Vandalisme, Respect & Littering Quote MTC of the day: “Modul yg terbaik (berkesan) ialah modul yg ada direct connection dengan orang yg dimodulkan” Berikut adalah beberape cadangan untuk modul sahsiah pelajar2. Fasi adalah digalakkan untuk bertanya n trigger (kurangkan membebel). Tanya soalan. Make them think. Ulas secara minimum. Galakkan pelajar yg brcakap. Twist jawapan yg pelajar berikan. Let them think & reflect. Fasi juga boleh ubahsuai mengikut citarasa sndiri. Vandalisme Situasi: Bayangkan suasana hari raya, jemputan open house. Ramai sahabat handai datang rumah. Anda sibuk melayan tetamu smpai tak cukup tangan nk layan semua orang. Setelah selesai majlis, org terakhir pun balik. Sewaktu anda mengemas rumah, di dalam bilik air anda melihat contengan2 pada dinding bilik air: “Terima kasih, makanan sangat sedap”..
“Sate tadi best..!! =)” “Sedap la.. nanti jemput la datang umah sy pulak ye..” (cadangan soalan trigger): “Apakah perasaan anda sebagai tuan rumah?” “Adakah anda gembira dengan pujian tersebut?” “Sekiranya contengan yg “baik” pun anda terasa marah, bagaimana pula contengan buruk e.g. di dinding tandas sekolah?”
“Beginikah caranya untuk menunjukkan terima kasih kita kepada ‘tuan rumah’ /sekolah? .... bukankah lebih buruk jika conteng perkara yg bukan2? (adakah menconteng seperti gambar di sebelah membantu atau memburukkan lagi keadaan?)
Hormati Guru (cadangan dialog): Fasi : Bob, kenapa kita perlu hormati guru? Bob : ... (mungkin sementara Bob amik masa untuk menjawab, fasi tukar soalan lain) Fasi : Ok la.. Ok.. Abg tukar soalan, kenapa abang perlu hormati Bob? Bob : . . . . . (fasi boleh biarkan Bob jawab.. atau biarkan saja suasana senyap) Fasi : Bob, Bob ada mak tak? Bob : Ada. Fasi : Bob suka x kalau abg, kawan2 hormat mak Bob? Bob : Suka Fasi : Boleh tak Bob bagi sebab kenapa abg dan kawan2 lain perlu hormat mak Bob? Bob : (silence is expected) Fasi : Bob tau tak.. kita manusia semua ada perasaan. Kalau Bob tak hormat orang lain, maka Bob sendiri pun tak layak mendapat penghormatan dari orang lain. Kalau nk orang hormat kita, mak kita, Bob pun kena hormat orang lain jugak. Bob : (..again silence is expected) Fasi : Mak Bob bnyak jaga Bob masa kecik. Mak bnyak sabar jaga Bob kecik2 dulu. Cikgu pun sama. Penat cikgu ajar Bob. Bukan Bob sorang je. Satu kelas cikgu kena ajar. Fasi : Apepe pun, abg nk pesan, lain kali each time Bob rasa nak kurang ajar je, PEGANG kata2 abang ni. Kalau Bob x hormat orang, Bob pun xlayak dapat penghormatan. Allah Maha Melihat, Mendengar dan Membalas... Boleh ingat tu Bob? Bob : Baik bang. Fasi : Tapi xpe.. Abg tau Bob budak baik. Tak buat camtu. Bob : (senyum) (contoh perbualan tamat)
Littering (membuang sampah merata-rata) Lihat contoh ‘Vandalisme”.
Atau mungkin boleh ubah situasi contoh ajak kawan datang ke rumah. Study/main sama2. Tiba-tiba selamba je depan mata kawan buang pembalut coklat, kulit pisang/kacang atas lantai. Ludah chewing gum. “Apakah tindakan anda ketika itu? Biar je?” “Kalau perkara yg sama berlaku di sekolah?”
**Kaitkan sekolah dan bilik pelajar. Pelajar mungkin bertindak menegur kerana sayang bilik sendiri. Ingatkan bahawa sekolah juga adalah tnggungjwab bersama. (kita pun xsuka orang label skolah kita kotor) Tips: Contoh yg terbaik ialah contoh yg melampau (exaggerate).. mungkin tak berlaku di dunia sebenar. Tetapi berkesan sebagai peringatan (+lebih seronok mendengar).