BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
PENSYARAH: ENCIK MD. NASIR BIN HAMID
HASIL KERJA: 8) KHARTINI BINTI WASLI 9) ROSELINA ANAK JOSTIM
DEFINI SI WA CA NA 1.
Kamus Dewan Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti surat, artikel, novel, cerpen)
5.
Kamus Linguistik Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.
KO NSEP WA CANA Wacana ialah keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.(Asmah Hj. Omar,1986) Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.
CIR I- CI RI WAC ANA Mempunyai tujuan Berlandaskan hubungan penutur dengan pendengar
Ada unsur susun atur
CIRI-CIRI WACANA Berdasarkan hubungan Penutur dalam masyarakat
Mengandungi informasi baru Mempunyai andaian dan inferensi
PE NA NDA WACA NA Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contoh penanda wacana adalah seperti berikut: •
Tambahan
: dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,selanjutnya, seterusnya, di samping
•
Urutan
: pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,akhirnya
•
Penyataan semula
: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
•
Contoh
: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
•
Rumusan
: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
•
Sebab dan kesan
: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
•
Tempat
: berhampiran dengan, bersebelahan dengan,bertentangan dengan
•
Waktu
: apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
•
Bandingan
: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
•
Pertentangan
: tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
•
Pengesahan
: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya
KE UTUHAN WA CANA Satu aspek penting kerana ia menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan-hubungan dari aspek:
Semantik Leksikal Gramatikal Fonologis
Asp ek se ma ntik
Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana dapat diperincikan sebagai berikut: Jenis hubungan
Contoh ayat
a) Hubungan sebab dan akibat
Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.
b) Hubungan sebab dan hasil
Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.
c) Hubungan sebab dan tujuan
Murid ini rajin belajar. Dia mahukan kejayaan yang cemerlang.
d) Hubungan latar dan kesimpulan
Lukisan ini nampak cantik dan menarik sekali. Rupanya Ibrahim Husain yang melukisnya.
e) Hubungan syarat dan hasil
Kita mesti belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghasilkan kejayaan.
f) Hubungan perbandingan
Dia kacak. Abangnya leih kacak lagi.
g) Hubungan memperkuatkan isi
Sungguh kejam pembunuh itu. Biadap dan tidak kenal perikemanusiaan.
h) Hubungan aditif
Pekerjaan saya sudah selesai. Saya sudah mengantuk, jadi bolehlah saya tidur sekarang.
Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Hubungan ini dapat dilihat pada: Hubungan
Contoh
a) Kesatuan tajuk atau topik
Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh di luar dugaan. (orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.
b) Hubungan sosial antara penutur dan pendengar
A. Sudah siap? B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
c) Laras bahasa yang digunakan
Laras bahasa dalam iklan-walaupun ayatayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.
Aspek leksikal Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsur-unsur leksikal yang ada di dalamnya. Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan: Hubungan
Contoh
a) Sinonim atau ekuivalensi
Kami menolak permohonannya. Penolakan ini berasaskan kepada pertimbangan yang wajar.
b) Antonim
Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.
c) Hiponim
Dia menjaga motosikalnya dengan hati-hati. Maklumlah itulah sahaja kenderaan yang dimilikinya.
d) Kolokasi
Air sudah tercemar. Ikan, udang, ketam dan tumbuh-tumbuhan laut semuanya dah mati.
e) Unsur bersambut
Guru memberikan teladan. Murid mencontohinya.
f) Pengulangan
Kebanyakan orang mengejar harta. Siang malam bekerja untuk menambahkan harta. Ruparupanya harta masih menjadi impian manusia.
g) Pembuka dan penutup wacana
Alkisah, sebermula, maka (dalam karya klasik) dengan hormatnya, dengan bangga, dukacita dan juga kata-kata sekalian, wasalam, hormat dari kami dan sebagainya.
Aspek gr amat ikal
Penanda gramatikal yang menunjukan keutuhan wacana antara lain ialah:
•
Kata penghubung - ia digunakan untuk menghubungkan antara kata dengan kata, frasa, klausa, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Contoh: dan, atau, tetapi, kerana dan lain-lain Contoh penghubung yang dapat menghubungkan unit-unit yang lebih besar ialah seperti: kerana itu, oleh yang demikian, sebelum itu, jangankan, sungguhpun demikian, lagipun, tambahan lagi dan berbagai-bagai lagi.
•
Elipis – pelenyapan satu bahagian , walhal biasanya diulang apa yang telah disebutkan dalam bahagian sebelumnya. Contoh: a) Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahi pihaknya. b) Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)
Aspek fonologi s
Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan dan nada suara. Unsur – unsur ini juga boleh menimbulkan hubungan semantik antara bahagian – bahagian wacana. Contoh: Perkataan “Duduk” kalau diucapkan dengan nada lembut, bermaksud jemputan atau pelawaan yang ikhlas tetapi kalau disuarakan dengan nada keras dan meninggi, ia mengandungi maksud kemarahan atau perintah yang tidak boleh dilawan.
SEKIAN