Unit3

  • Uploaded by: balamurali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,902
  • Pages: 25
R1001 / UNIT 3/ 1

PENCEGAHAN KEBAKARAN

UNIT 3

PENCEGAHAN KEBAKARAN

OBJEKTIF

Objektif am

:



Mengetahui konsep asas kebakaran



Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan



Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar

Objektif khusus

:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat

: menerangkan bagaimana api terhasil  membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan  menggunakan alat memadam api kecil permulaan  menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan.

R1001 / UNIT 3/ 2

PENCEGAHAN KEBAKARAN

INPUT

3.1 PENGENALAN KEBAKARAN Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul. 3.1.1

Definisi pencegahan kebakaran

Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. 3.2

KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API 3.2.1

Asas kebakaran kimia

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu,

R1001 / UNIT 3/ 3

PENCEGAHAN KEBAKARAN kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

OKSIGEN

HABA API

BAHAN Rajah 1: Segitiga api 3.2.2

Cara memadam kebakaran

Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana

tiadanya

bahan

untuk

dibakar.

Anda

juga

boleh

menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: a. Melaparkan.

R1001 / UNIT 3/ 4

PENCEGAHAN KEBAKARAN Ini dilakukan dengan: i.

Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.

ii.

Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

iii.

Memecah

atau

menghancurkan

bahan

api

yang

terbakar supaya mudah dipadamkan. b. Melemaskan. Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran. c.

Menyejukkan. Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan menurunkan

haba suhu

dengan kebakaran

menurunkan sehingga

haba

ketahap

dan

rendah.

Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam. d. Memutuskan Rantai Tindakbalas. Memutuskan

rantai

kimia.

Ini

boleh

dilakukan

dengan

mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering. 3.2.3

Cara api merebak

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus. a.

Olakan haba.

R1001 / UNIT 3/ 5

PENCEGAHAN KEBAKARAN Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan

suhu

di

mana

kawasan

asap

dan

gas

terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat

ini

akan

menyebabkan

bahan

yang

mudah

terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran. c. Pengaliran. Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya. d. Bahangan. Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh

menyebabkan

bahan-bahan

bakar

yang

berada

berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan. e. Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

R1001 / UNIT 3/ 6

PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.2.4

Kelas-kelas api

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

KELAS

ALAT PEMADAM API

CONTOH

API

JENIS PEPEJAL- kertas, kayu A

PERMULAAN ABC(Serbuk Kering)

habuk,

Air kain

B

Buih ABC

alkohol

JENIS GAS C

D

Buih

JENIS CECAIR - minyak, gasolin,

CO2 Air Semburan Halon ABC

- acetylene,

ammonia,

Air Semburan

butane JENIS LOGAM - aluminium,

Halon (BCF)

kalsium,

ABC magnesium

A

B

C

Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan

D

R1001 / UNIT 3/ 7

PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.2.5

Alat pemadam api permulaan

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api

permulaan

mestilah

ditandakan

simbol

kelas

api

dan

dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda.

Rajah 3 : Alat pemadam api permulaan (Fire Extinguishers)

R1001 / UNIT 3/ 8

PENCEGAHAN KEBAKARAN

JENIS

WARNA

JARAK PANCUTAN

MASA KESELURUHA

CATATAN

N PANCUTAN Tidak

AIR

MERAH

4 meter

120 saat

sesuai jenis B , E Boleh

BUIH

KUNING LANGSAT

beku. 6 meter

30 - 90 saat

Tidak sesuai jenis E

CO2

DEBU KERING

HITAM

3 meter

120 saat

BIRU MUDA

3 – 6 meter

120 saat

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS P

- Pull

- Tarik pin di atas alat pemadam api

Tiada kesan Kesan kotor

R1001 / UNIT 3/ 9

PENCEGAHAN KEBAKARAN A

- Aim

- Halakan muncung alat pemadam ke punca api

(bahan) S

- Squeeze - Pusing atau tekan pemegang

S

- Sweep

- halakan pancutan ke arah punca api pada

jarak 3 meter sehingga api padam.

Rajah 4: Cara menghalakan pancutan ke punca api 3.3 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda membabitkan

yang

bernilai

kehilangan

berjuta-juta

nyawa.

Oleh

ringgit itu

adalah

dan

mungkin

penting

kita

mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya

R1001 / UNIT 3/ 10

PENCEGAHAN KEBAKARAN kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: i. Pembuangan puntung rokok atau mancis api ii. Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar. iii. ‘overloading’ kepada litar letrik plug atau soket. iv. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api. v. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera dan peralatan letrik.

