KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 1
KIMPALAN ARKA OBJEKTIF AM Memahami konsep kimpalan arka serta kegunaannya dalam bidang perindustrian.
Un
9
OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat: Mendefinasikan kimpalan arka dan menerangkan perkaraperkara yang berkaitan dengannya iaitu: -
Fungsi alat pengubah Komponen-komponen asas mesin kimpalan arka Jenis-jenis mesin kimpalan arka dan menerangkan prinsip kerja, kelebihan dan kelemahannya. Jenis-jenis kekutuban arus Teknik-teknik kimpalan arka Jenis-jenis elektrod kimpalan arka
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 2
INPUT 9.0
KIMPALAN ARKA
9.1
Mesin Kimpalan Arka Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.
9.2
Fungsi Alat Pengubah
Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah. TERAS
MASUKAN
KELUARAN
GELUNG PENDUA
GELUNG UTAMA Rajah 9.1. Gambarajah Skematik Alat Pengubah 9.3
Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah terdiri daripada: - Alatubah - Kebel bumi - Kebel elektrod - Pemegang Elektrod - Bekalan kuasa
KIMPALAN ARKA
9.4
J1003/9/ 3
Jenis-jenis mesin kimpalan arka
Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu: 9.4.1
Jenis ‘rectifier (DC) Jenis alatubah (AC) Jenis kombinasi AC/DC Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel) Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)
Jenis ‘rectifier’(DC)
Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus. Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat. Kelemahan: 9.4.2
Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow) Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
Jenis arus ulangalik.
Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang sederhana dan senyap. Kelemahan: 9.4.3
Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad. Tidak semua elektrod boleh digunakan. Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.
Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.
Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal. Kelemahan:
KIMPALAN ARKA -
J1003/9/ 4 Kos yang agak tinggi Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.
Contoh 9.1 Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arus terus? Penyelesaian: Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’ atau alat penerus. 9.4.4
Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).
Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus. Kelemahan: 9.4.5
Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi Bising Modal tinggi Kos penyelenggaraan tinggi Semburan arka (arc blow) Memerlukan bahanapi.
Jenis Pacuan motor.
Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik. Kelemahan: -
Terdapat ‘arc blow’ . Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon dan perlu ditukar pada tempoh tertentu. Pelaras arus Bekalan kuasa
Kebel elektrod elektrod
bendakerja
Pemegang elektrod
Rajah 9.2. Kelengkapan Kimpalan Arka.
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 5
9.5
Kekutuban Mesin Kimpalan Arka
9.5.1
Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:
- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif) - Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif) 9.5.2
Ciri-ciri Kekutuban:
Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah: -
Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat. Ketelusan yang cetek Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.
Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah: -
Kadar kecairan letrod yang lambat Ketelusan yang dalam Kelajuan yang sederhana Kebel elektrod
+ __
Pemegang elektrod Bekalan kuasa
bendakerja
Kebel bendakerja
Rajah 9.3. Litar Arus Terus Kekutuban Berbalik
Kebel elektrod Pemegang elektrod Bekalan kuasa +
Kebel bendakerja
Rajah 9.4. Litar Arus Terus Kekutupan Lurus
Contoh 9.2 Bagaimanakah pilihan arus perlu dibuat apabila hendak mengimpal?
bendakerja
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 6
Penyelesaian: Pemilihan arus perlu dilakukan adalah untuk memastikan ianya sesuai untuk jenis logam, ketebalan logam dan juga kedudukan mengimpal yang hendak dilakukan.
9.6
Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut
Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu: Teknik Seret. Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas. Teknik Angkat Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’. 9.6.1
Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.
elektrod
Arah kimpal
Semburan arka sangga
kumai
60°-70°
Kawah arka bendakerja
Rajah 9.5. Nama-Nama Bahagian Kimpalan Arka Contoh 9.3
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 7
Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini? Penyelesaian: - Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis ‘ hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.
Bunga angsana, bunga kertas kalau anda bijaksana tolong jawab soalan di atas
9.6.2
Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.
Jarak Arka Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang. Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm. Sudut Arka Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik. Kelajuan Arka Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan. Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod. Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang ketelusan.
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 8
elektrod 1
2
Rajah 9.6. Kaedah Letak Angkat
1&4
2
3
Rajah 9.7. Kaedah Menggores
Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas daripada cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik. Kaedah letak angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan apabila arka dapat diterbitkan jarak arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga 6.0mm. Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan kimpal seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah jaraknya dikekalkan seperti mana yang telah diterangkan di atas.
Nak hidupkan arka dengan cara menggores atau letak-angkat tidaklah memerlukan masa yang lama. Tapi biasanya cara menggores adalah lebih mudah dan lebih digemari. Masa hidupkan arka hendaklah sentiasa memakai cermin pelinding muka. Mata nak pakai
AKTIVITI 9A
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 9
9.1
Apakah yang dimaksudkan dengan arka?. Huraikan dengan lebih terperinci bagaimana arka boleh terjadi.
