Vandalisme

  • Uploaded by: Kamaruzzaman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Vandalisme as PDF for free.

More details

  • Words: 727
  • Pages: 45
Ahli Kumpulan :

Apakah maksud VANDALISME?

Vandalisme boleh didefinisikan sebagai tindakan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain.



Terdapat juga pelaku vandalisme ini menyatakan kononnya vandalisme adalah cara untuk melepaskan geram.



Kebiasaannya vandalisme dilakukan di dinding-dinding bangunan terutamanya bangunan lama dan terbiar. Lukisan mural atau graffiti seringkali menghiasi dinding-dinding kosong tersebut.



Namun begitu, vandalisme boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Daun juga boleh dijadikan mangsa vandalisme. Kemudahan awam seperti telefon awam juga menjadi sasaran. Tidak lupa juga harta benda sekolah.



Vandalisme kebiasaannya dilakukan oleh remaja yang ingin menonjolkan bakat terpendam mereka melalui lukisan-lukisan mural dan tulisan graffiti tetapi terdapat juga yang melakukannya kerana ingin melepaskan geram, ada rasa tidak puas hati dan sekadar suka-suka.



i) Kurangnya pendidikan moral atau agama dalam diri. Selalunya perkara ini sering difokuskan kepada peranan ibu bapa. Ibu bapa yang terlampau leka dalam urusan dunia kadang kala terlupa untuk memberikan pendidikan moral atau agama kepada anak-anak mereka.



 Oleh

sebab itu, anak-anak tidak mempunyai nilai-nilai murni yang sepatutnya ditanamkan ke dalam diri mereka. Salah satu implikasi daripada kurangnya pendidikan moral atau agama tersebut ialah berlakunya gejala vandalisme.

ii) Pengaruh rakan sebaya Hal ini seperti sudah menjadi lumrah kerana remaja lebih mudah mendengar kata rakan sebaya mereka berbanding orang yang lebih tua.   Mereka juga akan terjerumus dalam gejala yang kurang sihat sekiranya mereka salah memilih rakan sebaya. 

Oleh sebab itu, sesetengah rakan sebaya mereka yang memang terjebak dengan gejala vandalisme ini akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Seterusnya akan menyebabkan mereka mula berjinak-jinak melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu.



iii) Kurang pendedahan mengenai keburukan vandalisme. Mungkin ada dalam kalangan kita yang telah melakukan perbuatan vandalisme ini secara tidak sengaja. Hal ini demikian kerana, para pelajar tidak didedahkan mengenai keburukan vandalisme.



Sering kali kita mendengar mengenai kempen-kempen dadah dan kempen antirokok. Namun begitu kempen mengenai vandalisme adalah dalam kategori jarangjarang diadakan.   Oleh sebab itu, para pelajar kurang memahami tentang gejala ini dan terus melakukan vandalisme tanpa rasa bersalah. 

i) Memantapkan pendidikan moral atau agama. Tindakan ini dapat dilaksanakan oleh ibu bapa dan juga guru di sekolah. Ibu bapa perlulah memainkan peranan bagi mebentuk nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak mereka.



Guru-guru di sekolah pula perlu memainkan peranan bagi mengajar para pelajar matapelajaran Pendidikan Moral atau Agama dengan lebih serius. Jika para pelajar mempunyai nilai-nilai murni semestinya gejala vandalisme dapat diatasi.



ii) Tindakan tegas kepada pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlulah dijalankan kepeda pesalah vandalisme ini terutamanya kepada remaja yang masih bersekolah. Guru di sekolah juga perlu memainkan peranan memantau aktiviti murid-murid di dalam mahupun di luar sekolah.



Pesalah vandalisme juga boleh dikenakan hukuman yang setimpal. Sesi kaunseling bersana kaunselor sekolah juga perlu diadakan bagi menasihati dan menyelami apakah masalah pelajar sehingga melakukan perbuatan tidak berfaedah tersebut.



iii) Pemilihan rakan sebaya yang tepat. remaja mestilah memilih rakan sebaya yang tepat. Sekiranya remaja mempunyai rakan yang baik, maka akan diri remaja tersebut itu juga akan menjadi baik dan tidak terlibat dalam gejala yang tidak bermoral.

 Para

Namun begitu, jika para remaja silap memilih rakan sebaya, maka timbullah keinginan untuk mencuba pelbagai perkara yang tidak sihat seterusnya akan menjadi remaja yang tidak berwawasan. Muncullah gejala-gejala yang tidak berfaedah seperti vandalisme, merompak dan sebagainya.



i) Merugikan kerajaan Kerajaan akan kerugian harta benda dan kos untuk mengganti dan menyelenggara kemudahankemudahan yang telah rosak akibat perbuatan vandalisme.



ii) Pemandangan persekitaran akan tercalar Pandangan pelancong yang datang ke negara kita mestilah tidak elok apabila mereka melihat tempat-tempat atau kemudahan-kemudahan yang telah rosak dan diconteng. Mereka juga akan membuat andaian bahawa rakyat di sini tidak menghargai kemudahan yang telah disediakan.



Sebagai rakyat yang tidak melakukan perbuatan tersebut sudah semestinya akan berasa malu apabila mendengar pelancong mengatakan ketidakselesaan mereka di negara kita.



iii) Kemudahan awam tidak dapat digunakan Orang ramai tentu tidak selesa apabila menggunakan kemudahan awam yang telah rosak. Rakyat juga akan berasa tidak selesa apabila melihat contengan di tempat-tmpat tertentu yang mengandungi perkataanperkataan yang tidak sepatutnya.



Kemudahan awam tidak akan dapat digunakan ketika waktu kecemasan sekiranya kemudahan tersebut sudah rosak dan tidak berfungsi. Perkara ini akan menyusahkan orang ramai untuk menjalankan urusan mereka.



Oleh yang demikian, kita sebagai remaja yang berwawasan mestilah mengelakkan diri daripa terjerumus ke dalm gejala vandalisme yang tidak berfaedah ini. Tanamkan nilai-nilai murni di dalam diri agar gejala ini dapat diatasi.



Related Documents


More Documents from ""