AKTIVITI 1a



UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!



SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut: 3.1

Senaraikan tiga unsur yang memyebabkan terjadinya api

3.2

Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api.

3.3

Senaraikan tiga kaedah api merebak.

3.4

Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh.

3.5

Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan i.

ranting-ranting kayu.

ii.

Tumpuhan minyak tanah di kedai

R1001 / UNIT 3/ 11

PENCEGAHAN KEBAKARAN Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesesuai digunakan.

MAKLUMBALAS 1a

Jawapan : 3.1

Udara haba dan bahan

3.2

Melaparkan, melemaskan dan menyejukan

3.3

Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus.

3.4

Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin dan alkohol. Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane dan acetylene. Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan magnesium.

3.5

Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih.

R1001 / UNIT 3/ 12

PENCEGAHAN KEBAKARAN Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.

INPUT

3.4 PENCEGAHAN KEBAKARAN Pencegahan kebakaran

merupakan satu tindakan langkah awal

yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage ) 3.4.1

Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran : i.

Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).

R1001 / UNIT 3/ 13

PENCEGAHAN KEBAKARAN ii.

Mengadakan pelan pengunsian bangunan.

iii.

Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan

iv.

Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala

v.

Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan

vi.

Menyediakan

peralatan

melawan

kebakaran

yang

mencukupi vii.

Mempunyai

pengurusan

pengendalian

rumah

(housekeeping) yang bagus. viii.

Memastikan

pemeriksaan

dan

ujian

peralatan

elektrik

dilakukan secara berkala. 3.4.2 Kelengkapan amaran kebakaran Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara

automatik

dibangunan-bangunan.

Walaupun

begitu

terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran. i.

Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan,

ia

melengkapkan

litar

elektrik

dan

menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan. ii.

Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan kebakaran

haba

atau

suhu

tertentu

diperingkat

awal

R1001 / UNIT 3/ 14

PENCEGAHAN KEBAKARAN Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara

iii.

automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu. 3.4.3

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis; i.

Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik

ii.

Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

Perlindungan aktif. i.

Sistem

pemasangan

mengawal

kebakaran

sprinkler. pada

Ianya

peringkat

bertujuan

awal

dengan

untuk cara

semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.

R1001 / UNIT 3/ 15

PENCEGAHAN KEBAKARAN ii.

Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering

iii.

Sistem pili bomba (hyderant)

iv.

Sistem salur Bantu mula (hosereel)

v. vi.

Sistem gas CO2. Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Perlindungan pasif. i.

Tangga terlindung.

ii.

Koridor terlindung

iii.

Pintu rintangan api

iv.

Ruang akses menentang kebakaran

v.

Lif Bomba

3.4.4

“Housekeeping”

Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku. Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut: i.

Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna.

ii.

Pembuangan sampah sarap secara tetap.

iii.

Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.

iv.

Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang.

v.

Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.

vi.

Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.

vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul. viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.

R1001 / UNIT 3/ 16

PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.4.5

Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran

Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya. Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran. Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan tidak terkawal. 3.4.6

Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik

Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut: i.

tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja.

ii.

alat-alat pemadam api.

iii.

struktur bangunan

iv.

tempat simpanan bahan mudah terbakar.

v.

tahap housekeeping yang sentiasa baik.

R1001 / UNIT 3/ 17

PENCEGAHAN KEBAKARAN vi.

panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi.

vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan. 3.4.7

Pelan kontigensi

Melepaskan diri dari bangunan terbakar i.

Tutup mulut dan hidung dengan kain basah

ii.

Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah hingga jumpa pintu

iii.

Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan.

iv.

Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada berhampiran lantai.

v.

Gunakan

bahagian

tangga

yang

rapat

dengan

dinding

(bahagian yang agak kuat) vi.

Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan

vii.

Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun.

viii. ix.

Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk mengurangkan asap

x.

Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai.

3.5 TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN

R1001 / UNIT 3/ 18

PENCEGAHAN KEBAKARAN 1.

Tujuan latihan pengunsian bangunan. i.

Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.

ii.

Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius.

iii.

Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang telah dirancang.

iv.

Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan dengan cepat dan teratur.

2.

Arahan / Latihan. i.

Jenis/keadaan

bangunan

akan

menentukan

tatacara

pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah difahami. ii.

Latihan hendaklah kerap diadakan

iii.

Tempat diubah-ubah

iv.

Mengetahui jalan keluar

v.

Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini.

vi.

Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang yang mempunyai kawasan luas.

3.

Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran. i.