9.2
Nyatakan tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka?. Terangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis arus yang anda nyatakan.
9.3
Bagaimanakah ketiga-tiga jenis arus itu mempengaruhi ke atas kimpalan yang dilakukan?
9.4
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’? Bagaimana ianya boleh terjadi?
9.5
Apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira apabila memilih sesebuah jenis mesin kimpalan arka?
Baca soalan-soalan di atas dan cuba jawab dengan betul. Jika masih tidak dapat memberikan jawapan dengan baik. Sila ulang semula tajuk-tajuk yang berkaitan sebelum ini.
MAKLUM BALAS 9A
9.1 Arka adalah satu fenomena satu pancaran cahaya yang kuat lagi terang terbit diantara hujung elektrod dengan permukaan bendakerja. Ketika ini elektron mengalir melintasi satu ruang udara yang telah terion maka ruang udara itu menjadi panas sehinggalah berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udara terion itu adalah lebih kurang 3300°C (6000°C).
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 10
9.2 Tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka adalah seperti berikut: -
Arus ulangalik Arus terus kekutuban berbalik Arus terus kekutuban lurus
Arus ulangalik mempunyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke titik maksimum positif dan jatuh ketitik sifar semula kemudian bergerak ke titik maksimum negatif dan begitulah seterusnya berulang-ulang. Manakala Arus terus kekutuban berbalik pula dimana punca positif pada mesin disambungkan kepada kebel elektrod. Bagi arus kekutuban lurus pula punca negatif pada mesin disambung kepada kebel elektrod. 9.3 Bagi setiap arus yang digunakan ianya akan memberi kesan pada ketelusan yang berbeza-beza ke atas kimpalan. Sila lihat gambarajah di bawah.
ATKL
AU
ATKB
9.5 Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit diantara hujung elektrod dan bendakerja tersasar dari laluan yang sepatutnya. Biasanya bunyi yang terhasil dari semburan ini agak kuat dari biasa dan saiz arka juga kelihatan agak besar sedikit. Keadan ini berlaku mungkin disebabkan kedudukan klip bumi yang kurang tepat. Lihat gambarajah di bawah. elektrod
Semburan arka
bendakerja
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 11
Klip bumi 9.6
Pemilihan sesebuah mesin kimpalan yang hendak digunakan adalah bergantung kepada perkara-perkara berikut. -
Kedudukan kimpalan Jenis logam yang hendak dikimpal Jenis rekabentuk sambungan Ketebalan logam Syabas!……anda telah menjawab dengan betul. Sekarang anda bolelah maju kepada tajuk –tajuk yang seterusnya.
9.7
Elektrod. Elektrod adalah berfungsi sebagai logam penambah dalam kimpalan arka yang mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika kerja kimpalan dilakukan.
9.8
Penghasilan Elektrod Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam teras dan juga kandungan salutan elektrod berkenaan.
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 12
Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara penyemperitan (extrusion) dan cara mencelup (dipping). Panjang sebatang elektrod adalah diantara 230mm hingga 460mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor 12,10, 8 dan 4. Elektrod no.12 adalah berdiameter paling kecil diantara yang disebutkan di atas. 9.9
Kandungan Pancalogam Teras Elektrod Kandungan logam teras elektrod adalah terdiri dari pancalogam yang bergantung kepada 12ilic-ciri penggunaan elektrod berkenaan. Jenis pancalogam bagi teras elektrod adalah mangan, 12ilicon, sulphur, fosforus dan karban
9.10
Jenis Salutan Elektrod Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada 12irri-ciri penggunaan elektrod. Diantara bahan-bahan campuran yang terdapat pada salutan elektrod ialah serbok besi, oksida-titania, sodium silikat, potassium, asbestos, ferro-manganese. Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu: -Salutan nipis (tidak bersalut) -salutan sederhana -salutan tebal
9.11
Fungsi Salutan Elektrod
Setakat ini ada apa-apa masalah mengenai tajuk ini. Jika tak faham sila rujuk pada pensyarah yang mengajar.
Fungsi salutan pada elektrod adalah: -
Menghasilkan gas pelindung. Menghasilkan jeremang penutup kumai Menstabilkan arka Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya.
