Victoria Institution Kuala Lumpur

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Victoria Institution Kuala Lumpur as PDF for free.

More details

  • Words: 1,569
  • Pages: 37
Tajuk Kajian : VICTORIA INSTITUTION KUALA LUMPUR

INTERNET

MAJALAH

ORANG SUMBER

AKHBAR

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

ELEMEN 2

PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini. Saya juga ingin merakamkan rasa terhutang budi kepada guru mata pelajaran Sejarah saya, Puan Haliza binti Mohamed Hussin yang telah banyak mencurah ilmu serta membingbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak terlupa juga Guru Besar S.M.K. Bandar Tasik Puteri iaitu Puan Maimunah binti Embong ,beliau telah memberi banyak sokongan untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Penghargaan saya kepada kedua - dua ibu bapa saya iaitu Puan Dhanaletchumy dan Encik Kamarasan , yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam mentuk moral dan material ketika saya memerlukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan saya yang bernama , Henrietta , Esther, Sarinieswary , Rathigaa , dan Hasana. Mereka telah banyak memberi buah fikiran serta dorongan yang telah mewujudkan insentif untuk menjayakan lagi kerja kursus ini.

1

OBJEKTIF KAJIAN Kajian Kerja Kursus ini dijalankan untuk memenuhi objektif- objektif seperti yang berikut :(a) Mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dengan lebih mendalam. Saya ingin mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dengan lebih mendalam seperti asal-usul bangunan, tarikh pembinaan dan sebagainya (b)-Mengenal (b)-Mengenal pasti keistimewaan bangunan bersejarah dengan lebih terperinci. Saya juga ingin mengenali keistimewaan bangunan bersejarah dengan lebih terperinci seperti reka bentuk pelan, bahan binaan, cara pembinaan dan sebagainya. (c)-Menerapkan (c)-Menerapkan unsur-unsur patriotisme. Saya juga ingin menerapkan unsur-unsur patriotisme seperti cinta akan nagara, hormat-menghormati, sanggup berkorban untuk negara dan sebagainya. (d)-Menghayati (d)-Menghayati warisan tinggalan pada zaman dahulu. Saya ingin menghayati warisan tinggalan nenek moyang saya pada zaman dahulu.Selain itu, saya juga ingin mengenali artifak-artifak lama dengan lebih lanjut lagi.

2

KAEDAH KAJIAN Ketika menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah antaranya ialah melayari internet, penyelidikan perpustakaan, dan rujukan

1) Melayari Internet - Saya juga telah melayari internet untuk memperoleh maklumat tentang bangunan bersejarah yang saya kaji. Bahan yang terdapat dalam web telah dimuat turun dan disertakan sebagai salah satu daripada media kajian. Saya telah melayari internet di rumah saya iaitu di No 10,3/34 (block ) Bandar Tasik Puteri Rawang. Laman-laman web yang saya layari ialah http://www.viweb.freehosting.net/vir_Suntha.htm, http://www.viweb.freehosting.net/vir_Suntha.htm, http://smkvictoria.net, http://smkvictoria.net, dan http://www.geosities.com .

2) Temu Ramah -

Saya telah mengadakan beberapa sesi temu ramah dengan guru yang mengajar di S.M.K Victoria Institution. Semasa sesi temu ramah dijalankan, saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang latar belakang, dan sejarah bangunan yang saya telah sediakan. Saya telah merakamkan sesi temu ramah itu dengan menggunakan pita rakaman. Kemudian, saya mencatat butir – butir penting yang telah dirakamkan 3

itu untuk digunakan semasa menulis laporan. Guru yang telah saya menemuramah ialah ………..

3) Penyelidikan Perpustakaan - Sumber-sumber dan maklumat lain diperoleh dengan membuat penyelidikan perpuustakaan. Segala fakta dan maklumat yang diperoleh dikumpulkan, ditafsir, dianalisasi terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan tulis. Saya telah melawat ke Perpustakaan Negara untuk memperoleh semua maklumat. Saya juga telah mengambil semua maklumat itu di Tingkat 2 bahagian Jurnal.

4) Kaedah pemerhatian. - Saya telah membuat pemerhatian terhadap keistimewaann bangunan yang saya pilih. Setelah itu, saya telah mencatat apa yang saya telah perhatikan.

