Umt

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Umt as PDF for free.

More details

  • Words: 1,815
  • Pages: 13
Bahagian Akademik dan Pengantarabangsaan Latar Belakang Bahagian Akademik ditubuhkan pada tahun 1979, serentak dengan penubuhan universiti. Sejak dari awal penubuhannya Bahagian Akademik diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendaftar. Pada 1 Disember 2003, KUSTEM telah membuat penstrukturan semula dengan memindahkan Bahagian Akademik daripada Pejabat Pendaftar ke Pejabat Timbalan Rektor (Akademik) yang kini dikenali sebagai Pejabat Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan). Selaras dengan penstrukturan semula yang telah dibuat, fungsi Bahagian Akademik turut berkembang. Kebanyakan urusan yang berkaitan dengan hal ehwal akademik di KUSTEM telah dipusatkan ke Bahagian Akademik. Fungsi Bahagian Akademik Bahagian Akademik bertanggungjawab dalam; •

Mengurus Pengambilan Pelajar



Mengurus Pendaftaran Pelajar



Mengurus Rekod Pelajar



Menyelaras Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan Akhir



Menyelaras Peperiksaan Pelajar



Mengurus Konvokesyen



Mengurus Mesyuarat Senat



Mengurus Bilik Kuliah

Unit-unit di Bahagian Akademik Secara amnya Bahagian Akademik dibahagikan kepada tiga (3) unit utama: •

Unit Kemasukan, Pendaftaran, Senat, Dasar dan Rekod ○

Menguruskan pengambilan pelajar baru bagi setiap sesi dengan bekerjasama dengan Bahagian Kemasukan Pelajar (BPKP) Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.



Menyediakan surat tawaran untuk pelajar baru



Menyediakan buku panduan kemasukan pelajar baru setiap sesi.



Menguruskan proses pendaftaran pelajar baru dan lama.



Menguruskan permohonan pelajar tangguh pengajian, tukar program dan rayuan pelajar berstatus Gagal Berhenti (GB).

○ •

Menguruskan pra-pendaftaran pelajar pada minggu ke-12 dan 13 setiap semester.

Unit Peperiksaan, Pengijazahan dan Penjadualan



Mengeluarkan Notis Arahan Peperiksaan Akhir kepada semua pemeriksa pada setiap semester.





Mengendalikan keputusan peperiksaan akhir pelajar.



Menguruskan pengeluaran keputusan peperiksaan untuk setiap pelajar.



Menyediakan jadual waktu kuliah, peperiksaan dan pengawasan peperiksaan.



Mengendalikan urusan konvokesyen universiti



Menguruskan Majlis Konvokesyen.

Unit Pentadbiran, Kewangan dan Pengantarabangsaan ○

Menguruskan sistem fail pejabat



Menguruskan rekod surat masuk/keluar pejabat



Menguruskan rekod kakitangan



Menguruskan perolehan/aset pejabat



Menguruskan wang runcit pejabat



Menguruskan tuntutan pembayaran



Menguruskan stok pejabat



Menguruskan kemasukan pelajar antarabangsa bagi program ijazah pertama dan diploma.



Mempromosi program-program pengajian yang ditawarkan di universiti ke peringkat antarabangsa.

Pejabat Tim. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fungsi •

Menyediakan program dan perkhidmatan bagi membantu pelajar supaya mereka dapat meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan sahsiah dan keperibadian diri serta membentuk profesionalisma.



Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang berkualiti kepada pelajar, pensyarah, kakitangan sokongan dan masyarakat



Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada bahagian-bahagian lain yang memerlukan bantuan dari staf-staf yang terlatih, mesra pelanggan serta saling membantu.



Menyediakan program-program pendidikan, perkhidmatan dan kemudahan yang menarik kepada pelajar supaya dapat mengekalkan rasa sayang mereka terhadap kampus.



Memberikan sokongan padu kepada kakitangan KUSTEM yang dedikasi dan komited dalam menyediakan aktiviti-aktiviti, perkhidmatan dan kemudahan yang akan membawa kepada pengiktirafan masyarakat setempat, kawasan timur serta keseluruh negara.

Bahagian Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Pengenalan Pusat Pengurusan Penyelidikan yang ditubuhkan pada tahun 2001 adalah untuk menguruskan penyelidikan di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan menyebarkan maklumat mengenai penyelidikan di dalam dan di luar negara. Ia juga berperanan sebagai pemangkin kepada kerjasama penyelidikan dan bertindak merencanakan projek penyelidikan di pantai timur.