Berikut adalah jadual bagi jenis salutan dan arus yang disyorkan. Digit 0 1 2 3 4 5 6 7
Jenis salutan Sodium selulos Potassium selulos Sodium titania Potassium titania Serbuk besi titania Hiderojen rendah sodium Hiderojen rendah potassium Serbuk besi oksida besi
Arus ATKB AU atau ATKB dan ATKL AU atau ATKL AU atau ATKB AU atau ATKB dan ATKL ATKB AU atau ATKB AU atau ATKB dan ATKL
KIMPALAN ARKA 8
J1003/9/ 13
Hiderojen rendah serbuk besi
AU atau ATKB
Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis: 9.12
Rutile Selulos Serbuk besi
Pengkelasan Elektrod. Elektrod dikelaskan mengikut system yang ditentukan oleh system piawaian yang diterima pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian yang biasa digunakan AWS ( American Welding Society ) atau ASTM (American Standard for Testing Materials). Sebagai contoh terdapat tiga spesifikasi bagi elektrod Keluli Lembut. Iaitu: -
AWS A5.1 – 55 T ASTM A233 – 55 T CSA W48.1 – 1952 (kanada)
Elektrod boleh dikodkan mengikut system penomboran seperti E6013, E6011, E6010, E7018 dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu. Sebagai contoh E6013: E – elektrod 60 – kekuatan tensil/tegangan 60,000lb. 9 – kedudukan mengimpal 3 – jenis arus Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut : -
Cepat penuh ( E6024, E6027) Kelajuan tinggi (E6012, E6013) Cepat beku (E6010, E6011)
Terdapat juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya. Dimana Kod warna yang digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil, kedudukan mengimpal dan juga pilihan arus. Contoh: E 7024 hitam kuning
Jenis kumpulan (tiada)
Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:
elektrod
Logam Teras
KIMPALAN ARKA
-
J1003/9/ 14
Keluli lembut Keluli ‘low alloy’ Keluli tahan karat Pengerasan permukaan Nikel dan pancalogam nikel Aluminium dan pancalogam aluminium Kuprum dan pancalogam kuprum
9.13 Fungsi Jeremang. Jeremang adalah satu selaput yang terdapat pada permukaan kumai hasil dari peleburan salutan elektrod. Jeremang ini mempunyai fungsi tertentu.Diantaranya ialah: -
Melindungi kumai daripada udara luar disepanjang penyejukan berlaku. Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah lebur. Mengawal bentuk kumai supaya seragam. Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat logam Memberikan perlindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam induk. Tahniah !….anda telah berjaya menghabiskan semua tajuk pada hari ini. Semoga berjaya.
AKTIVITI 9B 9.7 Apabila menggunakan arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus, apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam pemilihan elektrod bagi keduanya? 9.8 Bagaimanakah satu-satu jenis elektrod itu dapat dikenali dari segi fungsi dan kegunaannya?
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 15
9.9 Apakah pentingnya elektrod perlu disimpan dalam keadaan yang baik dan kelembapannya perlu dikawal? 9.10 Nyatakan fungsi pemegang elektrod dan apakah langkah-langkah penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan lama digunakan. 9.11 Bagaimanakah jarak arka, kelajuan mengimpal serta sudut elektrod mempengaruhi mutu kumai?
Cubalah jawab soalan-soalan di atas. Rasanya taklah susah sangat. Mungkin susah lagi makan lobak ni. Kalau rasa ada yang kurang jelas sila tanya pensyarah matapelajaran anda.
MAKLUM BALAS 9B 9.7 Pemilihan elektrod untuk arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus hendaklah diperhatikan pada jenis kegunaannya mengikut kod yang telah dicatatkan spesifikasinya. Sebagai contoh: -
E 6010 jenis arus adalah ATKB. E 7014 jenis arus adalah ATKL
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 16
9.8
Elektrod dapat dikenali dari segi fungsi dan kegunaannya ialah melalui kod yang terdapat pada elektrod berkenaan. Kod elektrod biasanya ditandakan dengan nombor atau warna tertentu.
9.9
Elektrod hendaklah disimpan dalam suhu yang terkawal supaya bebas dari kelembapan dan unsur yang tidak diingini dari udara meresap kedalam salutannya. Ini akan menjejaskan pada mutu kimpalan.
9.10
Pemegang elektrod berfungsi untuk: -
melindungi pengimpal daripada terkena kejutan elektrik. Sebagai pelindung haba dari elektrod Sebagai penghubung diantara kebel kimpalan dan elektrod.
Langkah-langkah penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan lama iaitu hendaklah semua sambungannya diikat dengan kuat supaya ianya tidak menjadi terlalu panas dan menerbitkan percikan api pada sambungan-sambungan tersebut. 9.11 Bagi menentukan mutu kumai yang baik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Termasuklah mengawal jarak arka, sudut elektrod dan juga kelajuan kimpal. -
Jarak arka yang sesuai biasanya mengikut garispusat logam teras elektrod berkenaan. Jarak arka akan menentukan keseragaman bentuk kumai keseluruhannya. Sudut elektrod akan menentukan bentuk riak atau ira kumai Kelajuan mengimpal akan menentukan saiz kumai keseruhannya.
PENILAIAN KENDIRI 1. 2.