4

HASIL KAJIAN

5

1.0 NAMA BANGUNAN S.M.K Victoria ialah salah satu skolah yang terkenal di Kuala Lumpuur. Nama penuh bagi sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Manakala nama lain bagi sekolah tersebut ialah Victoria Institution.

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Asal-usul Institusi Victoria (VI) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria adalah sekolah menengah untuk murid-murid lelaki pada awal penubuhannya dan perempuan untuk tingkatan 6. Ia merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur. Sekolah ini lebih dikenali sebagai VI dan pelajarnya dikenali sebai Victorian. VI sangat terkenal dari segi pencapaian yang cemerlang dalam bidang akedemik, sukan, dan aktiviti lain untuk peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai sebuah sekolah yang terbaik di antara sekolah –sekolah di Malaysia. Dalam tahun 1880-an, beberapa warganegara terkemuka, iaitu Capitain China Kuala Lumpur, Yap Kwan Seng, Towkay Loke Yew, dan Thamboosamy Pillay adalah antara individu yang terlibat dalam mencetuskan idea untuk membina institut ini. Dengan sokongan Resinden British di Selangor, Tuan W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor, mereka membina Institut Victoria dalam tahun 1893. Nama Victoria telah digunakan bagi memperingati Jubli Emas Ratu Victoria.

6

2.1 Tarikh pembinaan Tarikh pembinaan Victoria Institution ialah pada 30hb Julai 1983.

2.2 Lokasi Pembinaan sal institute Victoria terletak di Jalan Bandar dan adalah dengan secara rasminya dibuka pada 1894.walaubagaimanapun, pada bulan Mac 1929 Sekolah Victoria dipindahkan ke Jalan Hang Tuah, kerana lokasi lama dilanda banjir jika hujan lebat kerana berdekatan dengan Sungai Klang.

2.3 Tujuan Penubuhan Bangunan. Tujuan penubuhan ini adalah untuk mengumpul dan menempatkan semua warisan sejarah, kebudayaan, kesenian, dan spesimen flora dan fauna di samping beroperasi sebagai pusat pendidikan, pembaik pulih, pusat penyelidikan dan pembangunan khazanah negara.

2.5 Kos Pembinaan Kos pembinaan bagi Victoria Victoria Institution ialah sebanyak 1.3 juta ( ringgit malaysia)

2.6 Perasmian Bangunan Victoria Institution yang terseragam indah itu telah dirasmikan oleh Sultan Abdu Samad, Sultan Selangor pada tahun 1894.

7

3.0 KEISTIMEWAAN BANGUNAN. 3.1 Reka Bentuk Pelan

RUMUSAN Dalam melaksanakan kerja kursus ini saya berjaya mengumpul banyak pengalaman dan nilai yang akan saya hargai sebagai khazanah saya dalam hidup ini. Saya mendapat pengetahuan tentang sebuah bangunan bersejarah dari segi latar belakang dan keistimewaan bangunan tersebut.Kini, saya sedar bahawa kita mestilah berbangga dengan sejarah negara kita yang telah mengalami banyak perubahan pada masa kini. Selain itu, kita hendaklah bekerjasama membangunkan dan memperkenalkan bangunan bersejarah yang semakin dilupai oleh golongan muda supaya sama-sama kita dapat menghayati dan menghargai bangunan bersejarah. Seterusnya, saya amat bersyukur menjadi salah seorang daripada warganegara Malaysia kerana saya dapat mengenali sejarah Malaysia dengan lebih mendalam. Akhir sekali, semasa menjalankan kerja kursus ini, saya benar-benar marasai satu pengalaman yang sangat berharga.

10

LAMPIRAN

11

Gambar 1 : “The Clock Tower”

12

Gambar 2 : bangunan makmal

Gambar 3 : Bangunan akedemik

Gambar 4 : padang sekolah

13

Gambar 5 : corridor

Gambar 6 : Pavilion

14

Gambar 7 : Stem S.M.K Victoria

Gambar 8 : VI Basketball Court

15

Gambar 9 : VI Examination Hall

16

• Gambar 10 : VIOBA

Gambar 11 : Gambar yang diambil pada tahun 1983

17

Gambar 12 : Lakaran Victoria Institution.

