Untukmu Ayah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Untukmu Ayah as PDF for free.

More details

  • Words: 351
  • Pages: 2
Ayah, Aku masih ingat lagi betapa serinya wajahmu tatkala saat kelahiranku, dengan kudratmu kau menggendongku, kau iqamat untukku ketika diriku masih suci bersih kau memilih nama terbaik untukku sejak aku kecil kau telah menyemai harapan dalam kegembiraanmu menyambutku kau masih lagi berjuang untuk mencari ilmu kau tinggalkan aku dalam keadaan yang pilu kau mencium anakmu ini walaupun aku masih kecil tapi aku telah mengenali erti betapa saratnya rasa rindu bila berjauhan darimu setiap malam ibu menghamparkan kain sarungmu untuk alas tidurku ibu tidak pernah terlupa untuk menceritakanku tentang kebaikanmu ayah, ketika usiaku 2 tahun, aku menghidap demam kerana terlampau merinduimu, kau hadir dalam mimpiku, ibu memaklumkan berita ini kepadamu tetapi kau tidak dapat pulang untuk melihat anak kesayanganmu ini kau terpaksa menyiapkan kertas kerja semua itu ibu ceritakan kepadaku ayah, usiaku 5 tahun engkau menghantrku ke sekolah, kau beriku duit poket yang pertama kau mencium ubun-ubun ku seraya berkata “anakku,belajar rajin-rajin yer” Aku menggangguk dan terus berlari mendapatkn rakan-rakanku, Ayahku tersenyum Aku masuk ke sekolah rendah Peperiksaan pertamaku,keputusanku cemerlang Kau tersenyum dan mencium dahiku,kau memeluk daku Pelukanmu masih terasa hingga kini Aku semakin dewasa, Aku ke sekolah menengah, Aku masih ingat itulah perpisahan kita yang ke dua selepas 11 tahun Ayah, Kita sentiasa berkongsi suka dan duka Aku menangis di atas ribaanmu “ayah,aku gagal dalam peperiksaan”

Tapi dengan penuh ketenangan kau menjawab “sabar anakku,kejayaanmu akan muncul untukmu” Belum sempat aku menikmati kasih sayangmu, Aku mendapat warkah dari ibu, “anakku,pulang segera” Aku meminta izin dari warden untuk pulang, Tiba di halaman rumah, Aku melihat ramai ahli keluarga dan sahabat handaimu, Aku bingung tetapi aku hanya berdoa engkau sihat, Ayah, air mataku mengalir laju tatkala aku melihat tubuhmu terbaring lesu, engkau menggamit aku supaya menghampirimu, engkau sempat berpesan kepadaku “anakku,ayah ingin tidur, Ayah penat anakku, Ayah ingin merasai pelukanmu sebelum ayah tidur” Dengan segera aku memelukmu Ayah berpesan lagi “anakku,jaga ibumu dan adik-adikmu, Berusahalah jadi orang yang berguna,berbuat baiklah kepada semua orang, Ayah sayangkanmu…….. Tiba-tiba sahaja tautan tangan kami terurai Ayah,bangun ayah,jangan tidur ayah,cium aku dulu ayah, Ayah,bagaimana kehidupanku selepas ini, Engkau pergi menyahut seruan ilahi, Hanya pusaramu dapat ku tatapi hingga kini.

Related Documents

Untukmu Ayah
June 2020 26
Ayah
November 2019 37
Untukmu
June 2020 32
Untukmu
May 2020 28
Ayah
November 2019 41
Ayah
June 2020 29