Unit 4: Kepekaan dan Tindakan Terhadap Isu Dan Masalah Sosial Dalam Masyarakat Objektif: 1. 2. 3. 4. 5.
Menjelaskan isu dan masalah sosial dalam masyarakat, Menyenaraikan akibat masalah sosial dalam masyarakat, Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial, Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat, dan Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
Sila jawab. 1. Nyatakan isu dan masalah sosial seperti yang terdapat dalam keratan akhbar yang dipaparkan.
2. Apakah kesan yang dihadapi oleh mereka yang menyalahgunakan dadah?
3. Berikan akibat pergaulan bebas terhadap masyarakat.
4. Isu dan masalah sosial yang manakah paling serius dan mengakibatkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat? Berikan pandangan anda.
5. Apakah tindakan yang boleh kita ambil bagi menangani masalah-masalah sosial pada masa sekarang? Berikan pendapat anda.
Aktiviti 4A: Dadah Membawa Padah Objektif: 1. Menyatakan masalah penyalahgunaan dadah dalam masyarakat 2. Menyatakan akibat penyalahgunaan dadah dalam masyarakat, 3. Menjelaskan tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, dan 4. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah penyalahgunaan dadah. Sila jawab. 1. Apakah yang menyebabkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah?
2. Apakah tanggapan asas masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah?
3. Nyatakan nasihat-nasihat yang boleh diberikan supaya seseorang itu tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
4. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan penghargaan terhadap agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan yang berusaha merawat, memulih, dan mencegah penyalahgunaan dadah?
5. Selain kaedah pelbagai disiplin dan rawatan detoksifikasi, apakah kaedah lain yang boleh digunakan bagi merawat penagih dadah?
Aktiviti 4B: Masalah Vandalisme dan Gengsterisme Objektif: 1. Menyatakan masalah vandalisme dan gengsterisme dalam masyarakat, 2. Menyatakan akibat masalah vandalisme dan gengsterisme dalam masyarakat, 3. Mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah vandalisme dan gengsterisme dalam masyarakat, dan 4. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah vandalisme dan gengsterisme. Sila jawab. 1. Nyatakan perbezaan antara vandalisme dengan gengsterisme.
2. Senaraikan kemudahan awam yang sering menjadi sasaran vandalisme.
3. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid terjerumus ke dalam aktiviti gengsterisme.
4. Bagaimanakah kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam kumpulan gengsterisme?
5. Pada pendapat anda, apakah kesannya terhadap masyarakat jika aktiviti vandalisme dan gengsterisme ini tidak dibendung?
Aktiviti 4C: Pergaulan Bebas Mudah Terbabas Objektif: 1. Menyatakan masalah pergaulan bebas dalam masyarakat, 2. Menyatakan akibat masalah pergaulan bebas dalam masyarakat, 3. Mengambil tindakan yang wajar untuk membendung masalah pergaulan bebas dalam masyarakat dan, 4. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah pergaulan bebas. Sila jawab. 1. Pergaulan yang bagaimanakah yang dituntut oleh masyarakat?
2. Bagaimanakah cara pergaulan bebas dapat diatasi?
3. Mengapakah kita dilarang daripada bergaul dengan orang yang rosak akhlaknya?
4. Di setiap negeri ada badan khas untuk mencegah maksiat. Adakah anda bersetuju dengan penguatkuasaan badan ini? Berikan pendapat anda.
5. Anda sekeluarga baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan baru. Rakan baru yang bagaimanakah seharusnya anda pilih untuk bergaul?
Aktiviti 4D: Penderaan Membawa Penderitaan Objektif: 1. Menyatakan masalah penderaan dalam masyarakat, 2. Menyatakan akibat perlakuan penderaan dalam masyarakat, 3. Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial yang berkaitan dengan penderaan dalam masyarakat, dan 4. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah tentang penderaan. Sila jawab. 1. Apakah kesan penderaan terhadap mangsa?
2. Nyatakan kategori orang yang menjadi mangsa penderaan.
3. Apakah punca-punca penderaan?
4. Jelaskan akibat penderaan terhadap seseorang dalam jangka masa panjang.
5. Jika penderaan terhadap kanak-kanak sedang berlaku di hadapan anda, apakah yang seharusnya anda lakukan?
Aktiviti 4E: Penyalahgunaan Teknologi Objektif: 1. Menyatakan jenis-jenis masalah penyalahgunaan teknologi dalam masyarakat, 2. Menyatakan akibat penyalahgunaan teknologi dalam masyarakat, 3. Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial yang berkaitan dengan masalah penyalahgunaaan teknologi dalam masyarakat, dan 4. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah tentang penyalahgunaan teknologi. Sila jawab. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah siber?
2. Nyatakan kategori jenayah siber
3. Bagaimanakah anda dapat mengawal komputer anda daripada dijangkiti virus?
4. Golongan manakah yang sering menyalahgunakan teknologi siber?
5. Nyatakan akibat penyalahgunaan komputer terhadap individu dan organisasi kerajaan.