18

RUJUKAN a) AKHBAR -Muzium Negara mesti terus pikat pelancong, Ahmad Fauzi Mustafa, Berita Harian, 30 Ogos 2003, Sabtu, m/s C8 -Muzium Negara berubah wajah dalam tempoh 2 tahun lagi, Abdul Razak Rashid, Utusan Malaysia, 27 Mac 1991, Rabu, m/s C9 b) INTERNET - http://www.geocities.com/ Athens/Delphi/5881/victorians, 3/24/2009, Selasa, 5:07 PM, 1-4. - http://www.viweb.freehosting.net/vir_suntha.htm, 4/16/2009, Rabu, 2:45 PM, 1-19 - http://smkvictoria.net/ssp/readarticle.php?article_id=6, 4/9/2009, Selasa, 2:17 PM, 1-3 c) MAJALAH

d) ORANG SUMBER

ELEMEN 3

Tajuk: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Kini, sudah lima puluh dua tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Banyak bangunan bersejarah menjadi tanda negara kita telah dijajah pada suatu masa dahulu. Oleh itu, kita harus mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah untuk generasi yang akan datang. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, bangunan bersejarah perlu dipelihara dari segi kestabilan strukturnya juga keadaan rupa bangunan bersejarah agar tidak terhakis keistimewaan yang terdapat pada sesebuah bangunan bersejarah. Keistimewaan seperti sejarah dan gaya senibina, teknologi binaan dan kegunaan bangunan amat penting dikekalkan dan didokumentasikan sebagai rekod-rekod sejarah yang amat berharga supaya dapat dijadikan sumber menarik untuk generasi yang akan datang.Sebagai rakyat Malaysia yang menghormati lambang-lambang negara, negara, kita hendaklah berbangga dengan sejarah negara kita yang banyak memberi iktibar kepada kita dan mengamalkannya supaya rakyat Malaysia dapat menghayati bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada suatu masa dahulu. Seterusnya, dalam usaha mengekalkan warisan sejarah, bangunan bersejarah bukan sahaja perlu dikekalkan sebagaimana fizikal tetapi dokumentasi berkenaan sejarah bangunan bersejarah perlu dipulihara juga untuk rujukan

generasi akan datang. Berdasarkan kepentingan warisan sejarah,perlaksanaan projek pemuliharaan bangunan bersejarah agak berbeza dengan pembinaan bangunan baru.Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia yang mementingkan tradisi dan budaya, kita hendaklah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa warisan sejarah negara kita dengan memelihara bangunan bersejarah. Tambahan pula, bangunan-bangunan bersejarah ini banyak mendatangkan keuntungan kepada negara dari segi pelancongan.Bangunan bersejarah ini boleh dikatakan sumber tarikan kepada para pelancong dari luar negeri yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah negara kita.Oleh itu,kita sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara dan bangsa hendaklah samasama berganding bahu membangunkan negara dari segi pelancongan. Oleh yang demikian, pengekalan bangunan-bangunan bersejarah ini samalah dengan ingin mengembalikan keagungan penjajah zaman dahulu kala. Kita juga hendaklah mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini yang amat berfaedah kepada generasi yang akan datang. Kita juga hendaklah menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang telah bersusah-payah mereka,mendirikan dan mentadbir bangunan-bangunan bersejarah.Selain itu, kita hendaklah peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.Hal ini kerana, setiap rakyat Malaysia boleh mengambil tahu mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dan akan menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.

Kesimpulannya, saya bersyukur dan amat bartuah kerana dapat mengenali warisan bangsa kita.Pemeliharaan dan pemuliharaaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa di negara kita.

SENARAI ISI KANDUNGAN Bil 1 2 3 4 5 6

Perkara Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil kajian 1.0 Nama bangunan 2.0 Latar belakang 2.1 Asal-usul

Halama n

2.2 Tarikh pembinaan 2.3 Lokasi 2.4 Tujuan penubuhan bangunan 2.5 Kos pembinaan 2.6 Perasmian 3.0 Keistimewaan bangunan 3.1 Reka bentuk pelan 3.2 Bahan binaan 3.3 Hiasan dalaman 3.4 Kegunaan dahulu dan sekarang 3.5 Cara pembinaan 4.0 Keistimewaan Bangunana 4.1 Politik 4.2 Ekonomi 7 8 9

Rumusan Lampiran Rujukan

Related Documents