Kuala Lumpur

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuala Lumpur as PDF for free.

More details

  • Words: 138
  • Pages: 1
KUALA LUMPUR: Wakil pelbagai pertubuhan agama termasuk pemimpin tertinggi mereka akan dijemput menyertai perarakan sambutan kemerdekaan negara dengan memakai pakaian rasmi agama masing-masing. Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan, berkata ia sebahagian usaha memperkukuhkan hubungan antara kaum di negara ini. “Ini adalah antara pembaharuan yang diketengahkan sempena perarakan kemerdekaan tahun ini, bermatlamat mempromosikan perpaduan kaum dan kepelbagaian agama.

“Malah ia menepati tema kemerdekaan tahun ini, ‘Perpaduan Teras Kejayaan’. “Penyertaan pelbagai persatuan agama termasuk Buddha, Hindu dan Kristian ini juga relevan dengan keadaan semasa berikutan beberapa insiden yang menguji perpaduan masyarakat kita,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau mengulas persiapan perarakan hari kemerdekaan negara ke-51 di Dataran Merdeka, 31 Ogos ini. Ditanya mengenai dakwaan bulan kemerdekaan tahun ini tidak semeriah dulu, Azman berkata ia disebabkan pengurangan peruntukan dan juga sempena Ramadan

Related Documents