Wacana

  • Uploaded by: gengkapak
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wacana as PDF for free.

More details

  • Words: 956
  • Pages: 15
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

WACANA PENSYARAH: ENCIK MD. NASIR BIN HAMID HASIL KERJA: 7)KHARTINI BINTI WASLI 8)ROSELINA ANAK JOSTIM

DEFINISI WACANA 1.

Kamus Dewan Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti surat, artikel, novel, cerpen)

5.

Kamus Linguistik Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.

Adakah pantun ini merupakan satu wacana? Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

KONSEP WACANA • Wacana ialah keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.(Asmah Hj. Omar,1986) • Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

CIRI-CIRI WACANA Mempunyai tujuan Berlandaskan hubungan penutur dengan pendengar

Ada unsur susun atur

CIRI-CIRI WACANA Berdasarkan hubungan penutur dalam masyarakat

Mengandungi informasi baru Mempunyai andaian dan inferensi

PENANDA WACANA • Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Contoh penanda wacana adalah seperti berikut: •

Tambahan

: dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,selanjutnya, seterusnya, di samping



Urutan

: pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,akhirnya



Penyataan semula

: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan



Contoh

: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai



Rumusan

: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata



Sebab dan kesan

: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu



Tempat

: berhampiran dengan, bersebelahan dengan,bertentangan dengan



Waktu

: apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya



Bandingan

: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan



Pertentangan

: tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan



Pengesahan

: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

KEUTUHAN WACANA • Satu aspek penting kerana ia menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. • Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan-hubungan dari aspek:– – – –

Semantik Leksikal Gramatikal Fonologis

Aspek semantik •

Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana dapat diperincikan sebagai berikut: Jenis hubungan

Contoh ayat

a) Hubungan sebab dan akibat

Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

b) Hubungan sebab dan hasil

Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

c) Hubungan sebab dan tujuan

Murid ini rajin belajar. Dia mahukan kejayaan yang cemerlang.

d) Hubungan latar dan kesimpulan

Lukisan ini nampak cantik dan menarik sekali. Rupanya Ibrahim Husain yang melukisnya.

e) Hubungan syarat dan hasil

Kita mesti belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghasilkan kejayaan.

f) Hubungan perbandingan

Dia kacak. Abangnya lebih kacak lagi.

g) Hubungan memperkuatkan isi

Sungguh kejam pembunuh itu. Biadap dan tidak kenal perikemanusiaan.

h) Hubungan aditif

Pekerjaan saya sudah selesai. Saya sudah mengantuk, jadi bolehlah saya tidur sekarang.

Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Hubungan ini dapat dilihat pada: Hubungan

Contoh

a) Kesatuan tajuk atau topik

Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh di luar dugaan. (orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.

b) Hubungan sosial antara penutur dan pendengar

A. Sudah siap? B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

c) Laras bahasa yang digunakan

Laras bahasa dalam iklan-walaupun ayatayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

Aspek leksikal Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsur-unsur leksikal yang ada di dalamnya. Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan: Hubungan

Contoh

a) Sinonim atau ekuivalensi

Kami menolak permohonannya. Penolakan ini berasaskan kepada pertimbangan yang wajar.

b) Antonim

Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.

c) Hiponim

Dia menjaga motosikalnya dengan hati-hati. Maklumlah itulah sahaja kenderaan yang dimilikinya.

d) Kolokasi

Air sudah tercemar. Ikan, udang, ketam dan tumbuh-tumbuhan laut semuanya dah mati.

e) Unsur bersambut

Guru memberikan teladan. Murid mencontohinya.

f) Pengulangan

Kebanyakan orang mengejar harta. Siang malam bekerja untuk menambahkan harta. Rupa-rupanya harta masih menjadi impian manusia.

g) Pembuka dan penutup wacana

Alkisah, sebermula, maka (dalam karya klasik) dengan hormatnya, dengan bangga, dukacita dan juga kata-kata sekalian, wasalam, hormat dari kami dan sebagainya.

Aspek gramatikal •

Penanda gramatikal yang menunjukan keutuhan wacana antara lain ialah:



Kata penghubung - ia digunakan untuk menghubungkan antara kata dengan kata, frasa, klausa, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Contoh: dan, atau, tetapi, kerana dan lain-lain Contoh penghubung yang dapat menghubungkan unit-unit yang lebih besar ialah seperti: kerana itu, oleh yang demikian, sebelum itu, jangankan, sungguhpun demikian, lagipun, tambahan lagi dan berbagai-bagai lagi.



Elipis – pelenyapan satu bahagian , walhal biasanya diulang apa yang telah disebutkan dalam bahagian sebelumnya. Contoh: a) Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahi pihaknya. b) Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)

Aspek fonologis •

Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan dan nada suara. Unsur – unsur ini juga boleh menimbulkan hubungan semantik antara bahagian – bahagian wacana. Contoh: Perkataan “Duduk” kalau diucapkan dengan nada lembut, bermaksud jemputan atau pelawaan yang ikhlas tetapi kalau disuarakan dengan nada keras dan meninggi, ia mengandungi maksud kemarahan atau perintah yang tidak boleh dilawan.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian

Related Documents

Wacana
June 2020 30
Wacana
April 2020 45
Wacana
July 2020 52
Fungsi Wacana
April 2020 44
Wacana Media
November 2019 39
Penanda Wacana
April 2020 35

More Documents from "smk kamil tersohor"