Objektif 1.

Menyelaras projek-projek penyelidikan KUSTEM;

2.

Menggalakkan kerja-kerja penyelidikan dikalangan pensyarah KUSTEM;

3.

Menggalakkan kerjasama di antara kakitangan akademik daripada berbagai-bagai disiplin untuk menjalankan penyelidikan.

Fungsi 1.

Pemangkin penyelidikan di KUSTEM;

2.

Melicinkan pergerakan projek-projek penyelidikan di KUSTEM;

3.

Memperkukuhkan fungsi penyelidikan di KUSTEM dan dijalankan secara mapan;

4.

Mengurus dan menyelaras semua kegiatan penyelidikan KUSTEM;

5.

Penyebaran maklumat mengenai kegiatan penyelidikan KUSTEM;

6.

Mengadakan program latihan dan kursus pendek;

7.

Menguruskan pemantauan projek-projek penyelidikan yang dijalankan.

piagam Pelanggan 1.

Menggalakkan kerjasama Universiti dengan badan luar dalam bidang penyelidikan;

2.

Menerima dan memproses permohonan penyelidikan mengikut prosedur yang ditetapkan

3.

Menyelaras aktiviti penyelidikan kakitangan Universiti;

4.

Merangsangkan penglibatan tenaga pakar Universiti dalam projek penyelidikan;

5.

Menyediakan peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan di kalangan tenaga akademik Universiti;

6.

Bertanggungjawab ke atas kelancaran perlaksanaan program penyelidikan agar menepati peruntukan kewangan dalam tempoh yang ditetapkan serta selaras dengan objektif projek;

7.

Menyediakan pangkalan maklumat mengenai semua aktiviti penyelidikan; dan

8.

Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, iltizam, cekap, amanah dan berketerampilan.

Pejabat Pendaftar Fungsi Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab penting di UMT, pada masa ini Pejabat Pendaftar bertanggungjawab ke atas fungsi-fungsi berikut: •

Governan



Perjawatan



Perkhidmatan



Induksi



Pengurusan Kewangan Jabatan



Peperikasaan Perkhidmatan



Latihan



Penilaian Tahap Kecekapan



Cuti Belajar dan Biasiswa



Undang-undang



Pentadbiran Am



Keselamatan Kampus

Objektif Bahagian Pembangunan Sumber Manusia •

Melaksanakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Penilaian Tahan Kecekapan (PTK) dengan lebih sistematik dan berkesan.



Menyelaras jawatankuasa dan panel yang ditubuhkan di bawah Sistem saraan Malaysia.



Menyelenggara undang-undang / peraturan / pekeliling / status dan garis panduan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan.



Membangun dan mengemaskini data staf dalam Sistem Maklumat Staf (SMS).



Melaksanakan dan menyelenggara polisi program pendidikan, latihan dan pembangunan kerjaya staf.



Meningkatkan keberkesanan sumber manusia melalui aktiviti pembangunan sumber manusia yang terancang, bersepadu dan berterusan.



Merancang dan melakukan penyelidikan berkaitan dengan Pembangunan Sumber Manusia. Menguruskan pencalonan penerima anugerah / darjah kebesaran negeri dan persekutuan.

BPSM dibantu oleh beberapa unit dengan objektifnya yang lebih khusus; •

Unit Perjawatan dan Undang-Undang ○

Melaksana tugas-tugas pengambilan kakitangan bertepatan dengan perancangan sumber manusia dan peruntukan undang-undang, mengurus saraan, kemajuan kerjaya dan disiplin kakitangan dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.



Unit Perkhidmatan dan PTK ○

Melaksanakan keperluan Sistem Saraan Malaysia dan keperluan-keperluan perkhidmatan dalam menjaga kebajikan dan laluan kerjaya staf.



Unit Latihan dan Induksi ○

Melaksana program latihan dan pembangunan untuk meningkatkan keberkesanan sumber manusia melalui aktiviti latihan dan sumber manusia melalui aktiviti latihan dan pembangunan yang terancang, bersepadu dan berkesan bertujuan menyediakan kumpulan staf yang kompeten, bersikap positif dan berperibadi mulia.



Unit Cuti Belajar dan Peperiksaan Perkhidmatan ○

Menyediakan kemudahan latihan di peringkat pengajian lanjutan dan keperluan peperiksaan perkhidmatan untuk semua lapisan staf bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemajuan kerjaya.



Unit Pentadbiran Am dan Pengurusan Kewangan ○

Melaksanakan urusan pentadbiran am untuk menjaga kebajikan staf dan kelancaran pentadbiran harrian jabatan serta menguruskan aspek pengurusan kewangan jabatan yang cekap dan berkesan.

Pejabat Bendahari Pejabat Bendahari ditubuhkan seiring dengan pengiktirafan kampus ini sebagai sebuah pusat tanggungjawab di bawah Universiti Putra Malaysia Serdang (UPMS) yang dinamakan sebagai Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) mulai Jun 1996. Sebelum diiktiraf sebagai UPMT, segala urusan kewangan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Bendahari UPMS. Sewaktu penubuhannya, Pejabat Bendahari hanya dianggotai oleh seorang Penolong Bendahari (W41), seorang kerani dan seorang jurutaip dan hanya mengendalikan proses bayaran kepada staf dan pembekal. Pada akhir 1996, Pejabat Bendahari UPMT telah diterajui oleh seorang Timbalan Bendahari (W48). Seiring dengan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (UKT) pada Mei 1999 dan seterusnya di bawah struktur Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) mulai Mei 2001 yang diiktiraf sebagai sebuah universiti yang berautonomi penuh, Pejabat Bendahari terus berkembang dari segi struktur organisasi dan fungsinya sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan universiti ini.

Fungsi Jabatan 1.

Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan kewangan termasuk aset universiti.

2.

Bertanggungjawab ke atas menyedia, mengemaskini, dan melaksana dasar dan peraturan kewangan.

3.

Bertanggungjawab mengawal perbelanjaan dan perakaunan segala bayaran dan terimaan.

4.

Bertanggungjawab dalam mengawal perolehan.

5.

Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan kakitangan.

6.

Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan pelajar.

7.

Bertanggungjawab dalam menyediakan draf/cadangan belanjawan tahunan.

Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Luar (BKKHL) Fungsi •

Memastikan matlamat universiti tercapai serta menjaga imej universiti dari segi perhubungan awam dan korporat.



Mewujudkan hubungan baik di antara universiti dengan pihak luar.



Menyelaras semua program lawatan dari luar ke universiti.



Menyelaras maklumat dan aktiviti keseluruhan fakulti / jabatan / pusat.



Menguruskan penyertaan UMT ke ekspo dan pameran.



Menyediakan maklumat asas (pangkalan data) mengenai UMT untuk rujukan pihak luar.

Senarai penuh barisan Kabinet baru 09/04/2009 4:23pm KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi. PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin JABATAN PERDANA MENTERI: Menteri: 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) 2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) 3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) Timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T. Murugiah KEMENTERIAN KEWANGAN: Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin KEMENTERIAN PELAJARAN: Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr. Mohd Puad Zarkashi KEMENTERIAN PENGANGKUTAN: Menteri: Datuk Ong Tee Keat Timbalan Menteri: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin KEMENTERIAN DALAM NEGERI: Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop 2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Timbalan Menteri: 1. Datuk Joseph Salang Gandum 2. Senator Heng Seai Kie KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan Menteri: Noriah Kasnon KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan Menteri: 1. Datuk Hassan Malek 2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI: Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr. Hou Kok Chung 2. Datuk Saifuddin Abdullah KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Menteri: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan Menteri: 1. Datuk Mukhriz Mahathir 2. Datuk Jacob Dungau Sagan KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili Timbalan Menteri: Fadillah Yusof KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup KEMENTERIAN PELANCONGAN: Menteri: Datuk Ng Yen Yen Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Menteri: Datuk Noh Omar Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum 2. Datuk Rohani Abdul Karim KEMENTERIAN PERTAHANAN: Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad KEMENTERIAN KERJA RAYA: Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN: Menteri: Datuk Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN: Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA: Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan: Datuk Maznah Mazlan KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Menteri: Datuk Kong Cho Ha Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR: Menteri: Datuk Anifah Aman Timbalan Menteri: 1. A. Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN: Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Related Documents

Umt
June 2020 13
Umt Egg Drop
December 2019 8