Lakarkan dan namakan bahagian-bahagian dalam kimpalan arka. Lakarkan dan namakan bahagian-bahagian dalam pemasangan kelengkapan kimpalan arka.
3. Senaraikan kelebihan dan kelemahan mengimpal dengan proses kimpalan
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 17
arka pelindung ( SMAW). 4. Dalam keadaan bagaimanakah kerja mengimpal dengan proses SMAW ini tidak digalakkan? 5. Apakah jenis mesin kimpal yang paling sesuai untuk mengimpal dengan proses SMAW? 6. Apakah yang anda faham mengenai ‘voltan litar terbuka’ dan ‘voltan litar tertutup’? 7. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’ dan apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan fenomena ini? 8.
Nyatakan fungsi salutan elektrod dan peranannya semasa mengimpal dijalankan dengan lebih spesifik.
9. Terangkan bagaimana jeremang dihasilkan bagi menutupi kumai dan peranannya terhadap kumai.
Baca dan fahamkan betul-betul soalansoalan di atas. Jika anda boleh menjawab dengan betul. Pelajaran anda tamat hari. Jika tidak anda terpaksa mengulang semula.
MAKLUM BALAS KENDIRI 1.
Nama-nama bahagian dalam kimpalan arka.
Salutan elektrod Titisan logam kumai
arka
Logam teras Kawah lebur bendakerja
KIMPALAN ARKA
2.
J1003/9/ 18
Nama-nama bahagian dalam pemasangan kelengkapan kimpalan arka. Kebel elektrod
elektrod
Bekalan kuasa (mesin kimpalan)
Kebel bumi
3.
Pemegang elektrod
bendakerja
Kelebihan dan kekurangan proses SMAW. KELEBIHAN
KEKURANGAN
1. Kos yang kurang 2. Boleh mengimpal kebanyakan logam 3. Bersaiz kecil dan tidak memerlukan ruang yang besar 4. Boleh mengimpal pada sebarang kedudukan 5. Kurang dipengaruhi oleh angin yang bertiup berbanding GMAW 6. Boleh dilakukan dalam sebarang keadaan cuaca 7. Boleh megimpal logam yang tebal
1. Tidak sesuai untuk logam yang lebih nipis daripada 1/16 inci. 2. Kitaran kerja agak rendah. 3. Elektrod tidak dapat digunakan sehingga habis keseluruhannya. 4. Kumai yang di buat perlu bersambung sambung apabila bertukar elektrod dan ini memungkinkan kecacatan berlaku.
5. Dalam beberapa keadaan mengimpal dengan proses SMAW tidak digalakkan. Diantaranya ialah: -
Mengimpal dalam hujan
KIMPALAN ARKA -
J1003/9/ 19 Mengimpal ketika ribut pasir atau dalam keadaan bersalji Mengimpal bendakerja yang suhunya dibawah 0°F.
6. ‘Voltan litar terbuka’ adalah voltan pada mesin ketika kerja mengimpal tidak dijalankan manakala ‘voltan litar tertutup’ adalah voltan pada litar kimpalan sewakerja mengimpal sedang dijalankan. Voltan litar terbuka sangat bahaya bagi pengimpal. 7. Semburan arka adalah satu fenomena yang berlaku apabila arka terpesong dari laluan asal ketika mengimpal sedang dijalankan diiringi dengan bunyi semburan yang kuat. Diantara sebabnya ialah ianya mungkin di pengaruhi oleh kedudukan klip bumi dengan tempat mengimpal. Cara bagi mengurangkan fenomena ini ialah: -
Tukar kepada arus ulangalik Alihkan klip bumi pada tempat yang jauh sedikit. Jarak arka hendaklah pendek. Letak bongkah besi di atas hujung bendakerja Mengimpal jauh dari sisi bendakerja. Ubah arah mengimpal
8. Salutan pada elektrod mempunyai fungsi seperti berikut: -
Menjadikan arka lebih stabil Menghasilkan gas pelindung disekeliling arka dan kawah arka Membentuk sangga dipermukaan kumai bagi melindungi kumai Menampung bahan-bahan yang menentukan ciri-ciri penggunaan elektrod berkenaan.
9. Jeremang atau selalu dipanggil dengan sebutan ‘slag’ dihasilkan dari peleburan salutan elektrod lalu ianya membeku di atas permukaan kumai. Jeremang mempunyai beberapa peranan ke atas kumai diantaranya ialah: -
Melambatkan kadar penyejukan kumai dan ini akan mengekalkan ciri-ciri asal logam teras pada kumai. Melindungi kumai dari unsur luar yang tidak diingini semasa penyejukan yang datang dari udara. Membantu dalam membentuk kumai yang seragam. Tahniah!………anda telah berjaya menjawab semua soalan. Anda diterima untuk ke semester seterusnya.
KIMPALAN ARKA
J1003/9/ 20