Tindakan/isyarat amaran. Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

ii.

Tenaga elektrik. Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak perlu.

iii.

Memanggil pihak bomba. Arahan

ringkas

dan

tepat

(alamat,

kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang

jenis diketahui

R1001 / UNIT 3/ 19

PENCEGAHAN KEBAKARAN umum,bilangan pemanggil

mangsa,nama

pemanggil,

no.

telefon

dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak

bomba dapat bertindak dengan segera. iv.

Pengunsian bangunan. Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar. Pengumpulan.

v.

Jauh

dari

bangunan.

Penghuni

telah

diberitahu

atau

dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian bangunan. vi.

Berbaris (Roll Call) Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba

4.

Kekerapan melakukan latihan. Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab.

R1001 / UNIT 3/ 20

PENCEGAHAN KEBAKARAN

AKTIVITI 1b



UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!



SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

R1001 / UNIT 3/ 21

PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.6

Senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapat di sebuah bangunan.

3.7

Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapan

dengan

situasi

kebakaran

di

dalam

sebuah

bangunan tempat anda belajar.

MAKLUMBALAS 1b

Jawapan : 3.6

Jenis pasif- tangga,koridor, pintu rintangan api dan lift bomba.

R1001 / UNIT 3/ 22

PENCEGAHAN KEBAKARAN Jenis aktif- Pili bomba, salur bantu mula, sistem pemasangan sprinkler dan pemasangan pancur. 3.7

Tindakan yang perlu dilakukan adalah: a) Gunakan alat pemadam api permulaan sekiranya api diperingkat awal kebakaran. b) Sekiranya api tidak dapat dikawal. Ambil tindakan berikut: - Aktifkan alat amaran kebakaran dengan memecahkan kacanya. - telefon segera pihak bomba. Berikan butiran alamat, jenis kebakaran, lokasi, nama anda dan no. Kad pengenalan anda kepada pihak bomba. Anda mungkin perlu memberikan no. telefon anda sekiranya anda tidak menggunakan telefon awam. - lakukan tindakan pengunsian bangunan. Segera arahkan semua penghuni untuk berkumpul di tempat lapang.

PENILAIAN KENDIRI

R1001 / UNIT 3/ 23

PENCEGAHAN KEBAKARAN Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! Soalan 1. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untuk kenderaan anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai. 2. Anda seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satu latihan kebakaran di syarikat anda. Apakah yang perlu anda lakukan.

MAKLUMBALAS

R1001 / UNIT 3/ 24

PENCEGAHAN KEBAKARAN Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda . JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1.

Jenis CO

2.

Tindakkan yang perlu anda ambil adalah i.

2

Kenal pasti tempat yang sesuai untuk berhimpun jika berlaku kebakaran.

ii.

Menyediakan laluan yang perlu di lalui oleh pekerja semasa kebakaran agar semua pekerja mengetahui laluan yang perlu mereka lalui semasa kebakaran dan terus menuju ke tempat perhimpunan.

i.

Pelan-pelan laluan dan perhimpunan ditempat di papanpapan kenyataan dan tempat-tempat yang sesuai supaya semua pekerja dapat mengetahuinya. Arahan hendaklah terang, ringkas dan jelas serta mudah di fahami.

ii.

Melantik ketua-ketua bagi setiap lokasi/tingkat jabatan untuk menjalankan tugas latihan/semasa kebakaran.

iii.

Memberi taklimat kepada semua pekerja mengenai laluan kecemasan dan tempat perhimpunan semasa latihan/kebakaran.

iv.

Memberi taklimat kepada ketua-ketua yang dilantik mengenai tugas-tugas mereka semasa latihan atau kebakaran terutamanya tugas: a. Memberi isyarat kecemasan b. Memastikan suiz utama ditutup c. Memastikan semua pekerja telah keluar dengan memeriksa bilik-bilik tertentu seperti bilik rehat dan bilik air

R1001 / UNIT 3/ 25

PENCEGAHAN KEBAKARAN d. Membuat pemeriksaan dalam barisan (roll call) membaca nama setiap pekerja.

Related Documents

Unit3
May 2020 6
Unit3
May 2020 10
Unit3.corrionscience
December 2019 4
Unit3 Service
June 2020 3
Unit3-sp
May 2020 5
Unit3 & 5
December 2019 12

More Documents from ""

Unit 4
May 2020 6
Unit 0 Pm
May 2020 5
Unit 5
May 2020 9
Unit 10
May 2020 10
Auto Cad 6
June 2020 8
Auto Cad 3
June 2020 5