Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita Tanpa merekan, fikiran dan perasaan lelaki akan resah Masih mencari walau ada segalanya Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok Untuk diluruskan lelaki Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu yang benkok menghasilkan bayang yang lurus Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka semakin liar Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan Kerana nanti mereka semakin derita Kenalkan mereka dengan Allah, zat yang kekal Disitu punca kekutan dunia Akal senipis rambutnya lebatkanlah ia dengan ilmu Hati serapuh kaca, kuatkan lah dengan iman Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan Melihat nilaian dan keadilan Tuhan bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahn Ia bukan diskriminasi Tuhan Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur Dan tidak akan menghiburkan Tanpa iman, ilmu dan akhlak Mereka tidak akan lurus Bahkan mereka semakin membengkok Itulah akibatnya wanita yang tidak kenal Tuhannya Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara Lelaki pula janganlah harapkan ketaatan semata-mata Tapi binalah kepimpinan Pastikan sebelum memimipin wanita menuju Ilahi Pimpinlah diri kepada-Nya Jinakkan diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segalanya Dibawah pimpinanmu Jangan lah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA Andainya dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMLLAHUWAJHAH