

kumpulan masing-masing.

perubahan fizikal selepas akil baligh.

Setiap kumpulan diedarkan dengan modul pengajaran untuk dibuat perbandingan dan juga catatan. (Bahan pengukuhan)

Guru membimbing murid

Slaid

membuat rumusan tentang

Powerpoint

perubahan-perubahan yang berlaku selepas akil baligh. Lembaran Murid diedarkan dengan

aktiviti

lembaran aktiviti.

Hasil dapatan murid disemak oleh guru.

10

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LANGKAH/MASA

LANGKAH 3 (15 Minit)

ISI PELAJARAN

Menyatakan langkah-langkah penjagaan kebersihan semasa haid dan ihtilam

AKTIVITI PENGAJARA N DAN PEMBELAJARAN

CATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Guru bertanyakan murid jika ada di antara mereka yang mengenali produk dengan jenama “stayfree”, “kotex”, “whisper”, “laurier” dan lain-lain jenama. Bersoal jawab dengan murid

KBKK : Poses menyusun ikut kriteria

tentang kegunaan tuala pelekat wanita dan iklannya di kaca televisyen.

Murid diedarkan dengan satu petikan karangan.

Murid menyenar aikan langkahlangkah penjagaan kebersihan berdasarkan petikan yang dibaca

Guru membantu murid membina pengukuhan yang peripentingnya menjaga kebersihan khususnya semasa haid.

11

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

PENUTUP / PENILAIAN (5 minit)

Mengulangi dan

Guru meminta murid menyebut

ingat kembali

dan mengingat kembali maksud

maksud akil baligh,

akil baligh, haid dan ihtilam.

haid dan ihtilam.

Generalisasi

Murid menyatakan yang mereka

tentang perubahan- akan mengalami perubahan perubahan fizikal

fizikal apabila mencapai akil

semasa akil baligh.

baligh.

Kepentingan

Guru mengingatkan dan

menjaga

menegaskan kepada murid agar

kebersihan semasa

memahami situasi semasa haid

haid.

dan bersedia menghadapinya. Guru menegaskan perbuatan mengejek kawan yang dalam

KBKK : Membina

haid adalah perbuatan tidak

rumusan

matang dan tiada sopan serta tidak menghormati perasaan orang lain. Lagipun, haid adalah fungsi normal badan perempuan yang sihat dan bersifat peribadi.

Guru menggalakan murid menambah pengetahuan melalui pembacaan buku-buku mengenai akil baligh, haid dan ihtilam.

12

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

Penerangan tentang kaedah dan kemahiran bernilai tambah yang dipilih dalam setiap langkah pengajaran yang dirancang dengan berkesan. Pada set induksi, guru memilih agar murid nyanyikan lagu “Aku dah dewasa” yang liriknya ada kaitan dengan isi pelajaran. Guru mudah untuk kaitkan dengan isi pelajaran untuk langkah seterusnya. Murid dapat memperlihatkan kecerdasan muzik dan kinestatik masingmasing. Murid yang berbakat boleh diserap dalam pasukan koir sekolah.

Langkah pertama, guru menggunakan kaedah bersoal jawab dan memberi peluang murid menjana idea. Guru cuba kaitkan dengan pengalaman sedia ada murid (konstruktivisme). Guru menggunakan kaedah resepsi iaitu penerangan secara kelas maksud haid dan ihtilam dengan jelas.

Langkah 2, di samping mencerap gambar yang diberikan dan membuat perbandingan (KBKK), murid juga dikehendaki berdiskusi ( berbincang) dalam kumpulan untuk mendapatkan hasil tugasan. Wujudlah percambahan fikiran dan murid dapat memperlihatkan kecerdasan interpersonal yang masing-masing miliki. Modul pembelajaran disediakan oleh guru sebagai bahan pengukuhan. Murid menjawab lembaran kerja secara individu.

Langkah 3, guru mulakan dengan kaedah bersoal jawab tentang jenama tuala pelekat. Seterusnya murid membaca petikan yang disediakan. Beberapa orang muid diminta membaca secara mekanis dengan nada dan intonasi yang betul (kecerdasan verba linguistik) Daripada petikan, murid menyenarai langkah-langkah penjagaan kebersihan (KBKK : proses menyusun ikut kriteria).

Penutup secara kognitif dengan membuat rumusan semula dan afektif agar murid menambah pengetahuan melalui bacaan.

13

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

RUMUSAN

Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru. Persediaan pengajaran dapat meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar, di samping dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir pengajaran dengan lebih berkesan. Melalui penulisan persediaan mengajar, kompetensi dan komitmen guru dapat dinilai dan seterusnya dapat membimbing guru ke arah melahirkan guru yang profesional.

Guru perlu merancang pengajarannya, dengan mengambilkira segara aspek yang berkaitan iaitu objektif, pengetahuan sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti - yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang murid. Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada murid perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada peringkat awal perancangan. Semasa merancang pengajaran, guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan dijalankan murid, bagi memberi perluang kepada mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran, melalui pengalaman sebenar , secara hands-on dan minds-on.

Aktiviti pengajaranpembelajran yang dicadang hendaklah mempunyai perkaitan jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada 14

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

murid. Bagi membantu murid mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, guru perlu menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai. Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid, guru perlu menganali sis dan menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja sesuatu pengajaran tamat.

LAMPIRAN 1

Aku Dah Dewasa Semasa kanak-kanak, Badanku kecil. Kini kudewasa, Oh badanku sasa. Dulu kukecil Emak selalu Menghiasku. Kini kudewasa Melawa jadi hobiku. Lihatlah kami semakin tinggi, Suara dah berubah Itulah tanda Kami kini Dah dewasa.

Murid lelaki

Murid perempuan

Semua

15

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

Rentak ”Old McDonald Had A Farm”

LAMPIRAN 2 KAD AKTIVITI P

16

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LAMPIRAN 3 KAD AKTIVITI L

17

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LAMPIRAN 4

PETIKAN Ani seorang murid tahun 6 Bestari di sebuah sekolah di Daerah Jerantut. Ani seorang murid yang aktif dalam kokurikulum dan dalam masa yang sama sangat cemerlang dalam akademik. Beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Murid sesi persekolahan tahun 2008. Seperti murid-murid lain yang sebaya dengannya, Ani sudah mula didatangi haid. Walaupun pada mulanya Ani agak tidak selesa dan bermasalah namun semua terkawal kerana Ani sudah bersedia untuk menghadapinya. Ani sentiasa nampak ceria dan cergas walaupun semasa haid. Ani bijak menjaga kebersihan dirinya semasa dala keadaan haid. Badannya sentiasa bersih. Kebersihan pakaiannya sentiasa dijaga. Ani menggunakan tuala pelekat yang sesuai untuk dirinya. Ani selalu memastikan tuala pelekat yang telah digunakan dibuang di tempat yang betul. Ani tetap aktif dalam gerak kerja kokurikulum walaupun semasa haid. Pendek kata haid tidak mengganggu rutin hariannya. 18

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LAMPIRAN 5

19

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

LAMPIRAN 5

LEMBARAN AKTIVITI

PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI

PERUBAHAN FIZIKAL PEREMPUAN

PERUBAHAN FIZIKAL DIRI SAYA

20

MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE1203

BIBLIOGRAFI HBHA1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Prof. Dr Ansary Ahmed. (2007). Meteor Doc Sdn. Bhd. Selangor. Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.pdfcoke.com

21

Related Documents